25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DATING apa kalau setakat pergi mall dan buat window shopping? Medina menjilat aiskrim konnya yang semakin cair. Tangan kirinya digenggam erat oleh Daniel. Fikir manis ke? Eh? Sweet ke?

"Kau nak beli apa?" tanya Medina.

"Tak jual la kat sini." Tercengang Medina. Seriuslah?

"Nak beli apa sebenarnya ni?"

Daniel menghentikan langkah diikuti oleh Medina. Daniel berdiri menghadap Medina.

"Beli hati kau." Satu sengihan lebar tersungging di bibir Daniel.

"Bongok! Lawak ke?" Medina menyembunyikan pipinya yang mula merona merah.

"Tak cakap lawak tapi... sweet?"

"Gila!"

Daniel tersenyum. Haih... entah kenapa tiba-tiba saja dia mahu ajak Medina pergi dating. Seriuslah bad boy ni?

"Nak makan apa?" soal Daniel.

"Nak makan hati."

"Aikk? Kenapa ni?" tanya Daniel lembut. Medina sudah memuncungkan mulutnya.

"Aku nak beli novel inggeris tadi kau tak bagi. So, aku nak makan hati dengan kau. Huh!"

Daniel sudah tersenyum. Kenapa comel sangat ni, Medina?!

"Ya, nanti kita beli. Kau nak makan apa sekarang ni?"

"Anything?"

"Yes, anything."

"Hmm apa-apa jelah asalkan kau bayar," kata Medina.

"Makan KFC jelah."

"Tak nak KFC," pintas Medina.

"Pizza Hut?"

"Better Dominos." Medina berkata.

"Okey, then Dominos." Daniel memutuskan tempat makan.

"Bosanlah piza je." Medina merungut sambil gigit kon aiskrim yang rangup itu.

"Oh my god! Seriously, Medina?!" Daniel sudah tidak tahan. Memang semua perempuan macam ni ke? Bila tanya makan kat mana tak tahu tapi tak setuju dengan pilihan yang dibuat! Argh!

"Then, nak makan kat mana?"

"Kat mulutlah. Apa ke bodoh sangat soalan tu?" jawab Medina. Daniel audah meraup wajahnya.

"Betul-betul la, Dee."

"Tak kisah. Makan je apa-apa," kata Medina.

"Sabarlah diri," bisik Daniel kepada dirinya sendiri.

"Then makan Kenny Rogers. No bantahan! Full stop! Jom!" Daniel menarik tangan Medina untuk teruskan melangkah dan cari restoran Kenny Rogers. Medina sudah tersenyum puas dapat kenakan Daniel.

"Sabar juga eh Daniel dengan karenah aku," gumam Medina perlahan lalu berjalan seiring bersama Daniel sambil memeluk lengan Daniel. Daniel terkejut tetapi dia biarkan sahaja. Kata dating.




***




"HAHAHA kau kena! Yes!"

Alisya sudah menarik nafas lalu hembus.

"Kenapa aku perlu main game ni?! Erghh!"

"Alaaa buat jelah, Isya." Tasha sudah tersengih-sengih.

"Kau diam, Tasha! Eeee!"

"Okey, pilih gulungan kertas dalam bekas ni. Pilih-pilih." Medina menghulurkan sebuah bekas kepada Alisya.

Alisya memilih satu gulungan kertas kecil dan membukanya.

Cakap "saya sayang awak ketat-ketat" kat Harriz!

"Ewww tak naklah aku!"

"Apa kau dapat?" Tasha merampas kertas itu lalu ketawa berdekah.

"Siapa tulis ni?" soal Alisya geram.

"Nak tak nak kena buat juga. Hahahahaha!" Mia turut ketawa bersama Tasha.

"Pergi buat!"

Alisya menghentak kakinya dan berjalan ke arah Harriz yang sedang berbual dengan ahli Alpha.

"Harriz!"

"Allah! Terkejut aku!" Raihan mengurut dadanya perlahan.

Harriz hanya memandang Alisya dengan menjungkitkan kening kanannya.

"Ehem ehem! Erm... saya sayang awak ketat-ketat!" Terus Alisya berlalu pergi setelah berkata seperti itu.

Harriz terkelu. Medina, Mia dan Tasha sudah ketawa tidak henti. Ahli Alpha yang lain sudah mula membahan Harriz. Erk?

"Just dare!" jerit Alisya tanpa memandang Harriz.

"Aduh aku sakit perut ketawa. Kejap! Hahahahahahaha." Medina memegang perutnya. Air mata sudah mengalir akibat ketawa terlalu banyak.

"Pecah perut weh!" Tasha pula menyampuk.

"Alisya yang garang, tegas bagi ayat gula kat bad boy! Hahahahahah."

"Dahlah! Aku hempuk kau orang pakai kerusi baru tahu!"

"Okey turn siapa pula lepas ni?" soal Medina.

Semua memandang Mia yang sudah cuak. Aduh!

"Alaaa kau orang!"

"Aku harap kau dapat lagi teruk dari aku!" Alisya melepaskan geramnya.

"Pilih lekaih!" Mia mengambil gulungan kertas kecil. Jantungnya berdegup kencang.

"Buka!" arah Tasha tidak sabar.

Peluk Khairul and cakap "banyak-banyak patung beruang, awaklah beruang kesayangan saya!"

"Ohhh yang ni tak boleh! SIAPA TULIS BENDA NI HAH?!" Mia sudah berdiri merenung kawan-kawannya. Tasha sudah bantai gelak.

"Tashaaaaaaa!"

"Good luck!"

"Padan muka! Kau beruntung kau dapat dare ni, kalau aku yang dapat tadi? Meraung tak ke sudah kau jawabnya," ujar Alisya dalam tawa.

Mia menarik nafas lalu hembus. Tarik hembus. Walaupun Khairul kekasih hatinya, dia masih malu!

"Go Mia! Go Mia! Go go go!"

Mia melangkah ke arah Khairul dan duduk di atas kerusi bersebelahan Khairul. Semua ahli Alpha pelik melihat Mia.

"Kenapa, bae?" soal Khairul perlahan.

"Erm... boleh tak kau orang pandang tempat lain or pejam mata?" pinta Mia.

Ahli Alpha lain sudah dapat agak apa yang Mia buat. Dare! Tetapi mereka sengih jahat.

"Pandang jelah tempat lain. Bae aku nak sweet dengan aku ni," kata Khairul.

"Yalahhhhh!" Raihan menutup mata dengan kedua-dua tangannya.

Terus Mia memeluk batang tubuh Khairul. Khairul tergamam.

"Banyak-banyak patung beruang, awaklah beruang kesayangan saya!" bisik Mia.

Khairul tersengih. Teruk punya dare tapi hahahaha kenapa semut berkerumun ni?

"Awak pun beruang kesayangan saya," balas Khairul.

"Ehem! Sudahlah tu! Sakit mata, deh!" Raihan tersenyum-senyum memandang Khairul dan Mia.

Mia terus berlari ke arah kawannya. Haish! Malunya! Wajahnya ditekup ke meja.

"Wuuu! Mia!"

"Awaklah beruang kesayangan saya," ejek Tasha.

"Diam!"

"Awak pun beruang kesayangan saya," ejek Alisya pula. Hahahaha.

"Next!" jerit Mia.

Zzzap! Tasha sudah hilang dari tempat duduknya.

"Engku Natasha Ilyas!" Semua mengejar Tasha yang sudah lari keliling kelas. Oh lupa nak beritahu, kelas hari ini agak lenggang kerana ada yang menyertai kempen dan beberapa aktiviti luar dan pelajar lain sudah merayau ke kelas lain jadi tinggal mereka sahaja bersama Alpha.

"Tasha!!!"

Alpha sudah pelik melihat semua gadis mereka mengejar Tasha.

"Aku tak nak! Aku tak nak!"

"Kau belum pilih dah kata tak nak! Tak boleh!" Mia baling buku notanya ke arah Tasha. Wah! Senang betul dia lari.

"Wooo wooo girls! Chill! Kenapa ni?" Raihan menyoal. Tasha terus meluru ke arah Raihan.

"Weh Raihan! Kau baik kan? Tolong aku!"

"Aku jahat. Aku nakal. Tolong apa?" Eh jawapan dia ni. Hahahaha.

"Tak payah, Raihan. Kau tolong dia, aku cincang kau hidup-hidup!" ugut Alisya.

Raihan ketawa.

"Sorry, Tasha. Aku tak nak mati awal." Terus Raihan menolak Tasha ke arah Alisya dan Mia. Medina sudah penat ketawa sampai jatuh terduduk.

"Dee..."

"Hmm?" Medina mengangkat kepalanya memandang Daniel.

"Bangun." Medina bangun.

"Seronok ketawa sampai jatuh."

"Hahahahah, mestilah! Kelakar kut!"

Daniel menarik tubuh Medina masuk ke dalam dakapannya. Aww! Pinggang Medina dipeluk erat.

"Lima minit, Daniel!" ujar Khairul dengan sengihan. Semua terdiam melihat Daniel dan Medina.

"Dare ke, Daniel?" soal Mia. Tasha perlahan-lahan menyorok bawah meja guru.

Daniel hanya menggangguk kepalanya perlahan. Medina yang faham hanya biarkan sahaja.

"Okay, times up! Nak terus berpeluk pun boleh!"

Daniel melepaskan Medina lalu Medina melangkah pergi ke arah kawan-kawannya.

"Meh teruskan. Mana Tasha?" soal Medina.

"Eh tadi dia..."

"Tasha!" Alisya menjerit. Terkejut Harriz.

Semua mencari figura Tasha yang sudah hilang dari radar.

"Tasha aku jumpa kau, memang mati aku kerjakan. Dua dare menanti kau!" Alisya mengugut.

Mia memerhati segenap kelas begitu juga Medina. Kemudian, terlihat meja guru agak bergoyang sedikit. Medina tersenyum sinis.

"Kau orang," panggil Medina dengan nada berbisik.

"Apa?"

"Tu... tu... Shhhh!" Medina merapati meja guru dan...

"BAHHHH!"

"Oi mak kau aku suka Rai...!"

"Hahahahaahahahahahhaa."

"Suka siapa, Tasha?" soal Medina.

"Apa kau? Aku suka siapa?" bohong Tasha.

"Whatever. Dah dua dare kau kena."

"Yalah. Aku redha."

Mereka berempat duduk berkumpulan sekali lagi. Kali ini Tasha dapat denda jadi cabaran yang dia kena buat adalah dua.

"Pilih!"

Dua gulungan kertas Tasha ambil dengan hati-hati. Takut.

- Bagitahu crush kau yang kau suka dia.

- "Without you, i'm nothing, darling." Cakap kat sesiapa yang kau nak!

Tasha menghela nafas. Kalau dia cabaran pertama kena confess. Nanti mereka tahu crush Tasha?

"Its okay, Tasha. You can do it!" Tasha memotivasikan dirinya.

"Go Tasha!"

Tasha mendekati Alpha. Semua sudah terkejut.

"Crush Tasha ada dalam kalangan Alpha?" tanya Alisya terkejut.

"Harriz..."

Mia menekup mulutnya. Harriz crush Tasha?! Mia memandang Alisya.

"Kau dah kenapa pandang aku?"

"Boyfriend kau tu..."

Pak!

"Kepala hangguk kau la!" Alisya menyepak kaki Mia. Mia tersengih tanda minta maaf.

Harriz memandang Tasha.

"Apa?"

"Tepi sikit. Aku nak cakap dengan Raihan."

Ceh!

"Raihan..."

"Apa?"

"I love you till the moon and back. And without you i'm nothing, darling!" ucap Tasha lembut dan perlahan. Raihan tergamam. Apakah?

Medina tersenyum nipis. Mia dah bantai gelak. Alisya pula terkejut lalu tersenyum manis. Aww, sweet!

Tasha kembali ke tempatnya dengan muka merah seperti tomato yang ranum.

"Okey, orang yang terakhir. Medina..."

Medina mengambil satu gulungan kertas kecil. Mukanya tiada riak.

Kiss dahi Daniel! Muah!

Medina mengeluh. Dia boleh tahu siapa yang tulis cabaran kali ini. Mia.

"Aku bunuh kau, Mia." Mia sudah bantai gelak. Tasha tersengih-sengih.

"Alaa, why not? Kau dengan dia suami isteri kan?" Alisya berkata lalu ketawa.

Medina tarik nafas lalu hembus dan berjalan perlahan ke arah Daniel. Daniel yang perasan menoleh ke arah Medina. Medina memanggil Daniel agar berdiri merapati dirinya.

"Kenapa?" tanya Daniel setelah berdiri di hadapan Medina.

Medina tidak menjawab malah menjengketkan kalinya sedikit dan mencium dahi Daniel. Lama.

Semua tergamam.

"Kanak-kanak ribena tak boleh tengok!" jerit Khairul. Semua ketawa dan buat-buat tidak melihat adegan romantis tadi.

Lalu, Daniel mengucup dahi Medina pula. Medina terkejut.

"Thanks," ucap Daniel perlahan.

"Weh! Call ambulance! Lori gula terbalik dah ni!" jerit Raihan.

"Kepala kau! Bombalah bomba!" Harriz ketawa.

"Ninoninoninonino." Khairul turut menganjing.

Medina terus duduk di tempatnya. Darahnya serbu ke atas. Wah! Panasnya pipi!






To unlock next chapter, i need :-

50 comments
120 votes
Read Hannah Nadhirah

A/N :

-Author ada tubuhkan groupchat di Whatsapp iaitu theNA Kingdom. Group lama dibubarkan. Nama group masih sama dan ada ubah sedikit tentang group tu.

-Kalau berminat nak join, boleh dm author bagi nama dan umur. Yea, umur yang tertentu sahaja boleh masuk. Just dm me!

-Tempat terhad. Siapa cepat, dia dapat masuk. Rules yang selebihnya boleh baca di Message Board di acc Wattpad author _Aisywa.

Thank you!






To be continued...









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro