BAB 23 - MONSTER & ARASH'S FEAR

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MONSTER

Malam itu.

ARASH balik lewat malam. Dia masuk ke dalam bilik dengan raut wajah tidak puas hati. Dia sedang marah. Lantas, dia menendang meja, kerusi dan sekelilingnya yang terdekat.

[ Sebenarnya, Ash dah lama selalu keluar lewat tanpa Isaac sedar. Ok teruskan membaca.]

[Di atas hanya ilustrasi sahaja, hanya ingin menunjuk kan warna sinar mata dan amukan Arash] 😅.

"Bodoh! Bodoh! Bodoh!" Arash berteriak sambil memukul kepalanya sendiri. Iris mata yang bersinar merah kelihatan.

Dia membaling barang-barangnya dan memijak-mijak barangnya sendiri. Marah, geram, stress, semua dia rasa. Dia memukul meja belajarnya. Habis ada yang pecah barang-barangnya. Dia geram pada 'seseorang.' Marah juga pada 'seseorang.' Dia mengoyak semua lukisan dirinya sendiri.

Kepala tiba-tiba berpusing dan sakit teramat. Tetapi, dia tetap gagah membaling barang-barangnya lagi dan lagi. Amukan begitu buas.

Dia menghancurkan segala apa yang ada di sekelilingnya. Sungguh itu personaliti paling menakutkan dalam tubuh Arash, hinggakan barang personaliti lain dia koyakkan dan hancurkan.

[ Author tak boleh bagitau lagi dia pulang dari mana. Tapi boleh kata persecutor ini muncul dengan menampakkan dirinya.]

"Buk! Bung! Scratch! Scrash! Scrash! Ping! Bung!"

(Bunyi-bunyi dentuman jenis barang-barang rosak dan pecah dalam bilik Arash)

Isaac terkejut dari tidurnya mendengar bunyi bising di sebelah. Arash? Dia terus bangun dan bergegas keluar dari bilik.

"Aargghh!" Arash menjerit mengamuk, dapat didengar satu rumah.

Terlihat Raziq dan Hariz sudah pun berada di depan pintu bilik Arash yang bertutup.Mereka memandang ke arah Isaac yang baru keluar dari bilik.

"A-abang Isaac ke--kenapa tu?" Tanya Raziq ketakutan mendengar Arash yang sedang mengamuk.

"Biar abang uruskan, pergi tidur esok ada class." Kata Isaac tenang.

"Kami nak tengok abang Isaac. Kenapa dengan Ash?" Tanya Hariz pula.

"Abang kata pergi tidur, jangan degil. Abang akan uruskan, pergi masuk bilik." Tegas Isaac.

Hariz dan Raziq masuk ke dalam biliknya. Isaac menunggu mereka masuk ke bilik kemudian dia mengetuk pintu Arash.

"Ash! Ash! Okey ke tu?"

Bunyi bising tiba-tiba senyap.

"Ash?"

Andika risau. Dia terus merempuh pintu bilik Arash yang berkunci. Dengan sekuat tenaga, pintu itu terbuka lalu dia melihat Arash yang terbaring di lantai. Kelihatan biliknya bersepah dan habis barang-barang rosak olehnya. Andika menghampiri Arash, kelihatan lengan dan kaki Arash kotor. Dia menyentuh dan menghidu. Lumpur? Terlihat warna merah yang bercampur pada lumpur itu. Dia mencuit dan menghidu sekali lagi.

Ini darah!

Andika panik. Dia memeriksa diri Arash, baju Arash dapat rasa basah.

Dia menyelak baju remaja itu, terkejut Andika melihat luka dalam Arash di bahagian perutnya. Tidak pernah dia melihat kejadian ini. Se-sejak bila Ash keluar? Kenapa aku tak tahu?

Andika cepat-cepat  membawa Arash ke hospital. Dia bergegas memandu sambil menelefon Zafran.

Zafran yang sedang mengulang kaji terkejut, dia akan menyusul kemudian.

Di wad kecemasan.

Doktor keluar dari wad dan beritahu Arash terkena benda tajam seperti senjata tajam yang membuat badan, tangan dan kakinya luka.

Zafran dan Isaac yang mendengarnya mula risau keadaan Arash. Zafran terus masuk ke bilik wad yang ditempatkan kawannya itu.

Andika berasa kecewa. Dia sepatutnya menjaga remaja itu, jika Ariana tahu keadaan adiknya, pasti dia dimarahi teruk dan setidaknya Ariana akan panik dan berlari ke sini.

Bila difikirkan balik, barang-barang di bilik Arash tiada pun benda tajam yang boleh melukakan mana-mana anggota Arash sehingga ke dalam dagingnya. Adakah senjata pedang dimaksudkan doktor? Dia dapat agak cedera dalam itu dari sebuah pedang. Pedang seseorang. Dia pasti itu.

Zafran masuk dan melihat Arash yang berbalut di perut, tangan dan kaki. Dia terus menangis di sebelah kawannya. Gugur air mata jantannya.

Andika masuk memandang Zafran yang sedang menangis tersedu-sedu. Dia menyentuh lembut bahu remaja itu.

"An.. maafkan abang, abang cuai jaga Ash," kata Andika sedih.

"Tak, bang. Bukan salah abang. Ash tak pernah seteruk ni. Dulu dia pernah cedera bang. Tapi ni lagi teruk. Zafran takut bang, Zafran takut Ash hilang jati diri dia. Sebelum ni, kak Yana boleh kawal Ash. Tetapi sekarang, hisk.. hisk.." Zafran tidak dapat menyambung ayatnya lagi kerana sebak.

Andika menenangkan Zafran.

'Aku tak boleh berdiam diri.' Kata hati Andika.

Andika menghantar Zafran untuk pulang dahulu. Zafran hanya menurut sahaja, kerana esok class Zafran awal pagi.

"Esok An lawat dia waktu petang." Kata Zafran.

Andika dengan nama samaran Isaac mengangguk. Malam ini, dia jaga Arash. Dia risau jika yang sedar bukan Arash.

----------------

ARASH'S FEAR

ARASH membuka mata perlahan. Kepala masih sakit. Dia memandang sekeliling dirinya di ruang wad hospital. Arash menunduk melihat tangan dan kaki yang berbalut. Raut wajah tidak selesa dirasa pada bahagian abdomen, pedih. Dia menyelak sedikit baju hospital, badannya di baluti kain putih hospital.

'Kenapa? A--apa yang berlaku?' Dia tidak mengerti. Dia tidak tahu apa-apa tentang sebelum ini. Dia lemah, lemah untuk menghadap dengan personalitinya. Dia juga takut akan dirinya sendiri. Air mata mengalir membasahi pipi. Dia penat. Penat dengan semua ini.

Dengan perlahan dia menurun dari katil seraya memegang pengadang sisi katil hospital. Dia berjalan ingin keluar dari sini. Dia tidak mahu hidup. Tidak mahu hidup seperti ini. Kakak yang tiada di sisi, membuat dia hilang jati diri.

Buk!

Andika yang tertidur di sofa itu terjaga mendengar bunyi jatuh. Dia mengangkat kepala terlihat Arash yang sedang bangun dari jatuhnya dan berdiri semula. Andika segera mendapatkan remaja itu.

"Ash.. Ash tak sihat lagi, Ash rehat ya," ucap Isaac.

"Tak nak! Ash nak keluar! Ash tak boleh hidup dah!" Jerit Arash menangis. Dia sudah putus asa.

"Ash.. Ash nanti-nanti, jangan macam ni Ash, tak baik cakap macam tu."

Arash cuba melepaskan diri dari pegangan abang Isaac. Tetapi, Isaac tetap menahan Arash dengan kuat sehingga dia memeluk remaja itu untuk berhenti.

"Bagi Ash keluar bang, tolong.. Ash penat.. tolong lah!" pinta Arash menangis sambil cuba melepaskan diri dari pelukan seniornya.

"Ash sabar Ash.. istighfar, tenang Ash.. kalau doktor tahu nanti dia suntik Ash, Ash tak suka kan? Ash rehat, tidur dulu."

Arash berhenti melawan setelah mendengar apa abang Isaac katakan. Dia tidak mahu disuntik. Dia sudah benci suntikan tersebut. Perlahan dia menurunkan tangan dan menurut apa kata abang Isaac.

Andika membantu Arash berjalan ke katil semula. Arash terus baring berpaling dari lelaki itu.

Andika sayu melihat Arash yang masih menangis teresak-esak dalam diam. Sungguh tidak sampai hati dia  melihat keadaan Arash yang sudah tertekan. Cedera parah remaja ini mengingatkan dia kepada seseorang.

"Ash.. ash, nak dengar satu cerita tak?"

Arash hanya diam membelakangi lelaki itu tatkala merenung nasib dirinya.

Andika meneruskan perbualan. Raut wajah sedih sebelum menceritakan kepada remaja itu.

"Abang ada seorang adik perempuan. Umur dia 10 tahun, abang terlalu sayang akan dia. Abang dan keluarga abang sangat bahagia. Satu hari, saat abang dan adik abang pulang dari bersiar, rumah kami terbakar. Ibu bapa kami tidak dapat diselamatkan."

[ Incident kemusnahan rumahnya itu semasa raja-raja bertarung menyebabkan penduduk terkorban] .

Isaac berhenti sebentar menyeka air matanya. Dia sambung semula ceritanya.

"Selepas sebulan berlalu, adik abang pula jatuh sakit..."

FLASHBACK HIDUP ANDIKA

"Macam mana doktor?" Soal Andika.

"Adik awak hidap penyakit osteoporosis atau dipanggil tulang mudah patah. Harap kamu bersabar ye, saya pergi dulu."

Andika yang mendengar terus mengalir mata. Dia mengelap cepat sebelum masuk ke bilik wad adiknya. Dia tidak mahu adiknya melihat dia dalam keadaan sedih saat memandangnya.

"Abang, abang, tengok qisya. " ucap qisya mengangkat kedua tangan menunjukkan dirinya yang kuat.

Andika senyum.

"Qisya, jangan banyak gerak, qisya sakit."

"Tak lah. Qisya tak sakit." Senyum Qisya.

Andika turut senyum.

Dalam beberapa bulan pula..

Qisya dimasukkan lagi ke hospital.

[Sebenarnya Qisya sudah kerap masuk hospital kerana tulang nya yang mudah rapuh].

Andika kecewa dirinya yang mengabaikan Qisya. Sedangkan dia patut menjaga Qisya setiap masa.

Doktor memberitahu Qisya sudah okay dan perlu rehat. Andika terus berjumpa adiknya. Mereka berbual dan meluangkan masa setiap hari di bilik wad. Setiap saat Andika menemani adiknya. Apa yang adik dia minta dia akan beri. Senyuman bahagia di raut wajah adiknya membuat dia tenang.

Suatu malam, qisya tidak bangun lagi setelah tidur agak lama. Andika tidak sampai hati ingin mengejutnya. Dia hanya menunggu Qisya bangun.

Pagi esok, doktor masuk ke bilik untuk memeriksa. Andika yang terjaga, menunggu pemeriksaan doktor. Mereka memberitahu Qisya sudah tiada.

Andika terkaku. Jadi selama ini dari semalam Qisya sudah tinggalkan dirinya? Dia menangis terduduk. Dia pergi ke arah adiknya yang terbaring kaku lalu mencium dahinya yang sudah pergi buat selamanya.

Sungguh Andika tidak pernah melihat adiknya sedih. Dia selalu sahaja gembira di hadapannya. Dia selalu happy. Andika terima jika itu sudah menjadi takdir. Dia redha Qisya pergi dulu dari dia.

END FLASH BACK

[ Cerita flashback Andika menyebutkan dirinya "Isaac" bukan "Andika" kepada Arash.]

Memori lama yang datang kembali membuat Andika tidak dapat menahan sebak.

Arash menoleh ke arah abang Isaac. Dia tersentuh. Dia memegang tangan Isaac yang berada di birai katil. Isaac menggenggam tangan remaja itu.

"Ash, Ash bo-leh ke jadi ma-cam a-dik a-bang, tak putus asa, kuat, selalu gembira.." Kata Isaac senyum pahit mengenang kisah lalunya.

Arash mengangguk sedih. Sedih kerana dirinya yang mudah menyerah. Isaac terus memeluk remaja itu.

"Ash jadilah macam Qisya, adik abang, dia selalu kuat, tak pernah sekalipun dia sedih." Kata Isaac lagi.

"Abang Isaac."

"Ye?"

"Boleh ke--"

Andika memandang Arash dan  menunggu kata Arash yang terhenti.

"Ash nak jadi adik abang?"

Isaac yang mendengarnya berasa sebak lalu mengangguk kepalanya.

"Boleh Ash."

Isaac memeluk erat remaja itu. Dia faham perasaan remaja itu, hakikatnya remaja itu seperti arwah adiknya juga.

Arash mula menerima hakikat jika kakaknya hilang buat selamanya. Dia terima jika kakaknya sudah tiada. Dia  tersenyum saat ada seseorang yang dapat menemaninya. Arash bersyukur. Dia patut bersyukur dengan hidupnya yang sebenar, dia akan meneruskan hidup dengan semangat yang baru.












P/s : Maaf Author touching 😢. Cerita hidup Andika memang betul. Sorry, panjang cerita flashback Andika. Ye lah, his life story kita kena lah bagitau hihi 😂.. Dia nak bagi semangat kat Arash untuk terus hidup dengan "personaliti" lain dia. So macam mana ? Ok ?

#janganmudahmenyerah
#don'tgiveup

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro