❄ B A B_9 ❄

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AINA membawa piring berisi kuih. Dia mendekati Abang Alif yang dilihat jauh termenung di kerusi batu yang terletak di bawah sebatang pokok. Piring diletak ke meja sambil punggungnya dilabuh ke kerusi sebelah.

"Abang Alif, nak kuih tak?" tegur Aina, mencari modal untuk berbual-bual.

Seminggu menjadi penghuni rumah itu, Abang Alif memang suka menyendiri, langsung tak nak bergaul.

Aina tahu tahu kenapa Abang Alif bertingkah begitu. Dia juga pernah mengalami keadaan serupa. Bukan dia saja malah kebanyakan penghuni di Rumah Pengasih Al-Ihsan telah melalui situasi yang sama. Seminggu dimasukkan ke situ hanya tahu menyendiri dan menangis kerinduan. Masih tak mampu nak sesuaikan diri dengan keadaan yang cukup asing. Sementelah mengingati diri yang telah kehilangan segala.

Hilang emak, ayah, adik beradik dan keluarga.

"Abang Alif..."

"Tak nak." Terdengar juga suara itu walaupun wajah langsung tak berkalih. Aina sudah tersenyum senang.

"Aina nak berkawan dengan Abang Alif, boleh tak?" pinta Aina lagi. Hujung jari mencubit muffin di dalam piring lalu disuap ke mulut.

"Tak nak." Masih sama jawapan yang keluar dari mulut Alif. Pandangan legat pada sawah yang menghijau di luar pagar kawasan.

"Abang Alif umur berapa?" Aina terus mencuba.

Dia bukan seperti penghuni lain yang cepat berputus asa. Tapi beberapa ketika berlalu, langsung tiada jawapan yang didengari. Aina mengeluh halus.

"Umur Aina 7 tahun. Umi kata dah 3 tahun Aina tinggal kat sini. Mak dengan ayah dengan abang Aina dah meninggal. Aina tak ada saudara mara yang lain sebab tu Aina kena hantar sini. Tapi Aina suka duduk kat sini sebab ada ramai kawan. Umi dan abi pun baik."

Krik... krik! Beriya Aina bercerita tapi langsung tiada balasan.

"Abang Alif, makanlah kuih ni. Sedap tau." Aina menolak piring lebih hampir.

Seketika Alif berkalih memandang. Aina tersenyum senang sebelum senyuman di bibirnya mati berganti riak terkejut.

Kerana wajah Abang Alif basah dengan air mata.

"Abang Alif pun... tak ada sesiapa kat dunia ni. Saudara mara..." Ayatnya terhenti sambil bibir diketap perlahan. Kemudian Alif geleng perlahan.

"Tak apa. Abang Alif tak payah sedih. Aina kan ada. Aina boleh jadi adik Abang Alif," sahut Aina bersungguh sebelum dia kembali tersenyum. Kian melebar setelah melihat Abang Alif angguk.

"Makanlah kuih ni," suruh Aina berterusan.

"Terima kasih." Alif tersenyum jua.

Belum sempat dia mahu capai muffin di dalam piring, tumpuannya teralih dengan kemunculan seorang wanita dari muka pintu pagar sambil menggendong anak kecil. Lebih mengejutkan lagi setelah anak kecil itu diletak ke tepi timbunan kotak di sebelah pagar lalu wanita tadi terus berlalu dan menghilang.

Aina tergamam. Alif lebih lagi. Anak kecil yang ditinggalkan sedang meraung kuat.

Mulai saat itu anak kecil berusia 2 tahun itu dipanggil Alia. Alif menamakannya sempena dia yang pertama menggendong anak kecil itu. Tanpa belas ditinggalkan ibunya bersama sekeping nota.

'Tolong jaga anak saya. Saya tak mampu nak besarkan dia. Serahkan pada sesiapa yang sudi jadikan dia anak angkat. Saya takkan cari dia.'

Akhirnya Alia menjadi penghuni Rumah Pengasih Al-Ihsan. Alia cukup manja dengan Abang Alif, langsung tak nak berenggang. Di mana Alia berada di situ akan ada Abang Alif juga Aina. Namun tak lama setelah satu pasangan suami isteri muncul di Rumah Pengasih Al-Ikhsan untuk proses pengambilan anak angkat.

Aina alami kemurungan. Bersedih dengan berita itu sementelah Alif yang sudah menganggap Alia seperti adik sendiri. Mana mungkin dilepaskan ke tangan orang lain dengan mudah? Sedangkan Alif sudah berjanji untuk menjaga Alia sampai bila-bila. Tapi jika sudah tertulis takdir hidup Alia lebih beruntung berbanding mereka, tak siapa mampu menghalang.

Akhirnya Alia menjadi anak angkat pasangan suami isteri Encik Abdullah dan Puan Melati. Termasuk Aina demi memenuhi syarat daripada Alif. Alif mengamanahkan Aina supaya menjaga Alia. Dan dia berjanji akan mencari mereka bila dewasa nanti.

Namun janji hanya tinggal janji. Seorang Alif tak pernah datang menemui mereka. Tapi Aina @ Camelia Abdullah benar menunaikan janjinya menjaga Alia @ Azalea Abdullah hingga dewasa. Walaupun kehilangan ibu bapa yang telah menjaga mereka sejak kecil, Azalea tetap menjadi adik Camelia sampai bila-bila.

Sehingga Yusri bersama seorang lelaki yang mengaku sebagai anak Tan Sri Tengku Muzaffar datang bertanyakan perihal Zoe petang semalam. Seorang lelaki yang dipanggil stalker oleh adiknya dan sempat duduk di dalam sel akibat salah faham yang berlaku. Lalu Camelia sedar sudah sampai masanya untuk dia membongkar segala.

Cuma untuk membuka rahsia itu ke pengetahuan adiknya, Camelia tak pasti bagaimanakah caranya? Lalu mahu atau tidak dia terpaksa bersetuju dengan rancangan Yusri dan Tengku Zafrel. Paling penting, Camelia berasa gembira setelah dapat tahu keluarga kandung Zoe masih mencari anak mereka yang hilang dilarikan orang 18 tahun dahulu. Paling dia teruja bila Yusri berkata Tan Sri Tengku Muzaffar merupakan bapa kandung Azalea. Orang kaya pemilik rumah agam yang selalu adiknya usha.

Patutlah adiknya seperti punya tarikan dengan rumah agam itu. Rupa-rupanya itulah rumah asal adiknya. Rumah keluarga. Tak Camelia sangka Azalea sebenarnya anak orang kaya.

Tapi semua yang bakal berlaku membawa maksud mereka akan terpisah. Lalu Camelia kembali jadi buntu. Sungguh dia tak sanggup nak berpisah dengan adiknya.

Azalea adik Camelia sampai mati. 


BUNYI mesin treadmill mengejutkan Zoe dari lena. Terus dia tarik gebar membungkus tubuh sebelum turun dari katil. Walaupun jenuh kena bebel, memang menjadi tabiat dia tidur selepas subuh. Cuma waktu itu dia mampu lelapkan mata tanpa mengharapkan kehadiran kakaknya.

Zoe menjenguk dari pintu bilik yang ternganga. Kemudian langkah dilanjutkan ke ruang sana, menghampiri seorang manusia yang sedang rancak berlari. Langsung tak menyedari kehadiran dia sementelah dengan earphone yang tersumbat di telinga.

Zoe panjangkan leher mengintai papan meter treadmill. Dua kilometer?

Kakak dah kenapa? Bersenam turunkan berat badan sebab nak kahwin? Ahha! Berbunga wajah Zoe, terus hilang rasa mengantuk.

"Kakak!" Tangan digapai di depan muka kakaknya. Tersentak Camelia lalu butang meter ditekan untuk memperlahankan kelajuan.

"Awal adik bangun?" tegur Camelia.

Earphone yang tersumbat pada telinganya ditanggalkan. Pelik benar Camelia rasa, belum pukul lapan adiknya dah bangun. Selalunya puas dikejut.

"Bila Abang Yus nak masuk meminang?"

"Apa yang adik merepek ni?" Bahu Zoe ditunjal dengan hujung jari. Termengah Camelia hentikan larian lalu turun dari treadmill.

"Dah tu tiba-tiba bersenam bagai? Treadmill ni pun kena panggil tukang servis datang tengok. Bising sangat."

"Bising ke? Kakak tak perasan pulak. Itu yang adik terjaga?" Zoe dipandang. Camelia mengelap peluh yang membasahi dahi dengan tuala di leher.

"Bila Abang Yus nak masuk meminang?" Zoe tak endahkan soalan Camelia.

Giliran dia menyarung kasut yang kakak tanggalkan. Ketat sikit. Kemudian naik ke atas treadmill terus tekan butang. Jalan-jalan dulu panaskan badan.

Dah lama dia tak bersenam. Sebulan juga selepas balik ke situ. Tempoh berehat punya pasal. Kalau di kampung, tiap-tiap hari dia akan berlari pusing bendang sebelum ke sekolah.

"Adik nak kakak kahwin ke?" tanya Camelia. Punggung dilabuhkan ke kerusi meja makan sambil air kosong dalam botol diteguk perlahan.

"Mestilah. Zoe tak sabar nak ada abang ipar. Dahlah hensem," sahut Zoe.

Memang dia teruja nak mendapat seorang abang ipar kalau bukan abang kandung. Dari dulu lagi Zoe berangan punya seorang abang. Tapi hanya kakak yang ada. Lalu terpaksa dia menunggu kehadiran seorang lelaki yang akan dipanggil abang ipar.

Kalaulah dari dulu dia punya abang, mungkin hidup tak jadi macam hari ni. Sungguh Zoe teringin punya seorang abang yang akan menjaga dia daripada menjadi mangsa sesiapa. Punya abang untuk menjadi tempat dia meluahkan perasaan.

Kakak?

Zoe cuma tak nak susahkan Camelia. Apa yang dia mahu, kakak terus bahagia tanpa sebarang masalah.

"Dah tu adik macam mana?"

"Macam mana apa? Mestilah Zoe setuju. Paling penting kakak bahagia," sahut Zoe bersungguh.

"Maksud kakak, kalau kakak dah kahwin nanti, adik macam mana?"

"Macam mana, macam mana? Kakak dah kahwin, of course Zoe tinggal kat sini sorang-sorang. Kalau kakak tak nak tinggalkan Zoe, lepas kahwin nanti ajak Abang Yus tinggal kat sini," sahut Zoe sambil dia menambah kelajuan treadmill. Sudah berlari perlahan. Target dua kilometer juga nak lawan kakak.

Camelia di sofa ruang tamu mengeluh panjang.

"Adik tak nak cari pakwe?"

"What?" Tertonggeng Zoe jatuh dari treadmill. Terkejut punya pasal.

"Adik!" Camelia menjerit kuat lalu menerkam.

"I'm fine," sahut Zoe bersahaja. Kembali dia melompat naik treadmill, sambung larian.

Camelia kembali mengeluh. Semakin panjang bunyinya. "Adik tak nak cari pakwe ke?" Soalan serupa ditanya lagi.

"Sorry, kakak. Zoe muda lagi nak fikir pasal pakwe-pakwe ni."

"Adik dah 20 tahun. Dah boleh nak bercinta Kawan-kawan adik pun mesti ada yang dah kahwin."

"Kahwin? Bercinta? Oh no! Tak ada maknanya. Zoe tak terfikir langsung nak buat semua tu. Buat masa sekaranglah. Tapi kalau betul lepas kahwin nanti, kakak tinggalkan Zoe sorang-sorang kat sini, masa tu baru Zoe akan cari teman." Okey. Itulah rancangan dia buat masa sekarang.

"Adik. Azalea!" Tengku Marsya binti Tengku Muzaffar, sambung Camelia dalam hati. Bahu adiknya dicengkam kuat. "Kakak takkan pernah tinggalkan adik, Sampai bila-bila. Till the end of time. For the rest of my life." Janji seorang Camelia.

Bahu Zoe diramas kasar. Dada sebak yang tiba-tiba lalu Camelia raih nafas dalam demi melegakan rasa.

"For the rest of my life, I'll be with you. I'll stay by your side, honest and true. Till the end of my time... I'll be loving you... loving you," Zoe siap menyanyikan lagu itu dengan sepenuh perasaan. Memang dia gadis brutal yang happy go lucky.

Camelia sekadar tersenyum sambil mengusap kepala adiknya. Perasaan ditahan sebaik mungkin. Jangan sampai terbias ke wajah.

Kerana senikata lagu yang dinyanyikan itu. Honest and true itu...

"Dah. Kakak nak mandi." Camelia terus berlalu masuk ke bilik tidur. Hujung jarinya sempat mengusap mata yang tak sedar basah.

"Hari ni adik nak pergi kedai tak?" Camelia bertanya dari dalam.

"Tak nak. Nak duduk kat rumah aje," sahut Zoe.

Kelajuan larian ditambah. Baru lima minit dia dah mengah. Memang terbukti dah lama dia tak bersenam.

"Ingat apa yang adik dah janji dengan Abang Yus."

"Iye. Itu yang Zoe nak buat research. Nanti nak cari baju yang sesuai nak pakai ke pejabat. Karang kalau Zoe pakai jeans dengan sweater, kakak jugak yang malu."

"Tahu tak apa. Petang nanti kita pergi shopping beli semua tu," beritahu Camelia yang kembali muncul dengan tuala mandi tersangkut di leher.

"Janji, kakak?" Zoe bertanya teruja. Memang tak percaya. Dah lama dia tak keluar jalan-jalan. Dah lama mereka tak keluar bersama.

"Janji," sahut Camelia sepatah sebelum berlalu masuk ke bilik air.

Zoe bersorak riang sambil menambah kelajuan treadmill. Memang dia perlu bersenam setiap pagi macam dulu-dulu sebelum masuk ke pejabat.

Pejabat? Maknanya dia akan terima bekerja sebagai PA anak majikan Abang Yus?

Hurm... memang kena buat research dulu-dulu. Banyak benda yang dia tak tahu dan perlu ambil tahu. Contoh : Kalau Encik Bos hensem, boleh crush tak walaupun dia dah kahwin?

Ngee...


(1721 words)

*VOTE & COMMENT ARE VERY APPRECIATED*

_F R OM_M E_W I T H_L O V E_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro