028

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Team Jungkook

or

Team Taehyung

_____

Aku masuk ke dalam bilik tidur dengan semangkuk bubur beserta beberapa ubat demam.

Aku menghampiri Taehyung yang masih diulit mimpi. Aku meletakkan bubur beserta ubat tersebut di atas meja lampu bilik.

Aku melihat ke arah Taehyung. Sambil menggelengkan kepala. Tak senonoh betul lah mamat ni tidur.

Aku menekapkan belakang tangan aku pada dahinya. Badannya masih terasa panas namun tidak sepanas semalam.

"Taehyung-aah.." Aku menepuk perlahan tubuhnya untuk menyedarkannya dari tidur.

Taehyung mengeliat kecil. Dia menggosok kedua-dua matanya persis anak kecil yang baru sedar dari tidur.

"Bangun. Makan bubur lepastu makan ubat." Ujar aku sambil mengambil mangkuk bubur tadi.

"Aku tak ada selera nak makan." Ujarnya bersama dengan suaranya yang masih lagi serak akibat baru bangun tidur. Matanya masih lagi dipejamkan.

"Jangan mengada ye, Kim Taehyung. Kau kena makan juga sebab lepas ni kau kena makan ubat. Kalau tak makan bubur macam mana kau nak makan ubat? Macam mana kau nak sihat? Macam mana—" Taehyung menekup mulut aku dan mula bangun.

Dia menjentik dahi aku perlahan.

"Bising."

Aku menolak tangannya dan mengerlingnya tajam.

Aku menghulurkan sesuap sudu bubur kepadanya. Taehyung menganga mulut dan mula menyambut huluran bubur tersebut.

"Argh! Panas lah!" Taehyung mula menolak perlahan sudu tersebut dan mencampai air yang ada di atas meja lampu tersebut. Dia minum dengan lahap untuk menghilangkaj rasa panas dan melecur pada lelangitnya.

Aku ketawa melihat reaksinya.

"Kau nak bunuh aku ke?" Soal Taehyung dengan geram.

"Kalau membunuh tu tak salah di sisi undang-undang, dari dulu lagi aku bunuh kau." Taehyung mencebik. Dia merampas mangkuk bubur tersebut dari aku dan mula meniup perlahan bubur tersebut.

Mungkin dia taknak dah perkara yang sama berulang buat kali kedua.

"Lepas dah habis makan tu, jangan lupa makan ubat." Ujar aku sambil bangun. Aku mula menuju ke arah pintu namun gerakan aku terhenti apabila Taehyung bersuara.

"Kau nak pergi mana?"

Aku menoleh ke arahnya sambil mengerutkan dahi.

"Aku nak pergi bilik Jeongguk dengan Taehyun lah. Nak tengok sama ada dorang dah bangun ke belum."

"Tak payah. Aku tak izinkan. Kau kena teman aku makan sampai habis dulu baru boleh tengok dorang dah bangun ke belum."

Makin bertambah kerutan di dahi aku apabila Taehyung mula menjadi mengada seperti ini.

"Sejak bila pula kau jadi mengada macam ini?"

"Sejak kau kata kau bersetuju untuk mulakan hidup baru dengan aku. Semalam."

Aku mengetap bibir. Tanpa menunggu lama, aku terus melangkah menghampirinya semula dan mula duduk di kerusi yang tersedia di sebelah katil.

Tak dinafikan. Aku sendiri yang bersetuju untuk mulakan hidup baru dengannya. Setelah berjumpa dengan Jungkook kembali.. melihat lelaki itu benar-benar sudah bahagia membuatkan aku tekad untuk melupakannya.

Aku seharusnya sedar. Sejak hari dimana aku meninggalkannya, aku perlu melupakannya. Aku perlu lupakan tentang perasaan aku padanya.

Namun, aku terlalu bodoh kerana masih menunggu dan mengharapkan akan hadirnya keajaiban buat aku. Aku bodoh menunggu sedangkan aku tidak layak mendapatkan cintanya kembali setelah meninggalkannya.

Karma.

Bodohnya aku kerana masih membiarkan perasaan cinta dan harapan agar Jungkook kembali dalam hidup aku selepas sahaja Jeongguk lahir. Sedangkan, selama ini.. Taehyung sentiasa ada di sisi aku.

Dia yang jaga aku ketika aku mengandungkan Jeongguk. Dia tidak pernah tinggalkan aku walaupun aku sentiasa merengek mahukan Jungkook.

Memang Taehyung tidak sukakan Jeongguk, namun tidak pernah sekalipun Taehyung lupa untuk memberi keselesaan pada aku dan Jeongguk.

Sehinggalah Taehyun lahir di dunia ini, lelaki itu tetap berada di samping aku.

Aku sepatutnya move on dari awal lagi. Aku sepatutnya lebih fokus pada masa hadapan bukannya berpaling menunggu masa lampau yang sudah menjadi sejarah.

Jungkook, masa lampau aku.

Aku perlu lupakannya.

Dia sudah bahagia.

Jadi aku juga perlu mendapatkan kebahagian aku bersama keluarga aku ; Taehyung, Jeongguk dan Taehyun.

"My pretty Sooyoung.. termenung apa?" Aku tersedar dari lamunan kecil aku. Aku memandang ke arahnya dengan sedikit terkejut.

"Maaf." Aku mengambil mangkuk bubur yang sudah kosong itu dan mula menghulurkannya ubat deman dan segelas air.

Taehyung mengelengkan kepala perlahan dan mengambil ubat tersebut lalu menelannya.

Usai selesai menelan ubat, Taehyung menghulurkan gelas yang sudah kosong kepada aku.

"Kau mesti tak dengar apa yang aku cakap tadikan?"

Aku menggeleng perlahan.

"Aigoo.." Taehyung menjentik perlahan dahi aku. Dia kemudian menghulurkan telefonnya pada aku.

Aku mengambil telefonnya dan melihat ke atas skrin tersebut.

Jungkook : Boleh aku bawa Jeongguk keluar dengan aku?

Aku kembali memandang ke arah Taehyung.

"Aku akan benarkan kalau kau yang beri keputusan. Sebab Jeongguk anak kau." Ujar Taehyung.

Aku mengetap bibir. Tanpa menunggu lama, aku terus membalas mesej tersebut melalui telefon Taehyung.

Boleh.

Sent.

Aku menghulurkan kembali telefon itu pada Taehyung.

Dia melihat sekilas sebelum mematikan telefonnya.

"Kejap lagi aku kena pergi studio untuk photoshoot. Kau pergilah teman Jeongguk keluar dengan Jungkook."

Mata aku terbutang luas apabila melihat Taehyung mula bangun dari katil.

"Kau gila? Badan kau masih panas tahu tak?" Aku menariknya semula untuk duduk di atas katil.

"Aku okaylah. Kau tak payah risau."

"No! Kau deman. Kau tak sihat so kau kena berehat dekat rumah."

Taehyung menekup pipi aku dan tersenyum lembut. Aku terpukau melihat senyumannya. Ini kali pertama aku melihat senyuman lembut itu terukir di bibirnya.

"Aku okay. Kau pergilah teman Jeongguk. Shoot tu sekejap je. Lepas itu aku datanglah dekat kau dan Jeongguk. Jangan lupa pula share location dekat aku." Kata Taehyung sambil mencuit hidung aku.

Dia mula bangun semula dan menuju ke bilik mandi.

"Degil."

Aku menyelitkan rambut dibelakang telinga aku sambil mengeluh.

Aduh. Macam mana nak move on kalau aku pun terpaksa ikut Jeongguk dan Jungkook keluar?

Ini arahan Taehyung. Kalau aku bangkang, sah-sah dia tak bagi Jeongguk keluar dengan Jungkook.

Pening.

_____

"Kalau rasa tak sedap badan, terus balik rumah. Tak payah nak teruskan photoshoot." bebel aku di dalam kereta.

Taehyung tersenyum sambil menanggalkan seatbelts.

"Kau tak payah risaulah. Jimin ada sekali dekat sini. Dia pun ada photoshoot dengan Jungkook pagi tadi." Ujar Taehyung.

"Jom turun." aku akur dan mula turun bersama Jeongguk dan Taehyun.

Sebaik sahaja turun dari kereta milik Taehyung, kelibat seseorang figura yang amat kami kenali mula menghampiri.

"Abang handsome!" Jeongguk menjerit teruja dan mula berlari mendapatkan Jungkook. Jungkook dan Jeongguk saling berpelukan sebelum Jungkook mendukung Jeongguk.

Taehyung mula memeluk bahu aku sambil tersenyum ke arah Jungkook.

Jungkook memandang ke arah aku sekilas sebelum dia memandang ke arah Taehyung.

"Baru habis photoshoot?" Soal Taehyung.

"Baru je habis tadi. Jimin dekat atas. Tengah tunggu kau." Ujar Jungkook sambil mencubit pipi gebu milik Jeongguk.

"So, sayang. Taehyun ni, biar I je yang jaga dekat sini. You pergilah teman Jeongguk. I habis photoshoot, kita pergi makan sama-sama." Ujar Taehyung. Baru sahaja dia ingin mengambil Taehyun dari dukungan aku, pergerakan terhenti apabila Jungkook bersuara.

"Tak apa, Tae. Biarlah Taehyun ikut kami sekali. Kesian pula dia kalau duduk sini berseorangan. Lagipun, kau mesti sibuk."

Taehyung menoleh ke arah Jungkook.

"Tak apa ke kalau Taehyun ikut? Tak menganggu ke?"

Jungkook tersenyum.

"Buat apa nak rasa terganggu? Taehyun pun anak Juliet jugakan?"

Taehyung mengangguk perlahan.

"Ikut kaulah, Kook." Ujar Taehyung, malas nak berbahas lebih.

Taehyung mencium lembut pipi aku sekilas. "Hati-hati."

______

Aku melihat dari jauh Jungkook yang sedang melayani Jeongguk dan Taehyun. Mereka sedang menunggang carousel 🎠.

Jeongguk, Taehyun dan Jungkoook mula melambai ke arah aku. Aku tersenyum dan kembali melambai ke arah mereka.

Setelah selesai bermain carousel, Jungkook membawa kami bermain permaian menembak belon untuk mendapatkan anak patung.

"Nak bet?" Aku mengerutkan dahi dan memandang ke arahnya.

"Siapa yang dapat pecahkan belon paling banyak, dia menang. Siapa yang kalah kena pakai maskot arnab. Nak?"

Aku memeluk tubuh dan tersenyum berlagak.

"Boleh je. Cuma aku takut kau yang kalah kejap lagi."

"Aik. Ha, gguk rasa sapa menang? Abang handsome ke atau mama yang menang?"

"Mestilah abang handsome! Mama mana pandai menembak."

Mata aku terbutang luas apabila Jeongguk mula exposed aku dihadapan Jungkook.

"Gguk belum pernah tengok mama menembak tau!" Aku cuba menafikan walaupun hakikatnya apa yang dikatakan oleh Jeongguk memang benar.

"Hyun sokong sapa? Mama ke dia?" Soal aku kepada Taehyun yang sedang menikmati Mint choco ice cream.

"Ma..ma!" Hyun yang masih lagi dalam proses belajar bercakap mula mengungkapkan kata mama dengan teruja walaupun gagap ke arah aku.

"Gguk team abang handsome. Hyun team mama." Ujar Jeongguk sambul memeluk kaki milik Jungkook.

"Jangan menangis ye kalau kalah." Jungkook mula menyakat aku sambil tangannya mula membetulkan posisi pistol mainan tersebut ke arah belon.

"Aku takut kau yang akan menangis, Jeon Jungkook."

Aku melaraskan muncung pistol mainan tersebut ke arah belon.

Permainan dimulakan. Suasana disitu dipenuhi dengan gelak tawa dan jeritan gembira dari kami.

Ketika itu, sejujurnya aku rasa terlalu bahagia. Bahagia yang aku sendiri tidak pasti bagaimana aku ingin ungkapkan dengan kata-kata.

_____

Juliet : 10 belon yang pecah
Jungkook : 9 belon yang pecah

Aku tersenyum riak ke arah Jungkook. Jungkook mencebik dan mula meletakkan pistol mainan tersebut di atas kaunter.

"Ala. Aku sengaja bagi peluang untuk kau menang. Akukan seorang yang gentleman."

"Sembang."

Aku menggulingkan biji mata dan menghulurkan pistol mainan tersebut kepada penjaga tempat itu.

"Cik boleh pilih patung apa yang cik nak."

Aku tersenyum lebar dan mula mendukung Taehyun.

"Taehyun nak patung yang mana?"

Tanpa menunggu lama, Taehyun terus menunjuk ke arah patung harimau putih.

Usai menebus hadiah, aku menunggu bersama Jeongguk dan Taehyun di sebuah kerusi ; menunggu kehadiran Jungkook bersama dengan maskot arnab miliknya.

Sedang menunggu, aku melihat sekeliling amusement park. Sedang aku menikmati pemandangan orang yang lalu lalang dihadapan aku, mata aku terfokus ke arah seorang wanita mengandung yang kelihatan begitu familiar di mata aku.

Dia sedang menghampiri ke arah aku.

Melihat wajahnya yang kian menghampiri, baru aku teringat sesuatu.

"oh! Annyeonghaseyo, Kim— I mean, Jeon Soyou imnida!" Wanita itu mula memperkenalkan dirinya. Dia menunduk sedikit tubuhnya. Dia mengukirkan senyuman manis ke arah aku.

"Dia isteri aku. Kami sudah berkahwin selama 2 tahun. So far, kami bahagia. Dan sekarang ini, kami sedang menunggu cahaya mata pertama kami. Mungkin hujung tahun depan dia akan lahir."

Baru aku ingat. Wanita itu.. isteri kepada Jungkook. Soyou.

"Annyeong, Juliet-ssi."

——-

Aku dan Soyou hanya diam, menanti ketibaan Jungkook.

Keadaan begitu kekok. Mungkin sebab aku dan dia baru sahaja berkenalan.

Perbualan ringkas kami sebentar tadi, dapat aku simpulkan bahawa Jungkook yang mengajak isterinya untuk turut serta dengan kami.

Kenapa dia datang lambat, disebabkan Soyou perlu menyiapkan kerja di pejabatnya. Rupanya, gadis itu bekerja sebagai manager di funfair ini.

"TADAAA!"

"ABANG HANDSOME!!"

Aku dan Soyou menoleh ke arah Jungkook.

"Eo? SAYANG!" Jungkook kelihatan teruja apabila melihat isterinya berada di samping aku.

Dia berlari anak menghampiri isterinya. Ketika dia melepasi aku, aku dapat rasakan aura yang berbeza.

Dari sisi, dapat aku lihat kemesraan Jungkook menyambut isterinya.

Ah, Juliet.

Ini bermakna, kau seharusnya melupakan tentang dia dan mulakan hidup baru.

Dia sudah bahagia.

Kau hanya masa silamnya.

Kau seharusnya terima dan mulakan hidup baru dengan Taehyung.

Past is past.

Semuanya harus dilupakan dan memulakan hidup baru.

___TBC____

MAAF KALAU HAMBAR DKSKDKSKDKSKCKSKCKSKCKDKKC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro