024

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng



▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Lelaki itu termenung jauh. Dia melihat pergelangan tangannya yang sudah diganti itu. Dia kemudian melemparkan pandangannya ke luar jendela.

Harinya yang cukup membosankan di hopitak itu dipenuhi dengan aktiviti termenungnya. Sudah masuk 3 hari dia melakukan aktiviti yang sama.

"Jungkook." lelaki itu menoleh tanpa sebarang bunyi. Dia menatap sahabat karibnya dengan pandangan kosong.

"Aku bawa kau makanan."

Jimin meletakkan dua bungkus plastik di atas meja. Baru sahaja dia mahu melabuhkan punggungnya, Jungkook mula bersuara.

"Black coffee aku?"

Jimin tergamam seketika sebelum dia menepuk dahinya.

"Aduh. Aku lupa. Kau tunggu kejap. Aku pergi beli black coffee dekat bawah." Tanpa sebarang kata dari Jungkook, lelaki itu mengaturkan langkah keluar dari biliknya.

Jungkook kembali termenung ke luar jendela. Sambil itu, tangannya menyeluk ke dalam poket seluarnya.

Dia mengeluarkan sebuah kalung loket dari poket seluarnya. Dia memerhati loket tersebut dengan lama sebelum loket tersebut dibuka.

Terpancul sebuah gambar dimana dia dan Juliet sedang berpelukan. Gambar yang sama dia berikan kepada Juliet tempoh hari.



"Gambar itu.. aku mahu kau ingat. Walaupun apa terjadi aku akan tetap ada disisi kau. Andai kata aku dan kau sememangnya bukan takdir untuk bersama, aku nak kau ingat bahawa kisah cinta kita berdua pernah wujud dan ia akan menjadi memori paling terindah buat aku dan kau."

Jungkook menutup kembali loket tersebut dan mengenggamnya dengan kuat. Perasaan marah mula menyerang. Dengan tanpa amaran, Jungkook membuka jendela tersebut dan mencampakkan kalung tersebut dengan sekuat hati.

Jungkook kembali menutup jendela tersebut. Dia kemudian memeluk lututnya dan mula menekapkan wajahnya pada kedua-dua lututnya ; menangis.

"Googie sayang.." suara Mamanya mula menyapa telinganya. Jungkook mengabaikannya. Dia masih menghayati perasaan sedihnya.

Siapa sahaja tidak sedih?

Juliet cinta pertamanya.

Juliet kekasih pertamanya.

Juliet wanita pertama yang menyedarkan dia bahawa kehidupan tak semuanya indah.

Juliet jugalah yang mengajarnya untuk kekal setia dan bersabar.

Namun Juliet jugalah wanita pertama yang buatkan dirinya kecewa.

Dia gagal dalam percintaan pertamanya. Dia gagal untuk buatkan Juliet jadi miliknya selamanya.

Jeon Jungkook. Failure.

Jungkook mengangkat wajahnya. Wajahnya jelas kelihatan sembam dan merah.

Jeon Jungkook. Kau kena sedar, kegagalan itu merupakan permulaan untuk kau terus bangkit menjadi seorang yang lebih baik.

Cinta pertama yang gagal tidak menjamin kau akan gagal selamanya.

Jungkook mula tekad. Dia seharusnya bangkit. Dia tidak boleh biarkan dirinya terlihat lemah hanya disebabkan seorang perempuan.

Move on.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

7 tahun kemudian.

"Mama!" Budak berusia 7 tahun itu kelihatan begitu ceria sambil melambai-lambai ke arah aku.

Aku tersenyum senangnya. Senyuman yang terukir indah di wajahnya membuatkan rindu aku pada si dia sedikit sebanyak terubat.

Aku melangkah menghampiri anak kecil yang sedang bermain di buian itu bersama aiskrim ditangan.

"Jeongguk sayang, mama ada belikan ice cream!" Jeongguk berhenti bermain dengan buiannya.

Dia tersenyum lebar ke arah aku dan memeluk aku erat.

"Terima kasih, mama!" Dia mengambil aiskrim tersebut lalu menikmatinya.

Aku mengusap lembut kepalanya dan memerhatinya yang menikmati aiskrim tersebut dengan senang.

Jeongguk tiba-tiba sahaja berhenti menikmati aiskrimnya. Dia memandang aku dengan pandangan cuak.

"Tapi papa kata Gguk tak boleh makan aiskrim tanpa Hyunnie" Suara Jeongguk kedengaran redup.

Aku mengeluh perlahan dan mengusap kepala Jeongguk dengan lembut.

"Tak apa, sayang. Mama izinkan Jeongguk makan. Tapi ini rahsia kita berdua tau."

Aku menghulurnya pinky promise. Jeongguk memandang aku dengan pandangan redupnya.

"Papa tak marah ke nanti?"

"Berani papa nak marah anak mama? Nanti mama marah papa balik!" kataku dengan bersungguh-sungguh menyakinkan Jeongguk.

Tercalit senyuman dibibir anak kecil itu. Jeongguk menyatukan pinky promise kami.

Jeongguk kembali menikmati aiskrimnya. Aku memerhatinya dengan perasaan sayu dan bercampur marah.

Taehyung terlalu mengawal Jeongguk dan itu buatkan aku tidak selesa.

Kenapa Taehyung bertindak sebegitu?

Sebab dia bencikan Jeongguk. Benci disebabkan Jeongguk itu bukan berasal dari darah dagingnya.

Selepas sahaja majlis perkahwinan kami dahulu, aku langsung memberitahu bahawa aku sudah serahkan v card aku kepada lelaki yang berjaya buatkan aku jatuh cinta.

Dan tidak nafikan. Taehyung murka dan mula merosakkan barang yang berada disekeliling kami. Lelaki itu mula mengamuk dan menyuruh aku bersiap sedia untuk gugurkan kandungan jikalau aku mengandung.

Namun aku melawannya kembali. Mengatakan jikalau lelaki itu terus memaksa aku buat sesuatu yang tidak sangka, aku akan membunuh diri sendiri atau menyakiti diri sendiri.

Dan disebabkan itulah, Taehyung tidak berani ugut aku berkenaan gugurkan kandungan itu. Namun, dia tidaklah berdiam diri.

Lahir sahaja Jeongguk di dunia ini, dia terus bertindak dingin dengan Jeongguk.

Sering melarang Jeongguk berbuat sesuatu seperti kanak-kanak normal di luar sana. Dia juga sering meninggikan suara kepada Jeongguk. Dan itu buatkan aku berang.

Aku beberapa kali minta untuk dilepaskan. Namun lelaki itu enggan melakukannya. Dia malah merayu dan berkata akan berubah.

Dia juga mengatakan jikalau aku melahirkan zuriatnya, dia akan menjadi lebih baik dengan Jeongguk.

Aku termakan dengan kata-katanya. Maka terlahirlah Taehyun di dunia ini. Tapi itulah, perangai setan milik Taehyung tetap ada.

Malah lagi teruk.

Jeongguk dibenarkan makan manisan jikalau Hyun ada bersamanya.

Jeongguk tidak dibenarkan bermain permaianan jikalau Hyun tiada bersamanya.

Aku bukan apa, aku sayang kedua-dua anak aku. Namun aku rasa tidak adil buat Jeongguk.

Hanya disebabkan dia anak Jungkook, Taehyung melepaskan dendamnya pada Jeongguk.

It's unfair.

"Juliet!" aku tersedar dari lamunan aku. Aku melihat sekeliling. Aku sudah berada di rumah dan sedang duduk di meja makan. Ditangan aku juga terdapat makanan bayi milik Taehyun.

Taehyun dan Jeongguk, umur mereka berbeza 5 tahun.

Aku menoleh ke arah Taehyung. Wajahnya kelihatan begitu risau.

"You okay tak ni?"

Depan anak-anak kami terpaksa guna I-You. Namun dibelakang anak-anak kami akan menggunakan bahasa biasa iaitu aku-kau.

"O-okay."

"You dengar apa yang I cakapkan tadi?" Soalnya. Aku memandangnya dan menggigit bawah bibir aku. Aku menggeleng perlahan.

Taehyung memejamkan matanya seketika dan mengeluh berat.

"Lain kali fokus. I bincang pasal rancangan kita esok. Since Gguk masih tidak lancar hafal sifir 8, kita batalkan sahaja percutian kita ke disneyland."

Mata aku terbutang luas. Aku menoleh ke arah Jeongguk yang sedang menunduk. Dia kelihatan seperti sedang menahan tangisan dari jatuh.

"You tahukan kita pergi sana disebabkan nak celebrate birthday Jeongguk!"

Taehyung melemparkan pandangan dingin dan kosong.

"Lepas Hyun dah habis makan, tidurkan dia. Gguk, papa nak kau hafal sifir 8 sampai lancar depan papa. Selagi tak lancar kau jangan harap dapat tidur."

"Kim Taehyung!"

Taehyung endahkan aku. Dia mula bangkit dan mencium sekilas pipi tembam milik Hyun sebelum lelaki itu melangkah meninggalkan meja makannya.

"Makan cepat sikit Kim Jeongguk! Papa tunggu kau dalam bilik kerja papa!" laung Taehyung dari jauh.

Apabila Taehyung hilang dari pandangan aku. Jeongguk dengan tiba-tiba sahaja menangis dengan teresak-esak.

"Gguk sayang.." Aku menariknya dalam pelukan aku.

"K-kenapa Papa benci Gguk?" Soal anak kecil itu dalam tangisan.

Hati aku menjadi tidak kuat apabila dia menyoalkan soalan seperti itu.

"Papa bukan tidak sayang. Dia sayang disebabkan itu dia buat begitu. Papa jak gguk jadi pandai."

"T-tapi papa dah janji nak pergi disneyland"

"Nanti mama cuba pujuk papa. Okay?"

"Dah.. Shhh jangan nangis. Habiskan makanan tu."

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, aku terus masuk ke dalam bilik kerja milik Taehyung.

Aku baru sahaja selesai menidurkan Hyun.

Apabila kaki aku melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya, aku terdengar Jeongguk menangis teresak-esak dan Taehyung sedang menengkingnya.

"Soalan mudah pun kau tak mampu nak jawab ke?!"

"M-mian hiks!"

"Kau dengan bapak kau sama je! Bodo-!"

Pap!

Pipi milik Taehyung terteleng ke tepi. Nafas aku naik dan turun menahan amarah. Aku memberi isyarat pada Jeongguk untuk pergi dari sini.

"Kau dah melampau Kim Taehyung!" Taehyung memandang aku dengan tajam.

"Aku dah kata. Jangan pernah cakap macam itu depan anak aku!"

Taehyung ketawa sinis. Dia mula berdiri.

"Wae? Kau sakit hati sebab Jeongguk warisi kebodohan bapak dia?"

Baru sahaja aku ingin menamparnya lagi, Taehyung terlebih dahulu menahan pergelangan tangan aku.

"Aku cuma nak dia sedar yang aku benci dia. Benci melihat muka dia. Benci melihat senyuman dia. Benci semua yang ada pada dia! Sebab setiap kali aku tengok muka dia, aku teringat Jungkook!"

Aku mengetap bibir. Taehyung melepaskan pergelangan tangan aku.

"Aku cuba untuk terima dia. Tapi tak boleh. Setiap kali aku lihat muka dia, benci aku makin hari makin bertambah."

"Kalau aku pun buat benda yang sama dengan Hyun? Kau marah?"

Taehyung mengerutkan dahi dan memandang ke arah aku.

"Apa yang kau cuba cakap ini? Hyun tu anak kau juga!"

Aku tersenyum sinis dan mengangguk perlahan.

"Yup. Disebabkan dia anak akulah, aku tak sanggup untuk buat sama macam mana kau buat dekat anak aku! So please Taehyung. Kalau kau nak lepaskan dendam kau, bukan dekat Jeongguk! Kau boleh lepaskan dendam kau dekat aku! Bukan dekat anak aku!"

Aku tidak dapat menahan tangisan aku hingga air mata mula mengalir deras.

Aku mula melangkah untuk meninggalkan Taehyung namun dengan tiba-tiba sahaja Taehyung menarik aku dan memeluk aku dari belakang.

"Mian. Jeongmal mianhae. Maaf sebab buat kau bersedih." Suara Taehyung yang tadinya kedengaran dingin kini bertukar sayu.

Aku memejamkan mata aku.

"Aku janji, Juliet. Aku janji yang aku tak akan buat lagi macam itu. K-kau jangan nangis, sayang. A-aku tak suka bila tengok air mata kau mengalir."

Aku meleraikan pelukannya.

"Teruskan berjanji Taehyung. Teruskan berjanji dan tidak menuaikannya. Teruskan."

Aku berjalan meninggalkannya.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Pagi itu, aku hanya mendiamkan diri. Aku merapikan pemerah pipi itu disekitar pipi aku. Dari pantulan cermin, aku terlihat Taehyung mula melangkah menghampiri aku.

"Juliet Sayang.." suara lembutnya mula bermain di telinga aku.

Aku diam. Dan mula berdiri. Aku memandangnya sekilas.

"Aku, hyun dan Jeongguk akan tetap pergi bercuti. Kau, kalau tak nak ikut kau duduk jelah rumah." Kata aku dingin.

Aku mencapai beg tangan aku dan juga luggage milik aku. Baru sahaja aku ingin melangkah keluar, Taehyung menahan tangan aku.

"Aku ikut."


▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄


"Nak mamam lagi?" Soal aku pada Hyun. Hyun ketawa kecil dan menggeleng perlahan. Walaupun sudah berusia 2 tahun, tapi Hyun masih tidak bisa bercakap.

Dia hanya bisa berjalan sahaja.

Hyun menghampiri Jeongguk dan bermain bersamanya. Taehyung sedang membelek telefonnya.

"Tae, I buang sampah lepas itu pergi toilet sekejap. You tengokkan Hyun dan Jeongguk tau."

"Hmm"

"Jangan leka!"

Taehyung mengangguk malas. Aku kemudian mencapai beg tangan aku dan mula melangkah ke arah tong sampah untuk membuang sampah dan selepas itu aku terus ke tandas.

Selesai membuang hajat, aku mula melangkah ke balai menunggu. Sampai sahaja, aku hanya terlihat Hyun dan Taehyung sahaja yang ada.

Taehyung masih sama, leka bermain telefonnya. Aku melihat sekeliling, cuba mencari kelibat Jeongguk.

Namun tiada.

"Taehyung! Jeongguk mana?" Soal aku dengan cemas.

Taehyung mengangkat wajahnya, dia memandang aku hairan.

"Dia dengan—" Kata-kata Taehyung terhenti apabila melihat Jeongguk tiada bersama Hyun.

"Shit! Aku dah kata suruh tengokkan anak-anak! Kau dah kenapa?!" Aku mula berang dan mula cemas mencari Jeongguk.

Aku mula berlari meninggalkan Taehyung yang memanggil nama aku.

"Jeongguk ah! Kim Jeongguk!" Aku melaung nama Jeongguk berulang kali. Namun tiada sahutan.

Aku mula mencarinya di semua tempat. Namun tiada.

Aku berhenti berlari dan jatuh terduduk. Aku menekup wajah aku dan mula menangis.

"Jeongguk ah!" Aku rasa seperti nyawa aku sudah hilang separuh. Hati aku begitu pilu apabila tidak dapat menemukan Jeongguk semula.

Pelbagai anggapan negatif mula bermain diminda aku.

"Mama?" Aku mengangkat wajah aku apabila suara kecil yang agak familiar itu bermain ditelinga aku.

Wajah Jeongguk terpampar dihadapan aku. Aku terus menariknya dalam pelukan.

"Sayang pergi mana?! Kenapa pergi jauh dari papa dan hyun?!"

Aku menyoalnya sambil mengusap wajah milik Jeongguk.

"Gguk nak pergi tandas. Gguk ajak papa tapi papa taknak. Dia suruh gguk pergi sendiri. Nasib baik ada auntie cantik dengan uncle handsome yang tolong gguk tadi!"

Aku mengerutkan dahi dan mula menoleh ke arah dua figura yang sedang berdiri dihadapan aku.

Seorang wanita yang tampak muda dari aku itu tersenyum manis ke arah aku. Dan seorang lagi...

Seorang lelaki yang terlalu familiar di mata aku.

Jantung aku secara tiba-tiba berdetak dengan laju. Pandangannya benar-benar menikam tepat ke arah aku.

"Juliet!"

Aku menoleh ke arah Taehyung yang sedang berlari ke arah aku berasa Hyun yang berada di dalam dukungannya.

Larian Taehyung terhenti apabila terlihat figura yang sama. Matanya terbutang luas.

"Jeon— Jungkook?"

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄TBC▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

jdajjs aku type almost 2k sia 😳

heheh maaflah kalau panjang and bosan dkskdksksk 😓

jangan lupa vote and comment tau!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro