13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SUDAH hampir seminggu, Daniel dan Medina tiada perang dingin. Senyap di antara mereka.

Kelas 5 Diamond berasa aneh dengan Daniel dan Medina. Sudah berbaik ke? Tapi tidak nampak mesra.

Ahli Alpha dan kawan-kawan Medina yang lain perasan akan kesunyian itu. Rasa macam tak percaya tiada perang mulut, mata dan lain-lain lagi. Guru-guru yang mengajar kelas 5 Diamond pun pelik tapi mereka bersyukur kalau tidak perit nak hentikan peperangan mereka berdua.

Medina hanya senyap. Entah kenapa, dia berasa hairan dengan Daniel yang tidak menegurnya atau lebih tepat tidak mencari pasal dengannya. Kenapa?

Tapi bukan ke itu perkara bagus kerana ini apa yang Medina mahu. Tiada perang kerana dia letih. Medina memandang Daniel yang lena tidur beralaskan lengan di atas meja itu. Kenapa dia tampak dingin?

Kejap, bukan ke dia selalu dingin? Tapi masa Medina berada di bilik Alpha Band, satu habuk pun mereka berdua tidak berbual. Pelik.

'Ke dia ada plan nak kenakan aku balik ni? Mana tahu dia sengaja tak cari gaduh, last-last nanti kenakan aku kawkaw. Mana boleh percaya sangat Daniel ni. Yalah, sejak aku mandikan dia tepung haritu, tak ada pula dia balas apa-apa. Kena lebih hati-hati lepas ni. Bahaya!' getus hati Medina.

"BAHHH!!!" sergah Tasha.

"Oi tepung bahaya! Eh kau!" latah Medina diundang tawa Tasha.

"Hish kau ni!" Medina menampar lengan Tasha.

"Aduhh sakitlah, Dee!" omel Tasha.

"Padan muka!"

"Apasal kau tenung jer si Daniel tu? Bahaya tahu tak?" ujar Tasha.

"Bahaya? Apa yang bahaya?" soal Medina pelik.

"Bahayalah. Nanti elok-elok kau renung dia pastu jatuh hati. Hah macam mana? Mahu angau kau hari-hari!" seloroh Tasha lalu ketawa berdekah-dekah.

"Aku suka dia? Sampai kiamat pun tak akan! Tak ada masa eh aku nak suka dia!" balas Medina.

"Yalah Dee yalah. Cakap dengan kau mesti kau nak menang. Tapi Dee, kadang mulut aku ni masinlah juga, kalaulah kau tiba-tiba kahwin dengan dia. Fuh! Termakbul kata-kata aku!" ujar Tasha.

Medina menjeling Tasha tajam.

"Chill la Dee! Kalau kau kahwin dengan si Daniel ni pun okey apa? Sepadanlah kau dengan dia," kata Tasha.

"Gila kau?!"

"Aku tak gila weh. Kau yang gilakan dia nanti. Jangan benci sangat, lama-lama auchhh jatuh sayang," ujar Tasha lalu berlalu pergi.

Medina terkedu.

Aduhh!

Medina bangun lalu pergi ke tandas.

Daniel yang memejam mata itu menyorok mukanya yang merah. Dia juga terasa apabila Tasha mengusik Medina. Medina suka aku? Macam dia cakap sampai kiamat pun tak! Baguslah, tak adalah aku nak taruh perasaan ke apa. Malas nak layan.

Daniel memikirkan sesuatu. Dia mahu balas balik perbuatan Medina. Ingat dia lupa ke peristiwa dia mandi tepung hari itu?

Memalukan!

Tersebar gambar dia di instagram. Jatuh maruah depan peminat. Jangan main dengan api, Tengku Medina Iris.

Bad boy is back!! Yuhuuu~










***


HARI ini, Raydan menghantar Medina ke sekolahnya. Kereta Jaguar F-Type berwarna silver memarkir di tempat letak kereta.

"Why Abang Aydan park here? Nanti orang tahulah yang Dee..."

"What? Biarlah abang park kat sini. Dah turun masuk sekolah," ujar Raydan. Dia sengaja parkir keretanya di dalam sekolah supaya memastikan keselamatan adiknya itu. Terlebih protective pula kan?

Raydan sedar akan ramai orang melihat keretanya tetapi Raydan malas mahu layan.

Raydan turut keluar dari kereta.

"Dee!" panggil Raydan

"Apa?"

"Nah duit belanja!" hulur Raydan dua keping not RM50.

"Thank you! Muah!" Medina beri flying kiss. Orang ramai memandang dirinya sambil berbisik-bisik. Aduhh, paparazzi everywhere!

"Welcome. Dah masuk kelas sana. Nanti balik, tunggu dekat bus stop tau?"

"Okay! Bye!" Medina melambaikan tangannya lalu menghantar pemergian Raydan dengan lirikan mata.

"Gedik!" omel Raydan disambut gelak tawa adiknya Medina.

Setelah kelibat Medina tiada, Raydan terus membawa keretanya keluar dari perkarangan sekolah.

"Kau nampak tak apa yang aku nampak?" soal Irene kepada Azrina.

"Nampak. Tak buta pun. Asal? Kau minat abang dia?" soal Azrina sinis.

"Tak adalah. Abang dia pun quite handsome but i love Raihan more, tutur Irene.

Mereka bertiga pergi ke tapak perhimpunan.



***



DANIEL bersandar di pintu hadapan kelas bersama ahli Alpha yang lain. Kelas agak huru hara tapi masih terkawal. Puan Syahirah masuk ke kelas lambat sikit kerana ada urusan bersama pengetua.

Medina berjalan lenggang kangkung bersama Tasha menuju ke kelasnya.

"Hey Medina!" sapa Daniel ceria.

Dahi Medina berkerut. Apahal mamat ni ceria semacam? Seriau aku tengok!

"Err... hai," balas Medina lalu masuk ke kelas tetapi dihalang oleh Daniel.

"Tepi sikit!" kata Tasha.

"Tasha sini kejap," Arah Raihan lalu menarik lengan Tasha.

"Ada apa, Han?" soal Tasha bingung melihat Raihan menariknya jauh dari Medina.

"Nak apa ni Daniel?" soal Medina lembut. Dia malas nak bertekak kerana stres disebabkan pernikahannya yang akan berlangsung minggu hadapan.

"Aku... aku nak minta maaf apa yang pernah aku buat kat kau sebelum ni," ucap Daniel perlahan. Medina merenung mata Daniel.

"Okey," balas Medina lalu sambun mengorak langkah.

"Kejap Dee!"

"Apa lagi?" tanya Medina malas. Malas mahu layan Daniel. Lantak dia lah nak minta maaf ke apa, sekarang fikirannya semakin kusut.

"Aku nak bagi ni," ujar Daniel lalu memberi sebuah kotak segi empat sama besar sederhana berwarna biru.

"Apa ni?"

"Hadiah untuk kau sebagai tanda minta maaf," kata Daniel dengan satu senyuman yang sukar untuk Medina tafsirkan. Ikhlas ke dia?

"Tak apalah. Aku tak nak."

"Dee, please, take it! Kalau kau tak ambil aku rasa bersalah gila," ucap Daniel dengan muka kecewa.

Medina senyum manis lalu mengambil huluran Daniel.

"Thanks!"

"Welcome," balas Daniel dengan sengihan. So weird?

"Apa tu Dee?" tanya Tasha yang baru habis berbual dengan Raihan.

"Daniel bagi."

"Woahhh!!! Bukalah... nak tengok apa dia bagi!" Tasha teruja.

Medina tersenyum nipis lalu membuka kotak tersebut dan....

"MOMMY!!! DADDY!!!" jerit Medina.

"ARGHHHHHHHH!!!" jerit Tasha pula.

Alpha ketawa terbahak-bahak. Manakala, pelajar perempuan kelas 5 Diamond pula menjerit ketakutan sampai ada yang duduk atas meja.

Medina sudah berdiri atas meja. Tasha berlari ke belakang jelas.

Kotak itu mengandungi lima ekor katak.

"Abang Ayyan! Abang Aydan!" rengek Medina sehingga menangis. Trauma dengan benda hijau yang berlendir tu. Ew!

Kelas 5 Diamond riuh dengan binatang itu. Pelajar lelaki juga ada yang geli dan ada yang ketawa melihat gelagat pelajar perempuan.

"Ya Allah! Apa dah jadi ni?! 5 Diamond!" lantang suara Puan Syahirah. Terkejut dia melihat kelas 5 Diamond yang luar kawalan.

"Kenapa ni?!" soal Puan Syahirah apabila kelas 5 Diamond kembali sunyi.

"Medina? Kenapa berdiri atas meja?"

"Cikguuuu! Ada katak! Cikgu call bomba ke apa! Cepat cikgu!" kata Medina diselangi tangisan. Brothers i need you!

"Katak?" Puan Syahirah terus memandang lantai kelas 5 Diamond. Ada satu kotak seperti hadiah dan lima ekor katak bertempiaran. Puan Syahirah melihat Alpha yang menahan tawa. Pelik.

"Siapa punya kerja ni?" soal Puan Syahirah, dia tak takut cuma geli sedikit.

Medina tersentak lalu memandang Alpha yang seronok ketawa tetapi renungannya terhala satu figura. Daniel.

"Alpha!" jawab Tasha yang sudah mencangkung atas kerusi.

Alpha terdiam. Puan Syahirah merenung tajam ke arah Alpha.

"Alpha! Kutip!" Dengan satu arahan, Alpha kelam kabut mengutip katak tersebut. Medina yang berdiri di atas meja entah siapa sebab terkejut sangat kegelian. Meja yang Medina berdiri berada di hadapan sekali.

Daniel senyum sinis lalu mengacah memberi katak kepada Medina.

"DANIEL! JANGANLAHH! HUWAAAA MOMMY!" jerit Medina.

"Tengku Izz Daniel!" laung Puan Syahirah dengan gelengan kepala. Daniel tersengih lalu menyimpan katak tersebut di dalam kotak.

"Medina, turun." Lembut suara Puan Syahirah, kasihan tengok Medina yang berada dalam ketakutan.

Medina menggeleng.

"Tak nak. Tak nak turun. Selagi bi... natang tu ada dalam kelas ni, Dee tak nak turun!" ujar Medina tekad.

"Daniel, buang katak tu." Arah Puan Syahirah lalu Daniel membuang katak tersebut di taman sekolah.

Medina terus turun.

Selamat.

"Errr... sorry John sebab panjat meja you and sorry i terpijak buku you!" ucap Medina dengan rasa bersalah.

"Its okay. I faham you takut," balas John.

Daniel sudah kembali ke kelas 5 Diamond. Semua orang sudah duduk di tempat masing-masing.

"Alpha, kamu jangan duduk. Berdiri di hadapan kelas ni. Di sebelah saya!" ujar Puan Syahirah tegas.

Alpha berdiri di hadapan kelas.

"Apa kamu cuba buat ni?"

"Saya cuma bagi Medina hadiah jer cikgu," jawab Daniel selamba. Puan Syahirah menggeleng kepala perlahan apabila mendengar jawapan Daniel.

"Hadiah nenek kaulah! Sekali aku teranjang kau, mati kau kat sini!",marah Medina.

"Medina," tegur Puan Syahirah. Medina merenung tajam ke arah Daniel.

"Cikgu nak Medina beri denda kepada Alpha." Arah Puan Syahirah. Medina tersenyum sinis. Puas hati aku!

"Apa ni cikgu?" rungut Khairul. Dia tahu Medina akan beri denda kawkaw.

"Medina cepat beri denda."

"Tekan tubi 50 kali sambil tu aku akan letak beg sekolah atas kau orang. Tapi Daniel tekan tubi 100 kali," ujar Medina dengan senyuman. Ambil kau!

Daniel keluh.

"Kenapa aku banyak?"

"Suka hati akulah."

Daniel merengus. Gilalah!

Alpha mula tekan tubi. Medina mengambil beberapa beg kawan-kawannya yang berat dan letak atas Alpha. Rasakan!

"Aduhh berat siot! Ni beg ke batu?" rungut Raihan.

Alpha yang lain sudah siap manakala Daniel masih melakukan tekan tubi. Medina sengaja tambah beban atas Daniel.

"Se... ra... tus!" jerit Daniel lalu baring atas lantai. Penat. Rasa skru tangan longgar gila.

"Hah penat!" keluh Daniel.

"Dah cikgu," kata Medina lalu duduk di tempatnya semula. Daniel terus mengambil tempatnya di sebelah Medina.

"Best?" tanya Medina.

"Diam ar." Daniel menekup wajahnya ke meja.

"Alpha, ambil ini sebagai pengajaran. Hmm baiklah kelas kita teruskan subtopik kita pada hari ini," ucap Puan Syahirah.

Raihan meneguk air entah ke berapa kali di sebelah Tasha. Tasha hanya menjeling.

"Kau kenapa jeling aku?"

"Suka hati akulah. Kau boleh tak jauh sikit? Busuklah bau peluh kau!" Pedas jawapan Tasha. Raihan mendengus lalu sengaja merapatkan dirinya dengan Tasha.

"Better kau jauh sebelum aku tendang kau!" Tasha memberi amaran.

Raihan cepat-cepat menjauhkan dirinya.












To be continued..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro