5 | Sehingga Detiknya 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-❊ Tuhan pertemukan kita dengan takdir dengan cara yang kita tidak pernah terfikir ❊-

Arah Mana Syurga



[Nota Awal Penulis] Warning! Perkataan 18+ digunakan untuk mempamerkan sikap watak utama yang tidak senonoh.





Hanieya hampir menangis kerana ketakutan. Mata Han terbeliak,

"Aku saja je lah!" pujuk Han, masih dengan riak wajahnya yang serius. Hanieya kekal mencebik, masih menahan dirinya daripada menangis.

Hari pertama bekerja sudah begini.

Han buntu bagaimana mahu memujuk Hanieya lalu memulakan perbualan. "Nama kau apa? Nama aku Han." Hanieya tidak mahu menjawab, dia mendiamkan diri. Malas mahu bersembang kerana sikap Han yang suka bergurau melampaui batas.

"Aku tengah cakap dengan spender aku ke sekarang ni? Nak menjawab pun susah!" tengking Han.

'Ya lah spender mana boleh cakap...' bisik Hanieya di dalam hati.

"Macam mana Dylan boleh terima kau kerja sini?"

"Macam tu lah!" jerit Hanieya, lalu sambung mencebik kerana dia benar-benar ingin pulang. Serik sungguh mahu melayan perangai milik Han walaupun baru saja berjumpa.

"Laa ada suara rupanya! Cuba cakap lagi! Nak dengar la!"

"Tak nak cakap apa-apa! Nak senyap je!" marah Hanieya, dia memeluk beg telekungnya dengan lebih erat.

"Eee suara kau macam anime, yang perempuan tu!" 'puji' Han, sambil tersenyum sinis. Dengar saja intonasi suaranya, mesti ada maksud tersirat disebalik pujiannya.

Hanieya mengangkat wajahnya. Sudah kenapa pula puji suara orang?

"Nak tahu anime apa?" soal Han. Kening kanan miliknya diangkat. Senyuman sinisnya masih belum pudar. Memang hobi setiap lelaki adalah menyakat kaum hawa ke apa?

Hanieya mengangguk perlahan-lahan. Sebagai salah seorang peminat setia 'Attack On Titan' dan 'Demon Slayer', sudah tentu bertambah lagi rasa ingin tahu suaranya seperti watak apa,

"Hentai*." jawab Han selamba, langsung tidak menjaga sensitiviti milik Hanieya yang masih berada di dalam ketakutan.

Akhirnya, air mata jatuh mengalir di pipi Hanieya. Han benar-benar seorang lelaki yang tidak senonoh. Dasar kaki porno. Maruah Hanieya terasa seperti sudah tercalar. Sesuka hati ibu ayah dia saja bagi gelaran tidak senonoh macam tu! Muka saja hensem! Senget betul!

Dia menghentak kakinya di dalam duduk dengan kuat.

"Okay! Okay! Sorry, sorry, okay? Dah lah! Jangan hentak kaki!" Han mula risau jikalau AE19 terdengar bunyi hentakan kaki dari biliknya.

-

*: Hentai ialah pornografi dari segi anime. Jangan dicari maksudnya di Google, atau di mana-mana laman sesawang. Allah SWT Maha Melihat, Maha Mengetahui. Sekali ketagih, sukar untuk tinggalkan. Perkataan ini digunakan untuk mempamerkan sikap watak utama yang tidak senonoh.

Sambung!

-

Mereka berdua terdiam buat beberapa minit. Hanieya sedar akan bau alkohol datangnya dari badan Han. Dia menahan nafasnya.

"So. You are a muslim.?"

Hanieya mengangguk.

"And just now that is how a muslim prays?"

Hanieya mengangguk buat kali kedua.

"Han minat Islam ke?" soal Hanieya dan akhirnya sebuah senyuman manis terukir di wajahnya yang berkulit cerah dan pipinya yang merah. Matanya memandang ke arah Han yang mula merenung ke siling, memasang harapan supaya lelaki itu mengiyakan soalannya..

"No and never."

"Kalau ada orang datang dan tanya aku agama yang mana paling teruk dalam dunia ni, my answer will be Islam."

"Kesemua orang Islam yang aku pernah jumpa sebelum ni, semua perangai macam sial." "Contohnya, macam kau! Diam memanjang."

Hanieya kekal tersenyum, dia mula membuka mulut,

"Kalau ada orang Islam buat benda tak baik dekat awak, awak kena salahkan dekat orang tu, bukannya dekat agama dia."

"Islam sempurna tapi manusia tidak."

"One person does not represent the whole religion."

Han berpaling daripada Hanieya,

"Apa-apa je la. Itu pendapat aku."

Hanieya Solehah kekal tenang dengan sikap Han yang ternyata sedang menolak kata-kata yang dia lontarkan. Dia seorang lelaki yang tiada agama, sudah tentu lelaki itu masih terjaring dengan pemikiran 'Tuhan itu tidak wujud'.

Wanita itu perlu bersabar dengan sikap Han sehinggalah mereka pulang. Hanieya mengambil masa selama beberapa minit sambil memikirkan bagaimana dia hendak menukar topik dari terus bersembang perihal yang melibatkan sensitiviti.

"Nama saya Hanieya Solehah, umur saya 21 tahun. Baru start kerja harini."

"Lantak apa aku tentang nama kau, budak hentai? Ada aku tanya kau ke?"

Ternganga Hanieya dibuatnya. Tadi dia yang tanya! Siap gelar orang spender! Orang dah jawab, macam ni pula dia layan?

Oh. Lupa. Mabuk.

Suaranya Hanieya memang seperti seorang kanak-kanak perempuan yang berumur lima tahun. Sering diejek oleh si Dara sendiri, sebelum mereka berkawan. Malah, pernah ada syarikat kartun menawarkan Hanieya sebagai pelakon suara. Nasib ditolak tawarannya.

"Ni bilik siapa sebenarnya? Bukannya Han dah ada bilik studio sendiri ke?"

"Bilik kosong, bukan bilik sesiapa. Tapi kunci bilik ni ada dekat aku, aku lupa nak kunci harini. Aku lupa kunci sekali ni je, itu pun dah huru-hara!"

"Siapa yang bagi kau solat sini?"

Oh, inilah sikap yang ditakutkan oleh para staf EPN Records. Setakat kena tengking sebegini, tiada hal lah bagi Hanieya Solehah!

"Dara,"

"Aku dah agak dah! Mesti perempuan tu!" tambah Han, memotong ayat Hanieya yang tergantung. Keadaan kembali sunyi, tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.





"Saya nak call kawan saya!" Hanieya mengeluarkan telefon pintar dari poket beg telekung, tidak tahan dikurung lama dengan seorang lelaki gila.

Han berdiri, tangannya menahan dinding untuk berdiri dengan stabil.

"J-Jangan kuat sangat suara!"

Hanieya berjalan ke arah satu-satunya tingkap yang ada di dalam bilik tersebut, dia menunggu Dara untuk menjawab panggilannya sambil melihat pemandangan dari tingkap.

Akan tetapi, panggilannya tidak terjawab dan Hanieya terkejut apabila dia menyedari sesuatu yang amat ganjil,

Dara sedang keluar dari bangunan bersama dengan Dylan!

PAK! PAK! PAK! Tingkap itu diketuk beberapa kali, diikuti dengan jeritannya memanggil nama Dara dari tingkat lima.

"DARA! DARA!"

"NAK BALIK!" jerit Hanieya. Han membentuk das penumbuk. "Kau nak aku betul-betul tumbuk ke? Duduk diam-diam!"

Hanieya jatuh terduduk, tangannya menggeletar kerana sudah diugut. Dia menggertak giginya, menahan geram.

"Tunggu sampai pukul 11! Baru boleh balik!" bentah Han. Hanieya menghentak kakinya buat kali kedua. Matanya sudah berair seperti air terjun. Muncul sebuah mentol becahaya di atas kepala milik wanita berakal panjang itu,

Hanieya menekan aplikasi Youtube dan memasang alunan ayat kursi di tahap volume yang minimum.

Han menutup telinga,

"Kau pasang lagu arab mana pulak ni!" tanya Han.

"Banyak sangat setan dalam bilik, nak pasang supaya kuranglah setan hasut awak nanti.."

Han menepuk dahi.

'Damn, why am i in the same room with her, god.'

Han memandang ke atas siling, tidak kisah dengan alunan ayat kursi yang dibaca oleh Saad Al-Ghamdi. Suara pengaji yang lunak itu membuatkan hatinya terasa tenang buat sebentar, daripada darahnya yang kian menaik setelah apa yang sudah berlaku, degupan jantungnya kembali berdegup dengan perlahan.

Namun, perasaan itu langsung tidak dihiraukan oleh dirinya.

KLAK! KLAK!

Bunyi suis lampu ditekan oleh seseorang di luar bilik yang didengari jelas oleh telinga Han. Dia sudah lama memasang telinganya di tepi pintu.

"Zhao, cepat lah, aku takut gelap-gelap ni."

"Ya ya."

Han memandang ke arah Hanieya Solehah yang asyik berzikir sampai ke sudah. Macam ustazah tengah rawat budak asrama histeria.

"Woi, budak hentai. Jom."

Hanieya hampir melompat kegembiraan. Dua jam yang diluangkan bersama dengan Li Xuan Han terasa seperti 100 tahun lamanya. Han mengeluh dan hanya memusing tombol pintu kayu lalu bertanya,

"Kau balik dengan siapa? Member kau dah bla kan?"

Hanieya mengangguk, dia masih bersedih kerana Dara sudah lupakan dirinya. Entah apa yang merasuki badan sahabatnya sehingga dia lupa akan Hanieya Solehah.

"Habistu? Macam mana?" soal Han, mengangkat dagu sambil mengunci pintu biliknya.

"Jalan kaki kut, lagipun rumah kitaorang tak jauh sangat.." Han mengangkat kening. Ada juga yang kena ketuk kepala ni.. Kunci biliknya dihulur kepada Hanieya,

"Berapa jauh?"

"Lima kilometer..?"

Pam!

Kaki Hanieya dipijak oleh kasut sneaker berjenama yang harganya mencecah empat angka. "Kepala kau dekat! Dah lah ramai lelaki kat luar tu! Kau ingat sikit, aku sorang je yang gay, bukan lelaki-lelaki kat luar sana tu!"

"Kunci ni kau simpan, aku bagi kau solat sini."

"Dah, kau balik dengan aku."

Hanieya menggeleng kepalanya secepat yang mungkin, menolak tawaran Han. "TAK NAK!"

Tapi itu lah,

Tiada guna Hanieya menjerit sekalipun.

Mereka berdua turun menggunakan tangga dan terus ke parking lot bangunan EPN Records. Hanieya hanya berjalan mengikuti langkah Han dari belakang.

Han membawa Hanieya ke tempat parking AB, dimana motornya diletakkan. "Kenapa Dara tak parking dekat sini ya? Kenapa dia kena parking dekat luar?" tanya Hanieya. "Nampak macam aku ni Dara ke? Nampak macam aku ni boleh menjawab persoalan kau ke?"

Ya Allah, kuat sungguh dia ni meloya buruk! Dah lah tak ada adab! Siapalah jodoh mamat ni? Kesian betul dapat suami kepala senget!

"Ha nah naik." ajak Han Badannya sudah mula memanjat motornya yang berwarna hitam.

"TAK NAK!" teriak Hanieya. Kali ini, dia menggunakan suara kasarnya. "TAK BOLEH!" tambah Hanieya. Kedua-dua tangannya yang merapat ke sisi, mula membentuk dua das penumbuk.

"Tak nak, tak nak, tapi ikut juga. Aku tak suruh kau duduk belakang aku, meh tengok kat sebelah kiri aku ni ada apa." Hanieya mengeruk wajahnya sebelum memandang ke kiri.

"Wah!"

Ini bukannya motor biasa! Ni motor sidecar! Terpegun dibuatnya Hanieya Solehah. Jarang sekali dia melihat modal motor sebegini. Seat dia belah tepi, wei! Mulutnya masih ternganga.

"Motor apa ni!"


"Ni motor atuk aku. Dah, naik!"

"Tak boleh! Mana boleh lelaki perempuan naik sama-sama!" Hanieya masih mengelak. "Sama je kan kalau kau naik teksi sorang-sorang dengan driver lelaki!"

"Bersyukur lah aku ni gay! Tak ada perasaan, nafsu apa benda pun! Aku buat benda ni sebab kau tu perempuan!"

"Sekarang dah tengah malam! Takkan aku nak biar kau jalan sorang-sorang!"

"Aku dah lah lagi tua dari kau!"

"Aku darjah 5! Kau tu darjah 3! Hormat sikit!"

Hanieya menjeling. Sempat lagi mamat ni bergurau tengah-tengah macam ni! "Dah lah! Membebel macam orang tua!"

Han menghulur topi keledarnya yang mempunyai logo bintang. Hanieya masih menolak. "Kau nak aku pakaikan ke ha budak hentai? Aku humban kau karang." Han memaksa, topi keledar itu dibuat-buat mahu dicampak ke arah Hanieya.

"Tunjuk bukti dulu yang awak gay! Setakat cakap je gay, saya pun boleh!" Hanieya memberontak. Han mengeluh lalu mengeluarkan telefon pintar miliknya dan mula mencari sekeping gambar di dalam galeri telefonnya.

"Ha nah." Hanieya Solehah sekali lagi ternganga.

Ya Allah, cucilah mataku ini. Han menunjukkan gambar dirinya sedang berciuman dengan seorang lelaki membuatkan Hanieya hampir termuntah.

"Haaa tak percaya lagi? Ade je gambar yang lebih mendalam-"

Topi keledar itu diambil oleh Hanieya.

"Ha baca doa naik kenderaan dulu, meh bagi beg telekung kau.."

Hanieya terkaku. Bagaimana Han mengetahui tentang doa kenderaan? Telekung?

Mungkin dia bukanlah seorang lelaki yang masih terjaring dalam pemikiran sempit sepertimana yang Hanieya sangkakan. Namun, tanggapan Hanieya hilang begitu saja, tidak mahu berfikir panjang.

"Macam tak muat je.." kata Hanieya, cuba memasuki ke dalam seat kedua milik motorsikal itu.

"Kau tu kecik je la. Kalau tak muat, aku muatkan.. Aku picit-picit bagi muat!"

Han memberi pandangan maut ke arah Hanieya. Topi keledar itu dipakai, Hanieya tidak berhenti dari meminta pertolongan dan perlindungan daripada Allah SWT.

"Macam mana AE19 tak tahu motorsikal Han kat sini? Diorang tak parking kat sini ke?" soal Hanieya.

Banyak betul lah budak ni tanya. Panjang akal betul. Sekeh karang, baru dia tahu. Mahu tak terpeleng kepala! Nasib perempuan.

"Gila ke AE19 nak parking kat sini. Semua peminat karang datang merempat kat tepi kereta! Diorang ada parking lot kat bangunan sebelah."

"Motorsikal ni tak ada siapa tahu sebab aku jarang naik. Nak naik pun malam-malam supaya takde siapa nampak."

"Oh.." Hanieya memuncungkan bibirnya. Badannya sudah terletak tetap di dalam ruang sidecar motor milik Han,




"Alright. Okay.
Say 'bismillah' dulu, budak hentai! We are about to go fast!"




🤭 Haaa apa tu..
Boleh tekan bintang warna oyen dan komen😘 Jazakallah' khair semua..♥️
Happy reading🥰

Maaf ye semua kalau rasa gak selesa dengan karakter Han..
Sebab saya nak buat watak tu perangai 'tak senonoh' dan juga tak ada adab langsung bukan macam si Daniel...

Tapi saya nak ingatkan yang novel ini NOVEL DAKWAH...

🌸🌸🥰🥰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro