48

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jeju Island, South Korea.

Setelah hampir tujuh jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Jeju akhirnya mereka telah tiba di Jeju International Airport. Rayyan dan Raydan membelek telefon mereka manakala yang lain berkumpul di suatu sudut.

"Weh aku tak sangka aku dah sampai Jeju! Ommo ommo!"

Alisya jeling, "Kau ni macam tak pernah pergi holiday pula." Tasha memuncungkan bibirnya dua inci.

Mia ketawa besar, "Isya kau ni macam tak kenal je si Tasha. Jeju kan satu-satunya tempat yang dia nak pergi selama ni."

Khairul, Harriz dan Raihan menarik Daniel jauh dari empat perempuan kesayangan mereka. Rayyan dan Raydan menghampiri Medina yang berdiri seorang diri tanpa berbual dengan rakan-rakannya yang lain.

"Dee, jom. Panggil kawan-kawan tu sekali. Our tour guide has arrived," ujar Raydan.

Medina angguk kepala lalu memanggil suaminya dan rakan-rakannya. Mereka semua bergerak sambil menarik bagasi masing-masing menuju ke sebuah mercedes private van berwarna hitam. Seorang gadis berbangsa Korea dengan mata agak sedikit sepet bersama kulit putih melepak dan topi menutup kepalanya.

"Annyeonghaseyo! I am your tour guide in Jeju Island, Se-Ri Park. Welcome to Jeju Island." Se-Ri menunduk kepalanya sedikit sebagai hormat kepada para pelancongnya dari Malaysia.

"Thank you."

Se-Ri menjemput mereka semua naik mercedes private van yang audah disediakan oleh pihak agensinya lhas untuk pelancongnya kali ini. Se-Ri membantu sekumpulan lelaki meletakkan beg ke dalam bonet kereta.

Kemudian, Se-Ri duduk di tempat pemandu. Sudah menjadi kerjanya untuk membawa pelancongnya ke tempat penginapan terlebih dahulu. "If I am not mistaken, you all from Malaysia right?"

"Yeah, we hope you aren't forget that we are muslim. We hope you can bring us to get halal food at here."

"Sure, Mr. Rayyan. I will bring you to Luxury Villa first since you need some rest after a long flight," ujar Se-Ri dengan lembut. Walaupun dia gadis berbangsa Korea namun agensi pelancongan yang dia berkhidmat menghantar semua pemandu pelancong ke kursus bahasa agar mereka semua fasih dalam menutur Bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain.

"Thank you, Miss Park."

"Oh, just call me Se-Ri. I will be more comfortable when you call me Se-Ri. Don't be too formal with me." Se-Ri mengeyitkan matanya. Raydan tergelak kecil. Pemandu pelancong mereka agak ramah dan mesra.

Akhirnya, empat pacuan roda semakin bergerak perlahan di hadapan sebuah Luxury Villa yang ditempah oleh Rayyan. Medina menuruni mercedes private van lalu melihat pemandangan sekitar Villa tersebut.

"Arghhhh!" Medina lari bebas di kawasan lapang itu dengan jeritan gembira. Mereka yang baru mahu mengangkat beg terus memandang Medina yang sudah agak jauh dari mereka.

"Se-Ri, its so beautiful!" jerit Medina dari jauh. Se-Ri senyum lebar lalu mendekati Medina.

"You will see more beautiful place soon. There's a lot place in Jeju that you can visit to explore." Se-Ri memaut bahu Medina lalu tangannya diawangkan ke udara mengajak Medina melihat suasana Pulau Jeju yang terbentang luas di mata mereka.

Medina melonjak kegembiraan lalu memusingkan tubuhnya ke belakang. "Ayyan! Aydan!"

Semua berpaling memandang ke arah Medina dengan Se-Ri. Mia, Alisya dan Tasha sudah berlari mendapatkan Medina manakala yang lelaki mengangkut semua beg masuk ke dalam Villa. Kemudian, mereka kembali keluar mendapatkan yang lain.

"Wah, cantik gila!"

"Jeju Island."

Se-Ri melihat semua pelancong dari arah belakang lalu dia menangkap gambar dengan senyap. "Perfect."

"Everyone please turn back and smile!" jerit Se-Ri menarik perhatian semua untuk memusingkam tubuh mereka lalu tersenyum lebar.

Klik!

Klik!

"One more, look at the sky!"

Klik!

"You alls look so perfect in the picture." Se-Ri memuji apabila mereka semua kelihatan sungguh sempurna di dalam gambar. Tasha mendekati Se-Ri lalu membelek gambar yang ditangkap oleh Se-Ri.

"Aku nampak lawa lah!" Tasha koyak sengih.

"Kuat perasan betul," kata Raihan perlahan namun ia tidak cukup perlahan apabila semua ketawa mendengarkan omelan dia.

Tasha sudah merenung tajam ke arah Raihan. Kuat perasan? Rasa macam nak meletup dah hatinya saat ini. Memang fakta dia lawa dalam gambar tu tapi Raihan kata dia kuat perasan? URGHH!

"Eleh, ingat dia handsome sangat ke? Muka macam kodok tertelan nangka je."

Daniel, Khairul dan Harriz melepaskan tawanya. Muka Raiham seperti kodok? Oh itu cukup kelakar dan ditambah lagi dengan tertelan nangka? Itu cukup membuat mereka ketawa bergolek di atas rumput. "Hahahahahahaha."

"Oi! Muka aku yang kodok tertelan nangka ni lah yang kau idamkan selama ni. Teruk juga taste kau ya?" Raihan mencekak pinggang tanda tidak berpuas hati dengan Tasha.

Rayyan dan Raydan geleng kepala perlahan lalu mereka berdua mendekati Se-Ri tanpa mempedulikan pergaduhan Raihan dan Tasha. "Se-Ri, later send all the pictures to me."

"Alright, no problem."

"Thank you."

"Kau kodok!"

"Kau pencinta kodok!"

Se-Ri memandang ke arah dua orang yang sedang bertekak. Walaupun dia tidak mengerti apa yang mereka gaduhkan namun dia pasti mereka sedang berperang mulut.

"Alright everyone, i think all of you need some rest now. At 8 p.m. i will pick you up to get some meals."

Mereka semua mula berjalan masuk ke dalam Luxury Villa. Se-Ri mengekori dari belakang sehingga berhenti di hadapan pintu utama. "Hope all of you will get good rest. Welcome to Jeju Island again." Se-Ri menunduk hormat lalu berlalu pergi.

"Ada berapa bilik?" tanya Khairul.

"Ada lima. Pilihlah bilik mana kau orang nak. Girls kongsi bilik okay? Boys suka hati lah," ujar Rayyan.

"Wooo! Dee jom pilih!"

Raydan mencelah, "Ehh lupa nak cakap. Medina dengan Daniel sebilik. Sorry Mia."

Mia sengih hingga menampak barisan giginya, "Awww tak apa Mia faham. Lupa pula ada husband and wife kat sini. Awww bestnya Dee dapat holiday macam ni. Dah macam honeymoon pula!"

Mulut Medina ternganga mendengar kata-kata meluncur keluar dari Mia. Satu pukulan kuat hinggap pada bahu Mia. "Kau jangan nak mengarut kat sini. Pergi masuk bilik sana!" Mukanya sudah merah. Gila tak malu bila Mia cakap begitu di hadapan semua orang lagi-lagi depan Alpha? Urgh...

"Hahahahah sorry, Dee. Tasha, Isya... jom!"

Daniel yang baru mahu membuka langkah terus memandang rakan-rakannya yang lain. "What?" tanya Daniel apabila Khairul, Harriz dan Raihan merenung ke arahnya bersama senyuman misteri.

Khairul bersiul. "Ada orang dapat second honeymoon," usik Raihan. Harriz di hujung senyum senget.

Daniel terus membahang kemudian meluku kepala Raihan dengan kasar. "Hahahahahaha." Raihan melarikan diri lalu Khairul dan Harriz terus menghilangkan diri dari situ.

Baru saja Daniel mahu membuka langkah ke arah isterinya yang sudah memilih satu bilik tiba-tiba kedua-dua bahunya disentuh. Rayyan dan Raydan.

Senyuman Rayyan dan Raydan lebih mengerikan dari rakan-rakannya. Daniel meneguk liur. Gulp! Apa pula kali ni?

"Thanks to us later." Raydan kenyit mata. Rayyan sudah ketawa kecil.

Kembar itu terus pergi. Semakin merah wajah Daniel seperti udang dipanggang sahaja. "What the... Haih sabar wahai diri. Sabar." Daniel menarik nafas lalu hembus.

Tombol pintu dipulas sehingga habis. Daniel menghela nafas panjang. Tiba-tiba saja jantungnya berdegup kencang seperti baru membuat senaman otot seratus kali. "Its nothing, dearself. Nothing."

Pintu bilik ditolak.

Daniel menayangkan wajah dinginnya seperti bad boy biasa. Sekujur tubuh terbaring di atas katil. Medina.

"Dah tidur ke?" Daniel merapatkan wajahnya dengan Medina. Kelopak mata itu terpejam erat.

"Belum."

"Kus semangat! Eee sayang!" Daniel jatuh terduduk di tepi katil sambil mengurut dadanya. Mana dia tidak terkejut apabila tiba-tiba sahaja kelopak mata isterinya terbuka luas? Fuh.

Medina senyum senget lalu ketawa kecil. "Daniel..." rengek Medina.

"Hmm?" Dia membaringkan tubuh di sebelah isterinya.

"Is this our second honeymoon?"

Gulp!





To unlock next chapter, do:
120 votes | 50 comments

How about this chapter?
What will you expect when they're on holiday in Jeju Island?
Agak-agak apa yang jadi eh?

Btw, siapa nak ebook pertama Aisywa boleh pergi ke e-Sentral untuk dapatkan LOCKDOWN CINTA atau dm Aisywa. Bab awal dan teaser boleh klik profil Aisywa lalu klik story LOCKDOWN CINTA tau ✨

Btw, wish me luck!

-_Aisywa

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro