BAB 5 - THE KING

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

IMBAS KEMBALI DUNIA DIMENSI RAJA-RAJA

Beribu tahun lalu zaman dunia dimensi lain selain dunia di bumi. Ramai status - status tertinggi merebut kuasa untuk takluk dunia mereka. Boleh dikatakan status tinggi itu raja- raja yang merebut gelaran 'Sultan.' Raja-raja dan Sultan dunia dimensi mereka berbeza berbanding dunia di bumi.

Raja-raja di dunia dimensi lain ini mereka merebut kuasa untuk mengetuai dunia mereka . Kuasa mereka dimaksudkan kuasa yang mulia,Kuasa Sakti Tertinggi, kedudukan, penghormatan , maruah yang tinggi dan mampu menundukkan semua yang ada di dunia dimensi mereka.

Mereka ingin mendapat rasa kuasa tersebut jadi mereka mula berperang menjadi satu pertumpahan darah yang dahsyat. Peristiwa itu tidak berakhir di situ sahaja. Penduduk- penduduk di situ menjadi korban kerana terkena kuasa-kuasa sakti raja -raja yang kejam itu. Kuasa sakti raja-raja hanyalah biasa. Disebabkan sikap raja-raja yang tamak dan bermusuhan. Mereka tidak layak mendapat Kuasa Sakti Tertinggi tersebut.

Disebabkan itu Kuasa Sakti Tertinggi bertukar arah dan memilih penduduk yang layak. Ini tidak diketahui oleh raja-raja tersebut. Ada seorang penduduk yang dipilih Kuasa Sakti Tertinggi tersebut. Tidak lama selepas itu, raja-raja tersebut telah mengetahui hal itu.

Di mana Kuasa Sakti Tertinggi telah memilih seorang penduduk di situ. Penduduk itu adalah puak In. Puak-puak yang baik-baik semuanya. Seorang pemuda yang di pilih sudah berkeluarga.

Raja-raja telah pun membuat satu perangkap kepada pemuda itu termasuk keluarganya. Betapa kejam dan zalimnya sikap raja-raja tersebut. Mereka sanggup membunuh orang yang tidak bersalah. Akhirnya, raja-raja telah bersepakat memilih siapa yang layak memegang Kuasa Sakti Tertinggi yang sememangnya milik asal kuasa Sultan.

Seorang raja telah dipilih menjadi Sultan. Dia lah Sultan Kar. Sultan yang terkuat dan cerdik. Tapi malangnya mempunyai sikap yang tidak adil. Kerana ketidakadilan itu maka Sultan tersebut di hancurkan oleh Kuasa Sakti Tertinggi itu sendiri. Kuasa Sakti Tertinggi tersebut akhirnya hilang dan tiada siapa yang dapat menjumpainya lagi.

TAMAT IMBAS KEMBALI

_____________________________________

BALIK KE REALITI.

DI BUMI.


ARASH  terus tersedar dari mimpinya itu. Dia tidak pernah bermimpi sesuatu seperti itu. Susah hendak diterangkan, dia hanya boleh menggambarkan. Arash terus bangun dari katilnya dan mencapai pensil dan buku sketchnya. Dia melukis apa yang dia lihat. Kemudian dia menulis sesuatu di tepi lukisan nya. Selepas itu, dia menutup buku sketchnya semula.

Arash duduk di birai katil dan termenung mengingatkan kembali kata-kata Farhan dan geng nya malam itu. Dia betul-betul berasa sakit hati melihat Farhan dan kawan-kawannya. Arash susah untuk melupakan ejekan-ejekan Farhan. Dia mula berfikir semula perkataan-perkataan yang di lontarkan Farhan tersebut.

"Betul lah tu apa Farhan cakap, takkan aku kena duduk dengan kakak aku selamanya?" Kata Arash pada diri sendiri.

Dia berasa telah menyusahkan kakaknya sendiri. Arash menekankan diri nya, dia mula tidak boleh mengawal fikirannya lagi. Kadang dia sedih, ketawa, marah semuanya Arash luahkan di dalam biliknya. Dia memendam sorang-sorang dan mula dirinya berasa sunyi. Kepalanya dari tadi sakit yang tidak hilang menjadi semakin kuat. Arash menjerit kesakitan.

"Aargh! Sakit! Sakit!" Air matanya mengalir.

Ariana yang tidur di bilik terkejut mendengar teriakan adiknya. Dia bergegas pergi ke bilik Arash. Ariana mengetuk pintu Arash yang berkunci beberapa kali tetapi tidak dibuka. Dia mula menggelabah mencari kunci pendua. Dia terus membuka pintu bilik Arash dan terus mengambil dos suntikan tersebut.

"Aargh! Aargh! Sakit! Aargh!" Semakin kuat Arash menjerit kesakitan. Dia menggenggam rambut begitu kuat.

Air mata Ariana mula mengalir melihat adiknya merana kerana kesakitan yang amat. Dia melihat Arash yang cuba menghentakkan dahi ke lantai. Tanpa menunggu lama, dia terus menyuntik ubat tahan sakit di leher adiknya.

Arash kemudian rebah dan menutup matanya yang sudah lama basah.

Ariana memeluk Arash dengan tangisan. Dia memandang adiknya yang kepenatan itu. Dia mencium dahi Arash lama kerana sayangnya terhadap Arash sangat kuat.

"Macam mana akak nak hidup sendiri, kalau Ash belum pulih lagi. Ash jangan tinggalkan akak tau. Akak sayang Ash sangat-sangat," kata Ariana dengan tangisan.

"Ash sorang je yang akak ada lepas ibu ayah. Ash je yang akak ade sekarang ni. Jangan tinggalkan akak Ash."

Akhirnya, Ariana terus terlelap di samping Arash.
______________________________________
Pagi itu.

Ariana bangun dari tidurnya. Dia melihat Arash tiada di sebelahnya.

Arash melangkah masuk ke bilik lalu  mengemas biliknya yang bersepah. Ariana mendapatkan Arash.

"Ash ok dah ke?" Soal kakaknya dengan kerisauan.

Arash memandang kakaknya tetapi tidak berjawab. Dia terus sambung kerjanya yang tertunggak tadi.

"Saya nak kemas jap, bersepah saya tengok bilik ni, saya tak selesa," ucap  Arash yang sebenarnya bukan Arash.

Dia malu memandang kakaknya, kerana dia tidak selesa bertentang mata dengan orang lain.

Ariana yang sedar kelakuan tersebut terus bertanya,

"Awak siapa?"

Arash menundukkan kepalanya dengan takut. Ariana menangkap wajah adiknya yang tunduk itu. Dia tersenyum melihat dia yang sedang mengambil alih badan adiknya.

"Saya bukan orang jahat, jangan risau. Tapi saya ni kakak Arash," kata Ariana tersenyum.

Dia memandang Ariana.

"Sape Arash?"tanya remaja itu.

"Arash tu kawan awak lah, lupa ke?"jawab Ariana dengan soalan itu, itu taktik Ariana untuk menyenangkan hati dia.

"Ouh, saya lupa.." tersengih yang mengambil alih tersebut.

"Saya V. Panggil V je."

"Ouh V. Nama penuh apa?"

"Saya tak suka bagitau nama penuh saya."

"Okay, tak pe. Umur V berapa?"

"Erm.. 16 tahun," jawab V.

"Ouh. Ok akak keluar dulu ye."

V mengangguk. Dia terus mengemas semua tempat. Ariana keluar dari biliknya. V lihat Ariana sudah keluar dari bilik. Dia terus mengemas di meja Arash.

Ariana bersembunyi di sebalik dinding melihat kelakuan V.

V lambat dalam membuat kerja dan kadang-kadang berulang kali mengemas tempat yang sudah dibersihkan. Ariana pernah tahu hal itu. Dia mengingati semula apa yang pernah dia belajar.

Yup! V mempunyai penyakit OCD (Obsessive Compulsive Disorder). Sebab itu, dia asyik bersihkan tempat itu berulang kali walaupun sudah bersih.

Ariana terus pergi ke dapur untuk masak. V pula berasa letih mengemas jadi dia pun tertidur di atas katil.

3 jam kemudian..

Arash bangun, dia lihat biliknya dibersihkan. Arash terus mencari-cari kakaknya. Ariana melihat adiknya sedang mencari-cari seseorang.

"Ash akak kat sini," panggil kakaknya di ruang tamu.

"Akak, lama ke Ash tidur tadi?"

"Lama jugak, 3 jam gitu."

"Hahh 3 jam?"Arash mencari-cari  telefonnya.

"Ash tenang-tenang okay. Akak terpaksa suntik Ash pagi tu. Tu yang tidur lambat," kata Ariana, sedangkan ada yang mengambil alih badan adiknya.

"Ouh," sepatah sahaja Arash menjawab.

Arash duduk di hadapan kakaknya turut serta menonton televisyen.

Ariana memandang adiknya.

"Ash."

"Hm?"

Arash bertanya sambil mata leka pada rancangan di televisyen.

"Ash tak ingat apa Ash buat sebelum ni?"

Arash memandang kakaknya. Dahi berkerut.

"Tak. Nape kak?"

"Tak pe lah. Ni An telefon ajak Ash gi rumah dia hujung minggu ni. Nak pergi ke?"

"Papa dia ade kat rumah ke?" Soal Arash.

"Tak de kot."




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro