38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MALAM terakhir di Learning Academy, mereka mengadakan barbeku. Semua pelajar berasa gembira dan tidak sabar menikmati suasana itu bersama-sama.

Sekumpulan pelajar lelaki dan guru lelaki bertugas untuk membakar ayam, daging, udang dan sotong. Manakala, sekumpulan pelajar perempuan dan guru wanita bertugas untuk memasak makanan sampingan seperti menggoreng nuget, kentang, sosej dan lain-lain. Beberapa kumpulan yang lain bertugas untuk menyediakan unggun api dan pinggan serta barang untuk menikmati barbeku.

Pelajar yang lain juga sedang bersuka ria bermain bola tampar untuk melepaskan tekanan dari belajar. Usai membantu pelajar perempuan menyediakan makanan, Medina pergi ke tepi sungai untuk merendam kakinya sendirian. Awalnya ingin mengajak rakan-rakannya yang lain namun ketiga-tiga rakannya sibuk menggoreng dan mengemas.

Arus sungai yang tidak deras dan tenang amat menenangkan di telinga Medina. Dengan butiran bintang bergelimpangan di dada langit membuatkan suasana malam begitu indah. Bunyi bising dari tapak kem itu langsung tidak menganggu kerana ia agak jauh sedikit dari sungai.

Medina termenung jauh ke arah langit yang bersinar bersama kerlipan bintang dan bulan. Berharap cintanya dengan Daniel akan tetap bersinar walau pelbagai ujian yang menanti mereka. Kadangkala, risau bertandang di hati apabila terfikir perkahwinan yang sungguh awal pada usia mereka namun itu ialah takdir yang telah ditetapkan untuk dirinya dan Daniel. Dia turut mendoa agar cinta yang mereka semaikan ini akan membesar dengan baik.

Terlalu leka dengan khayalan...

Bushhh!

"Arghhhhhhhh!"

Hanya dengan sekelip mata, Medina sudah berada di dalam sungai. Habis basah lencun pakaiannya kerana jatuh terlentang. Nasibnya sungguh baik apabila kepalanya tidak terhantuk pada batu yang begitu besar di sebelahnya. Ilaian tawa membuatkan Medina mendongak mencari empunya ketawa itu. Diva!

"Kau apahal?!" jerkah Medina. Mukanya diraup sekali lagi kerana basah. Dia sedar jeritannya itu cukup menarik perhatian semua orang di tapak kem kerana ia agak bergema sedikit. Azrina, Khayrene dan Puteri resah apabila terdengar beberapa suara yang semakin hampir. Kelam kabut mereka melarikan diri dari sebelum apa-apa yang berlaku.

"Oi! Nak lari mana?" Medina cuba berdiri dari terus terduduk dalam sungai yang begitu sejuk dengan suasana malam yang dingin itu namun dia terjatuh semula. Kakinya terhempap batu sungai menyebabkan terseliuh dan sakit tak terhingga. Medina mendesis kesakitan.

"Medina? Kenapa ni?" soal seseorang membuatkan Medina mengangkat kepalanya. Firman.

Dengan segera Firman terjun sungai membantu Medina yang masih terduduk dalam sungai yang sejuk itu. Tangannya menghulur bantuan kepada Medina supaya bangun. Namun, Medina hanya pandang tangan Firman dengan sepi. Dia langsung tak perlukan bantuan lelaki itu. Medina cuba bangkit sendiri namun dia terjatuh semula.

"Cuba jangan sombong sangat bila saya nak tolong. Macam mana awak boleh jatuh ni?"

Medina menjeling Firman sekilas lalu. Tidak sempat Medina membalas kata-kata Firman, satu suara menyampuk.

"Dee? Firman?" Raihan memandang mereka berdua dengan pandangan pelik. Medina mencari figura Daniel. Daniel hanya sepi di sebelah Raihan. Ahh, pasti jejaka itu salah faham dengan keadaan dia bersama Firman.

Namun apa yang dia sangkakan itu meleset sama sekali! Tanpa diduga Daniel terjun sungai mendukung Medina di hadapan semua orang yang baru tiba di pinggir sungai.

"Dah hilang akal ke sampai nak mandi sungai malam-malam macam ni? Kalau apa-apa jadi, siapa nak tanggung? Bebal. Dengan lelaki bukan muhrim pula tu. Baju pula nipis." Dingin sekali suara Daniel di corong telinga Medina. Pedas ya amat. Hati Medina tersentap teruk. Kena marah, siapa tak sentap? Medina tenung bajunya, memanglah warna gelap namun nampak lekuk badan sebab kena air.

"D..."

Daniel hanya senyap. Selepas hantar Medina kepada rakan-rakan Medina, terus Daniel pergi tanpa berkata apa-apa.

***

TUALA dicampakkan ke atas katil. Alisya mendekati Medina yang sedang terduduk atas katil.

"Kau okey? Kenapa kau mandi sungai malam-malam ni seorang diri? Bahaya tau, Dee. Semua risaukan kau tadi."

"Ha'ah Dee. Betul ke kau dengan Firman mandi bersama? Aku tak nak percaya tapi itu apa yang budak-budak kita cakap bila diorang sampai sana. Ada kau dan Firman dalam sungai tu. Takkan Dee? Tu salah faham aje kan?" Tasha pula menyelit.

"Jomlah pergi makan malam. Aku tak ada mood nak cerita. And, kalau nampak aku kejap lagi nak mengamuk, jangan halang aku." Tegas Medina berkata.

"Pernah ke kitaorang halang kau jadi godzilla selama ni?" Mia bergurau untuk hilangkan rasa tidak enak sekarang ini. Entah apa yang berlaku, mereka bertiga langsung tidak tahu yang pasti ada sesuatu buruk telah terjadi. Kalau tidak, mengapa Medina memberi amaran sebegitu rupa? Seram~

Mereka berempat mula kembali ke tapak perkhemahan. Semua makanan sudah terhidang dan semua pelajar dan guru sudah berkumpul. Kelihatan mereka berbual dan bergurau senda terlebih dahulu sebelum menjamah makanan.

"Medina."

Puan Syahirah mendekati pelajarnya dengan wajah bimbang. Risau apabila terdengar berita Medina mandi sungai tadi dan kaki terseliuh.

"Kamu okey? Ada cedera ke? Kenapa kamu mandi sungai seorang diri pada waktu malam? Kamu tahu kan, itu sangat bahaya lagi-lagi kamu itu perempuan." Puan Syahirah membelek tubuh Medina yang kaku berdiri di hadapannya.

Medina rasa darahnya cukup mendidih. Kenapa semua orang tuduh dia mandi? Kenapa semua salah faham dengan kejadian tadi? Kenapa dia dikaitkan dengan Firman yang cuba bantu dia tadi? Ya Allah, sumpah perkara pertama yang dia mahu lakukan sekarang ini ialah tumbuk wajah Azrina. Biar pecah muka dia. Puas hatinya.

"Kenapa semua orang cakap macam tu?" soal Medina dengan nada mendatar. Semua yang dengar soalan Medina berasa hairan dan terdiam.

"Kenapa semua orang rasa saya mandi sungai tadi?" Semua masih diam.

Medina berpusing menghadap semua orang yang sedang memandangnya. Tapak perkhemahan sudah sunyi apabila Medina membuka suara.

"Apa tujuan korang datang sungai tadi? Dengar aku menjerit? Apa yang aku jerit? Siapa boleh jawab?"

"Medina, kenapa kamu cakap macam tu?" Puan Syahirah lembut bertanya.

"Tak ada apa. Saya tak nak ganggu suasana makan malam ni jadi sila sambung. Saya minta diri dulu." Medina melangkah pergi ke arah kawasan membakar. Puan Syahirah dan beberapa orang guru yang lain hanya meneruskan sesi barbeque mereka seperti biasa.

"Dee, cuba kau cakap dengan kitaorang... apa sebenarnya dah jadi? Aku pening Dee. Explain lah. Kalau kau tak mandi, habistu apa?"

"Entah kau ni. Ceritalah Dee. Ke ada orang tolak kau macam dalam drama?" Tasha gurau.

"Betul lah tu."

Gulp!

"Maksud kau? Kau jatuh dalam sungai sebab ada orang tolak kau? Ya ke, Dee?"

"Siapa? Biawak mana tolak kau?" Alisya menggepal penumbuknya.

"Kau rasa?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Weh seriuslah? Tiga ekor biawak tu ke? Oh my god!" Mia menekup mulutnya.

"Diorang dah melampau. Kurang ajar. Nasib kepala kau ni tak luka. Eh, panas ah hati aku ni. Rasa menggelegak je. Ahh, aku tak kira... aku nak tumbuk muka biawak hidup tu sekarang juga!" Alisya sudah berlalu pergi dengan perasaan marah mencari tiga ekor biawak.

"Isya! Oi, tunggu lah!"

***

"AZRINA!"

Azrina, Puteri dan Khayrene yang sedang menikmati makanan mereka terus berpaling. Kelihatan Alisya menghampiri mereka dengan wajah seperti mahu menelan mereka.

"What? Any problem?" tanya Azrina berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Any problem? Yes, i have something to deal with you."

"What? Lepas aku makanlah. Tak selera nanti aku nak makan lepas tengok muka sampah kau ni." Azrina menjeling Alisya dan yang lain.

Baru sahaja Alisya ingin menampar Azrina namun ada tangan sudah merampas pinggan Azrina dan segala isi makanan dalam pinggan itu dicampak ke arah muka Azrina.

"Puas hati aku." Medina tersenyum senget.

"Oh my god! Mommyyyy! Arghhhh! Ewww, so disgusting! Eww! Help meee!" Azrina menjerit kegelian. Air mata palsunya sudah mula berair.

"Fake." Komen Alisya selamba. Lantak lah.

"Ikutkan hati aku yang panas ni, aku nak sangat tumbuk muka kau tu. Tapi aku ni tak kejam lagi nak hancurkan muka kau tu. Cantik, tapi bodoh!" Selepas sahaja Medina menghamburkan kata-kata itu terus kakinya ingin membuka langkah.

"Apa ni? Azrina? Medina?" Sekali lagi Puan Syahirah datang di antara mereka.

"Cikgu..."

"Ya Allah. Apa awak dah buat ni, Medina?" Puan Syahirah mula mencekak pinggang melihat keadaan Azrina yang sungguh jijik. Oh my god! Semua mata tertumpu ke arah Medina sebagai pesalah dan ada segelintir pelajar merakam gambar Azrina itu.

"I did what should i do."






Hello! Rindu kita tak?
So mari kita DABOOM! cerita ni dengan gaduh-gaduh. Agak² apa jadi dengan relay diorang? Daniel marah sangat tuuuu

(っ˘̩╭╮˘̩)っ

So, nantikan episode seterusnya!
Yang rindu je spam love and comments!


100 votes | 50 comments



To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro