BAB 26 - WAR

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dunia Dimensi

Di hutan Zeph Fire.

[ Zeph fire tempat orang -orang Kas teleportasi ke bumi dan balik dari bumi ]

Kas menunggu orang-orangnya untuk mendapatkan info budak perempuan itu. Setelah hampir setengah jam, mereka pulang dan terus melaporkan pada Kas.

Kas yang mendengar sedikit hairan. Mereka menemukan jejak gadis itu tetapi hanya sebentar. Jejak itu terus hilang dari bumi ini. Dia berasa ada tidak kena.

Ada yang mengetahui pencarian nya terhadap gadis itu. Sudah lama dia berasakan ada yang aneh. Dia berasa ada yang cuba mensabotaj tugasnya.

Setiap langkah dia dan orang-orangnya temukan pasti ada yang tidak kena.

Kas yang curiga terus memeriksa semua pekerja bawahannya. Setiap nya diperiksa teliti hingga lah seorang makhluk bawahan nya tiada di tempatnya. Sang Putih. Seorang hamba yang ditawan dahulu.

Kas senyum sinis.

----------------

Tiba di Kerajaan Putih.

Kas dan tentera-tenteranya terus menyerang perkampungan negeri-negeri putih. Habis hancur, dan musnah perkampungan mereka. Tangisan anak-anak mahupun dewasa Kas tidak endah kan. Hingga lah muncul Raja Putih di situ.

"Hei, Kas! Kenapa kau membakar rumah-rumah kami?" Marah Raja Putih.

Kas turun dari kuda hitamnya, dia pergi ke hadapan Raja Putih dan terlihat di belakang Raja putih sudah ada tentera-tenteranya yang melibatkan orang-orang kampung. Ouh dah ada tentera sendiri ya?

Kas senyum sinis.

"Kau mahu tahu?"

Dia memusingkan badannya ke belakang dan berjalan ke arah tentera- tenteranya semula. Dia kembali menghadap Raja Putih dengan wajah berang.

"Kau telah mengambil hak Raja Kala!"

"Hak Raja Kala? Hak apa? Bila masa kami mengambilnya?" Soal Raja Putih.

"Di manakah putih? Bukankah patutnya dia berada di sini?" Soal Kas mencari-cari kelibat Sang Putih, pengkhianat itu.

Sang putih muncul ke hadapan dari celah-celah tentera Raja Putih itu dan berjalan menghadap pada Kas dengan riak mukanya yang menahan marah.

"Hm.. ada pun! Di mana budak perempuan manusia itu?"

"Budak? Manusia? Apa maksud kau Kas?" Soal Raja Putih pura-pura tidak mengerti. Bagaimana Kas boleh tahu secepat ini?

"Kau tidak mahu mengaku? Baik." Kas senyum sinis.

Dia menyuruh tentera-tenteranya membunuh penduduk-penduduk di situ termasuk anak-anak kecil. Raja putih yang melihat perkara itu menyuruh Kas berhenti.

"Cukup Kas! Cukup! Aku tidak tahu apa yang kau maksudkan. Tolong pergi dari sini Kas!"

Sang putih berjalan perlahan ingin menyerang Kas dengan pisau belati di belakangnya. Kas ketika itu sedang berdebat dengan Raja Putih. Pabila Sang putih sudah dekat, dia terus menghendap menghunus pisau belati itu ke arah Kas.

Tetapi, sayangnya.. Kas lebih pantas mengelak dan dapat menangkap tangan Sang Putih. Dia menggenggam kedua tangan Sang putih dan mengangkat Sang putih ke atas. Sang putih meronta dilepaskan.

"Kau berani mahu bunuh aku ya? Mari rasakan pula seranganku!"

Dia berpusing-pusing semakin lama semakin laju. Angin keluar dari tubuhnya hingga membentuk taufan lalu mencampakkan Sang putih jauh dari kawasan mereka.

"Mengganggu betul! Rasakan!"

Sang putih tercampak jauh hingga terkena pada dahan pokok yang tebal.

"AHH!!" Jerit sang putih menahan sakit di badan.

"Cukup KAS!!" Marah Raja Putih.

"Kau tiada hak menahan aku! Kau tiada kuasa orang tua! Kau tahu kan akibatnya? Jika kau melawan perintah Raja Kala? Boleh sahaja aku bunuh kau begitu sahaja!" Tengking Kas. Susah benar orang tua ini mahu memberi apa yang dipinta.

Tentera Kas sudah menjumpai gadis manusia itu, mereka terus membawa ke arah Kas. Entah sejak bila tentera-tentera Kas menceroboh Raja putih tidak sedar.

Ariana yang berdress labuh berwarna putih itu dipegun lama mata-mata semuanya termasuk Kas sendiri. Gadis muda ini lebih cantik dari isterinya sendiri. Sungguh terlalu cantik.

Kas melangkah ke arah gadis muda itu. Baru sahaja Kas mengangkat tangan ingin menyentuh wajah Ariana, Raja putih terlebih dahulu menjerit.

"Kas! Jangan apa-apa kan dia! Tolong lah!" Pinta Raja putih yang sedang ditahan oleh tentera-tentera Kas.

"Eh, bukan tadi kau bilang tidak mengenal gadis ini ?" Sinis Kas.

Raja Putih terdiam. Ariana ketika itu cuba menahan sakit di pergelangan tangannya yang dicekam kuat oleh tentera Kas. Lututnya kelihatan cedera disebabkan hal pergelutan tadi.

"Tolong lepaskan aku! Lepaskan aku lah! Tolong lah!"

Ariana memberontak. Ingin sahaja dia membuka langkah silat tetapi tidak berdaya kerana kuasa magis mereka terlalu kuat menahannya.

Kas memandang gadis itu dengan senyuman penuh menjengkelkan.

"Lepas? Kau mahu lepas ya? Boleh.. lepas kau menghadap Raja Kala! Hahaha!!" Ketawa besar Kas.

Hati Ariana sememangnya sudah mulai takut mendengar nama Raja itu. Raja putih dan sang putih telah menceritakan siapa Raja Kala sebenarnya.

Dia berwajah ganas, tubuh yang besar sasa bak raksasa, rambut merah panjang dan kuasanya lebih kuat berbanding raja-raja lain.

Kas mengusap lembut pipi putih merah Ariana.

"Kau sangat cantik Ariana. Sungguh, aku terpukau melihat kau." Kata Kas sambil menggigit bibir bawahnya menahan nafsu jantannya.

Ariana menjauhkan wajahnya dari tangan Kas yang jijik itu. Sungguh Ariana membencikannya.

"Lepaskan aku lah! Lepas!" Marah Ariana.

"Hahah! Lepas kau bagi kuasa itu pada Raja Kala. Aku akan kerjakan kau! Hahahah!" Kata Kas mencengkam leher Ariana dengan kuat kemudian melepaskannya kembali setelah melihat gadis itu menahan sakit.

Ariana menangis ketakutan. Mereka membawa masuk dirinya ke dalam kereta kuda kurungan itu. Tentera-tentera Kas melepaskan Raja Putih dan tenteranya.

Raja putih mendapatkan ketua pertahanannya lalu membisik.

"White, di manakah si pahlawan itu? Sepatutnya dia sudah sampai di sini?"

"Dia akan sampai sekejap lagi, Tuan."

Baru sahaja Kas dan tentera-tenteranya ingin pergi, Raja Putih bersuara lagi.

"Kas! Tolong bawa aku sekali! Ada yang perlu aku bicara pada Raja Kala. Tolong.." Kata Raja Putih yang sayu melihat keadaan Ariana. Dia ingin menemani Ariana hingga ke istana Raja Kala.

Kas memandang Raja Putih kemudian menyuruh tentera-tenteranya mengikat Raja Putih masuk sekali bersama Ariana di dalam kurungan itu. Mereka terus bergerak ke Istana Raja Kala, yang dipanggil..





"Dark Blood. "








Bersambung...







P/s : Apa akan terjadi pada Ariana?Siapa yang akan menyelamatkan Ariana dari Raja Kala? Nantikan chapter seterusnya ❤️.

From Author :

So, korang rindukan kemunculan Ariana dlm cerita? Hehehe😅. Lama betul Ariana tak muncul. So, we will see what happen next chapter. Will be update soon!❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro