S || 44

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

.....

"BIY tempah satu restoran ke?" soal Aryssa sebaik mereka melangkah masuk ke restoran itu.

Restoran itu amat kena dengan seleranya yang bercampuran Italy. Walaupun agak simple tapi dia suka.

"Yes. And have a sit, my dear." ujar Ashraff penuh romantik.

Aryssa senyum lalu mepabuhkan punggung di tempat yang telah Ashraff sediakan. Kemudian, Ashraff berlalu ke tempatnya.

"Do you like it?" soal Ashraff.

Aryssa angguk kepalanya. Meliar anak matanya melihat suasana restaurant itu.

"Mana biy jumpa restaurant ni? Bukan senang tau nak cari makanan yang berasaskan Italy ni. Lagi-lagi yang halal." tanya Aryssa.

"Remember, dear. Your husband Tengku Danial Ashraff. CEO of DA Architecture. Of courselah, dia akan cari yang terbaik untuk isteri kesayangan dia."

Aryssa ukir senyum senang. Suka dirinya apabila Ashraff memanjakan diri.

"Okay. Now! Let's eat first. I had many presents for you." kata Ashraff.

Aryssa akur. Mereka pun mula menjamu makanan yang di hidang oleh pekerja restoran itu.

"Macam mana? Sedap?"

"Yeah, sayang suka. Thanks, biy." Ucap Aryssa ikhlas.

Ashraff senyum. Seronok dirinya apabila dapat membahagiakan isterinya.

"Ouh, wait! Biy rasa biy nak bagi sesuatu dekat sayang sekarang. I can't wait for any more minutes," kata Ashraff.

Aryssa teruja. Tidak sabar rasanya dia hendak terima hadirah dari Ashraff. Maklumlah, sejak dia menjadi isteri Ashraff selama empat bulan. Lelaki itu tak pernah beli apa-apa untuknya. Ini adalah kali pertamanya.

Ashraff meletak bag kertas di atas meja lalu menolak lembut ke arah Aryssa. Aryssa tidak sabar hendak lihat isi dalam. Laju membuka bag tersebut. Kotak biru itu di buka perlahan. Aryssa memandang wajah Ashraff tak percaya.

"Biy?" Aryssa memandang Ashraff. Dia seakan tidak percaya.

"That's for you." kata Ashraff penuh romantik.

Berkerdip-kerdip mata Aryssa memandang wajah Ashraff. Sungguh dia tak sangka Ashraff akan hadiah bernilai ini kepadanya.

"Nak biy pakaikan?" soal Ashraff kepada Aryssa.

Laju Aryssa mengangguk kepalanya. Ashraff bangun lalu mengambil rantai itu menghiasi leher jinjang Aryssa.

Aryssa memegang buah rantai itu.

"You look so nice with that," bisik Ashraff memuji kecantikan Aryssa.

Aryssa senyum senang. Ashraff kembali duduk ditempatnya.

"Thank you biy. Sayang hargai sangat." ujar Aryssa.

Ashraff senyum.

"Untuk sayang biy sanggup okay."

Aryssa ketawa.

"Sebenarnya, ada dua lagi kejutan tapi satu tu biy tak yakin yang sayang akan suka," Aryssa menjungkit kening pelik.

"Why? Maksud sayang kenapa biy cakap sayang tak yakin yang sayang tak suka? I love it. Everything you give, I will like." ujar Aryssa.

Ashraff senyum kelat. Walaupun dia tahu gadis itu berasal dari kumpulan yang ditubuhkan oleh ahli keluarganya. Tapi mampukah gadis itu menyukainya lagi?

"Ermmm, biy rasa ni tentang yang sayang kata biy ada sorok sesuatu." ujar Ashraff perlahan.

Aryssa memandang wajah Ashraff. Okay, sekarang dia menyesal menyoal Ashraff begitu. Patut la lelaki itu seakan yakin bahawa dia tak suka.

"Okay, look biy. Like you said to me before. Transparents. Tak kisah la berkaitan apa pun, kita sama-sama transparents right?"

Kata-kata Aryssa membuatkan Ashraff yakin untuk jujur kepadanya. Tanpa berkata terus Ashraff bangun, tangannya dihulur kepada Aryssa. Aryssa memandang pelik, namun tetap mengambil tangan Ashraff untuk bangun.

Ashraff meletakkan kedua-dua tangan Aryssa ke lehernya. Tangannya memeluk pinggang Aryssa. Dia tahu dia dan Aryssa tiada kemahiran menari tapi apa salahnya kalau mencubakan?

Aryssa tergelak kecil. Inikah maksud rahsia tersorok oleh Ashraff?

"Are you try to kidding me?" soal Aryssa.

Ashraff senyum. Dia tahu Aryssa pasti ingat ini adalah rahsia yang dikatakan olehnya.

"No, sayang. Ini salah satu dari dua kejutan yang biy nak cakap tadi." ujar Ashraff.

Aryssa mengerut dahi pelik. Namun dia layankan juga bakal ayah ini. Mereka hanya berdiri sambil mengoyangkan badan kiri dan kanan. Aryssa terbuai. Ashraff meletakkan dahinya ke dahi Aryssa.

Aryssa membuka matanya. Bibirnya mengukir senyuman lebar.

"Are you ready?"

"Hah? Ready what?" soal Aryssa pelik. Tiba-tiba saja suaminya berkata begitu kepadanyan

Ashraff senyum. Dia menjauhkan dirinya dari Aryssa. Pistol di belakang pinggangnya di bawa keluar. Aryssa terkejut. Matanya memandang wajah Ashraff yang sedang memandang ke arahnya.

"Apa ni, biy? Biy nak bunuh sayang ke hah?!" Aryssa membentak terkejut.

Ashraff senyum namun Aryssa disebaliknya. Dia seakan tak sangka bahawa Ashraff mahu membunuhnya. Ashraff melangkah dekat ke arah Aryssa. Aryssa berundur ke belakang, walaupun dia sering bermain pistol tapi dia tak adanla bodoh sangat nak bunuh orang dia sayang.

"Sayang nak ke mana? Sini la, biy nak bagi hadiah dekat sayang." Ashraff memanggil.

Aryssa geleng kepala perlahan. Gila! Memanglah dia pernah membunuh orang. Tapi dia taklah terfikir hendak bunuh orang tersayang. Dan paling teruk pun dia tembak kaki orang je untuk keselamatan.

Ashraff ketawa. Allahu, menyesal dia buat seperti itu. Jelas wajah Aryssa ketakutan dengannya. Apa ingat dia nak bunuh kesayangan apa?

"Sayang... Ni hadiah sayang la,"

Aryssa mengerut dahi pelik. Hadiah?

Pistol?

"Tak percaya? Tengok ni," Ashraff menunjuk sesuatu di pistol itu.

Membulat mata Aryssa apabila namanya ada di pistol itu. Sungguh dia tak percaya bahawa dia bakal miliki pistol persendirian. Kaki melangkah dekat ke arah Ashraff. Pistol dipegangan Ashraff diambil lalu dibeleknya.

"Why pistol? Takkan ni sebab biy nak rahsia dari sayang?" Aryssa pelik namun keterujaan tetap terserlah melihat pistol itu.

Ashraff senyum. Sengaja dia membeli pistol khas untuk Aryssa. Nama penuh Aryssa terukir di situ. Sama seperti pistolnya.

"Because I'm same with you."

Aryssa kaku. Kepala perlahan berpaling memandang Ashraff. Same?

"Yup, biy minta maaf sebab rahsiakan perkara ni dari sayang. Biy tahu sepatutnya biy jujur pada hari sayang bagi tahu. Tapi biy tak kuat sebab Kak Arfa pun tak tahu kegiatan kedua biy, sampai la Arsha terlepas cakap depan Kak Fa dengan abang Edrian. Then, mereka minta biy jujur dengan sayang. I'm sorry. Biy bukan sengaja nak rahsiakan tapi..."

Aryssa memeluk tubuh Ashraff. Dia tahu jujur adalah perkara paling sukar untuk semua manusia. Antara mereka teruskan menipu atau meluahkan, mereka tetap terasa kesakitan yang sama.

"You know what biy, I proud to be your wife."

Ashraff meleraikan pelukan Aryssa. Matanya memandang wajah Aryssa.

"And I proud to be your husband. Terima kasih sayang sebab sudi terima biy walaupun biy tak jujur pada mulanya."

Aryssa senyum.

"Tapi sayang pelik, macam mana biy boleh wujudkan kumpulan tu? You know setiap malam biy ada aje dekat rumah."

Ashraff mencuit hidung Aryssa. Dia tahu Aryssa pelik. Yalah, mereka sama tapi dia lebih banyak berada di sisi Aryssa berbanding keluar rumah.

"I know, tapi sayang kena tahu sesuatu yang suami sayang ni ada kuasa untuk tak pergi sana."

"Maksud?" Kerut dahi Aryssa memandang Ashraff. Tidak faham.

"Kalau dalam kumpulan mesti ada jawatan-jawatan dia. Same goes like me. Biy pun ada pegang satu jawatan yang penting,"

"Really? Jadi, biy nak sayang teka lah ni?" soal Aryssa kepastian.

Ashraff jongket bahu. Dia tak pastilah jika Aryssa dapat teka jawatan itu dengan betul atau tidak?

"Eemm, dalam kumpulan mesti ada penembak handal. So, headhunter?"

"Tet! Salah. Sila cuba lagi,"

"Killer?"

"Tet!"

"Ermm, hacker?"

"Biy tak pandai IT."

"Then what? Susah la macam ni," rungut Aryssa apabila jawapannya tidak menepati jawatan Ashraff.

Ashraff memandang wajah Aryssa. Aik, baru beberapa kali teka dah mengalah?

"Serious nak tahu?" soal Ashraff. Aryssa angguk kepalanya.

"Okay, biy bagi tahu tapi jangan bagi reaction boleh?" pinta Ashraff.

Aryssa mengerut dahi pelik.

"Kenapa pula! Ish, mana boleh macam tu," Aryssa mencebik.

Ashraff senyum. Sengaja dia berkata begitu dan dia yakin Aryssa pasti akan ketawa akan dirinya.

"Tak nak bagi tahu nanti," ugutnya sengaja.

"Ish, ya la! Cepat bagi tahu sayang sekarang.  Merajuk nanti."

Ashraff menggeleng. Haih, ada sahaja perangai Aryssa.

"Ketua mafia."

Aryssa memandang Ashraff tak berkelip. See, Aryssa pun pandang dia tak berkelip inikan para readerz.

"Are you serious?"

"Yes, I'm serious Aryssa Elena."

"Macam tak kena aje dengan biy."

Ashraff mencebik. Haih, ini dia mahu merajuk dengan Aryssa.

"Okay-okay. Gurau aje. Tak kisah la biy ketua mafia ke apa, biy tetap number satu dalam hati Aryssa Elena!"

Ashraff senyum, walaupun pada mulanya agak pahit tapi sekarang semua berubah menjadi manis.

"Ouh sebelum lupa, sayang pun ada hadiah untuk biy." kata Aryssa.

Ashraff mengerut dahi pelik. Terkejut apabila Aryssa juga menyediakan hadiah untuknya.

"Hadiah untuk biy?" soalnya.

Aryssa angguk kepalanya. Sebuah kotak sederhana besar di sisi meja makan tadi di ambil lalu letak diberi kepasa Ashraff. Ashraff memandang isterinya pelik.

"Apa ni?"

"Buka la..." Aryssa senyum. Tidak sabar dia ingin lihat reaction Ashraff.

Ashraff membuka kotak itu. Terkejut dirinya apabila melihat dua pregnancy test, sekeping ultrasound berserta baju bayi di dalam. Matanya memandang wajah Aryssa bersama air mata gembira.


"Sayang... Are you.."

Aryssa mengangguk kepalanya. Ashraff mengucap buah syukur kepada Ilahi. Sungguu dia tak sangka bahawa doanya dimakbulkan.

"Ya Allah sayang... Biy.. biy," tak tahu hendak mengatakan apa yang dikatakan terus dia memeluk isterinya.

Aryssa turut membalas pelukan suaminya. Sungguh dia pun tak sangka bahawa dia memang disahkan mengandung oleh doktor pagi tadi.

"Terima kasih, sayang."

Sedang mereka bergembira, tiba-tiba satu tepukan kuat bergema di situ. Ashraff dan Aryssa melepaskan pelukan. Mereka berdua serentak memandang ke arah figura yang menepuk tangan di situ.

"Whaaa, sweet husband and wife. Terharu dengar. Pregnant eh, wahh tak sangka aku ada juga orang sanggup lahirkan Ashraff junior."

Ashraff memandang tajam ke arah figura yang sedang menyinis dirinya. Manakala Aryssa masih terkejut dengan figura dihadapannya.

"Apa kau cuba buat dekat sini, Adam." dengan suara menahan amarah Ashraff bersuara.

Aryssa memandang wajah Ashraff. Ashraff kenal Adam?

"Well, aku datang nak beri amaran."

Ashraff senyum sinis.

"Amaran apa kau! Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau dengan Aariz bekerjasama!"

Adam ketawa besar. Aryssa memandang wajah Adam dengan riak tak percaya. Aariz, nama ayah kepada arwah mummy bermaksud datuknya.

"Memandangkan kau dah tahu so..." Pistol di tangannya di angkat tepat ke arah Ashraff.

Aryssa memandang sekelilingnya. Argh, shit! Pistolnya tadi ada di atas meja makan tanpa melihat wajah Ashraff dan Adam terus dia melangkah ke meja makan. Tanpa dia sedar Adam sudah menukar target kepadanya.

Bang!

.....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro