40

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DANIEL tidak boleh fokus belajar apabila melihat Medina yang senyap tekun membaca buku rujukan sambil menulis nota kecil. Balik sahaja dari kem, mereka tidur sekejap nak rehat dan lepas isyak terus belajar di ruang tamu. Medina tidak banyak bercakap tetapi...

"D, makan."

"D, solat."

"D, belajar."

Jujur, itu sahaja yang keluar dari bibir mungil Medina. Nampak sangatlah Medina tu merajuk atau ajak perang dingin? Kalau perang dingin tu seram. Tapi, kalau merajuk tu... alalala comelnya isteri aku ni.

Tiba-tiba lamunan Daniel hilang apabila Medina mula berdiri. Medina terus mula melangkah pergi ke arah dapur.

"Sayang nak pergi mana?"

"Nak ambil air." Medina dingin.

"Nak juga."

"Nak air apa?" Nada malas Medina lontarkan. Huh.

"Air (i) love you." Daniel tersengih. Kacak! Medina menjungkitkan keningnya. Seriously?

"Sorry, air (i) nak tampar you je ada." Terus Medina menghilangkan diri ke dapur kering.

Daniel terkelu lidah. Erk? Nak usik Medina namun perasaannya pula terusik. Aduh! Medina benar-benar dingin ni. Gawat! Daniel menyembamkan wajahnya ke atas buku Biology sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ada kutu ke sampai garu kepala macam tu?" tegur Medina sambil meletakkan dua gelas air oren.

Daniel terkejut lalu mengangkat kepalanya dengan sengihan. Medina langsung tidak pandang ataupun balas senyuman Daniel. Medina hanya mengemas bukunya lalu dibawa naik ke bilik belajar dan simpan. Daniel mengekori isterinya sambil membawa buku-buku belajar dan alat tulis. Jujur, dia langsung tak belajar hari ini. Semuanya sebab fikirannya memikirkan tentang isterinya yang comel ini. Haih...

Menjadi kebiasaan Medina berehat di ruang tamu sebelum masuk tidur sambil minum air atau kudapan malam. Daniel pula dari tadi memerhati isterinya dalam diam. Haih, bila Medina nak buka kisah semalam ni? Kalau dia buka, mahu kena pelangkung. Bosanlah tak dengar suara isterinya yang tercinta ni.

Zzzz! Zzzz!

Daniel membuka aplikasi Whatsapp. Tertera groupchat Alpha sedang galak mesej dalam group. Tiba-tiba namanya diseru oleh ahli Alpha yang lain.

Alpha Kacaks

Raihan
Sayangku Danieeeeel!
Dimanakah adindaku yang terchenta?

Harriz
Niel, mana kau? Rai rindu gila vavi kat kau.

Khairul
Kampret lo semua. Rindu tahi anjeng.
Niel, diorang tu menggedik je lebih. Nak korek rahsia kau tu.

Raihan
Kambeng duduk diam² dalam kandang tu. Nanti kekasih kambeng cari. Mmbekkk mmbekkk

Harriz
Hahahhaahhahahahahahaaaa

Me
Nak apa gila? Semak ah bising.

Raihan
Alelelelele gaduh lagi lettew dengan Dee. Boooooooooooooo!

Me
Aku tumbuk kau kang Rai.

Harriz
Auch, Rai kau takut tak? Aku tak takut ni. Acaneee?

Raihan
Beby Rai takowt shangat. Nak peyukk!

Khairul
Bodoh. Aku geli. Dah ah senyap.

Niel, dah okay ke belum dengan Dee?

Me
Belum. Dia tak cakap dgn aku lagi.

Raihan
Kau ni lembab ah. Trylah ambil attention dia. Nanti okaylah tu. Harap je dah kahwin, tapi zero.

Khairul
Aku sokong kau, Rai.
Try pujuk dia or buat apa-apa yang boleh dia layan kau balik. Jangan lembab sangat boleh tak? Kampret.

Me
😑
Cakap senang lah. Tengok ah acane nanti. Bye. Jangan spam. Aku pijak sorang-sorang nanti 😤

Terus Daniel letak telefonnya di tepi. Malas mahu layan perangai gila rakan-rakannya. Ambil perhatian Medina? How? Hampir sepuluh minit Daniel berfikir cara nak tarik perhatian isterinya itu. Ting! Mahu atau tidak, Daniel terpaksa rendahkan egonya.

Daniel merapati Medina dengan perlahan. Medina di sebelah kanannya langsung tidak perasan. Dengan itu, Daniel mengambil kesempatan memegang tangan kiri Medina lalu genggam dengan erat. Medina tersentak.

"Sayang." Argh! Suara husky Daniel mula kembali.

Daniel meletakkan kepalanya atas bahu kiri Medina lalu memelyk pinggang isterinya erat. Medina cemas. Berpeluh teruk.

"I'm sorry. D tahu D salah sebab tak siasat dulu and cakap sayang ni bebal. I'm so sorry. Pleaseee forgive me, sayang," bisik Daniel di telinga Medina.

Meremang bulu roma Medina dengar bisikan suaminya itu. Aduh, cepat cairlah macam ni.

"I miss you, sayang. Please say something." Daniel bertindak dengan mencium bahu isterinya yang terdedah itu sebab pakai singlet sahaja.

Medina kekal senyap. Tak tahu nak balas atau beri reaksi apa sebab jantungnya benar-benar mengepam darah dengan kelajuan yang sangat tinggi.

"Sayang, your heart beating so fast. I can hear it." Daniel tersenyum lalu helaian rambut Medina ditarik ke belakang. Leher Medina dicium perlahan dari tepi. Medina gusar. Nervous.

"Ich liebe dich, sayang." Kali ini Daniel mengucup tangan kiri Medina yang berada dalam genggamannya. Lama. Muka Medina tak perlu cakap, dah merah sangat dari tadi.

Medina toleh ke arah Daniel namun pada ketika itu Daniel baru sahaja mahu menghadiahkan ciuman di pipi gebu isterinya itu. Dan...

Chup!

Mereka berdua tersentak. Bibir mereka bertemu satu sama lain. Erk? Daniel senyum dan biarkan tetapi Medina hanya kaku tak beriak. Kaku. Kelu.

Daniel suka renung mata isterinya bewarna biru itu. Cantik. Lagi cantik bila tengok dengan keadaan macam ni. Dekat sangat.

"I'm sorry, okay?" Ucap Daniel lagi apabila meleraikan ciuman bibir mereka.

"Hmmmm." Itu sahaja respons Medina.

"Apa yang hmmm? Ke sayang nak D kiss lagi? So tasty, you know."

"Jangan mengada la." Medina tayang muka cemberut namun blushing. Daniel sengih.

"Do you forgive me, sayang?" Daniel masih menyoal sambil menghidu bau rambut Medina yang sungguh wangi. Medina terasa tumpuannya pada drama korea di kaca televisyen mula hilang sepenuhnya. Ish, sumpah dia menyesal pura-pura sentap dengan Daniel kali ni. Daniel lain macam bila pujuk. Ya Allah!

"Yeah." Sepatah sahaja Medina mampu ungkapkan. Risau jantung melompat keluar.

Daniel tersenyum girang lalu memeluk tubuh isterinya dengan lebih erat dan mengucup ubun-ubun isterinya dengan penuh mesra.

"Saranghae, Medina."

Medina senyum gedik. Shhhh!






***






RAYYAN dan Raydan bermandi peluh kerana main bola keranjang. Lompat ke sana ke sini menangkap dan mengejar bola bersama. Akhirnya, setelah Rayyan menjaringkan gol dan menang... mereka berdua terduduk.

Dua botol mineral diteguk rakus oleh kembar kacak itu. Memang tempat main bola keranjang ni ada di laman belakang Villa keluarganya.

"Kalau ada Dee ni, confirm best main sama-sama," luah Raydan. Rindu jugalah terhadap adik bongsunya walaupun kadangkala menyakitkan hati dan suka bergaduh.

"Dah turunkan ego? Tahu pun rindu kat baby aku tu." Rayyan tersenyum manis. Ah, baby kesayangan dia yang selalu manja. Abang Ayyan rindu ni.

Raydan menjeling abang kembarnya lalu memeluk bola keranjang rapat ke tubuhnya. Keluhan dilepaskan. Sudah lama Medina tidak pulang ke Villa ini. Tak rindu keluarga ke?

"Tak payah fikirlah. Aku rasa Dee tu tengah busy study. Kau lupa ke dia ada exam tak lama lagi? Lepas dia habis exam, kita bawalah dia pergi ho-ho-holidayyyyy!" Muka ceria Rayyan membuatkan Raydan tersenyum. Benar juga, lebih baik buat masa ini dia tidak ganggu adiknya itu yang sibuk belajar untuk peperiksaan akhir.

Realiti : Medina sibuk bercintan cintun dengan Daniel. (jokes)

"Ayyan! Aydan! Nak mati hangus ke? Masuk Villa cepat! Tak reti-reti nak mandi ke? Lunch dah siap ni! Tak dengar azan panggil suruh solat? Nak tunggu sangkakala bertiup ke baru nak solat? Masuk!" Ibu singa sudah mengaum di gelangsar Villa sambil mencekak pinggang.

Kembar saling berpandangan satu sama lain. Lain macam Tengku Mariana kali ini! Kejung badan.

"Mommy okey ke tu? Siap sebut sangkakala bagai. Meremang aku." Raydan buat aksi geli meremang.

"Dah, jom masuk. Sebelum dia bagi ayat lebih pedas, baik kita masuk sekarang." Rayyan berdiri lalu berlari masuk ke dalam Villa.

Tengku Mariana memandang dua anak kembar lelakinya bersilih ganti. Haih, entah ikut perangai siapa main bola keranjang dari pagi sampa tengah hari. Anak siapa? Anak bapaknya lah si Tengku Rasydan!

"Hehehe sorry, mommy." Rayyan memohon maaf bersama sengihan lalu cuba memeluk tubuh Tengku Mariana.

"Oh my god! Don't you ever hug me with ewwwww your sweaty body! Yucks!" Tengku Mariana menjauhi Rayyan. Raydan dah senyum nakal. Auch kacak!

"Tiba-tiba Aydan rasa nak manja dengan mommy lah. Nak peluk sayang mommy. I want hug youuuuu!" Raydan berlari mendapatkan Tengku Mariana namun Tengku Mariana lebih pantas melarikan diri. Geli kau!

"Don't Aydan! Nanti jadi anak derhaka tau!" Terdengar jeritan Tengku Mariana. Rayyan tergelak.

Riuh rendah Villa itu dengan gelagat anak beranak lagi-lagi kenakalan Raydan.

Tengku Rasydan yang baru keluar dari bilik membaca berkerut melihat keadaan Villanya. Dah kenapa isterinya mengamuk sakan dan Raydan pula beraksi nakal nak peluk Tengku Mariana?

"Tengku Rasydan! Apa you ajar kat anak you ni sampai oh my goddddd! Dia nak peluk dengan badan berpeluh tu? Disgusting!" Tengku Mariana menjerit. Tengku Rasydan terkelu. Tiba-tiba namanya dibangkit pula?

"Aydan, peluk mommy tu." Arah Tengku Rasydan dan senyum jahat.

"Tengku Rasydannnnn!"

Akhirnya, Raydan dapat memeluk tubuh Tengku Mariana dengan badannya yang berpeluh. Tetapi yang bersorak kemenangan ialah Tengku Rasydan! Matilah kau Tengku Rasydan lepas ni!









I know, i know... cringe dengan sweet couple tu kan? Jealous cakap jelah. Nanti i jual cowok kacaks untuk uols.

Yang rasa-rasa cringe tahap apa dan rasa segala serangga penuh kat skrin je spam comments and your feelings 💕❤️❤️!

To unlock next chapter ;
120 votes | 50 comments





To be continued...








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro