Special || 03

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

.....

"KAU memang sengajakan tak bagi tahu kita orang yang kita semua ni sepupu," ujar Aryan.

Mereka masih terkejut. Kini mereka berenam sedang melepak di gazebo sementara menunggu ibu bapa mereka berbual di dalam rumah.

Faliq serba salah. Matanya memandang wajah Aryan. Dia pun baru tahu beberapa minggu lepas dan dia meminta mummy Aryssa, ibu kepada Aryan merahsiakan perkara ini kerana dia tidak bersedia.

Bayangkan, lima tahun mereka berkawan bersama. Tup! tup! Jadi sepupu. Tak ke pelik?

"Sorry la. Aku bukan sengaja cuma aku tak bersedia je." ujar Faliq perlahan.

Hadif menepuk bahu Faliq.

"Haih, tak sangka kawan punya rapat. Rupanya sepupu kepada Aryan."

Aryana hanya diam. Tidak dia sangka, Faliq rupanya sepupunya. Sudah la dia menaruh hati kepada Faliq.

"Tak apa la, janji aku dengan kau dah tahu status sebenar. Tapi aku tertanya mana kau dan keluarga pergi sebenarnya?" soal Aryan. Dari tadi dia ingin bertanya tapi mereka sudah dihalau oleh kaum ibu bapa.

"Ermm, pasal mama aku. Aku tak tahu la macam mana cerita dia tapi apa yang aku tahu, mama aku kahwin dengan papa aku dekat Rusia. Dapat la aku. Then, masa aku umur form 2, keluarga aku pindah Malaysia sebab papa aku ada urusan dekat sini dan sampai sekarang aku tinggal Malaysia." cerita Faliq.

"Wow! Kiranya kita semua mix la kan? Aryan, Aryana dengan Hana mix Italy. Luth mix Italy England. Faliq dan Hadif mix Rusia." kata Luth.

Mereka saling berpandangan. Sedar tak sedar mereka semua ada kacukan tersendiri.

•••••

SELEPAS berbual dengan Faliq dan yang lain. Senjaga Aryan berjalan sekitar rumah Faliq. Tba-tiba matanya tertancap pada seorang perempuan yang duduk termenung di situ. Melihat wajahnya yang baru sahaja mengelap air mata membuatkan Aryan sedikit tersentak.

Dia menangis?

"Sophea! Mana kau hah? Aku dah cakap jangan duduk kat luar kan!" jerit seorang perempuan yang lebih kurang baya ibunya, Aryssa lalu menarik kepala gadis itu.

"Argh, Mak Lang sakit! Lepaskan Pieya. Sakit Mak Lang!" jeritnya dengan nada menahan sakit di kepalanya.

"Kau diam! Kalau bukan sebab harta arwah mama dan papa kau tentu aku tak perlu jaga kau! Menyusahkan! Dasar bawa malang! Kalau bukan sebab kau! Mungkin mama, papa dan abang kau tak mati!"

Baru sahaja Aryan hendak menegur mereka. Faliq datang menegurnya.

"Woi, kau nak ke mana?"

Aryan tersentak. Matanya memandang Faliq, kemudian beralih ke rumah sebelah mencari gadis tadi.

"Aku tanya ni..."

"Ish, kau la ni. Terlepas aku," marah Aryan.

Faliq menjungkit kening. Pelik dengan Aryan yang tiba-tiba marahinya. Namun dia sempat tangkap dengar jeritan jeritan belakangnya.

"Haih, bila la nak berubah mak cik Diandra tu. Kesian aku dengan anak yatim piatu tu," ujar Faliq.

Aryan pelik. Dia yakin Faliq mesti mengetahui sesuatu tentang gadis itu.

"Kenapa kau cakap macam tu?"

"Kalau kau nak tahu, rumah aku hari-hari dah lali dengar suara orang menjerit. Siapa lagi kalau bukan budak perempuan. Dia kena dera hari-hari kut. Dah la anak yatim, diperilaku begitu. Mama aku dah banyak kali nak cuba call polis tapi kena ugut balik. Daddy pun sama," jelas Faliq. Dia turut kasihan akan gadis itu. Walaupun mereka tak kenal tapi terbit rasa kasihan pada dirinya.

"Eh, aku datang sini nak bagi tahu mummy cari kau. Jom la."

"Mummy?"

Faliq mengangguk kepalanya.

"Ouh okay." balasnya perlahan. Matanya sempat melihat rumah sebelah.

•••••

MAKAN malam yang dihidang oleh mummynya tidak dapat dia hadam dengan baik. Fikirannya memikirkan masalah gadis di rumah belakang ibu saudaranya. Entah, kenapa dia seakan tertarik dengan gadis itu.

"Yan? Kenapa tak makan? Tak baik kuis-kuis macam tu." tegur Aryssa.

Aryan mengangkat wajahnya. Matanya memandang wajah mummynya. Bibirnya mengukir senyuman manis.

"Yan dah kenyang. Yan naik dulu? Esok Yan ada kelas pagi." pinta Aryan.

Aryssa hanya mengangguk. Aryan bangun dari tempat duduknya. Aryana dan Arieq memandang pemergian Aryan di balik tangga. Ashraff turut pelik dengan anaknya.

"Kita ada buat apa-apa yang mengecewakan dia ke?" soal Ashraff.

Aryssa menggeleng. Aryana dan Arieq turut sama begitu.

•••••

ARYAN mencapai telefon pintar miliknya. Notifications yang muncul display telefonnya langsung tidak membuatkan dia tertarik, lalu mencampak telefon itu ke sisi katil itu. Kebanyakkan dari perempuan-perempuan Universitinya.

"Sophea..." nama itu meniti di bibirnya.

"Siapa Sophea tu?" tegur Ashraff.

Aryan terkejut. Matanya memandang wajah daddynya yang berdiri di situ.

"Daddy buat apa dekat sini? Bukan daddy selalu lepak bawah ke?"soal Aryan.

Ashraff senyum. Kakinya melangkah masuk ke bilik anak bujangnya. Katil menjadi persinggahannya.

"Daddy tanya siapa Sophea tu? Bukannya kamu tanya daddy balik, kenapa tak lepak dekat bawah?" Geram Ashraff apabila soalannya tidak di jawab oleh anaknya malah anaknya pula memberi soalan kepadanya.

Aryan sengih.

"Sorry, daddy. Sophea? Tak ada siapa pun la." nafi Aryan.

Ashraff memandang wajah anaknya. Dia tahu anaknya tidak pandai menipu.

"Lebih baik bagi tahu daddy sekarang. Nanti mummy tahu, daddy tak tolong."ugut Ashraff.

Aryan mengeluh perlahan.

"Jiran rumah belakang Mama Lila."

Ashraff memandang wajah anaknya penuh nakal, namun segera dia mematikan senyuman nakal itu.

"Kenapa dengan jiran rumah belakang mama?" Memang dia tahu jiran belakang adiknya itu suka memekak marahi anak yatim piatu itu tapi rasanya tak ada pulak sampai menganggu majlis kecil kakak kembarnya. Cuma dia kasihan melihat gadis itu diperilaku begitu. Tapi tak sangka pula anak lelakinya sedar akan gadis itu.

"Dia la, Sophea. Tadi masa Aryan tengah santai-santai. Yan pergi belakang. Yan nampak dia menangis. Tak lama lepas tu mak cik dia datang marah-marah dekat dia kata, dia penyebab kematian keluarga dia."

Terkejut Ashraff mendengar cerita dari Aryan. Sungguh dia tak sangka masih ada manusia perilaku begitu walaupun dia bekas mafia tapi dia tak la kejam hingga sanggup menghina anak yatim piatu.

"Habis? Yan sempat tak tegur dia."

Aryan menggeleng perlahan. Ashraf senyum. Mungkin ini lah menyebabkan anaknya tidak berselera.

"Tak apa la. Mungkin dia bukan jodoh kamu nak berkenalan. Kalau ada rezeki kamu jumpa la dia. Mana tahu, jadi menantu daddy ke?"usik Ashraff.

"Daddy!"

Ashraff ketawa. Begini la dia dengan anak-anak. Kalau ada masalah memang dia akan bertemu mereka secara sendirian. Baginya itu saja cara dia untuk ketahui masalah anak-anak. Kalau nak bandingkan dia dengan Aryssa menyelesaikan masalah, memang jauh beza.

•••••

ARYSSA memandang wajah Ashraff melangkah masuk ke bilik. Melihat gayanya yang senyum itu, tahu la Aryssa bahawa Ashraff baru selesaikan satu masalah anaknya. Aryan, Aryana dan Arieq. Ketiga-tiga manja dan rapat dengan Ashraff.

"Senyum sampai ke telinga tu kenapa? Aryan ada buat lawak ke?" soalnya. Botol lotion diletak semula ke atas meja lalu mengusap perlahan pelembap itu ke tubuh.

Ashraff memeluk belakang tubuh isterinya. Bau wangian isterinya memang membuatkan dia tidur lena.

"Biy..."

"Hmmm..."

"Cerita la... Kenapa Aryan tadi?"

Ashraff mengangkat wajahnya dari belakang isterinya.

"Pasal cinta. Biasa la tu,"

Aryssa terkejut.

"Cinta? Haih, anak biy tu muda lagi. Jangan nak sokong sangat kalau dia nak kahwin." tegas Aryssa.

Ashraff senyum. Aryssa memang sudah melarang dia untuk merestui ketiga-tiga anaknya untuk kahwin muda. Baginya, biar la mereka bergembira sekarang, apabila naik dewasa nanti. Mereka tidak sempat mahu merasa semuanya.

"Bukan pasal tu. Dia cakap dia nampak seorang perempuan dekat rumah belakang Lila menangis. Tu je," luah Ashraff.

Aryssa memandang wajah Ashraff.

"Menangis?"

Ashraff mengangguk kepalanya perlahan.

"Kenapa?"

Ashraff menarik wajah isterinya, lalu cium kilas bibir isterinya.

"Banyak tanya pulak dia. Adalah tu, sebab dia menangis. Takkan la kita nak sibuk hal orang pulak." dalih Ashraff. Dia tak mahu isterinya tahu tentang masalah anak gadis itu.

"Mana la tahu, sayang boleh tolong ke? Biy pun tahu sayang macam mana kan?"

"Iya, sayang. Biy tahu. Dah-dah jom tidur. Esok biy ada meeting." Ajak Ashraff.

Aryssa hanya akur. Kalau tak di layan, mahu Ashraff merajuk dengannya.

•••••

SUDAH seminggu berlalu, namun tiada apa yang berubah. Bezanya adalah mereka perlu pergi ke kelas menembak, bukan mereka sahaja. Hana, Luth, Faliq dan Hadif turut serta.

"Tak. Sekarang aku tak faham kenapa our parents nak sangat kita pergi kelas menembak? Tahun lepas aku minta tak bagi pun." cebik Luth.

Hadif menepuk perlahan bahu sepupunya itu.

"Adalah tu, kenapa dia orang tiba-tiba suruh belajar menembak." celah Faliq.

"Eh, haritu aku dengar dari mama aku, korang masuk bilik senjata. Amacam? Best tak?"soal Hana.

Aryan dan Aryana berpandangan.

"Boleh la... Kalau kau masuk pun, aku rasa kau akan selfie dekat situ." kata Aryana.

Hana mencebik. Tak lama selepas itu, Arieq, Izz, Leyla dan Faqih masuk ke bilik itu. Berkerut dahi mereka apabila melihat adik mereka di situ.

"Kau buat apa kat sini? Bukan kau lepak ke?"soal Aryan sebaik nampak Arief.

"Kalau ikutkan memang la. Tapi mummy hantar mesej suruh Rieq datang sini. Rieq pun datang la sini dengan Izz dan Faqih."

"Kau Leyla? Asal ada sini?" soal Luth kepada adiknya.

"Mana la, Leyla tahu. Abi yang suruh Leyla datang sini. Nasib la, Pak Mat sudi hantar."

Mereka sendiri saling berpandangan. Mereka masih tak tahu kenapa keluarga mereka minta berkumpul disini.

"Semua ada?"

Serentak mereka berpaling ke belakang. Terkejut mereka melihat Ashraff berpakaian hitam, begitu jugak dengan Aryssa, Mikaeyl, Bella, Haykal dan Akmal.

"Why are you wearing that clothes? Tak nampak hodoh ke?" soal Hana mengutuk.

Bella mengetuk kepala anak sulungnya itu.

"Apa ni ma! Sakit la." adu Hana.

"Tu sebab kamu cakap mama hodoh. Kalau mama hodoh papa tak kahwin dengan mama."

Mikaeyl hanya menggeleng kepala. Penat dia nak leraikan pergaduhan anak sulungnya bersama isteri. Tapi bila suka, semuanya bahagia.

"Okay. Yan, tak faham? Kenapa daddy dengan mummy suruh kami datang sini. Bukan tu je, Arieq pun ada sekali."ujar Aryan.

Aryssa memandang wajah anaknya.

"Today, we start lesson with gun. Mummy tahu anak-anak mummy semua nak lepaskan geram dekat pistol."

Terkedu mereka apabila mendengar Aryssa berkata.

"But why?"

"Bila kamu semua dah besar, kamu akan tahu apa kegunaan penting pistol ni."

- THE END -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro