Bab 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

       ARYAN mengetuk pintu rumah Syazika sekuat hatinya. Dia masih tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan Syazika untuk meninggalkan. Pintu dibuka perlahan. Wajah yang dirinduinya ketika itu muncul di muka pintu.

" Aryan  nak apa?" tanya Syazika dingin.

"Ika, Aryan nak tahu kenapa Ika buat macam ni.. Ika tahukan Aryan sayangkan selama ni.." kata Aryan sambil memegang kedua-dua belah lengan Syazika.

" Kalau sayang, lepaskan lah Ika. Biarkan Ika bahagia dengan keputusan Ika. Aryan kena ingat, tak semestinya sayang perlu dimiliki." Balas Syazika lalu menolak tangan Aryan ke bawah melepaskan lengannya.

Syazika melihat tangan Aryan yang terluka dan berdarah. Dia tahu Aryan pasti terseksa dan terluka ketika ini tetapi dia perlu abaikannya. Dia mahu Aryan kuat demi kebahagiaan yang akan datang.

" Ika, Aryan tahu yang Ika masih sayangkan Aryan.." Aryan menarik lembut dagu Syazika menghadapnya. " jom la.. ikut Aryan.. kita pergi dari sini.." pujuk Aryan lagi.

" Aryan, cukup!  Ika sayangkan Syafiq! " marah Syazika lalu menolak Aryan jauh darinya.

" kenapa bising sangat ni? siapa datang?" Tanya Syafiq yang muncul dari belakang Syazika dengan rambut yang tidak kemas seperti baru bangun tidur. Tangan Syafiq melingkari tubuh ramping Syazika dengan erat.

" Sayang terjaga ke? maaflah.." kata Syazika

" Aryan? kenapa kau datang sini? nak masuk ke?" tanya Syafiq sambil mengaru kepalanya sambil menguap.
Nafas Aryan semakin sesak melihat mereka berdua yang masih bermesra di depan pintu.

" Aryan baliklah. Ika nak sambung tidur.. " kata Syazika lalu menutup pintu rumahnya. Syazika melintai di sebalik langsir. Gadis itu menghembus nafas lega apabila Aryan sudah meninggalkan pekarangan rumahnya.

" Aryan ke?" Tanya Fuad yang baru bangun tidur. Selimut yang digunakan semalam dilipat dengan kemas.  Fuad  menggosok matanya yang masih berat

" Aah Aryan datang. Ika, kitaorang balik dululah. Malam ni nak kitaorang tidur sini lagi ke?" Tanya Syafiq yang turut membersihkan ruang tamu yang digunakan untuk mereka tidur semalam.

" tak apa. Ika rasa Aryan tak akan datang lagi, korang nak balik dah ke? tak nak sarapan dulu?" Tanya Syazika.

" tak apa, Ika pergilah rehat. Kalau ada apa-apa jadi.. call kitaorang.." balas Fuad.

Syazika mengangguk lalu naik ke tingkat atas. Syazika meloloskan diri ke dalam biliknya lalu menutup pintu dengan rapat. Kakinya menjadi lemah sangat lemas lalu dia terus duduk bersandar di pintu.

" Aryan, maafkan saya " rintis Syazika sambil menekup wajahnya. Syazika menangis teresak-esak. Kesan darah yang ada di lengan bajunya di lihat kesal.

"semua ni untuk kebaikan kita.." kata Syazika sendiri sambil memegang rambutnya. "tak lama je lagi, sayang." Katanya sambil melurut lembut rambutnya. Syazika melihat rambut yang gugur banyak di tangannya.

         ARYAN menggenggam erat tangannya. Perasaan kecewa dan geram bercampur baur.

" kau dah janji! kau dah janji tak nak bagi sesiapa pun masuk rumah tu kecuali aku!! Aku yang beli rumah tu!! kenapa kau buat macam ni!!

Aryan menekan pedal minyak dengan sepenuh tenaganya. Kereta miliknya meluncur laju di jalan raya. Dia lebih rela mati daripada terus terseksa seperti ini!

Jika dirinya sudah tiada, mungkin mereka berdua akan dibelenggu rasa bersalah dan dihantui seumur hidup. Ada bagusnya juga rancangan ini. Fikir Aryan yang sudah tidak waras.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro