19|Tinggalkan Alvin

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Cuti penggal pertama dah bermula. Aku tak nak balik KL. Lagipun, Mama takde kat rumah. Aku lebih senang menginap di rumah Alvin. Yup, Alvin yang dulunya paling kubenci.

"Baby.. "Panggil Alvin. Tangannya mengelus bahuku yang terdedah. Wajahnya kelihatan sangat mabuk. Tulah, minum banyak lagi. Aku menolaknya duduk di sofa. Tak lama kemudian, dia tidur. Penat sangat dancing kan?

"Hello, Beauty. Are you alone? "Ujar seorang lelaki gemuk yang aku rasa sebaya Papa.

"As you see. "Jawabku. Dia mengambil tempat di sebelahku. Gelas kosong dituang wain merah. Diteguk sekali minum.

"What is your name, young lady? "Soalnya. Tangannya tak reti senyap. Sengaja dieluskan ke pahaku yang terdedah. Sangap ke?

"Just call me yours. "Ujarku.

"Auch.. You fun baby. How 'bout you become mine? "

"Yours?? "

"Yup. Mine. My sex slave. "

"No. I'm not interested. How 'bout you offer this to that bitches? I already own. "Aku menunjuk ke arah gadis -gadis yang sedang berdansa di lantai tarian.

"Oh, you make me more interested to you. How 'bout one night stand? I pay you. Just ask how much you need. Name it. "Ujarnya angkuh.

"Oh no! Just I said. I'm booked tonight. "Dalihku. Yew!! Kau fikir aku tak ada test ke nak dengan kau?

"Who's that unlucky guy? "Cabarnya.

"You're the unlucky one. Meet my guy. "Aku mencapai tangan pengunjung yang lalu di sebelahku. Nasiblah sapa.

"Hey, sweetheart. Lama I tunggu. "Aku terus menyapa entah gerangan siapa yang aku tarik tadi. Ops! Adam! Kerutan jelas di dahi menunjukkan dia kehairanan dengan kewujudan aku di sini. Pergelangan tangannya masih aku pegang.

"Ehem! "Deheman lelaki yang dari tadi di hadapanku mengejutkan kami. Pantas kami mengalihkan perhatian pada lelaki itu.

"Sorry bro. Dia aku punya malam ni. Kau cari lainlah. Chau!!! "Adam terus menarik tangan aku keluar dari kelab malam itu meninggalkan lelaki tua itu terkebil-kebil sebelum dilepaskan tanganku di hadapan pintu masuk.

"Dah lama buat kerja ni? "Soalnya. Sinis. Sarkastik. Aku memandang lain apabila dia berkata begitu. Apahal nak tahu pasal hidup aku? Matanya liar menjamah tubuhku yang hanya dilitupi dress pendek paras atas lutut dan bahu yang terdedah. Jaket kulit yang dipakainya dibuka dan digunakan untuk menutup bahuku.

"Balik rumah aku malam ni. "Arahnya. Terkejut besar aku.

"Hah?! Tapi Mawar... ? Mak kau...? "Tak nak lah Mawar tahu rahsia aku. Habis reputasi depan Mawar.

"Balik jelah. "Aku mengikuti langkahnya yang, menuju ke Mercedes Benz Mayback Exelero berwarna putih sebelum kereta itu laju membelah jalan.

Terpampang rumah agam empat tingkat di hadapanku. Gelap. Cuma lampu di taman dan porch je yang terpasang.

Adam menarik gear tangan memastikan kereta elok terletak sebelum enjin dimatikan.

"Dah, jom. "Aku menarik tangan Adam yang baru nak keluar dari perut kereta.

"Jap. Mak bapak ko tak ada ke? "Soalku cuak.

"Adalah. Diorang tidur. Ko tidur sini je malam ni. Esok kita amik barang kau kat rumah Alvin. "

"Ma.. ma.. "

"Aku ikut kau. "Balasnya. Hah! Ok! Terhenti denyutan nadi aku sesaat.

"Eee.. Stalker! "Aku menumbuk bahunya yang hanya berbaju t-shirt hitam.

"Dah, jom masuk. "Pantas Adam mengubah tajuk sebab bengang. Aku tertawa kecil. Tak sangka dia ambil berat pasal aku. Aku menuruti Adam yang keluar dari perut kereta.

Aku membetulkan jaket kulit yang tersarung di tubuhku. Wangi. Bauan yang sering aku hidu apabila berdekatan dengan Adam. Kasut tumit tinggi ditanggalkan dan diletakkan di rak kasut. Adam menuju ke lif sebelum aku mengikuti langkahnya.

"Kau tidur kat bilik aku dulu. Bilik tetamu banyak habuk. "Arahnya.

"Adam. "Panggilku membuatkan langkah Adam terhenti.

"Ada baju nak tukar tak? Aku rimaslah nak tidur pakai baju ni. "Pintaku.

Adam menuju ke closetnya yang tersusun rapi. Dikeluarkan baju tidur satin berwarna merah jambu dan dihulurkan kepadaku.

"Baju ni untuk Mawar tapi dia tak muat. Kau pakailah. Kau kan kecil dari Mawar. "
Aku tersenyum kecil.

"Thanks " Adam hanya tersenyum sebelum mengambil sebiji bantal dan selimut dari closet sebelum keluar ke ruang tamu yang berada di luar.

Tak ada CCTV kan? Aku  hanya menukar baju di dalam bilik je. Tak nak basahkan baju kalau salin di dalam bilik air.

Kuak.. Tombol pintu dibuka dari luar.

Ah!!

Kami sama-sama terjerit apabila Adam masuk ke dalam bilik semasa aku baru hendak memakai baju tidur. Pantas aku menutup tubuhku dengan baju yang hanya separas bawah punggung.

"Sorry. Aku nak ambil cas telefon jap. "Ujarnya sebelum pantas mengambil cas yang terletak di atas meja di sebelah pintu.

"Good night! "Ujarnya laju sebelum keluar dari bilik. Pantas aku menyarungkan pakaian sebelum merebahkan badan ke atas tilam. Denyutan jantungku belum normal lagi. Ishh!! Malunya!!

                                          ***

Usai membersihkan diri menggunakan barang  Adam, aku turun ke dapur. Tak sedap kalau duduk rumah orang tapi duduk je. T-shirt Adam yang separas atas lutut dipadankan dengan seluar legging hitam milik Adam. Tapi aku tak rasa legging pun sebab longgar. Besar betul Adam ni. Ke aku yang kecil sangat?

Kelihatan Ibu sedang menggoreng ayam. Di atas meja pula kelihatan macam bahan-bahan untuk nasi lemak. Mungkin Ibu hendak masak nasi lemak.

"Selamat pagi Ibu. "Tegurku.

"Qai? " Jelas kerutan di dahi menandakan dia hairan dengan kewujudan aku di rumah agam ini.

"Bila sampai? "Tanyanya sambil mengetoskan minyak dari ayam goreng.

"Malam tadi. Terjumpa Adam terus dia ajak ke sini. "

"Kamu tak balik KL ke? "Ayam goreng yang ditoskan minyak dipindahkan ke dalam pinggan yang sudah diletakkan tisu dapur. Pinggan itu kemudian diletakkan di atas meja bersama hirisan timun, telur mata kerbau separuh masak dan sambal sotong.

Sebelum beura-ura ingin menyenduk nasi, aku sudah mencapai mangkuk kaca dan menyendukkan nasi ke dalam mangkuk.

"Malaslah. Mama tak ada kat Malaysia. Dia ada kat New York untuk ambil produk. Papa pula kat Jerman. Ada meeting katanya. So, Qai pun malas nak balik KL sebab tak ada sesiapa. "Terangku panjang lebar.

"Tak apalah. Boleh duduk kat sini. Kamu panggil Adam dan Mawar eh? Ibu nak panggil Walid dulu. "Aku mengangguk.
Pantas aku memanjat tangga ke tingkat tiga. Malas nak naik lif. Bagus juga bersenam sebab kejap lagi nak makan makanan berat.

Pintu bilik Adam diketuk kuat. Lepas aku turun tadi, aku nampak Adam masuk ke dalam biliknya. Daun pintu dibuka dari dalam. Terlihat Adam yang sudah bersalin baju ke sweatshirt berwarna kelabu dan jeans hitam.

"Nak keluar ke? "Terpacul soalan tu dari bibirku walhal aku hanya ingin bertanya kepada diriku.

"Nak ikut ke? "Soalnya balik. Eh,tanya aku pula. Orang pelawa,aku ikut je.

"Taklah. Kata nak amik barang kat tempat Alvin. "Tetiba aku teringat janjinya semalam.

"Kenapa kau nak tinggal dengan Alvin? Qai. Aku nak kau tinggalkan Alvin."Ujarnya sambil memegang jariku. Aku hanya mengangkat bahuku mengelakkan jawapan.

"Dahlah. Turun breakfast. Aku nak panggil Mawar kejap. "Terus aku meninggalkan Adam untuk menggelakkan dia terus-menerus bertanyakan aku soal Alvin itu. Biarlah aku mati dulu kalau nak tahu kenapa aku rapat dengan Alvin.

-----------------------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro