BAD[AR]: 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Wah, nasi ayam la! Sedapnya!"

Pian tak berkelip mata melihat menu istimewa yang disediakan oleh Puan Latifah untuk makan tengah hari mereka. Dia terus melabuhkan duduk di atas kerusi tanpa dipelawa tuan rumah. Badrul dan Qowiy yang baru tiba di dapur turut teruja dengan aroma enak yang menusuk rongga hidung.

"Jemput duduk semua... jom kita makan sama-sama," ajak Puan Latifah, lembut.

Badrul terlebih dahulu mengambil tempat di sebelah Pian. Meninggalkan ruang kosong di sebelah Puan Latifah. Qowiy yang tiada pilihan lain terpaksa melabuhkan duduk di sebelah si ibu.

"Abang Qowiy! Baca doa!" Awal-awal lagi Pian dah mengarah.

Qowiy melemparkan jelingan tajam. Geram betul dia dengan budak pembaris ni. Sekali lagi, dia melakukan sesuatu dengan rasa terpaksa.

"Amin Ya Rabbal Alamin..." Masing-masing meraup tangan ke wajah setelah Qowiy usai membaca doa makan.

Badrul dan Pian mula melayan diri. Qowiy sekadar memerhati. Namun tak lama apabila suara Puan Latifah menarik perhatiannya.

"Qowiy nak ayam bahagian mana? Peha? Dada?"

Qowiy tergamam seketika. Sempat dia bertembung mata dengan Badrul yang duduk berhadapan. Mengerti isyarat Badrul, Qowiy lantas membuka mulut.

"Dada." Sepatah jawapan diberi. Kemudian, anak matanya pantas dilarikan ke tempat lain.

Puan Latifah menarik senyum. Bahagian dada ayam diletakkan di pinggan Qowiy. Teragak-agak Qowiy mencuit isi ayam sebelum menyuap nasi ke dalam mulut. Rasa air tangan si ibu benar-benar mengundang sebak di sudut hati. Sudah lama Qowiy tidak menjamah masakan rumah. Tiba-tiba dia terasa rindu, rindu akan keluarga mereka yang dulu.

"Qowiy? Kau okey?"

Teguran Badrul membuatkan Qowiy tersentak. Kelopak mata yang terasa hangat dikerdipkan beberapa kali. Sejenak dia berdeham.

"Okey je ni," balas Qowiy, kembali menyambung suapan yang tadinya tergendala.

Pian menampal sengih mengusik. "Eleh, Abang Qowiy terharu la tu mak cik buatkan makanan favourite dia! Mentang-mentang birthday boy katakan..."

"Hah? Hari ini birthday kau Qowiy? Bukan kau punya dah lama lepas ke?" Badrul terkejut besar. Mana mungkin dia boleh terlupa.

"Hari ini sepatutnya birthday mak cik kan?" sambung Badrul lagi. Pandangannya memusat pada Puan Latifah.

"Hari ini birthday mak cik... hari ini juga birthday Qowiy." Sebuah senyuman tersungging di bibir wanita itu tatkala memberitahu perkara sebenar. Badrul dan Pian masing-masing teruja. Qowiy pula hanya senyap meneruskan suapan tanpa peduli.

"Wah... sama tarikhlah! Bestnya!"

"Bapak ah, birthday tak bagitahu!"

Kemudian, gamat jadinya keadaan di ruang meja makan itu apabila suara Badrul dan Pian bergabung melagukan nyanyian hari jadi. Kalau merdu tak apa juga. Ini tidak, suara dua-dua macam katak. Buat Qowiy rasa lagi cringe ada la.

Puan Latifah pula seronok melayan kerenah dua remaja itu. Betul-betul menghiburkan jiwanya yang sekian lama sunyi. Jauh di sudut hati, dia bersyukur akan keberadaan mereka pada hari istimewa itu.

"Happy birthday to Qowiy dan mak cik... Happy birthday to you...!" Tepukan gemuruh bergema di udara.

"Lagi sekali, lagi sekali!" ujar Badrul. Entah kenapa tiba-tiba saja Badrul rasa suara dia sedap extra limited hari ini. Rugi pula kalau tidak digunakan secara maksimum.

Qowiy terus tepuk meja. Kuat bunyinya. Pian dan Badrul dipandang silih berganti dengan riak bengang. Tercengang kedua-dua mereka dengan mulut yang separa terbuka akibat terkejut dengan tingkah lelaki itu.

"Korang boleh dah kot berhenti nyanyi. Hilang selera aku nak makan ni."

Suasana sekelip mata bertukar tanpa bunyi. Masing-masing tersenyap. Puan Latifah pun menyuapkan semula makanan ke dalam mulut. Namun tak lama apabila Badrul menghantar isyarat mata kepada Pian di sebelahnya. Serta-merta Pian tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Happy birthday to you! Happy birthday to you!"

Badrul dan Pian tak gentar malah langsung tak mengendahkan kata-kata Qowiy. Kali ini gabungan duet mereka menghasilkan nyanyian yang sengaja dikuatkan untuk menyakitkan hati Qowiy. Akhirnya Qowiy sebal sendiri. Selepas ini jangan haraplah dia akan membiarkan Badrul dan Pian berkumpul dalam satu tempat. Huh!

𖣔𖣔𖣔

Menjelang petang barulah Badrul dan Pian meminta izin mengundur diri. Mereka betul-betul dilayan seperti tetamu kehormat sepanjang hampir seharian di rumah Qowiy. Bukan itu saja, Puan Latifah juga tidak lupa membungkuskan juadah nasi ayam sebagai bekalan untuk dibawa pulang.

"Bang, Abang Qowiy tu memang kasar dari dulu eh?" Pertanyaan Pian memecah sunyi dalam perjalanan mereka berjalan kaki ke rumah.

"Haah. Sejak form 1 aku kenal Qowiy, dia memang macam tu." Tanpa ragu Badrul terus mengiakan kenyataan tersebut. Sambil berjalan, batu-batu kecil disepak dengan hujung selipar.

Pian mengangguk faham. "Samalah macam Kak Aisy."

"Kalau abang nak tahu, dulu perangai kakak pun kasar juga. Penampilan sebiji macam lelaki! Brutal pula tu. Mungkin sebab kawan-kawan Kak Aisy banyak lelaki dan kawan perempuannya pula tak ramai." Ringan saja mulut Pian membuka cerita.

Serta-merta langkah Badrul terhenti. Pandangannya tertumpu pada Pian. "Seriuslah?"

"Iya bang! Kalau abang tengok Kak Aisy yang dulu dengan yang sekarang, memang jauh beza. Bagai langit dengan bumi!" Bersungguh-sungguh Pian meyakinkan Badrul sehingga dia pun sanggup berhenti sekali.

"Macam mana Aisy boleh berubah?" Tiba-tiba perasaan ingin tahu Badrul mencanak naik. Bayangkanlah, daripada perempuan kasar bertukar menjadi perempuan solehah bertudung labuh yang dikenali sekarang.

Pian tersenyum. "Abang tertanya-tanya, kan? Saya pun sama. Tapi tak ada sesiapa pun yang tahu sebab Kak Aisy tiba-tiba buat keputusan drastik itu. Seingat saya, ketika waktu nak pergi ke sekolah Kak Aisy dah bersiap-siap dengan tudung tersarung di kepala."

Badrul termenung lama. Terbit rasa kagum akan tekad Aisy dalam hijrah. Benarlah, hidayah Allah itu boleh datang pada bila-bila masa dan tidak mengenal siapa. Dalam Al-Quran turut menjelaskan perkara tersebut,

فَإِنَّ ٱللَّهَ يُضِلُّ مَن يَشَآءُ وَيَهْدِى مَن يَشَآءُ

Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. [Surah Fatir: Ayat 8]

Mereka berdua meneruskan langkah yang tadinya tergendala. Melihatkan Badrul kembali senyap, Pian lantas mengutarakan pendapatnya.

"Tapi kan... entahlah. Saya dapat rasa hijrah Kak Aisy ada kaitannya dengan Abang Qowiy."

"Kenapa kau rasa macam itu?"

"Dalam banyak-banyak kawan lelaki yang Kak Aisy pernah ada, dia paling rapat dengan Qowiy. Di sekolah rendah dulu, boleh dikatakan dua orang itulah budak paling suka buat masalah. Ada je benda nak rebel."

"Tapi Aisy dan Qowiy tak rapat pula sekarang? Asyik bergaduh je," gumam Badrul.

"Itulah! Saya pun pelik juga selepas nampak Abang Qowiy dengan kakak gaduh depan kaunter library hari itu. Bukan ke dah lama tak jumpa? Sepatutnya greetings la."

Sesekali Badrul menggeliatkan badannya yang terasa lenguh. Bahunya juga ditepuk-tepuk. "Hmm... ada la tu yang membuatkan dia orang bergaduh. Nama pun berkawan, wajarlah ada waktu turun dan naik sepanjang meniti persahabatan."

Pian mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju. Abang Badrul bila dah bercakap, kata-kata yang ringkas pun terasa macam tazkirah.

"Eh tapi kan Pian, betul ke Qowiy dan Aisy tu kawan je sebelum ni? Dia orang... tak pernah bercinta ke?" Soalan ini pernah diajukan juga kepada Qowiy, namun entah kenapa dia tak rasa rakannya jujur.

"Entah, yang itu saya tak pasti. Kalau betul pernah bercinta pun jadi cinta monyet jelah."

Tanpa sedar, sebuah keluhan terlepas dari bibir Badrul. Agak kecewa kerana banyak juga yang dia terlepas tentang Qowiy.

"Kenapa abang tanya? Abang jealous eh?" Sengaja Pian memancing reaksi Badrul di sebelahnya. Di bibirnya turut disertakan senyuman mengusik. Manalah tahu, kot-kot Abang Badrul sukakan Kak Aisy!

"Astaghfirullahalazim... haram la, haram!" Cepat-cepat Badrul membuka mulut membidas. Kepalanya pun laju menggeleng.

Pian tergelak. Senak perut dibuatnya. Over betul Abang Badrul ni!

Tahu-tahu saja mereka berdua selamat sampai di perkarangan rumah Pian. Disebabkan rumah Pian lebih hampir dengan rumah Qowiy, jadinya Badrul mengambil keputusan menemani Pian pulang dahulu.

"Terima kasih bang! Insya-Allah, kita jumpa semula naik sekolah nanti." Dia melambai kepada Badrul sebelum masuk ke dalam rumah.

Badrul mengangguk. "Ya, insya-Allah... kita jumpa nanti."

"Abang ada apa-apa nak pesan tak dekat Kak Aisy? Saya boleh tolong sampaikan." Pian sengih. Semakin giat dia mengusik seniornya.

Badrul terus tutup telinga dan berpaling. Dia membuka langkah besar meninggalkan kawasan perumahan itu. "Bye Pian, bye! Jangan tunjuk muka kau dah tau dekat sekolah nanti!"

Pian tergelak lagi. Kali ini lebih kuat. "Bye bakal abang iparku!"







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro