5|Mawar Berduri

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Qai, kau ok? "Tulah soalan pertama menerjahku sebaik sahaja aku sedar. Aku kat mana ni?

"Adam. Aku kat mana? "Soalku. Bau ubat menyucuk hidung. Tak sedap. Ada wayar berselirat di tubuhku. What the fuck of this wire? Aku mencabut wayar tersebut.

Pap.

Darah mengalir keluar dari tanganku. Tak sakit. Dibiarkan sahaja.

"Qai, asal ko cabut wayar tu? "Adam memasang semula wayar itu. Tahu pula.
Tudung di kepala dicabut. Panas. Terserlah rambut pendekku.

"Macam mana aku boleh ada kat sini? Mana Mak Esah? "Tanyaku bertalu-talu. Wad yang dikongsi bersama dua orang pesakit lagi dilihat. Bau ubat. Bau hancing kencing. Busuk. Aku nak keluar dari sini.

"Kau pengsan tadi. Kau terkejut sangat Mak Esah meninggal. "

"What? Mak Esah meninggal? Bila? Kenapa? "

Bingkas aku turun dari katil. Selipar jepun milik hospital disarung. Aku kena jumpa Mak Esah. Dialah insan tempat aku bergantung harap. Pintu wad dituju. Namun ada tangan sempat menarik aku sebelum aku memulas tombol pintu.

Adam.

Semak betullah jantan ni.

"Kau tak boleh keluar. Esok baru boleh keluar. Doktor suruh stay semalaman. Tekanan darah kau rendah. Sekarang kau rehat dulu. Aku teman kau. "Ujar Adam.

Wajah bersih Adam dipandang. Ada muka aku kisah ke? Pegangan yang kian longgar ditepis. Tombol pintu ditolak.

"Aalia Qaisara!! "Jerit Cik Najwa, warden asramaku yang baru tiba. Terhenti langkahku. Cik Najwa merapatiku. Ini lagi satu batu penghalang.

"Tepilah. Saya nak jumpa mak saya. Dia baru meninggal. "

Belum sempat Cik Najwa berbicara, Adam menyampuk.

"Tak apa Cik Najwa. Biar saya teman Qaisara. Mayat ibunya masih di bilik bedah di bawah. "Terang Adam. Tangan kiriku diraih. Langkah dituju ke lif. Butang 3 ditekan. Beberapa orang yang berada di dalam lif aneh melihatku. Peduli apa aku. Asal aku dapat jumpa Mak Esah.

Adam menuju ke sebuah bilik yang dikawal rapi oleh beberapa orang polis.
Adam meminta kebenaran dari mereka untuk masuk.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik mayat itu. Aura seram menyelubungiku.
Adam merapati sekujur tubuh yang kaku. Diliputi kain kapan putih. Ditarik sedikit kain kapan itu. Terpampang wajah suci Mak Esah. Tersenyum sahaja riaknya. Tanpa kegusaran.

Aku rasa sebak. Namun kutahan. Aku tak nak nangis depan Adam. Tak sanggup nak tengok wajah suci Mak Esah lagi. Kain kapan itu kututup.

Aku melangkah keluar dari bilik mayat.

"Bila mayat Mak Esah nak dikebumikan? "Soalku.

"Lepas buat autopsi ringkas, mayat Mak Esah akan dikuburkan di Kuala Lumpur esok lepas Zuhur. Aku dah minta kebenaran untuk kau cuti seminggu. Uruskan Mak Esah. Esok, lepas discharge terus ambil flight ke KL tau. Aku dah belikan. Kau rehatlah dulu. "Ucap Adam. Aku hanya mengangguk. Pemergian Mak Esah membawa sebahagian kehidupan aku.

"Mana telefon aku? "Soalku.

"Aku pegang. Esok aku bagi. Sekarang kau tidur dulu. Rehatkan diri. Aku nak balik dulu. Esok lepas sekolah, aku datang. "Kata Adam.

"Tak payah. Aku boleh handle sendiri. Kau pass kat aku ticket flight dengan aku punya phone. Pandailah aku nak hidup. "

Adam akur. IPhone 8 Plus dihulur. Aku membuka noti. Tiada panggilan pun dari mama. Papa pun senyap je. Hampa. Kesal.
Aku melabuhkan punggung di atas katil.

"Qai. Aku balik dulu. "

Aku hanya mengangguk.

****
KLIA

Aku melangkah ke arah sebiji teksi yang sedang menunggu di bahu jalan. Nasib sempat order teksi sebelum berlepas. Kalau tak mana nak cari teksi.

Dengan berbekalkan purse dan telefon, aku pulang ke negeri asalku. Selangor. Teksi meluncur laju sebaik sahaja aku memasuki perut kereta. Destinasi dituju, Seri Hartamas.

Villa Bourgenvilla. Indah nama dan rupa namun tak seceria penghuninya. Usai membayar harga teksi, aku melangkah masuk ke dalam villa ini. Sunyi. Hanya Pak Mail sedang membersihkan laman rumah.

Pak Mail menunduk sebaik sahaja aku melintasinya. Aku tersenyum kecil. Memang dari kecil, pekerja di sini disuruh untuk menundukkan kepala setiap kali terserempak dengan aku, papa dan mama. Tapi, aku rimas jugak. Macam aku ni raja je.

Aku melangkah masuk ke dalam villa. Kosong. Hanya ada maid yang sedang membersihkan rumah. Aku menggamit Mak Nab.

"Mak Nab. Kita buat tahlil seminggu untuk Mak Esah eh. "Pintaku. Jelas berkerut wajah Mak Nab. Kehairanan.

"Mak Esah meninggal semalam. Lepas Zuhur, mayatnya sampailah sini. Kita buat tahlil ringkas. Jemput orang masjid eh. "

"Innalillahi wa innahi rajiun. Sakit apa? "

"Accident. Oklah. Mak Nab, Qai naik dulu eh. "Aku menapak ke tingkat 3. Ruang privasi aku.

Aku menabur kelopak bunga mawar ke dalam jakuzi. Lilin aromaterapi dinyalakan disebelah jakuzi. Lagu dari The Weekend dipasang perlahan. Baju yang tersarung dilepaskan dan dimasukkan ke dalam bakul.

Perlahan-lahan, aku memasukkan kaki ke dalam jakuzi sebelum aku membenamkan tubuh ke dalam air.

***
"Aalia. Kau sepatutnya berhati-hati. Duri mawar sangat tajam. "Mikael terus membebel sambil tangannya lincah merawat tangan Aalia. Kuasa healing yang ada pada digunakan sedikit. Lepas ni kena rehat sekejap untuk cas balik kuasanya.

"Maafkan aku, Mikael. Aku terpesona dengan mawar itu. Sungguh mekar. "Balas Aalia. Wajahnya menunduk bersalah.

"Sudahlah. Kau bersiramlah dulu. Rehatkan fikiran. Aku mahu beradu sebentar. Cas kembali tenagaku. Maklumlah aku makin tua. "Mikael berlalu meninggalkan Aalia. Wajahnya jelas kepenatan. Baru rawat luka kecil sudah penat apatah lagi harus merawat luka yang besar. Pasti separuh nyawanya hampir melayang.

Beberapa orang dayang mengiringi Aalia ke kolam kecil di dalam bilik kecil. Sudah ditabur kelopak mawar. Harum semerbak baunya. Aalia menyeduk sedikit air mawar itu. Dibasuh sedikit wajahnya yang putih kemerahan. Segar semula.

Gaun putih yang dipakainya dilepaskan. Dayang - dayang duduk berhampiran kolam memerhatikan Aalia yang seperti ralit bermain dengan air mawar. Memastikan Aalia sentiasa selamat.

Kelopak mawar merah yang menghiasi kolam ditiup. Bahagianya seorang Aalia Qaisara.

Hampir 2 jam Aalia ralit berenang dari hujung kolam ke hujung kolam. Entah bagaimana, Aalia yang mahir bermain dengan air berasa kejang kaki. Kakinya tak dapat mencapai dasar kolam.

Perlahan-lahan, tubuhnya tenggelam ke dasar kolam. Mikael, kekasihku. Datanglah. Aku perlukan kau.

---------------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro