BAD[AR]: 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dada kertas ditenung kemudian wajah di hadapannya pula dipandang macam nak telan hidup-hidup. Kenapalah mereka harus berurusan dalam satu organisasi? Kesannya, sampai sekarang tak ada satu kerja pun yang jalan.

"Weh perempuan, aku tak buat jenayah jadi jangan pandang aku macam tu," ujar Qowiy dengan selamba badaknya. Sebelah kaki diangkat tinggi lalu disilangkan.

Aisy menjulingkan mata hitamnya ke atas. Macam dia tak tahu, Qowiy guna semula ayatnya semalam!

"Ya... memanglah kau tak buat jenayah tapi kau dah buat aku menyampah, tahu tak? Tolonglah bagi pendapat kau. Ini tidak, tak habis-habis hisap lollipop tu dah kenapa?" sembur Aisy tanpa berlapik lagi. Puas ditahan rasa hati sedari tadi.

Masakan tidak, dah sejam jugalah mereka berdua duduk di gazebo ini tanpa berbincang. Setiap kali Aisy bertanya, sepatah saja dijawab oleh lelaki itu. Ternyata Qowiy lebih berminat menikmati lollipop berbanding menjawab soalan. Sebal Aisy jadinya. Dahlah makan seorang, langsung tak pelawa pula itu!

Qowiy buat pekak. Hipotesis hidupnya senang, semakin perkara itu dilarang, semakin giat perkara itu dilakukan. Tangan kiri lantas menyeluk poket seluar, mengambil satu lagi batang lollipop. Kemudian, bungkusan tersebut dibuka lalu dimasukkan ke dalam mulut. Dua batang lollipop dihisap sekali gus.

Kesabaran yang membalut diri Aisy saat ini hampir terkoyak. Roman selamba di seraut wajah Qowiy cukup buat dia rasa nak balik rumah sekarang juga. Tetapi apabila teringatkan tugasan BADAR yang masih belum siap, niatnya terpaksa ditangguh.

Oksigen dihirup sedalam-dalamnya. Cuba untuk menyejukkan lahar amarah yang bila-bila saja boleh meletus.

Rahang mulut Aisy baru saja ingin terbuka, Qowiy terlebih dahulu mencelah.

"Kau nak rushing sangat siapkan benda ni buat apa? Lama lagi nak bentang kot." Dua batang lollipop itu dikeluarkan sejenak kemudian disumbat semula.

Aisy tukar posisi berpeluk tubuh. Renungannya tunak beradu pandang dengan anak mata hitam milik Qowiy.

"Kau tak dengar ke apa cikgu cakap tadi? Lusa, Badrul Qowiy! Lusa kita dah nak kena bentang! Tapi sekarang tengoklah, satu benda pun kita tak fikir lagi ni," keluh Aisy seraya menghempas pensel di atas meja batu. Jujur, dia dah penat melayan kerenah Qowiy. Langsung tak matang!

Qowiy lantas menunduk ke bawah, merenung kasut hitamnya. Lama jugalah dia berkeadaan begitu. Kemudian kepala diangkat semula, menghadap wajah Aisy yang jelas serabut.

"Visi BADAR tahun depan ialah mewujudkan komuniti pelajar yang bersungguh-sungguh mengejar kebahagiaan akhirat."

Aisy tercengang sendiri. Lelaki itu dipandang tak berkelip. Masih keliru dengan apa yang berlaku.

"Baik kau salin cepat, Aisy. Aku tak adalah baik mana nak ulang buat kali kedua," ujar Qowiy lagi. Saat itu juga menggagau tangan Aisy mencari pensel mahupun pen untuk menyalin kata-kata tersebut.

"Untuk misi BADAR pula..." Qowiy berkira-kira meneruskan bicara.

"Ish, sabarlah kejap! Aku tak habis salin lagi ni," dengus Aisy. Pergerakan tangan di dada kertas berubah pantas sehingga berkerut-kerut dahi jadinya.

Bicara Qowiy jeda seketika. Memberi laluan kepada gadis itu untuk menyalin visi terlebih dahulu. Selang lima saat, lelaki itu menyambung.

"Misi BADAR..."

"Eh, sekejap!" sampuk Aisy.

Qowiy hilang sabar. Aisy direnung tajam. "Apa lagi kau ni?"

"Aku rasa macam pelik je visi BADAR kau. Rasa macam... ada benda tertinggal." Jujur Aisy berterus terang meluah pendapat.

"Apa yang tertinggalnya? Aku tengok okey je." Qowiy masih sama, berkeras menegakkan pendapat sendiri.

"Visi BADAR mewujudkan komuniti pelajar yang bersungguh-sungguh mengejar akhirat. Tak pelik ke? Kejar akhirat saja, habis tu dunia macam mana? Takkan nak tinggal terus?" Bertalu-talu soalan dilemparkan. Aisy tak puas hati.

"Cukuplah akhirat menjadi sasaran, dunia pasti dalam genggaman," balas Qowiy senada.

Lidah Aisy terkelu bisu. Betapa terkesannya kalimah tersebut sehingga membuatkan dia hilang kepetahan kata. Tak tahu nak balas apa.

"Macam mana kau..."

"Aku jumpa ayat ni dekat depan pintu tandas tadi," cantas Qowiy bersama riak kosong setia menghias wajah.

Aisy tak tahu nak gelak atau rasa geli. Seriuslah dekat pintu tandas? Macam tak sesuai saja ditampal di situ. Tak apa, nanti dia sendiri akan cabut dan pindahkan ke tempat yang sepatutnya.

Tiba-tiba, muncul kehadiran seseorang yang langsung tak dijemput.

"Wah, tengah sibuk ke tu bro?" Siapa lagi kalau bukan Iffat bersama senyum sinis yang tak lekang di tepi bibir.

Qowiy memalingkan muka, tidak ingin mencemar pandangan mata dengan figura saudara kembar Badrul itu. Dua batang lollipop dibuang ke dalam tong sampah berhampiran.

Sedar dirinya dipulaukan oleh Qowiy, pandangan Iffat beralih ke arah Aisy.

"Hai Aisy. Kesiannya awak, terpaksa bekerjasama dengan pendosa tegar ini. Harap-harapnya semoga BADAR tahun depan tak musnah disebabkan penunggang agamalah ya," ujar Iffat bersama nada simpati yang sengaja dibuat-buat.

Panas saja cuping telinga Qowiy yang mendengar. Dadanya juga turun naik menahan marah dengan sindiran pedas Iffat yang jelas ditujukan kepadanya.

Aisy sedari tadi menjadi pemerhati mulai memahami. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang berlaku di antara Iffat dan Qowiy.

"Erm Iffat, saya rasakan lebih baik jadi pendosa tegar yang berusaha nak berubah daripada jadi hamba yang perasan diri dah layak masuk Jannah. Tak gitu?"

Kulit muka ketua pengawas itu lantas berubah merah padam dalam sekelip mata. Tajam renungannya menikam iris mata Aisy. Namun, sedikitpun gentar tidak terasa oleh gadis itu.

Qowiy di tepi mengulum senyum sendiri. Setepek! Kan dah kena! Entah kenapa, dia rasa bangga pula pernah mempunyai kawan seperti Aisy.

"Dahlah tu bro... Kalah tu kalah jelah. Buat apa nak tunjuk muka lagi, kan?" Qowiy cuba untuk meredakan keadaan dengan caranya sendiri. Walaupun hakikatnya, tindakan itu ibarat mencurahkan minyak ke atas api yang membara.

Tanpa menunggu lama, pengawas biru itu lantas meluru ke arah Qowiy lalu kolar baju putih itu dicengkam kuat. Tubuh Qowiy tertarik ke hadapan dek pergerakan yang langsung tak dijangka. Aisy yang melihat terbuntang mata.

"Kau jangan cari pasal dengan aku eh Qowiy. Dah lama sangat aku bersabar dengan kau selama ini." Bahagian putih pada mata Iffat sudah tidak kelihatan. Sebaliknya diganti dengan warna merah, penuh dendam.

"Woo... woo... rilekslah kawan. Berani betul kau nak hentam aku dekat sini. Tak takut ke orang ramai lalu-lalang tengok kau macam ini?" Qowiy kekal beriak tenang. Dia tahu, ketika berhadapan dengan seorang Iffat kunci kemenangan ialah ketenangan.

Mendengarkan kata-kata Qowiy, cengkaman tersebut dileraikan kasar. Iffat meraup muka dengan sebelah tangan. Beg yang tersandang di bahu dibetulkan semula letak duduknya supaya lebih kemas.

Sebuah senyuman sinis kembali terpampang di tepi bibir. Aisy dan Qowiy dipandang silih berganti.

"Mungkin kau lupa sesuatu. Sekarang ini aku ketua, jadi semua benda terletak di tangan aku. As you wish, aku nak biro BADAR jadi biro pertama yang akan mulakan pembentangan di perjumpaan pengawas hari Khamis nanti," kata Iffat penuh nada bongkak.

Kemudian, belakang badannya ditundukkan sedikit seraya berbisik,

"Wish you two a bad luck, ya. Fighting!"

Aisy dan Qowiy masing-masing tercabar dengan setiap butir kata yang keluar daripada mulut Iffat. Pemergian ketua pengawas itu juga hanya dihantar dengan ekor mata. Lama jugalah mereka berdiam diri sebelum Qowiy memecah sunyi.

"Aku tak suka dia."

Aisy mengeluh berat. "Dahlah, tak elok mengumpat. Aku pun tak suka dia juga. Dasar iblis bertopengkan syaitan!"

Qowiy mencebik bibir. Dia dah agak, Aisy pun dua kali lima juga dengannya.

"By the way, terima kasihlah sebab tolong aku sentapkan Si Mawas tu tadi." Nak tak nak saja Qowiy berterima kasih. Yalah, lelaki mesti ada ego!

Aisy mengangguk tanpa suara. Lagipun dia lakukan semua itu dengan ikhlas tanpa balasan. Dalam diam, mindanya ligat berfikir sesuatu. Sesaat wajah Qowiy dipandang.

"Owen, jom kita ajar dia. Aku tak tahanlah macam ini. Iffat dah melampau."

❥︎❥︎❥︎


Alhamdulillah, done chapter 11 ✨

Mana geng #Qowisy? Ehehe malam ni kita kasi belanja #Qowisy lebih sikit. Geng #Aisyadrul jangan marah tau! 😜

Hmm... agak-agak apa yang Aisy plan ek? 🤔

Enjoy reading guys! Semoga bermanfaat ✨❤️






















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro