7|Serabut

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Akhirnya, dah dekat sebulan terdampar kat sekolah nih. Nothing change. Belum ada lagilah peristiwa yang mencabar akal aku. Cikgu still garang. Yang sporting pon berapa kerat je. And, yes. Aku dah mula pakai tudung tapi kat sekolah jelah. Belum terbuka hati nak pakai sepenuh masa.

"Qaisara. Apa yang awak menungkan tu? Buat soalan di depan. "Arah Cikgu Zakiah, cikgu fizikku. Inilah salah satu cikgu yang tergolong dalam kategori 'CIKGU KESAYANGANKU'. Dengan perangai yang clumsy, cakap terbelit, and dia ajar satu habuk pun aku tak faham. Pleaselah, aku nak cikgu fizik lain. Aku lebih prefer Cikgu Yusop, cikgu fizikku sebelum ini yang telah berpindah ke Melaka. Baru je minggu lepas pindah.

Dengan malas, aku melangkah ke depan. Wtf!! Apa nih? Dah masuk unbalanced force ke? Mampus aku. Dahlah aku belum study lagi. Bantai.

"Apa awak buat nih Qaisara? Jawapannya kan 40N. Awak dengar ke tak saya cakap apa? Tulah termenung lagi kat kelas saya. Dahlah, awak duduklah. "

Aku terus duduk kembali di tempatku. Annoying betullah.

"Cikgu, dah rehat. "Ujar Ijoy. Mulut dialah yang selalu bunyi kalau dah nak rehat time fizik. Baguslah. Mata aku pun dah nak kuyu nih. Dengan kadar segera, aku mengemas barang dan terus masuk ke dalam kelas.

Ada sticky note atas meja. Jumpa aku masa rehat kat bilik puan Mariana. Ada hal jap. -adamikael-

Sibuk jelah mamat nih. Baru nak tidur. Pantas aku melangkah ke pejabat. Adam dah ada kat sana. Pintu diketuk. Aku mengerling sekilas. What? Mama. Papa. Apa diorang nak?

"Aalia Qaisara? "Tanya Puan Mariana. Aku mengangguk.

"Ibu bapa nak jumpa awak. "

Mama dan papa terus mendapatkan aku.

"What's are you doing here? Bukan you all suppose kat HK and London. "Aku memeluk tubuh.

"Sara, mama baru tahu Mak Esah meninggal. Baru tadi sampai kat KLIA. Terus pergi ke sini. Jet lag pun baik lagi. "

"Yeah.. "Malasnya dengar alasan dia.

"Tadi, mama nampak sekolah ni macam tak setanding seperti dengan sekolah you dulu. So, mama donatelah sikit. Tak adalah orang mengata anak mama belajar kat sekolah low class."Mama menyebak rambut perangnya.

"Pleaselah, ma. Don't disturb me again. "

Aku masuk ke dalam bilik Puan Mariana semula.

"Cikgu, sorry. Saya amik Adam eh. "Terus aku mencapai Adam dan berlalu. Mama dan papa yang hendak masuk ke dalam bilik juga aku jeling.

"Qai, kau nak ke mana ni? "Aku terus membawa Adam ke belakang blok, tempat lepak aku selalu. Tangan Adam baru aku lepaskan.

"Kau dah makan ke belum? "Tanya Adam. Aku menggeleng kepala.

"Aku beli jap. "

"No need. Aku tak lapar. " Langkah Adam terhenti. Dia mengambil tempat bersebelahan aku.

"Kenapa diorang baru nak balik? It almost one month. Asal tak mereput je kat oversea tu? Aku benci diorang. "

"Qai, behave. Diorang kan mama papa kau.Hormatlah sikit."

"Oh, kau pun dah sebelahkan dioranglah. Sebab apa? Sebab diorang dah donate kat sekolah ni? Itu taktik nak tunjuk diorang baiklah tu. "

"Apa lau merepek kau ni, Aalia Qaisara? Pleaselah, be mature. Jangan buat perangai macam budak-budak, boleh. "

"Fine, jangan cakap or jumpa budak ni lagi. "Terus aku berlalu dari situ. Serta-merta air mataku berguguran. Shit punya air mata. Langkah diatur ke dalam bilik air.

Puas aku menangis dalam tandas.

"Kau tak dengar cerita ke? "
"Apa? "
"Yang perempuan rambut perang tadi tu, mak si Qai. "
"Yeke? "
"Patutlah, macam aku kenal. "
"Kau kenal? "
"Yelah, mak dia kan ada buka spa. Hot kau. Selalu keluar magazine. Aku adore kat mak dia. "
"Tapikan.. "
"Apa? "
"Aku cerita kau jangan bagitau sesapa. "
"Apa? Cerita jelah. "
"Mak dia tu ada anak ikan. Bapak dia pula selalu langgan pelacur kat Hong Kong. Sebab tuh, si Qai macam perempuan tak sedar diri. Entah-entah anak luar nikah. "

Tanpa berlengah, aku menerpa mereka. Pipi mereka aku lempang.

"Jangan suka cerita aib orang kalau aib kau tak dijaga. Tak guna pakai tudung tapi perangai macam tahi. "

Dua perempuan itu tergamam. Pipi bekas lempangan aku dipegang.

'Pandai-pandai lah kau, siapa suruh cari pasal dengan seorang Aalia Qaisara. '

***
"Malasnya nak pergi roll call. "Ujar Adha. Aku yang sedang main game dalam phone tersentak.

"Roll call? "Tanyaku.

"Aah. Pukul 9 malam nanti. Tuan Zaki nak cakap sesuatu. "

"Kenapa aku tak tahu pun? "

"Macam mana kau nak tahu? Turun dm pun tak. Tadi Adam baru tampal. Handsomenya Adam tadi. Rugi kau tak tengok tadi, Qai. "Ujar Ruby.

"Tak hadap aku. "

"Ye ke, tak hadap? Kau kan rapat dengan Adam. So damn hot couple. "Bicara Adha.

"Pleaselah. Aku rimas tau tak. Tang mana hensem pun aku tak tahu. Biasa je. "

"Ahh, leganya lepas mandi. "Ujar Mawar yang baru keluar dari bilik air. Pantas aku mencapai tuala dan pakaian. Berlalu ke bilik mandi.

"Eleh nak elak konon. "Sakat Ruby.

"Bisinglah kau. Aku memang dah berlengas. "Jeritku dari dalam bilik air.

***

"Ok, saya tak nak amik masa sangat. Awak pun nak prep kan. As you know, esok minggu balik kan? Dah sebulan kan kat sini? "

"Yaaa...... "Semua murid berasa teruja dan gembira kecuali aku.

"Jangan gembira sangat. Saya nak pesan, jangan lupa jalan balik ke sini. Kang nanti ada yang balik hari Ahad pagi. Balik bila? "

"Sabtu... "

"Sabtu bila? "

"Sebelum pukul 6..."

"Good. Okay, next. Saya nak tahu siapa dari luar Johor? "

Tiada siapa angkat. Perlahan aku mengangkat tangan.

"Ok, awak pelajar baru kan? Awak duduk mana? "

"KL"

"Jauh tu. Ok, lepas nih jumpa saya. Seterusnya, Adam, tolong edarkan surat siaran tu. Itu adalah surat memaklumkan bahawa ibu bapa awak dijemput hadir ke mesyuarat PEWARIS pada hari Ahad nanti. Saya harap ibu bapa awak dapat hadir. Oklah, kalau tak ada apa-apa, boleh bersurai. Yang budak duduk KL tadi jumpa saya. "

Dengan lengang kangkung, aku menuju ke arah Tuan Zaki.

"Siapa nama? "

"Aalia Qaisara. "

"Oh, ibu bapa awaklah yang donate kat sekolah nih. Boleh awak suruh ibu bapa awak datang masa mesyuarat nanti? "

"Tak. My parents always busy. Ini pun nak gerak ke Dubai. "

"Saya suruh datang sebab sekolah nak bagi penghargaan kepada ibu bapa awak. Tak apalah kalau macam itu. Awak boleh pergi prep. "

Aku berlalu. Terserempak dengan Adam yang nak jumpa Tuan Zaki. Dijeling. Menyampahnya tengok muka dia nih.

Ya Allah, tolonglah aku.

-----------------------------
Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro