BAD[AR]: 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Siapa tak sangka ada update angkat tangan! 🤭😂

Btw tadi baru dapat tahu exam aye tangguh minggu depan lagi satu. So, here we go. Chap 17 ✨ Enjoy reading guys! 😁

𖣔𖣔𖣔

Qowiy memicingkan mata mencari kelibat Aisy di dalam perpustakaan yang lengkap berhawa dingin. Pada waktu rehat, ramai juga datang menyinggah. Tambahan pula hari Isnin, pelajar yang berpuasa sunat turut hadir mengisi waktu rehat.

"Bang Qowiy! Cari apa tu?" Bahu kirinya ditepuk seseorang.

Tidak menunggu lama, Qowiy lantas menoleh. Sebaik terlihat seraut wajah itu, dia mendengus perlahan. Wujud lagi budak nerd ini rupanya.

"Pembetulan. Bukan apa, tapi siapa," ujar Qowiy kepada Pian yang masih tersengih-sengih. Malas hendak melayan, bebola mata kembali melilau mencari bayang Si Aisy.

"Siapa? Abang Qowiy cari siapa?"

"Alah, kalau aku bagitahu pun bukannya kau kenal."

"Orang yang abang cari tu tak ada nama ke?"

Qowiy menjeling geram. Banyak tanyalah budak pakai spek tebal ini! Kepoh betul!

Pian dah telan air liur. Seram sejuk. "Rilekslah bang. Jangan marah. Abang bagi tahu nama, barulah saya boleh tolong. Lagipun saya ni dari tadi duduk dekat kaunter, rekod orang keluar masuk perpustakaan."

Mendengarkannya, lelaki itu berfikir sejenak. Hmm... betul juga. Macam manalah dia boleh terlupa yang Pian merupakan pengawas media?

"Kau tolong cekkan sekejap ada tak nama Aisyatul Rihanna. Kelas empat... empat... empat apa entah. Aku pun tak ingat."

"4 Tirani." Sampukan itu tiba-tiba muncul tak jauh daripada kedudukan mereka berdua.

"Itulah, dulu sombong sangat tak nak tahu nama kelas aku. Sekarang baru terpinga-pinga nak mencari." Sindiran pedas itu cukup membuatkan cuping telinga Qowiy berubah warna. Panas.

Gelagat Aisy yang kini berpeluk tubuh dijeling tajam dengan ekor mata. Seperti biasa, si gadis hanya beriak biasa seperti tiada apa yang berlaku. Lama juga mereka berkeadaan begitu. Sehinggalah suara Pian mematikan semuanya.

"Err... rasanya Abang Qowiy dengan kakak ini boleh duduk dekat sana kot." Pian menunjukkan sebuah meja bersama dua buah kerusi di bahagian sudut bacaan. Beberapa langkah saja daripada kaunter utama.

Qowiy tak bercakap banyak, terus mengisi tempat di kerusi tersebut. Dia ingatkan Aisy mengikut dari belakang, rupa-rupanya tidak. Gadis itu masih setia di tempat sama bersama Pian. Siap bergelak ketawa lagi. Tak lama selepas itu, barulah Aisy turut serta.

"Apa benda yang penting sangat tu?" soal Aisy sambil menarik kerusi menghadap Qowiy.

"Pasal BADAR ke?" tanya Aisy lagi.

Qowiy menggeleng laju. BADAR? Entahlah, dia pun tak ambil tahu sangat pasal biro di bawah kendaliannya. Nantilah, sebaik penyerahan watikah lantikan baru dia fikirkan.

"Oh ya, aku nak tanya. Apa kau buat dekat hujung bangunan tadi? Skodeng anak dara siapa?"

Kening Qowiy terjongket sedikit. Rasanya dia skodeng Iffat tadi. Sejak bila pula Iffat bertukar jadi anak dara ini?

"Apa kau...." Teringatkan sesuatu, barulah Qowiy faham.

"Iffat. Aku skodeng Iffat."

"What?" Aisy pandang seolah-olah tak percaya. Buku di atas meja perlahan-lahan dibawa rapat ke dada. Meremang bulu roma tiba-tiba.

"Kau... eee! Kenapa taste kau teruk sangat tahap petala Daddy Pin ni Owen? Tak ada orang lain ke selain Iffat?" Ingin saja Qowiy dihempuk dengan buku di pegangan saat ini.

"Habis tu, kau nak aku skodeng siapa? Takkanlah Badrul kot?"

"Aip! Nama Badrul kau jangan sebut eh. Dia lelaki tulen tau. Tak adanya nak layan perangai bengkang-bengkok kau ni." Bersungguh-sungguh Aisy membantah. Semoga dijauhkan pujaan hatinya daripada benda-benda buruk. Amin!

"Hah? Apa kaitan pula dengan tulen tak tulen ni? Aku tak fahamlah."

Beberapa saat selepas itu, barulah sel-sel otaknya kembali berhubung. Wajah Aisy di depan mata dipandang lemah.

"Alahai, bengapnya kau Aisy. Kau fikir aku gay ke?"

Aisy mengangguk laju.

Serentak itu, kepala Qowiy melorot jatuh ke muka meja. Dia pasrah. Sepasrah-pasrahnya. Dalam hati, Qowiy bersyukur walaupun tak pandai, sekurang-kurangnya dia tak dikurniakan otak bengap seperti Aisy. Alhamdulillah.

Lelaki itu mengangkat kepala buat seketika.

"Aku bukan gay. Aku straight. Ingat sampai mati." Sempat Qowiy menitip pesan.

"Okey...."

"Kenapa dengan Iffat tadi tu?" Pantas Aisy menukar topik perbualan. Fokus terhadap perkara berkisarkan Iffat.

Baru saja ingin membuka mulut, tingkah Qowiy tergantung apabila melihat Pian yang datang mendekat. Kemudian, tanpa segan silu bahu Aisy dicuitnya.

"Kakak cantik, nah. Kita belanja kakak hari ini."

Dek terkejut, lambat-lambat Aisy menyambut. Sebungkus coklat Cadbury bertukar tangan.

"Terima kasih Pian. Nanti akak makan, ya?" balas Aisy, sekadar menjaga hati.

Pian tersenyum kambing seraya tertunduk malu tatkala hulurannya diterima. Gembira pada masa yang sama bahagia. Bukan selalu.

Qowiy yang menyaksikan adegan tersebut mula naik menyampah. Kelibat Pian yang semakin menjauh dihantar dengan jelingan tajam.

"Boleh tak selepas ini jangan bagi Pian cuit-cuit kau? Tak. Bukan dia aje, mana-mana lelaki pun tak boleh. Aku tak sukalah tengok perempuan disentuh sesuka hati macam tak ada harga."

Aisy terkedu lama. Hilang sudah senyum manis di roman muka. Bicara lelaki itu membuatkan perasaannya bercampur-baur saat ini. Persetankan rasa terharu yang mulai hadir. Ada perkara lebih penting yang perlu dijelaskan.

"Badrul Qowiy." Dia mengeluh berat tatkala mengungkap sebaris nama itu.

"Kau lupa agaknya aku ada adik."

Qowiy menjongket kening. Mengharap penjelasan lebih.

"Pian itu mahram aku. Wali aku. Adik aku. Adik kandung. Adik biologi. Adik seibu sebapa. Adik betul-betul," jelas Aisy tanpa berselindung.

"Pffttt... hahahahaha! Kesian Bang Qowiy, kesian...."

Waktu itu jugalah Qowiy dapat melihat Pian seronok tertawa sambil menyusun buku-buku yang berada di kaunter. Paling tak tahan, boleh pula budak itu menjelirkan lidah tanda mengejek. Qowiy menjulingkan mata ke atas. Malas hendak melayan.

"Apa-apa ajelah. Okey, sambung pasal Iffat tadi." Posisi duduknya dibetulkan. Riak wajah juga bertukar serius.

Aisy turut berbuat perkara sama. Bersedia untuk memasang telinga.

"Aku nak tanya. Badan kepimpinan tahu tak sebab Iffat diberhentikan daripada pengawas dulu?" Soalan itu diajukan dengan nada separa berbisik. Cukup mereka berdua saja yang dengar.

Pertanyaan itu membuatkan dahi Aisy berkerut hairan.

"Apa kau cakap? Iffat pernah diberhentikan? Sejak bila? Aku tak tahu pun."

"Alah... sejak...." Bicaranya mati. Baru sedar yang Aisy baru saja berpindah ke sekolah mereka dan dilantik menjadi pengawas tahun ini.

Telapak tangan Qowiy naik meraup muka. Jam di kaunter utama dijeling sekilas. Lima minit lagi sebelum para pelajar 'dihalau' dengan bunyi loceng menandakan tamatnya waktu rehat.

"Iffat pernah dibuang daripada badan pengawas dulu sebelum dia diterima semula tahun ini. Dia dilucutkan jawatan sebab ditangkap merokok dekat kawasan sekolah."

"Huish sumpahlah? Badrul tahu tak pasal benda ini?"

Qowiy mengangguk. "Tahu. Tapi dia langsung tak nak percaya." Itulah masalahnya. Bagi Badrul, Iffat tak pernah salah. Begitu dalamnya kasih sayang seorang abang sehingga menjadikan dia buta menilai kebenaran.

Reaksi daripada lelaki itu membuatkan Aisy tersandar lemah di belakang kerusi.

"Kau dah cuba bagitahu benda sebenar dekat dia?"

"Dah. Bukan sekali, banyak kali. Cuma itulah, kau pun tahu kan? Badrul sayangkan sangat Si Iffat tu. Apa yang keluar daripada mulut aku semua dia tak percaya. Lagi-lagi apabila melibatkan Iffat," luah Qowiy. Air mukanya jelas mempamerkan kekecewaan dengan sikap Badrul.

Pada waktu yang sama, bunyi bingit loceng kedengaran. Sudah tepat pukul 10.30 pagi. Tiba masanya untuk mereka bergerak ke kelas, menyambung sesi pembelajaran pada hari itu.

Pelajar lain berpusu-pusu meninggalkan pusat sumber. Sebelum Qowiy turut serta, Aisy menahan dengan soalan.

"Aku pelik. Tak ada sesiapa pun pernah ungkit pasal benda ini. Macam mana kau boleh tahu?"

"Sebab aku satu-satunya saksi di tempat kejadian."

❥︎❥︎❥︎

Alhamdulillah, done chap 17 🤩🎉

Okey ke? Tak sabar nak tahu apa jadi? 🙈 Stay tune, readers! ♥️

Kalau best, sharelah dekat kawan-kawan korang juga 😊 Semoga bermanfaat! ✨




























Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro