10|Fly

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mesyuarat PEWARIS dah nak bermula. Ibu bapa pula makin ramai yang datang. Ibu dan Walid juga dah hadir. Harap sangat Mama dan Papa tak datang.

Aku menunggu di bangku berhampiran pintu utama dewan. Adam pula sedang sibuk mengarahkan pengawas untuk mengatur kerusi lagi. Mawar sudah berada diantara Ibu dan Walid.

"Sara. "Panggil Mama. Papa pun ada. Mama berpakaian baju kurung moden dan papa berbaju sut hitam. Nasiblah mama tak pakai pelik-pelik.

"Ma, pa. "Jawabku lemah.

"We really miss you. "

"Baik Mama dan Papa duduk. "

"Sara.. "

"Sayang, kita duduk. "Mujur Papa memahami aku.

Aku menuju ke toilet di sebelah dewan.

"Tak malu eh mak kau. Dahlah ada anak ikan. Kau pula anak luar nikah. Dasar tak tahu malu. Lepas tu, rampas Adam aku pulak tu. "Puteri yang juga merupakan musuh paling ketat aku menyindir aku. Aku pantas mengeringkan tangan menggunakan pengering automatik.

"Tak kisahlah. Kau nak cakap apa. Yang penting, aku ada mak ayah yang selalu dengan aku. Tak macam kau. Mak ayah pun bercerai. "Puas aku membalas dendam. Jangan fikir aku diam je selama ini aku tak tahu eh, Puteri.

"Kau... "

"Bye... "

Aku melangkah keluar dari toilet. Terpandang Adam yang juga melintas di hadapan toilet.

"Adam.. Mana Ibu you? Tak sabar I nak jumpa my mother-in-law. "Gedik suara Puteri menggeletis bermain dengan lengan Adam. Adam memandang redup wajahku.

"Puteri, please behave. Kita ada majlis nih." Puteri melepaskan kembali tangan Adam.

"Bye, sayang. Nanti, jumpa lagi. "Puteri berlalu meninggalkan kami.

"Qai.. "Panggilan Adam aku hiraukan.

Aku kembali kepada mama dan papa. Majlis pun bermula. Adam mengetuai bacaan doa. It's doesn't matter for me.

"Sejak bila Sara pakai those weird thing ni? "Soal Mama.

"Since I'm here. "

"Tak sangka sekolah ni kolot. Mama tak kira, you better pindah sekolah. Malu mama kalau kawan mama nampak you. "

"Ma.. Sara happy kat sini. "

"Yeah.. But, you know my reputation is most important. "

"If you want to talk about reputation, don't come here. Nikan sekolah KOLOT!! " Kuat aku berkata kolot tu. Sampai pengetua yang sedang berucap pun terhenti.

Aku mencebik apabila mama menghulurkan senyuman manis kepada semua orang. Papa masih ralit bersama iPadnya.

"Don't be hypocrite, ma. I hate you. "
Aku memeluk tubuh. Mulut dicebikkan. Sedikit pun aku tidak ambil kisah tentang apa yang dilakukan di sekelilingku. Hanyut dalam dunia aku sendiri.

***

"Kau tau tak aku takut masa kau lemas kelmarin? Please jangan buat aku cemas lagi, Aalia. Aku sayang kau. "

"Maafkan aku, Mikael. "

"Apa yang kau taakulkan sehingga kau lemas? "

Aalia diam. Serba salah untuk berkongsi masalah.

"Usah bimbang. Aku tidak akan bocorkan rahsia ini. "Janji Mikael menggembirakan hati Aalia.

"Aku tak bahagia hidup dengan bonda dan walid aku. Aku benci sikap kepura-puraan mereka. Mereka pandai bertalam muka untuk kepentingan sendiri."Aalia meluahkan segala perasaannya kepada Mikael. Sudah puas pendamkan segalanya sendirian selama ni.

Mikael mengusap lembut belakang badan Aalia. Cuba untuk menenangkan Aalia.

"Usah bimbang. Aku sentiasa ada bersama kau. Pejamkan mata kau dan selalu ingat aku dalam ingatan kau. Aku akan berada disamping kau setiap waktu. "

"Benarkah kau akan ada untuk aku? Kau tal mungkir janji kan? "Soal Aalia inginkan kepastian. Mikael tersenyum.

"Selagi hayat dikandung badan, takkan aku biarkan air mata kau jatuh walaupun aku terpaksa menggadaikan nyawaku. "Janji Mikael.

***

"Dijemput Dato' Ameer dan Datin Fatimah untuk naik ke pentas.

Buat pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Dato' Ameer dan Datin Fatimah telah mendermakan sebanyak RM50,000 untuk mengindahkan dan menceriakan sekolah ni.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan penghargaan atas sumbangan Dato' dan Datin. "

Tetiba, aku rasa MC yang bertugas di hadapan sangat annoying. Perlu ke mention berapa banyak mama dan papa sumbang? Perlu ke hebahkan apa yang mama dan papa lakukan? Diam-diam sudah.

"Dato'Ameer dan Datin Fatimah mempunyai seorang anak perempuan yang kini di tingkatan 4 di sekolah ni. "

Serentak itu, ramai mata menyorot ke arah aku. Ishh, bencinya. Mama dan papa yang berada di atas pentas tersenyum bangga.

Sumpah aku rimas. Aku mengambil keputusan untuk keluar dari dewan. Pedulilah mama ke pengetua nak cakap apa. Aku rimas, menyampah, panas, benci duduk dalam dewan tu. Semua pandang aku macam aku ni anak luar nikah betul.

Belakang blok tempat aku selalu lepak dituju. Mata aku tertancap pada lubang yang pernah aku nampak ada orang keluar dari situ. Tanah yang sedikit basah itu aku korek. Aku cuba meloloskan tubuh aku ke dalam lubang itu.

Yes!!! Akhirnya aku berjaya keluar dari sekolah itu. IPhone 8 plus milikku dibelek. Pukul 12.30 tengah hari. Baju kurung sekolah aku ditilik. Takkan aku naknfly pakai baju sekolah?

Baju sekolah itu aku buka. Mujur aku ada pakai t-shirt hitam dan seluar trek kat dalam. Tudung itu pun aku cabut. Diletakkan baju itu di dalam semak. Disembunyikan serapi mungkin agar orang tak nampak.

Aku menapak ke jalan besar. Sebuah teksi yang kebetulan lalu ditahan.

Bermulalah kisah fly aku.....

----------------------------

Dukacita dimaklumkan, esok ardell dh kne balik asrama. 😫😫😫😫😫😫😫
Tak nak balik... Huaaaaaaaaaaaa!!!!!
So, nak cakaplah yang Asrama dan Adrianna Hafiz akan diupdate masa cuti hari raya nanti. Jangan kecewa eh.. My school is the one weirdo school.

Keep you support to my novels and dont forget to hit the star and spread my love to other. Also, don't forget leave your comment here.

Happy Fasting and Happy Eid Mubarak from Ardell.(Ardell x sempat nak wish).

Kepada bakal mangsa SPM dan PT3 sekalian, do your best in your exam and get flying colour. (Nak nangis mengenangkan trial SPM dah nak dekat😱😱😱)

-ardellshah-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro