BAB 2 - FLASH BACK

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

IMBAS KEMBALI ACCIDENT IBU BAPA ARASH.

Waktu itu Arash masih kecil lagi berumur 7 tahun. Kakaknya berumur 14 tahun. Kejadian berlaku sewaktu mereka sekeluarga keluar makan. Waktu itu ayah Arash dan Ariana dapat gaji bulanan besar dan mahu belanja makan luar malam itu.

Mereka sangat bahagia waktu itu tidak pernah seumur hidup keluar makan ke sebuah restoran yang mewah. Ini kali pertama Ariana dan Arash dapat makan makanan yang tidak pernah dirasa. Hidup mereka sekeluarga sangat bahagia. Itu lah dicemburui keluarga lain. Walaupun tidak sekaya mana mereka tetap bersatu.

"Ash..nanti masa besar nak jadi apa?". Tanya Encik Zaidi.

"Erm.. nak jadi macam ayah lah.. suka tolong orang, cayang ibu, cayang kakak, t-sabar,erm....apa lagi eh..erm.." katanya sambil jari telunjuk di dagu nya seperti sedang berfikir.

"Amboi..banyak nya dia puji ayah dia ni," sakat Puan Hidayu terhadap anak lelakinya.

Puan Hidayu mencubit lembut pipi anak lelakinya yang comel.

"Hehehe...". Sengih Arash.

"Tu lah kakak jealous tau dia dapat kasih sayang ibu ayah lebih," kata Ariana pura-pura merajuk.

"Alah..kakak janganlah mengajuk..meh adik cambahkan kaceh cayang kat akak..muah..muahh," pujuk Arash dengan pelatnya terus mencium pipi kakaknya banyak kali.

Ibu ayah mereka ketawa melihat kedua-dua anaknya itu. Ariana dan Arash sangat rapat dan tidak pernah berenggang dari dulu lagi. Kalau Arash marah, Ariana pandai memujuk adiknya semula. Begitu juga Arash kerana mereka darah yang sama. Kasih sayang keluarga tersebut tidak pernah padam walau apa pun terjadi kerana ibu bapanya telah mendidik mereka dengan baik dan beradab.

Waktu pulang dari makan malam. Mereka sekeluarga terus menuju ke kereta lusuh mereka. Arash terus berlari ke hadapan terlepas dari tangan Ariana. Waktu itu mereka masih lagi di belakang. Arash berlari gembira menuju ke arah ibu bapanya.

"Kejar lah Ash kak.. hahahah," ketawa Arash berlari sambil gembira.

"Ash tunggu jangan lari.." panggil Ariana terhadap adiknya.

Tiba- tiba, langkah Arash terhenti melihat ibu bapa nya tiba-tiba di tembak oleh 2 orang yang berpakaian hitam dan memakai topeng hitam. Wajah mereka tidak kelihatan. Sedas..dua das...tiga das..empat das..

BANG!  BANG! BANG! BANG!

Bunyi tembakan  dapat didengari dari restoran terdekat. Para pekerja restoran terus menghubungi polis.

Arash terkejut melihat situasi tersebut. Dia berdiri kaku. Kakaknya Ariana terus mendapatkan adiknya, dan bersembunyi dari situ. Tidak mahu pembunuh itu melihat mereka kerana jarak mereka hampir dekat dengan pembunuh. Mereka tidak perasan Arash yang kecil kerana waktu itu gelap.

Ariana menutup mulut Arash supaya tidak bising semasa bersembunyi. Pembunuh tersebut berasa ada sesuatu pergerakan dalam gelap. Dua pembunuh itu berjalan perlahan mendekati tapi tidak sempat apabila terdengar bunyi siren polis datang. Mereka terus lari. Arash kelihatan masih dalam kaku dalam pelukan kakaknya. Ariana melepaskan Arash dan melihat semula dari kawasan ibu ayahnya dengan tangisan yang deras.

Arash berjalan melihat ibu ayahnya telah dibunuh. Ariana terus menutup mata Arash untuk tidak melihat situasi tersebut. Tangisan Ariana makin deras melihat ibu ayahnya. Sehinggalah polis datang dan dua ambulance sudah tiba. Ambulance di telefon oleh orang awan yang berkumpul apabila melihat dua orang telah dibunuh sebelah kenderaan mereka.

Polis membawa Ariana dan Arash ke kawasan kereta polis dan menenangkan mereka. Arash tidak menangis kerana dia masih lagi dalam keadaan terkejut. Tiba- tiba Arash terus pengsan. Nasib baik Ariana sempat menyambut adiknya itu. Polis membawa mereka terus ke hospital. Ariana memeluk erat adiknya sambil menangis.

______________________________________

Di hospital.

Ariana risau akan keadaan adiknya dia berjalan ke hulu ke hilir menunggu keputusan dari doktor. Bapa saudara mereka dan isterinya telah pun tiba.

"Eh, kejap.. ambil udara jap, aduii..hah ni.. kenapa adik kau masuk wad kecemasan ni tiba-tiba?" Ujar Datin Salmah dengan nada tinggi dan masih tercungap-cungap.

"Apa kamu ni tanya soalan macam tu l? Dah sah lah sorang tu pengsan sebab kejadian tadi," tegur Dato' Hamid terhadap isterinya.

"Ariana okay?". Tanya Dato' Hamid.

Ariana hanya mengangguk dalam kesedihan. Doktor keluar dari wad kecemasan dan semua terus menuju ke arah doktor. Ariana terlebih dahulu bertanya ke arah doktor dengan resah.

"Macam mana doktor? Adik saya?". Tanya Ariana tidak sabar tahu keputusannya.

Doktor Azlan melihat Dato' dan Datin sedang menghampiri mereka. Terus dia menjelaskan keadaan adiknya kepada Ariana.

"Adik awak masih dalam trauma, dia terkejut lihat ibu ayahnya ditembak pada kejadian tersebut. Jadi, saya nasihatkan awak pantau dulu keadaan adik awak dan beritahu saya apa-apa perkembangan tentang dia, okay?". Kata doktor tersebut dengan jelas.

"Terima kasih doktor," ucap Ariana.

Doktor Azlan senyum dan terus berlalu dari situ. Ariana terus masuk ke dalam bilik wad adiknya. Datin Salmah menarik tangan Dato' Hamid yang ingin masuk ke bilik tersebut.

"Jap..siapa nak bayar ni bang? Tak kan kita kot?" Ujar Datin Salmah.

Dato' Hamid hanya menggeleng melihat kelakuan isterinya.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro