S || 57*

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

.....

ARYSSA perlahan mengikut langkah Bella dan abang keduanya, Edryl ke tingkat bawah. Kata Bella, Ashraff ada di bawah di dalam tahanan Adam. Dan kerana lelaki itu, mereka terpaksa ubah rancangan.

"Hoi! Kau nak lari ke mana hah?" Aryssa terkejut namun sempat dia tayang beriak biasa. Manakala Edryl dan Bella tenang sebaik Adam menegur mereka.

"Dia nak pergi tandas boss. Katanya perutnya sakit." Bella menjawab soalan itu untuk Aryssa.

Aryssa angguk kepala mengiyakan kata-kata Bella. Takkan dia nak biarkan Bella saja menjawab? Dia juga kena tolong sama juga.

"Perut kau sakit?" tanya Adam kepada Aryssa dari jauh.

Aryssa angguk kepala seperti tadi.

"Haah, perut aku sakit. Lepas tu, aku rasa mual. Werk! Hmm, tolong bagi aku pergi tandas. Takkan kau nak aku muntah dekat lantai tu? Aku okay aje. Tapi kau lah mesti jijik kan nak tengok muntah aku?"

Adam diam. Mata silih ganti memandang Bella dan Edryl.

"Kenapa perlu dua orang? Bukan seorang dah cukup ke?" Adam menyoal lagi. Kali ini dituju kepada dua pekerjanya.

"Si Nab ni, boss. Katanya tak larat nak pegang perempuan ni jadi dia suruh saya tolong papah." Edryl memberi alasan.

"Habis kalau kau papah? Kau buat apa?" soal Adam kepada Bella pula.

"Saya teman dia dekat toilet la. Nanti jatuh tak pasal boss kena bawa dia pergi hospital." Aryssa tersenyum mendengar kata-kata Bella.

Nice job, cousins.

"Hmm, pergi la. Tapi balik cepat, hilang dia. Kau orang aku cari."

"Baik." Serentak Edryl dan Bella menyahut.

Baru selangkah kaki mereka bergerak. Kedengaran suara Lara menjerit menghalang mereka. Edryl mencarut perlahan manakala Bella sudah bersiap sedia untuk berlawan.

"Tak sangka minah tu sedar awal?" Aryssa memerli Bella.

Bella menjeling menyampah. Dia sedar akan kesilapannya.

"Diam la kau. Duduk sini diam-diam. Aku nak memburu kejap." sempat mereka berdua berbisik.

"Abang, yang lain mana?" soal Aryssa kepada Edryl.

Edryl berpaling sekejap sebelum kedengaran letupan bom kedengaran. Aryssa berpaling ke belakang. Melihat gudang itu separuh hancur membuatkan bibirnya mengukir senyum sinis.

"Hai!" sapa Mikaeyl, sinis.

"Apa lagi?! Serang la!" arah Adam kepada anak buahnya.

Mereka sepupu sepapat saling berpandangan sebelum masing-masing tayang senyum sinis terukir pada wajah mereka.

"It's action time!" Haykal menjerit lantang sekali gus menendang salah seorang anak buah Adam dan pap! Mati.

"Lembik." sindirnya sebelum kaki melangkah melawan dengan beberapa orang yang lain.

"Arys stay sini. Jangan nak ke mana. Abang tak nak nyawa adik melayang." arah Edryl.

"Tapi abang..."

"Arys dengar cakap abang. In Sha Allah kita selamat." Edryl menepuk perlahan bahu Aryssa agar mempercayai dirinya.

•••••

DENGAR bunyi tembakan di keluar secara rawak mahupun lurus. Menyedarkannya bahawa perlawanan sedang bermula tika ini.

Perlahan tubuhnya bangun bersandar pada dinding. Mata memandang perlawanan di antara sepupu sepapat Aryssa dengan Adam. Sesekali dia cari juga kelibat isterinya. Kali terakhir dia nampak, gadis itu sedang turun ke bawah.

Buk!

"Sakit la setan!" ujar Ashraff kasar. Terkejut dirinya apabila perutnya di tumbuk selamba oleh Haykal.

Haykal dengar ujaran kasar Ashraff hanya tayang sengih tak bersalah. Ni balasan pada Ashraff kerana menukar rancangan mereka tanpa berbincang.

"Itu sebab bodoh ikut tindak sendiri. Kita dah plan baik kau hancurkan kenapa?" Marahnya.

"Aku buat bersebab. Lagipun, dia dah ada dekat belakang aku. Kalau aku lari, sama aje. Tetap kita jumpa dia malam ni."

"Apa-apa aje lah. Dah kau tak payah nak tunjuk chil. Sekarang, kau bangun tunjuk kehebatan kau. Kata, ketua mafia? Apa lembik-lembik ni?" ejeknya.

Ashraff mendengus kasar. Baru sebentar tadi dia cadanv nak chill, memandangkan orang-orang Edrian boleh tahan ramai. Tapi tulah, ada orang mengejek pula.

"Nah, kesayangan kau."

Selamba Haykal mencampak kesayangan Ashraff kepada tuannya. Ashraff tidak sedia tangkap kesayangan, hela nafas lega apabila kesayangannya selamat di atas tangannya. Mata melihat dua nama yang tertera di situ.

Raff×Rys

"Kal, hati-hati!" Mendengar jeritan Bella dari hujung sana segera Haykal berpaling ke belakang. Dan...

Buk!

"Satu mangsa tersungkur, bro." ujarnya bangga.

Ashraff tanpa berkata terus melaraskan pistol ke belakang Haykal.

Bang!

Bang!

Bang!

"Three down!"

"Dah tak payah nak bangga! Cepat tolong yang lain. Ramai kena serang ni," sampuk Harraz yang berada berdekatan situ.

Masing-masing mula menunjukkan kehebatan yang sudah lama terperam. Tercungap-cungap nafas Ashraff dan lain melawan lawan mereka.

"Aargh!"

Dengar jeritan nyaring itu, memberhentikan perlawanan secara serta merta. Bulat mata mereka melihat Aryssa dan Bella di dalam tahanan Adam.

"Hahahahaha! Lembik! Nak lawan dengan aku tapi lupa tentang perempuan," ujar Adam mengejek mereka semua.

"Shit!" maki Mikaeyl. Dia memandang wajah Bella sudah kecut melihat pistol yang berada di kepalanya. Bila-bila masa saja Adam akan mengarahkan anak buahnya melepaskan tembakan di kepala Bella.

"Lepaskan dia la bodoh! Kau nak aku aje kan? Apa kena mengena Bella dengan kau hah?!" Aryssa menjerit. Tak sanggup dia mahu melihat Bella meninggalkan dirinya. Walaupun mereka miliki kekuatan yang sama. Perasaan takut tetap ada di dalam diri mereka.

"Tch, kau cuba selamatkan sepupu kau ke, Aryssa?"

"Kau lepaskan aje la dia! Dia tak ada kena mengena dalam hal ni la bodoh!" Aryssa melepaskan amarahnya. Dia tak mahu Bella menjadi mangsa kepada Adam. Cukup la dirinya sahaja.

"Baik, kalau itu yang kau nak."

"Kau, sekarang tembak dia!" sambung Adam memberu arahan kepada anak buahnya.

Mereka di situ terkejut dengan arahan Adam. Melihat anak buahnya mula menarik picu ingin melepaskan tembakan membuatkan mereka kelu.

Bang!

"Argh sh*t! Apa kau cuba buat hah? Aku suruh kau tembak perempuan ni kan?!" Berdecit Adam menahan rasa tembakan di kakinya.

"Ouh ya ke? Aku rasa aku salah dengar la tadi." Topi miliknya dibuka. Terpempang wajah Akmal di sisi Bella. Mikaeyl menarik nafas lega. Huh, syukur Akmal membuat penyamaran tadi.

"Tch, orang kau rupanya. Patut la macam s*al!" Carut Adam.

Ashraff tidak tahan melihat drama otu, terus melangkah berani ke arah Adam. Kaki Adam yang berdarah akibat tembakan dipandangnya. Tanpa amaran terus kaki Adam dipijak selamba.

"Arghhh! Apa kau cuba buat bodoh? Sakit s*al!" jerit Adam sambil mengerang sakit.

Ashraff ukir senyum sinis.

"Semua drop." Adam terkedu.

Matanya memandang seluruh anak buahnya sudah meletakkan pistol ke bawah seperti yang diarahkan oleh Ashraff.

"Apa kau orang cuba buat hah?! Yang kau orang dengan cakap dia kenapa?"  jerit Adam tidak puas hati. Berkerut dahinya menahan rasa sakit.

"Ermm aku rasa kau lupa kut..."

Adam memandang wajah Ashraff.

"Aku lupa? Apa maksud kau. Aku bayar dia orang untuk kerja dengan aku la."

"Ouh, ya eh. Kejap! Fahmie!"

Muncul salah seorang anak buah Adam berlari ke arah Ashraff. Adam terkejut. Matanya memandang wajah Fahmie.

"Aku nak tanya kau kerja dengan siapa?" soal Ashraff, tenang di hadapan Adam.

"Saya kerja dengan Tuan Ashraff, Tuan." ujar Fahmie tegas.

Adam kelu. Jadi selama ini, dia diperbodohkan oleh Ashraff? Adam cuba bangun dari duduknya. Namun belum sempat tubuhnya berdiri tegak. Dia kembali tersungkur apabila Ashraff menyepaknya dengan kuat.

"Argh!"

"Fahmie, aku nak kau uruskan laki ni. Pastikan dia duduk dalam kurungan tu." arah Asjraff kepada anak buahnya.

Fahmie angguk kepala akur lalu mengangkat tubuh Adam bersama rakan-rakan yang lain. Ashraff memerhati Adam di heret oleh anak buahnya.

"Biy... I miss you!" Aryssa berada dekat dengan Ashraff terus memeluk erat tubuh suaminya. Wajah Ashraff dicium bertalu-talu.

"Aih, manjanya isteri biy ni. Anak daddy macam mana? Sihat?" tawa Ashraff sambil mengusap perut Aryssa yang seakan mencecah lima bulan.

"Anak daddy sihat! Ermm, I miss you. Arghh, nak peluk biy lagi." manja Aryssa.

"Aduh, menyampah pula aku dengan kau ni! Perangai tak semenggah betul." perli Akmal.

"Entah. Baru seminggu tak jumpa. Tapi rindu macam bertahun." sambung Mikaeyl.

Aryssa menjeling tajam dua sepupunya. Alaaa, jealous cakap!

"Adam tu kau nak buat apa?" soal Haykal. Pelik apabila Ashraff mengarahkan anak buahnya heret jejaka itu ke satu tempat.

"Satu tempat yang tiada siapa tahu kecuali aku. So, biarlah dia nak buat apa dekat situ. Janji dia tak kacau aku dengan Arys." hidung mancung Aryssa selamba diciutnya.

"Argh, biy! Sakit."

Bang!

Satu tembakan dilepaskan oleh seseorang. Mereka berpaling memandang figura yang melepaskan tembakan. Lara.

"Laa, tak mati lagi rupanya minah ni." ujar Aryssa perlahan.

"Heh, kau orang ingat kau orang dah menang ke? Tak! Jangan perasaan la! Aku akan pastikan yang kau mati, Aryssa!"

Bang!

Terkejut mereka melihat tembakan itu tepat terkena pada jantung Lara. Mereka terkedu. Mata memandang Aryssa tenang memegang pistol.

"Kenapa sayang tembak? Baru nak dengar dia membebel." kata Ashraff.

"Ish, semak la dengar dia bebel. Baik dengar sayang bebel. Tak habis nak bunuh sayang tapi tak sedar diri yang diri tu dah nak mampus."

......

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro