A || 01

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Happy reading !
.....

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT

SUASANA balai ketibaan sesak dengan orang ramai yang baru sahaja mendarat ke tanah air. Tambah pula, dengan para pengunjung yang datang ingin menjemput anak atau sanak saudara mereka di balai pelepasan, menambahkan kesesakan.

Kaki melangkah tenang menuju keluar dari balai pelepasan bersama troli bagasi miliknya. Anak mata yang terselindung di sebalik kaca mata hitam itu, melingas memerhati sekeliling kawasan airport. Melihat suasana yang agak asing menyapa pandangan matanya membuatkan bibirnya mengukir senyum kelat.

Siapa sangka setelah sepuluh tahun berlalu. Akhirnya, dia memberanikan diri untuk menjejakkan kaki di tanah air semula?

Mata meliar mencari figura yang menjemputnya hari ini. Beberapa minit berlalu, melihat figura yang menjemputnya belum tiba. Hatinya mula berdongkol geram.

Baru bibir hendak meluahkan rasa marah. Kedengaran deringan telefon pintar di tangan. Segera mata melihat nama yang tertera di skrin telefon pintar. Melihat akan nama itu menambahkan keyakinannya bahawa figura yang menelefonnya akan memohon maaf kepadanya kerana belum tiba.

"Aryssa!" Lantang suara itu menyapa gegendang telinganya.

Aryssa menjauhkan sedikit telefonnya dari telinga. Hampir saja telinganya jadi pekak kerana jeritan padu rakannya. Haih, nasiblah dapat kawan suka cakap sambil menjerit begini.

"Athrien! Slow down your voice please? Aku belum pekak lagi la!" dengusnya.

"Hehehe, sorry-sorry. Aku sebenarnya call kau nak bagi tahu yang aku tak dapat ambil kau hari ini." ujar Athrien dengan nada sedihnya.

"What?" Kuat suara Aryssa menjerit hingga menarik beberapa orang pengunjung yang berada di situ.

Aryssa sedar akan keterlanjurannya terus menunduk meminta maaf. Pantas tangan menolak troli bagasi mengatur langkah jauh dari situ.

"Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal, Athrien! Kau tahukan aku tak biasa dengan suasana Malaysia. Kau ini, memang buat gila la! Then... Siapa yang jemput aku?" Ketap bibir Aryssa menahan amarahnya dari meletus. Dia memandang suasana sesak di balai pelepasan itu. Walaupun dia memang berasal dari darah tanah melayu tapi,

Urgh!

"Aku tahulah. Sebab tu, aku nak cakap yang aku on the way tapi lambat sikit la. Aku tengah stuck dalam traffic jam." kata Athrien mengusik rakannya.

Manakala, Aryssa seakan mahu menggeletek rakannya itu tika ini. Sengaja buat dia susah hati! Sudahlah dia belum biasa dengan suasana Malaysia setelah sepuluh tahun tidak pulang ke tanah air.

"Nasib mood aku baik. Kalau tak, memang padan muka kau kena belanja aku makan."

"Eh, asal pulak? Kau la belanja aku. Tak apa, kau tunggu dalam lima belas minit lagi. Aku sampai terus bawak kau pergi makan tempat paling mahal. Tak kira. Kau belanja aku juga! Titik!"

Tak sempat Aryssa mahu membalas, panggilan tadi telah ditamatkan oleh Athrien. Terlepas tawa nya mendengar kerenah kebudak-budakan Athrien. Dan rasanya sudah lama dia sudah ketawa seperti ini.

Dia memandang sekeliling KLIA. Sepuluh tahun berlalu. Tiada apa yang berubah kecuali suasana KLIA yang kian sesak. Kali terakhir, dia di sini pun selepas majlis akad nikah ayahnya bersama seorang janda anak satu. Kemudian, dia dan abang - abangnya buat keputusan untuk pindah ke luar negara kerana tidak mahu masuk campur hal urusan keluarga baru ayahnya.

•••••

"WHERE are you, Dania Arsha? Kamu tahu tak, angah dah meliar cari kelibat kamu. Tapi kamu? Batang hidung pun angah tak nampak. Takkan kamu tak nampak angah yang tinggi galah ni, Sha?" bebelnya. Mata melilau mencari susuk tubuh adiknya yang baru saja tiba ke Malaysia. Namun dalam matanya sedang mencari, mulutnya tetap bergerak memarahi adiknya.

"Ish, angah ni. Kalau Sha nampak angah yang tinggi galah tu. Tak adanya Sha nak call angah. Baik Sha terus sergah angah aje. Senang. Tak payah buang masa nak call bagai macam ni,"

Cebik bibir lelaki itu dengar sindiran adik bongsunya itu. Sememangnya hubungan mereka seperti anjing dan kucing. Kadang sampai naik pening kedua-dua ibu bapa mereka hendak melayan karenah mereka berdua.

"Apa-apa aje lah, dik. Ni kau pakai baju warna apa? Senang sikit aku cari kau." cadangnya. Meliar anak mata mencari kelibat adik bongsunya.

"Baju baby t-shirt putih dengan seluar pants hijau. Lepas tu, rambut adik biar lepas. Pakai cap." jelas gadis itu memberitahu satu per satu pakaian yang tersarung pada tubuhnya.

Dengar saja penjelasan pakaian adiknya. Mata hitamnya terus tajam memerhati setiap satu pengunjung yang berada di sekitar kawasan airport itu. Dan ketika itu juga, anak matanya terpandang seseorang yang iras dengan penjelasan yang diberi oleh adiknya. Terus dia mematikan talian telefon tanpa memberitahu adiknya. Kaki melangkah ke arah figura itu.

"Adik!" Bahu adiknya ditepuk kasar.

Namun seketika gadis itu berpaling menghadapnya. Raut wajahnya terus berubah terkejut. Berkerdip kelopak matanya memandang figura cantik di hadapannya. Dan daripada hasil penghayatan memandang raut wajah gadis itu. Dia yakin bahawa gadis di hadapannya adalah orang luar.

"Sorry-sorry. Wrong person. I thought you are my little sister." bicaranya meminta maaf.

Dan ketika itu juga, telinga dengar suara seseorang yang cukup dikenalinya. Kepala berpaling memandang ke arah suara itu.

"Tengku Danial Ashraff! How dare you tutup panggil Sha. Apa battery habis ke pun, nak biarkan panggilan adik? " perli Arsha sebaik tiba di hadapan abangnya. Sempat mata kerling memandang figura perempuan di hadapannya.

Bulat anak mata Arsha terkejut melihat pakaian yang dipakai oleh gadis itu, sama dengan dirinya.

"Oh my! Jangan cakap yang angah..."

"Yeah, sangkaan you betul. Abang you salah orang." kata gadis itu petah berbahasa Melayu.

Jatuh rahang Ashraff mendengar butir bicara gadis itu. Sangkanya, gadis itu adalah orang luar datang kujungi ke Malaysia. Rupanya...

"Sorry. Dalam hal ni, I yang bersalah sebab I yang beritahu abang I, pakaian yang I pakai hari ini. Mungkin dia ingat you adalah I. Sebab tu..."

"It's okay, girl. I faham. Kalau I dekat tempat abang you pun. I akan buat hal yang sama. So, I maafkan. Lagipun, biasalah kalau kita terjumpa seseorang pakai baju yang sama kan?" sangkal gadis itu.

"Yeah. By the way, I, Arsha." Arsha hulur salam perkenalan.

"Aryssa. Nice to meet you." Lebar bibir Aryssa mengukir senyum. Huluran salam Arsha disambutnya mesra.

"Ehem!" Ashraff berdehem. Sekali gus menarik perhatian dua orang gadis itu.

Arsha sedar akan deheman abangnya itu mempamerkan riak wajah menyampah. Tak lain tak bukan sengaja nak mengorat gadis bernama Aryssa itu. Padahal, bukan Arsha tak tahu lelaki itu sudah miliki kekasih hati.

"Ashraff."

Baru tangan hendak sambut perkenalan lelaki itu. Kedengaran telefon pintar berdering, pantas Aryssa melihat siapa yang menelefon dirinya. Tanpa menjawab panggilan tersebut. Aryssa memandang dua figura yang baru dikenali itu. Bibir diukir senyum manis.

"Sorry. Tapi I rasa I kena gerak sekarang. Plus, kawan I pun dah sampai. Tapi kalau kita terserempak dekat mana-mana, tegurlah. Mana tahu I boleh belanja you guys makan?" cadang Aryssa.

"Sure! Eh, kita orang pun nak gerak balik juga. See you next time, Aryssa."

"Bye," Aryssa melambai tangan kepada Arsha dan Ashraff.

Hilang sahaja bayang Aryssa. Arsha berpaling memandang wajah abangnya. Satu cubitan di perut diberi.

"Auch! Sakitlah, Sha. Cubit angah kenapa? Angah ada buat salah apa-apa ke?" soal Ashraff. Perut yang dicubit oleh Arsha, diusapnya perlahan.

"Kenapa angah tanya Sha? Angah tu yang sepatutnya Sha tanya kenapa? Sedar diri sikit, ngah. Angah tu dah ada awek. Bukannya single mingle." sindir Arsha sebelum kakinya melangkah pergi dari situ.

.....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro