BAB 28 - BATTLE FOR THE THRONE

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sambungan..

"Siapa dia?"

Lama Ariana menunggu jawapannya.

"RAJA NAGA"

Bulu roma Ariana tiba-tiba menaik. Dia tidak tahu mengapa. Mendengar sahaja nama itu perasaan yang lain muncul. Jantung berdegup kencang saat menanti lelaki itu akan muncul. Mengapa dia begitu berdebar mendengar nama itu? Adakah aku mengenal dia?

Dayang tadi terus masuk dan mendudukkan Ariana untuk dipersiapkan rambutnya.

Ariana memandang dayang di pantulan cermin hadapan. Dia ingin menanyakan sesuatu.

"Dayang."

"Ya?"

"Sini ada Raja Nagakah?"

"Raja Naga?"

Ariana memandang dayang tersebut. Dayang mengangkat pandangan seraya mengerutkan dahi memandang gadis muda itu. Tidak pernah dia mendengar nama Raja itu.

"Saya tidak pernah tahu ada Raja Naga. Yang saya tahu hanya Raja Ru, Raja Jau, Raja Ga dan Raja Ren. Itu sahaja."

[Author namakan Raja ikut warna hahah 😂. Malas nk fikir. Ok teruskan membaca.]

"Ouh.."

Lama mereka berdiam.

Dayang pula sedang menyiapkan rambut Ariana. Tiba-tiba dia teringat nama Ariana sebut tadi.

"Oh! Ariana mengatakan Naga kah?"

'Yalah, dari tadi orang kata Naga,' omel Ariana dalam hati.

Ariana mengangguk.

"Naga itu yang bakal lawan raja kah? Kenapa tidak cakap awal-awal?" Kata Dayang tergelak kecil.

Ariana hairan, mengapa panggil dia Naga sedangkan dia adalah seorang Raja?

"Bukankah dia Raja?"

"Bukan lah. Dia belum dapat gelaran Raja jika dia tidak menewaskan seorang Raja. Tetapi, mustahil dia dapat menewaskan Raja.. hahah.. tidak mungkin.." kata Dayang ketawa menyindir.

"Kenapa pula?"

Dayang menarik nafas dahulu dan menghembus perlahan.

"Ariana, tiada seorang pun pernah menang berlawan dengan Raja. Tidak pernah seorang pun. Raja itu kuat, dia memiliki kuasa yang orang biasa tidak ada. Mustahil ada yang boleh kalahkan Raja. " Jelas dayang.

"Pahlawan pun orang biasa juga. Dulu, mereka pernah berani ingin melawan Raja. Akhirnya mereka tewas di tangan Raja Kala. Raja Kala terkuat sekali dari raja-raja lain. Itu kerana semua takut akan Raja Kala." Sambung Dayang lagi.

Ariana hanya mendengar. Riak wajahnya bertukar sedih semula.

'Tiada peluang lah aku lepaskan diri.' Ariana berkata dalam hati.

'Ash.. akak sayang Ash tau. Maaf jika akak hilang selamanya dari hidup Ash.' kata Ariana dalam hati dengan wajahnya yang sedih.

Air mata Ariana jatuh ke pipi.

"Laa.. cik Ariana. Kenapa cik Ariana sedih? Soleknya sudah hancur. Saya kena buat semula lah ni." keluh Dayang.

---------------------

RAJA-RAJA telah sampai ke istana Raja Kala. Raja-raja itu yang disebutkan dayang tadi. Semuanya hadir dan duduk pada tempat masing-masing.

Mereka semua menunggu kedatangan Raja Kala. Raja Kala masuk dan duduk di tempat gah nya. Perlawanan ini diadakan sekali setahun dan ditempatkan di istana masing-masing secara bergilir-gilir. Dan.. sekarang, giliran tempat istana Raja Kala pula.

"Kala, lama aku tidak jumpa kau!" Kata Raja Ren senyum.

"Ya, Kala. Bagaimana dengan pencarian Raja Yan? Sudah ada maklumat?" Tanya Raja Ga pula.

'Kau Raja Ga, memang tidak sabar untuk tahu semuanya. Huh!' Raja Kala menahan geram dalam hati. Dia perlu mengambil kuasa sakti itu secepat mungkin. Mereka tidak boleh tahu hal ini.

"Belum. Aku belum ada maklumat lagi tentang kehilangan Raja Yan."

"Susah betul cara kerja kau Raja Kala. Bagi sahaja Raja Jau mencarinya. Dia lagi pantas dari kau." Kata Raja Ru dengan sinis.

Raja Ru memang suka menyakiti hati Raja Kala. Raja Kala yang mendengarnya menahan marahnya.

Ariana memasuki hallroom tersebut dan duduk di sisi Raja Kala yang sudah disediakan tempat duduk buat dia. Semua Raja terpegun melihat kecantikan gadis muda itu. Siapa dia? Mengapa dia berada di sisi Raja Kala?

Raja Kala memandang Ariana di sebelahnya. Dia tersenyum senget. Ternganga semua ya? Dia bangga.

"Ini bakal isteri ku!"

"Tidak mungkin! Dia jauh lebih muda dari mu!" Raja Ru tidak puas hati.

"Raja Kala, kau biar betul? Wanita ini terlalu cantik untuk kau. Tidak sesuai." ucap Raja Ren yang bercakap tidak berlapik.

Raut wajah Raja Kala berubah bengis.

"Kenapa? Aku tidak boleh ada isteri? Ha?!" Pekik Raja Kala.

"Sudah-sudah mari kita mulakan perlawanannya. Aku tidak sabar melihat pertarungan ini." Kata Raja Jau meleraikan suasana yang tegang.

"Panggil peserta juara itu masuk!" Laung Raja Ga.

Pintu besar hallroom dibuka kedua lelaki yang menjaga di situ. Susuk tubuh tersebut masuk ke dalam hallroom yang begitu luas ini.

Dia memakai topeng dan tidak menunjukkan rupanya. Pedang Katana sedia terikat di sebelah pinggang kirinya.

Raja-raja kehairanan.

"Mengapa kau memakai topeng sang juara?" Tanya Raja Ren.

Dia menunduk hormat.

"I'm worried you won't accept my real face."

Raja Ru spontan bangun dari tempat duduknya, dia seperti kenal cara susuk tubuh itu bercakap.

"You.. Naga? Rieyu?" Tanya Ru ingin kepastian.

"Yalah, Ru. Dia kan menang perlawanan hari itu. Kau lupa? Oh lupa! Kau tidak hadir masa itu! HAHAH!" Ketawa Raja Ren.

Raja Ru menahan marah melihat Raja Ren mengejeknya. Kelihatan Raja kala tersenyum sinis.

"Kenapa Ru? Kau mengenal dia?" Tanya Raja Kala menaikkan kening sebelah memandang lelaki berbadan besar gempal itu.

"Aku memburunya sudah lama." Raja Ru duduk kembali.

"Ouh.. Diburu. Bagaimana kau boleh masuk sini?" Soal Raja Kala pada pemuda bertopeng itu.

"I was called, so I came."

"Just speak your language, Rieyu . Why speak English?" Tanya Raja Ru, dia tahu Rieyu itu dari bangsa Jepun.

Ariana yang dari tunduk kesedihan terus mengangkat wajah perlahan  melihat pemuda itu di hadapannya yang digelar Naga.

Dia mengenakan pakaian hitam hampir kesemuanya, beserta pedang di sisinya.

Naga tertumpu gadis muda di sisi Raja Kala. Dia merenung gadis itu begitu lama. Ariana berasa tidak sedap hati. Dia kenal aku kah?

Raja Ru sedar renungan Naga itu.

"Naze? Kanojo ni kai ttebikkurishimashitaka? Hahah!!"

(Why? Are you stunned to see her? Hahaha!!)

Naga terus mengalihkan pandangannya ke arah lain mendengar perkataan Raja Ru itu. Genggaman penumbuk erat dicekam kuat.

Raja-raja yang tidak faham memandang Raja Ru. Raja Ru yang mengerti mereka yang tidak memahami apa dia kata terus menjelaskan.

"He was stunned to see that girl." kata Raja Ru sambil menunjukkan ke arah Ariana.

Mereka pula ketawa selepas mendengarnya.

"Jangan risau kami pun terpegun melihat wanita yang berada di sisi Raja Kala itu. " Kata Raja Ren.

Mereka pun sambung ketawa lagi.

"Itsu tatakai taidesuka? Matahaanataha watashi wo osore teimasuka? Huh!"

Naga senyum sinis dari dalam topengnya. Senyuman yang boleh dijangka oleh Raja Ru. Tidak nampak pun, Raja Ru sudah tahu dia sedang tersenyum mengejek.

Raja Ru bangun dan berasa marah, mahu sahaja berdepan Naga ini.

"Hey, hey! Ru! Kenapa?" - Ren

"Entah. Kau ni Ru. Kami ni tidak faham. Kau bagitahu lah apa dia kata!" - Jau.

Raja Kala hanya diam sahaja melihat mereka.

"He said we are the coward for him!" Jerit Raja Ru marah.

Raja Kala yang melihat nya terus bangun.

"Duduk Raja Ru!! Bukan ini caranya kau hendak melepaskan marah! Terus kan perlawanan!! Aku tidak mahu membuang masa dengan semua ini!"

Ariana yang duduk di sisi Raja Kala masih memandang Naga. Dia meneliti dari atas hingga bawah.

'Betul kah dia boleh menyelamatkan aku?' soal Ariana dalam hati.

Semuanya sudah berada di situ termasuk golongan Raja putih untuk menyaksikan pertarungan itu.

Andika turut bersama penduduk putih. Dia melihat Ariana di situ. Sungguh dia berasa sedih gadis itu duduk di sisi Raja tersebut. Dia risau Raja itu akan mengapa-apakan Ariana.

Ariana perasan kehadiran Andika di situ. Dia kemudian memandang ke arah lain, menyembunyikan perasaan sedihnya.

Salah seorang lawan Naga dipanggil iaitu lawannya yang mahir menggunakan rantai panjang. Dia  Pahlawan Raja Ren.

Mereka bertarung habis -habisan. Naga tangkas menggunakan pedangnya dan mengelak dari hayunan rantai itu. Pahlawan Raja Ren tewas.

Mereka tidak terkejut lagi kerana itu baru tingkat pertama. Sebelum inipun, ada sahaja pemuda yang menang hingga dapat berpeluang melawan Raja tetapi sayang dia mati dibunuh oleh Raja Kala.

Mereka memanggil seorang pahlawan mereka seterusnya. Pahlawan Raja Ga.

Kemudian, tewas di tangan Naga juga. Raja-raja sungguh tidak puas hati kerana tiada luka sedikit pun kena pada dirinya dan pertarungan ini sekejap diselesaikan oleh pemuda itu.

Mereka memanggil pahlawan mereka sehinggalah pahlawan Raja Ru pun tewas.

Sungguh Raja Ru marah.

"Ish! Kenapa kau ni susah mati hah!!" Jerit Raja Ga terlebih dahulu dari Raja Ru.

"Aku dah cakap dia ni susah, aku buru sahaja terus hilang begitu. Kau semua pula tidak percaya! Sekarang baru percaya hah?!" Tengking Raja Ru terhadap mereka.

Raja Kala bangun. Tiba masa pahlawan dia pula muncul. Dia memanggil Kas. Kas teragak untuk ke hadapan.

"Sini kau Kas! Sekarang!" Jerit Raja Kala marah.

Kas dengan pedang dua bilah di genggamannya melangkah ke hadapan. Dia pun menunggu Naga memulakan serangan dahulu. Kas sudah baca gerakan Naga sebelum ini. Jadi, dia dapat mengelak serangan Naga secara berterusan. Bila elak sahaja, dia terus serang Naga dari belakang.

Raja Kala tersenyum melihat Naga yang sudah pun luka dek kerana Kas.

"Ergh!"

'Suara kesakitan itu.'

Ariana terkelu. Dia seakan mengenal suara pemuda itu yang mengaduh perlahan. Adakah ini hanya perasaannya sahaja?

"Kenapa Naga? Sudah mahu mengalah?" Ketawa Raja Kala.

Ariana yang melihatnya tidak sanggup melihat pemuda itu yang cedera. Dia takut dan risau. Risau jika Naga tewas seperti apa dayang katakan tadi. Walhal, hati berkata lain.

Naga terduduk ke bawah mengambil udara kerana dia tercungap-cungap kepenatan melawan Kas yang asyik mengelak sahaja.

Kas yang melihat ketawa besar.

"HAHA! Tengok tuan! Tadi bukan main berlagak lagi! Penge--"

SWUUSSHHH!

Tidak sempat Kas menghabiskan ayatnya, kepalanya dipancung oleh pedang Naga hanya sekali. Kepala Kas jatuh ke lantai tergolek ke kaki Raja Kala.

Badan Kas rebah jatuh ke lantai.

Raja Kala bangun bersama amarah. Ariana yang melihatnya tidak sanggup melihat pertarungan yang kejam itu lagi. Sungguh berbagai pembunuhan Naga bunuh dengan cara kejam.

'Bagaimana dia boleh menyelamatkan ku? Entah-entah sama sahaja seperti raja lain.' Kata Ariana dalam hati. Dia berasa takut melihat Naga.

Raja Ren yang cepat panas baran terus menghadap Naga, melawan pemuda bersikap biadap itu. Kerana kesilapan Raja Ren yang hanya mengikut marahnya sahaja. Naga mudah membunuh Raja Ren sebegitu sahaja.

Semua raja terkejut. Hanya sekelip mata Naga membunuh Raja Ren.

"How? I can usurp the power of the King, right? Hahah!!"

( Bagaimana? Aku boleh rampas kuasa Raja kan ? Hahaha!! )

Semua Raja sudah bengis memandang pemuda berlagak itu.

Raja Ru yang tahu sesuatu mula bisik ke telinga Raja Kala.

" ......."

Raja Kala yang mendengarnya berdiri dan marah pada Raja Ru. Dia mengeluarkan kuasa apinya. Mencekik leher Raja Ru. Raja Ru kepanasan meronta dilepaskan sambil memandang Raja Kala.

"Kau ingat kau boleh ugut aku kah?! Siapa yang beritahu kau?!" Bergema pekikan Raja Kala di hallroom itu.

Semua raja-raja terkejut melihat mereka yang sedang bergaduh.





Bersambung ...





P/s : Hm...apa yang Raja Ru bisik tu sampai buat Raja Kala marah ? 😦 🔥. Nak update bila pula eh ? Hehehe😂
Maaf ada ayat macam tak kena bila baca hm 🥺. Author cuba baiki diri ❤️.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro