19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MEE goreng basah sudah siap dihidang atas meja makan. Medina mengacau air teh di dalam jag.

"Need help?" soal Daniel ketika masuk ruang dapur kering.

"Kau tolong susun pinggan atas meja. Ambil enam pinggan," ujar Medina.

"Okey," balas Daniel lalu mengambil enam pinggan dan garpu bersertakan cawan lalu kakinya melangkah ke ruang makan.

Medina pula meletakkan jag air di atas meja kemudian kembali ke dapur.

Medina cuba mengambil bekas serbuk milo yang terletak di kabinet atas sekali.

'Siapalah yang bijak sangat letak atas sekali ni? Ni mesti kerja Daniel...' bisik hati Medina.

Medina menjengketkan kakinya sedikit untuk mencapai bekas milo tersebut. Haih.

Tiba-tiba ada tangan yang sudi menolongnya ambil bekas milo itu.

"Lain kali panggil aku kalau tak sampai ke apa. Ni terjengket-jengket." Daniel berkata selamba.

Medina berpusing menghadap Daniel yang begitu rapat dengan dirinya.

"I don't need your help. Aku boleh ambil sendiri, tapi kau yang baik sangat nak tolong aku," balas Medina.

"Ohh boleh ambil sendiri? Kalau macam tu aku letak balik." Usai berkata Daniel meletakkan kembali bekas milo di rak kabinet atas sekali.

"Daniel!"

"What?"

Daniel sudah melangkah keluar dari ruanh dapur kering.

"Daniel!" Panggil Medina sekali lagi. Medina merengus geram, Daniel sudah keluar dari dapur mungkin naik ke bilik.

"Tak guna betul!" gumam Medina seorang diri lalu menarik kerusi yang terdapat disitu dan memanjat.

"Hoho dapat pun!" ujar Medina riang lalu saat dirinya mahu turun.

"Medina!" sergah seseorang.

"Oh mommyyy!!!" jerit Medina akibat terkejut lalu kakinya tidak stabil dan...

Medina sudah memejamkan matanya erat. Tapi entah kenapa dirinya terasa diawangan.

"Ya Allah, Dee!"

Medina membuka matanya perlahan-lahan. Terlihat dirinya sudah didukung oleh suaminya sendiri. Medina peluk bekas milo menggunakan sebelah tangannya manakala sebelah lagi sudah memeluk batang leher Daniel.

"Okey tak?" tanya Daniel.

"Aku terkejut," kata Medina lalu meletakkan bekas milo di atas kaunter dan terus memeluk leher Daniel.

"Dah tak ada apalah. Kau pun hati-hatilah lain kali," ujar Daniel lalu meletakkan Medina di atas kaunter.

"Hmm kau pun kenapa tiba-tiba jerit nama aku tadi?" soal Medina tak puas hati.

"Err... tak ada apalah. Kau nak buat apa dengan milo ni?"

"Nak buat milo panas. Aku mana minum air teh untuk breakfast," jawab Medina.

"Ohh tak apalah, biar aku buatkan. Kau panggil family kau turun makan," kata Daniel lalu mengambil bekas milo di atas kaunter.

"Okey." Medina menuruni dari kaunter tapi entah bagaimana dia hampir nak terjatuh.

"Ish kau ni! Hati-hatilah," omel Daniel sambil memaut pinggang ramping Medina.

"Hehehe mana aku tahu."

Daniel merenung sepasang mata biru milik Medina. Macam manalah tak terpukau?

Medina sudah rasa kekok lagi-lagi melihat renungan hazel Daniel yang tajam itu.

"Errr... bila kau nak lepaskan aku ni?" soal Medina.

"Ohh sorry. Pergilah." Daniel melepaskan Medina lalu sambung membancuh milo panas manakala Medina membuka langkah memanggil keluarganya untuk sarapan pagi.

Usai membancuh milo khas untuk isteri kesayangan, Daniel meletakkan gelas tersebut di atas meja makan.

"Niel..."

Daniel terasa aneh. Niel? Siapa tu? Daniel menoleh ke belakang. Raydan.

"Oh abang Aydan. Panggil Daniel ke?" soal Daniel.

"Haa haah. Hehe sorrylah panggil Niel. Ringkas dan senang je."

"Oh tak apa."

Kemudian, Rayyan, Mommy dan Daddy Medina sudah tiba di ruang makan.

"Jemputlah makan Mommy, Daddy and brothers," ujar Daniel mendatar.

"Mana Dee?" soal Mommy.

"Entah. Kejap cari dia kat bilik."

"Okey."

* * *

DANIEL memulas tombol pintu bilik Medina. Kosong.

"Mana pula dia pergi ni?" gumam Daniel.

Baru saja Daniel ingin melangkah pergi, bunyi pintu tandas kedengaran. Daniel terhenti lalu menoleh.

Erk...

"Arghh!" jerit Medina.

"Oi! Diam!" Daniel menekup mulut Medina.

"Ermphhhh..."

Daniel melepaskan tangannya.

"Kau ni apahal jerit? Terkejut aku!"

"Kau fikir kau saja terkejut? Aku lagi terkejut tahu tak? Nasib baik aku tak mati tadi. Lemah jantung aku. Kau ni apahal kat sini? Hah?!" omel Medina.

"Aku cari kaulah nak breakfast. Semua dah tunggu kau kat bawah," kata Daniel.

"Ohhh okey."

"Tunggu apa lagi? Jomlah!" ujar Daniel lalu menarik tangan Medina.

Medina hanya ikut sahaja langkah suaminya. Belakang tubuh Daniel dipandang.

'Kenapa kau layan aku baik?' soal hati Medina.

"Hah sampai dah pun. Lama betul Aydan tunggu Dee," kata Raydan.

"Lahhh, kenapa tak makan lagi?" tanya Medina lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Rayyan manakala Daniel melabuhkan punggungnya di sebelah Medina.

"Daddy suruh tunggu Dee dengan Daniel dulu," balas Raydan lalu mula membaca doa makan.

Mereka sekeluarga mula menjamah.

"Oh sekarang anak Mommy dah pandai masak mee goreng basah ya," puji Mommy.

"Kan Mommy! Untunglah Daniel dapat rasa masakan baby," sampuk Rayyan pula.

"Eh apa Mommy dengan Abang Ayyan ni? Biasa jelah," kata Medina.

"Elehhh cakap jelah Dee dah kembang. Tunggu nak meletup je tu," ujar Raydan selamba lalu mengundang tawa semua orang disitu.

"Abang Aydan ni kan, dah lama tak gaduh kan?" gumam Medina.

"Haah dah lama tak 'bermanja' dengan adik kesayangan Aydan ni!" omel Raydan sambil menjulingkan matanya ke atas.

"Ohh bermanja? Okey, nanti kita 'bermanjaaaaa' ya..."

Raydan tersengih. Masak aku masak!

"Dah dah, makan mee tu," ujar Mommy.

Seusai makan, Medina mencuci pinggan di dapur.

"Meh sini aku tolong," kata seseorang memeranjatkan Medina.

"Daniel! Ish terkejut!"

"Kau dah kenapa asyik terkejut je hari ni?" soal Daniel sambil berkerut muka.

"Ish! Kau nak apa?"

"Nak kau..." kata Daniel perlahan.

"Hah?!"

"Aku nak tolong kau."

"Ohh cakaplah kuat sikit lain kali."

"Kau lap pinggan yang baru basuh." sambung Medina.

Daniel mula mengelap pinggan mangkuk yang baru sahaja dicuci oleh Medina.

"Dee."

"Apa?"

"Kau rasa kenapa family kau datang sini?" soal Daniel tiba-tiba.

"Mana aku tahu. Kenapa? Kau tahu apa-apa ke?"

"Tak. Aku cuma rasa pelik tau. Aku rasa macam ada something..." ujar Daniel.

"Eh kau ni! Tak ada apalah tu. Perasaan kau saja kut..."

"Maybe."

Medina menutup pili air lalu mengelap tangannya di kain.

Langkahnya diaturkan ke ruang tamu. Satu keluarganya sedang bersantai disitu sambil menonton televisyen.

"Hah Dee! Meh sini duduk!" pamit Daddy.

Medina hanya menuruti sahaja lalu melabuhkan pungggungnya di sofa berangkai dua lalu Daniel pula duduk disisinya.

"Ada apa, Daddy?"

"Daddy dengan mommy and your twin brothers ada hadiah spesial untuk kamu berdua."

"Hadiah spesial?" tanya Medina semula dengan jantung berdegup laju. Rasa seram sejuk pula.

"Yes. Here..." Daddy meletakkan satu sampul surat putih di atas meja kopi.

Dengan pantas Medina mengambil lalu membuka sampul itu perlahan-lahan.

Daniel tenang menunggu isi sampul tersebut.

Dua tiket ke Melbourne dan VIP kelas.

"Are you serious, Daddy?!" jerit Medina dengan riak terkejut.

Daniel yang rasa aneh terus mengambil tiket tersebut dari tangan isterinya. Matanya terbeliak besar.

Oh this is very very very shock!

"I'm serious, baby," balas Daddy dengan senyuman manis.

"Oh yeah! Dapat holiday!!!" jerit Medina riang.

"Wait... siapa kata ni holiday?" soal Rayyan.

Senyuman Medina perlahan-lahan pudar, air liur kesat ditelan.

"Habis tu apa?" soal Daniel sambil menarik tangan Medina untuk duduk kembali.

"This is your honeymoon," ujar Mommy.

"Uhukkk!!!" terbatuk Medina.

"What?!" jerit Medina sekuat mungkin.

Daniel sudah rasa mahu pengsan. Honeymoon apa pula ni weh?

'Aku budak SPM, tak nak honeymoon!' kata hati Daniel.

"Apa ni? Mommy? Daddy? Brothers?!"

Terus gelak tawa keluarga Medina bergema di segenap ruang tamu banglo itu.

"Hahahahahaahahah."

"Mommy gurau jelah. Ni kamu pergilah holiday dengan Daniel sebelum stres SPM," ujar Mommy setelah penat ketawa.

"Ish! Mommy ni kan! Sengaja buat orang sakit jantung!" omel Medina.

"Alololo... kalau nak honeymoon pun apa salahnya? Kan Ayyan?" kata Raydan.

"Haah! Apa salahnya kan, Daddy?"

"Yeah. Why not?"

"Mommy suka!" sokong Mommy.

"Hey! Jangan macam-macam eh!" marah Medina.

Daniel hanya diam. Nak biru dah muka bila dengar honeymoon tadi. Gila!

* * *


KERETA milik keluarga Medina sudah berderum laju keluar dari perkarangan kawasan perumahan Medina.

Medina duduk di atas sofa. Dua tiket penerbangan atas meja kopi dipandang. Satu keluhan dilepaskan.

Daniel menghenyakkan punggungnya di sebelah isterinya sambil memegang gelas jus mangga.

"Kau kenapa?" tanya Daniel.

"Tak ada apalahhh."

"Uish! Relaxlah! Aku sepak kang!"

Medina menjulingkan matanya ke atas. Ergh!

Medina mengambil tiket pemerbangan itu lalu melihat tarikh penerbangan. Sabtu ini maksudnya bermula musim cuti.

"Kau okey ke nak pergi ni?" soal Medina tanpa memandang wajah Daniel.

"Okey saja."

"Hmmmm..."

"Kau tak okey ke?"

"Aku okey dan aku suka."

"Then kenapa muram?"

"Sebab kau ada," kata Medina lalu sengih menampakkan barisan giginya yang tersusun indah.

"Kisah apa aku?"

"Ergh!"

"By the way, Abang Ayyan kata holiday ni macam honeymoon kan?" soal Daniel dengan senyuman penuh curiga.

"Errr..." Medina berdiri seakan mahu melarikan dirinya.

"Eh nak pergi mana? Duduklah cik adik manis..." Daniel memegang pergelangan Medina lalu menarik dan Medina terduduk di atas riba Daniel.

Sunyi seketika. Panggil gagak kejap.

Medina kaku di atas riba Daniel. Oh my god!

"So, kau nak anggap ni vacation ke honeymoon kita?" soal Daniel dengan senyuman yang amat mengerikan.

"Aaaaaapa maksud kau?" gagap Medina soal.

"Aaaaaa... gagap pula kau ni. Kita honeymoon jelah eh?"

"Ewww! Kau gila?!" Medina terus berdiri lalu menjeling suaminya tajam.

"Apa kau cakap?"

"Kau gila! Gila! Apa benda honeymoon ni? Honeystar adalah kat dapur tu. Kau nak ke?"

Medina terus melarikan diri ke tingkat atas dengan pipi yang merah. Daniel tersenyum melihat Medina terkedek-kedek berlari ke tingkat atas.

'Budak ni makin hari makin nakal!' bisik hati Daniel.
































To be continued...



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro