8 | Hias

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-❊ Aku sedang meluahkan rasa cintaku dengan cara menghantarkan doa kepada Dia yang menghadirkan rasa cinta ini ❊-

Afzanursyafiqa


Kata-kata Daniel tersekat seperti sebuah kaset yang dimainkan di dalam kepala Li Xuan Han. Dia terkeluar dari dunia khayalan selepas terdengar pagar dormnya dibuka,

"Hide. You didn't tell me you are coming."

Hide hanya memberikan senyuman kecil lalu berjalan masuk ke dalam rumah penuh selamba, meninggalkan Han di pintu.

Dia terus melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu dan meletakkan beg plastik yang dipenuhi dengan jajan.

Han hanya tergelak, lalu duduk di sebelah Hide.

Tangannya terus memegang tangan teman lelaki yang sebaya umur dengannya.

"Bulan depan tour, minggu ni you are busy with the upcoming MV, huh?" Tanya Hide dengan nada suara yang mendatar.

Perasaan muram terpapar di seluruh wajahnya membuatkan Han berasa pelik,

"You said like you are not used to me going on tours."

Han merenung wajah Hide.

"Well yeah."




Dara memberitahu Hanieya yang dia juga turut mengikuti AE19 ke 11 negara untuk konsert mereka buat kali pertama dalam hidupnya. Padahal, jawatan kerjanya langsung tiada kaitan dengan perkara yang perlu melibatkan dirinya untuk mengikuti artis ke mana-mana.

Berita itu sudah tentunya membuatkan Hanieya Solehah sedih.

Dia bakal ditinggalkan oleh Dara selama 3 bulan, bukannya 3 minggu atau 3 hari!

"Janganlah sedih, Hanieya. Dara janji 3 bulan tu akan berlalu macam siput berjalan." Pujuk Dara sambil menekan papan kekunci membuatkan Hanieya lebih sedih. Mata sahabatnya asyik melekat di skrin komputernya seharian.

"Dara tak pandai nak pujuk hati Hanieya.." Bisik Hanieya, perlahan.

Hanieya terus mengambil beg telekungnya lalu berjalan pergi sambil menundukkan kepalanya.

Dara langsung tidak perasan yang Hanieya sudah pergi untuk menunaikan solat,

"Hanieya?"

"Hanieya?"

"Oh, Hanieya?"

Dia menoleh kepalanya ke kanan,

"Laaa aku cakap dengan spender rupanya."





Ting!

Bunyi lif mengejutkan Hanieya yang sedang mengelamun.

Dia berjalan langkah demi langkah, terlalu melayan perasaannya lalu ternampak poster yang tertampal di papan notis milik AE19,

Amerika, HongKong, Singapore, Indonesia, Korea, Jepun..

Namakan saja negara yang anda suka, pasti akan ada di dalam tarikh-tarikh konsert itu.

Membaca tarikh-tarikh yang tertera, membuatkan hati Hanieya Solehah lebih luruh. Lantas, dia berjalan pergi.

Prakkk!

Pintu kayu itu dibuka.

Mata Hanieya terus melihat keadaan bilik itu lalu ternampak 1 pek susu kotak berjenama DutchLady, berperisa strawberi yang terletak di atas rak berwarna putih..

Dan terdapat sekeping gambar Han yang sedang membuat pose 'kissy face'.

Hanieya tergamam.

"Macam tak percaya je lelaki ni gay.." bisik Hanieya.

Gambar Han itu dipertebalikkan dan semestinya terdapat sebuah nota yang tertulis,

Kepada, Budak Hentai.

Maafkan aku sebab aku panggil kau 'budak hentai' di khalayak ramai. Aku sepatutnya panggil kau budak hentai di hadapan konsert.
Baru bagus.

- Jangan lupa minum susu tu bagi tinggi sikit badan.

With hate,
Lelaki Hensem.

Hanieya seakan-akan tidak percaya dengan nota yang ditulis oleh Han.

Hatinya hampir mahu memaafkan Han, namun terpedaya buat kali ke 2.

"Ada-ada je dia ni.."

Hanieya tersenyum dan lantas membaca surah-surah hafalan untuk mengingatkan dirinya yang dia perlu fokus di dalam solat dan lupakan perihal dunia.

Selesai sahaja menunaikan solat, Hanieya mula berzikir. Rutinnya setiap kali selepas solat ialah mengucapkan 'AllahuAkhbar' sebanyak 34 kali, 'SubhanAllah' dan 'Alhamdulillah' sebanyak 33 kali. Kemudiannya dia akan membaca Ayatul Kursi..

Daripada Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

'Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.'




Tok! Tok!

Pintu itu tiba-tiba diketuk dengan kuat membuatkan Hanieya hampir melatah.

Kechak!

Bunyi kunci dimasukkan ke dalam tombol pintu, lalu dipusingkan. Mana pula dia dapat kunci spare ni?

Han? Dara?

"Ya Allah, Hanieyaa! Buat jantung aku jatuh kau tahu tak!"

Disebabkan Dara Luke sudah terbiasa dengan sikap Hanieya Solehah, automatik Dara juga sudah terbiasa mengucap 'Ya Allah' atau 'Astaghfirullah.'

"Nasib lah mamat gay ni ada! Kalau tak! Ha pandai-pandailah! Tak payah lah nak mengunci pintu bagai!"

Han memandang ke arah Hanieya, lalu mengajuk bebelan Dara.

Mentang-mentang, dia sedang berdiri di belakang Dara.

"Dah lah naik sorang-sorang, tak bagitahu orang.!" Tambah Dara. Bebel tak henti-henti, macam tiada hari esok!

"Solehah nak merajuk dengan Dara.." Hanieya menjeling, lalu mencebik.

"Mengada-ngada! Cubit karang pipi tu!" Dara memuncungkan bibirnya, menjadi mulut itik sambil mencengkak pinggang.

"Eeee nak majuk, eee mengada ngada eee pipi.. Oh my God.. Tepi sikit lah!"

Han menolak Dara ketepi dan masuk ke dalam bilik tersebut, wajahnya terus menoleh ke arah Hanieya yang masih bertelekung.

"Thank you bagi susu."

Han mengangguk,

"Gunalah bilik ni. Aku bagi. Tapi, atas satu syarat la."

Hanieya mengeluh.

Sudah-sudahlah digelar 'budak hentai', apa lagi yang dia mahukan? Tak serik-serik!

"Kau kena hias bilik ni. Kosong je aku tengok. Malaikat pun bosanlah. Tampal la gambar aku ke, terpikat semua setan."

Han membetulkan rambutnya yang sudah tersikat.

Dara berpura-pura seperti dia sedang bermuntah,

"Setan pun muntahlah! Tak dengar lagi si Solehah mengaji, setan dah bla dulu. Ada ke kau pergi masjid, tiba-tiba poster BTS tertampal dekat dinding?"

"Tampal lah poster 99 nama Tuhan kau tu ke, pandai-pandai lah hias. Boring aku tengok."

Han akhirnya tersenyum, membuatkan Hanieya agak tersentuh kerana dia sering dimarahi dan diejek oleh Han.

"Tengok lah dulu.. Saya tak ada duit."




Hanieya Solehah membantu Dara melipat baju-bajunya ke dalam bagasi.

Dari tadi, Hanieya langsung mendiamkan diri.. Tidak mahu memulakan sebarang perbualan akibat terlalu melayan perasaannya, memikirkan apa yang bakal berlaku jikalau Dara tiada di sampingnya..

"Dah lah.."

"Sekejap je. Dara janji."



Seminggu Kemudian..

Dara sudah pergi meninggalkan Hanieya Solehah pada hari Sabtu. Rumah itu kosong, sunyi sepi tanpa suara Dara yang lantang, kuat dan suka membebel.

Hanieya mendapat cuti, ya lah dia mahu jadi setiausaha siapa lagi?

Hantu?

Dylan seorang lelaki yang amat tegas terhadap Hanieya.

Setiap kali mereka berdua bertembung, wajah Dylan akan menjadi ketat.

Tertampak jelas bahawa dia hanya menerima Hanieya kerana Dara, membuatkan Hanieya terasa asing berbanding dengan staf yang lain.

Televisyen dibiarkan terbuka, menjadi peneman di dalam rumah pangsapurinya yang sunyi lagi kosong.

Hanieya sibuk menghampai baju di balkoni rumah.

Dia menyarung tudungnya yang berwarna hitam dan memakai baju Ana Muslim, yang masih muat sehingga sekarang.

Ting! Tongg!

Hanieya mengeruk wajahnya.

Ada orang mahu datang melawat ke? Mana mungkin.

Dia tidak memesan apa-apa barang dari mana-mana online website.

Tanggapan yang tertangkap di dalam mindanya ialah mungkin Dara yang memesan sesuatu.

"Sekejap ya!"

Jerit Hanieya, t-shirt yang basah itu dicampak semula ke dalam baldi. Dengan pantas, dia berlari untuk membuka pintu rumah.

Seorang lelaki yang tinggi lampai dan kulit berwarna hitam manis tercegak di luar pintu sambil membawa sebuah kotak yang agak besar.

"Cik Hanieya Solehah binti Faizal?" Tanya pekerja Poslaju itu, tidak memandang ke arah Hanieya.

"Ya, saya." Perasaan tertanya-tanya dan keliru muncul di dalam dirinya sejenak namanya disebut.

"Sila beri tandatangan cik di sini ya. Terima kasih.."

Pen berwarna hitam dihulur kepada Hanieya untuk menandatangani borang penerimaan itu.

"Hati-hati ya cik, kotak tu berat.."

"Baik, terima kasih.."

Pintu itu ditutup semula menggunakan kakinya, dan Hanieya terus berlari ke sofa.

Badannya yang kecil berlari anak membawa kotak yang besar.

Beratnya awak, kotak!

Baju-baju yang perlu dihampai itu dibiarkan.

Prakk!

Kotak itu dibuka dengan ganas.

"Bismillah, jangan ada VooDoo doll sudahlah!" Jerit Hanieya.

Mulut Hanieya ternganga ketika isi kotak itu dibuka.

Poster 99 Nama Tuhan,

Poster ayat kursi,

Buku bacaan doa harian,

Beberapa buah novel yang ditulis oleh Ustaz Ebitlew,

Buku Al-Mathurat..

Dan, sebuah buku nota kecil yang bercorakkan rama-rama berwarna biru.

Semuanya ada di dalam kotak itu.

Buku nota itu diselak dengan perlahan lalu berhenti di lampiran muka surat yang diselitkan dengan sekeping kertas,

"N-Ni bukan ke tiket konsert AE19?"

Konsert AE19 yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

AE19 akan terbang ke 11 negara, dan negara terakhir itu ialah Malaysia, sebagai penutup tour.

"Lama lagi ni. Mesti Han yang hantar benda-benda ni.."

Helaian muka surat buku nota itu diselak lagi,

Ya Allah.
3 patah perkataan.
Jantan tak guna.







Jazakallah' khair.
Saja je nak tanya nie..
Betul ke anda ship Hanieya dengan si Han?
Tekan butang oyen.
Boleh komen.

future chapters are going to be chaotic.
So please get ready with this roller coaster ride.

Assalamualaikum♥️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro