PROLOG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KESIBUKAN Kota hijau dapat dilihat sendiri oleh kedua mata remaja itu. Kali ini, sudah kali ke-20 lebih Arash berpindah. Entah ke berapa kalau lagi tepat. Dia tidak mengerti mengapa kakaknya sering membujuk untuk berpindah ke tempat lain.

Kata kakaknya, untuk keselamatan dirinya. Arash hanya menerima sahaja apa yang kakaknya lakukan untuk keselamatannya. Mungkin kakaknya tidak ingin dia berasa tidak selesa dengan sekeliling. Tetapi, itu membuatkan Arash lagi berasa bersalah terhadap kakaknya.

Setelah, berpindah. Ariana, 21 tahun, mencari kerja di laman sosial. Mata tertumpu pada sebuah cafe mini. Ia hanya berdekatan rumah barunya sendiri.

Farah Ariana Nirmala mula berkerja selepas habis SPM lagi untuk menampung adiknya yang ketika itu masih berumur 12 tahun.

Dia tidak mahu adiknya ditempatkan di sebuah pusat anak yatim piatu kerana adiknya pernah mengadu personaliti lain tidak selesa akan budak-budak yang satu dorm dengannya di situ. Mereka menganggap diri Arash gila kerana bercakap keseorangan. Tetapi, Ariana berusaha tidak membuat Arash berfikir seperti itu. Kerana boleh membuatkan adiknya tertekan dengan diri sendiri.

Kini, Arash mendapat sekolah yang sesuai dengannya dan di situlah dia mendapat seorang kawan bernama Zafran atau dipanggil 'An'. Itu lah nama panggilan rakannya yang sudah sebati dari kecil.

Hidup Ariana dan Arash tidak lah begitu senang kerana hidup mereka penuh liku dan cabaran yang mereka hadapi. Walau hidup mereka tidak sekaya orang lain tetapi hakikatnya mereka bahagia.

Kini, bermula lah kisah kehidupan Arash dan Ariana.



••••••••

ARASH SEASON 1

•••••••

P/s : first cerita, baru lagi heheh😂. Kalau ada tidak faham maaf author masih baru dalam menulis.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro