16 RAYDEN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku termenung kosong ditempat aku duduk. Duduk dalam penjara dengan 3 orang manusia yang menjengkelkan. Aku dipenjarakan di dalam penjara yang biasa-biasa sahaja.

"Woi Leon, ambilkan bantal tu untuk aku." Arah aku pada lelaki yang bernama Leon itu.

Leon cuma mengikut arahan aku dan menghulurkan bantal tersebut pada aku. Mereka bertiga kelihatan sudah insaf tidak mahu mengganggu aku lagi selepas aku membelasah mereka satu per satu.

Baru sehari aku duduk dalam penjara ni aku dah rasa muak tengok muka diorang. Seperti seorang raja, aku mengambil alih tempat tidur yang satu-satunya tempat tidur yang mempunyai katil. Mereka bertiga pula meringkuk di atas lantai yang sejuk itu.

Aku kisah apa. Asalkan aku hidup selesa dalam penjara ni.

Aku boleh nampak dari jarak jauh seorang polis yang menjaga penjara itu keluar daripada situ membiarkan radio yang berada di atas mejanya terbuka begitu sahaja. Bunyi radio yang mengalunkan lagu itu membuatkan keadaan penjara tidak terlalu membosankan.

Macam ni kah Black dan White Joker duduk dalam penjara?

Hmm, mustahil diorang berdua ditempatkan dalam penjara macam ni. Mestilah lebih ketat.

"Kenapa kau percaya sangat dengan minah ni?"

"Because, she Black Joker and she can help us with all this!"

Tak habis-habis dengan dia punya Black Joker tu.

Pergaduhan antara aku dan Rayyen itu masih lagi terngiang-ngiang di dalam fikiran aku. Aku tahu aku ni keras kepala. Tapi, tak pernah pula sampai tahap macam ni keras kepala aku. Sampaikan aku kena tangkap polis. Sebelum ni aku pernah bertindak macam ni. Tapi, selamat je. Mungkin, disebabkan kerja kali ini lebih susah..kot.

Tiba-tiba, wajah minah itu menyelinap masuk ke dalam fikiran aku.

Ishh, apa pula dia ni yang muncul. Tapi, apa yang dia dan Rayyen tengah buat sekarang ni eh?

Kadang aku...entahlah...rasa cemburu pun ada kalau tengok Rayyen mesra dengan budak tu. Tapi, dia kan memang Rayyen punya. Asal aku boleh cemburu dan sakit hati.

Hmmm, malas lah aku nak fikirkan sangat sakit hati aku tu. Lagipun, mesti sekarang ni diorang lebih suka tengok aku duduk penjara.

A new case happen today. Mr. Cordy has been shot on the head at 2:05 a.m.

Aku membuka telinga mendengarkan berita yang disiarkan oleh radio itu. Ianya kes pembunuhan yang berlaku di belakang bangunan berlaku pada jam..entah aku tak dapat detect tadi. Tapi, kes itu melibatkan kematian Sven menyebabkan aku tertarik untuk mendengarnya dengan lebih lanjut.

Aku rasa sakit hati apabila Sven berjaya mati ditangan orang lain dan bukannya aku.

"Because, she Black Joker and she can help us with all this!"

"Apa lagi yang kurangnya pada Black Joker?"

"White Joker dan Black Joker tak ada banyak perbezaan pun. Mereka berdua sama-sama buat kerja jahat dan pandai dalam semua benda ni."

"Damn!"

Dinding batu itu aku tumbuk melepaskan geram. Aku boleh agak yang minah tu buat semua benda ni. Rasa sakit hatinya semakin membara sebab Sven sudah mati.

Tiba-tiba, datang seorang anggota polis yang lengkap berpakaian uniform berdiri di depan penjara tempat aku di tempatkan.

"Rayden Rixton."

Nama aku dipanggil dan aku menoleh ke arah lelaki berkaca mata hitam itu.

"Apa yang kau nak?"

"Kau diminta untuk keluar sekarang sebab ada orang yang ingin berbual dengan kau." Kata lelaki itu pada aku.

"Cakap dengan dia yang aku malas dan tak nak pandang muka dia."

Lelaki itu mendiamkan dirinya. Dia membuka pagar besi itu dan masuk ke dalam lalu menarik lengan aku. Aku menepis tangannya yang menyentuh aku itu.

"Apa yang kau nak?! Aku dah cakap aku tak nak dan jangan paksa aku!" Tengking aku padanya.

Lelaki itu berkeras dan mencengkam lengan aku kuat.

"Kalau kau nak selamat, ikut arahan aku. Faham!" Dia membalas tengkingan aku dengan nada yang keras.

Aku memberikannya jelingan tajam. Aku melangkah keluar daripada bilik besi itu mengikuti langkah lelaki itu keluar daripada situ. Kawasan tersebut dipenuhi dengan anggota polis yang sedang berkawal.

Aku ditahan dan digari oleh lelaki itu supaya tidak terlepas daripada cengkamannnya. Dari jauh aku dapat lihat bilik yang digunakan untuk ahli penjara berhubung dengan orang luar.

Lelaki itu menarik aku melencong, tidak menuju ke arah bilik tersebut.

"Apa kau.."

"Jangan banyak tanya dan ikut je aku."

Aku mendiamkan diri. Aku dibawa oleh lelaki yang aku kenali sebagai anggota polis itu ke tempat yang agak pelik. Mamat ni nak bawa aku ke mana sebenarnya?

Kawasan itu cukup sunyi dan terlindung daripada pandangan anggota polis yang lainnya.

Kami berhenti secara tiba-tiba. Lelaki itu melihat sekelilingnya dan menekan satu butang pada alat kawalan jauh yang berada di tangannya itu yang menghala ke arah CCTV. Mungkin, dia cuba untuk menutup CCTV tersebut.

"Who are you?" Bisik aku padanya.

Lelaki itu membuka stor yang ada di situ dan mengeluarkan sebuah beg yang berwarna hitam.

"Tukar baju kau tu." Arahnya pada aku.

Aku mengeluarkan sepasang baju T-shirt hitam dan seluar jeans hitam serta jaket berkulit hitam itu daripada beg yang diberikan oleh lelaki itu pada aku. Aku ikutkan sahaja arahannya dan bukan hanya aku seorang sahaja yang menukar pakaian, malah lelaki yang tidak aku kenali itu juga bertukar pakaian biasa.

Nak kata mamat ni orang suruhan Jericho, memang tidaklah. Takkan Jericho ambil pekerja baharu? Sebab, orang-orang Jericho dapat aku kesan melalui tatu yang ada pada bahagian belakang leher mereka.

Mamat ni mana ada tatu. Kulitnya bersih daripada sebarang tatu.

Walaupun lelaki itu sudah membuka kaca mata hitamnya yang menampakkan keseluruhan wajahnya, aku tetap tidak dapat mengecamnya.

"Jom, ikut aku."

Lelaki itu keluar menggunakan laluan yang merupakan laluan hanya untuk pihak polis sahaja gunakan. Laluan itu menghubungkan jalan keluar daripada penjara.

"Kau orang suruhan Jericho?" Sekali lagi aku cuba untuk mengasaknya dengan soalan.

"Tak dan aku tak kenal siapa Jericho." Jawabnya dingin pada aku.

Akhirnya, mereka keluar daripada kawasan tersebut. Dari jauh mata aku ternampak dua buah kereta mewah yang terpakir di luar pagar jaring besi.

Kami melangkah mendekati kereta tersebut. Tingkap kereta yang berada di tempat duduk pemandu diturunkan dan wajah seorang perempuan berkaca mata hitam ada di dalam kereta tersebut.

"Nah, ni upah kau. Babye, dude. Thanks tolong aku."

"Yeah yeah." Kata lelaki itu pada gadis tersebut.

Aku masih bingung dengan apa yang sedang berlaku. Tapi suara perempuan itu macam biasa aku dengar.

Lelaki tadi yang membawa aku keluar daripada penjara itu masuk ke dalam kereta yang terparkir di belakang kereta milik perempuan itu. Kereta milik lelaki dipandu keluar daripada situ.

"Kau masuk." Arah gadis itu pada aku.

Aku masuk dan mengambil tempat bersebelahan dengan pemandu. Kereta dipandu keluar daripada kawasan tersebut.

"Kau siapa?" Tanya aku pada gadis itu.

Dia tersenyum sinis ke arah aku. Cermin mata hitam yang tergantung pada wajahnya itu ditanggalkan dan digantungkan pada kolar baju.

"It's me. The one and only one who is successful in her mission." Kata gadis itu penuh dengan sindiran.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro