50

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

⚠️ WARNING ⚠️
This chapter content a little bit cheesy scene. Skip that scene if you are underage (15+).


MEREKA semua sedang bersantai di laman Luxury Villa sambil menangkap gambar. Rayyan dan Raydan merancang untuk buat barbeque malam ini lalu mereka berdua meminta bantuan Se-Ri untuk bantu mereka mencari daging lembu, daging ayam dan beberapa jenis makanan laut.

Setelah siang beransur malam, mereka semua sudah berkumpul di laman belakang untuk bersiap sedia untuk barbeque. Medina, Mia, Tasha dan Alisya berada di dapur untuk memasak hidangan sampingan dan bancuh air manakala yang lelaki pula berada di luar untuk mula membakar dan panggang daging.

"Kau tak okey lagi ke dengan Daniel?" tanya Mia kepada Medina yang sedang masak japchae.

"Entah," jawab Medina sepatah.

"Kasihan Daniel tu. Kau maafkan jelah dia, eh?"

Medina senyum kelat, "Tolong ambil carrot tu."

Mia memerhati Medina yang seperti mahu mengelak dari topik Daniel. Dengan terpaksa, Mia ambil secawan lobak merah yang sudah dihiris untuk Medina.

Tasha dan Alisya melihat Medina apabila Mia beri isyarat. Mereka berdua sangka Medina hanya gaduh manja saja dengan Daniel di Seonimgyo Bridge rupa-rupanya sangkaan mereka meleset. Medina benar-benar marah dan terasa dengan gurauan Daniel.

"Dee."

"Hmm?"

"Daniel gurau je tadi tu. Kau janganlah marah sangat. Kasihan dia tau," ujar Tasha lembut.

"Betul. Diorang semua main-main je. Takkan Daniel nak cari lain pula kan? Kau je isteri dia sekarang ni." Alisya tambah lagi untuk menyokong Tasha.

Medina senyap.

"Dee."

"Pergilah masak sana. Lambat nanti, lambatlah makan," balas Medina lalu bergerak ke peti sejuk mengambil bahan lain.

***

BUNYI petikan gitar menghiasi malam barbeque mereka. Sempat mereka meminjam gitar daripada Se-Ri untuk bernyanyi malam ini.

Harriz memetik gitar dan serentak dengan itu bibir Raihan menyanyikan lagu untuk merancakkan lagi suasana mereka sambil menikmati makan malam. Rayyan dan Daniel yang masih membakar daging hanya membiarkan suasana mereka semakin bingit.

"Tak berbaik lagi dengan Dee ke?"

"Belum," jawab Daniel tanpa semangat. Dia buntu. Hanya satu kesalaham kecil, rajuk isterinya kemain panjang.

Rayyan tersenyum senget.

"Dia tak marah dah tu. Biasalah, Daniel. Perempuan memang macam tu, nak kena pujuk berkali-kali. Dee tu manja, terlebih manja sebab dia seorang je anak perempuan and bongsu. You know..."

Rayyan hela nafas sebelum menyambung kata-katanya. "Tanpa dia, keluarga kitaorang takkan bersinar. Tanpa dia, kitaorang tak mampu bahagia sehingga kini." Perit. Ya, Rayyan merasakan dadanya sangat perit saat ini. Rahsia yang disimpan oleh keluarganya daripada Medina masih kemas dalam poket masing-masing. Mereka tidak mampu dan tiada kekuatan untuk memberitahu Medina satu kebenaran.

"Kami terlalu takut kehilangan dia, sebab tu kami jaga dan manjakan dia. Dia lebih berharga dari nyawa kami semua. Dia terlalu berharga. Jadi... aku harap kau kena sentiasa sabar dengan perangai dia. Dan, sentiasa selesaikan apa-apa masalah dengan matang." Rayyan senyum nipis sambil menepuk bahu Daniel perlahan.

Nyanyian Raihan menarik perhatian mereka berdua.

Kurindukan purnamaku
Doaku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhan ku mohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhan ku mohon kuatkan hatinya
Selamanya

Aku perlu dia
Ku rindu purnamaku
Dan ku masih begitu
Andai ini takdirnya
Tuhan ku mohon pada-Mu
kuatkan lah hatinya

Memang tidak dapat dinafikan suara Raihan sangat lunak. Lihatlah, bukan main bersinar sepasang mata milik Tasha. Mia juga tidak melepaskan peluang di hadapannya. Dia merakam nyanyian Raihan kerana mahu jadikan ia satu memori mereka semua.

"Boleh tanya sesuatu?" Suara Daniel membuatkan perhatian Rayyan kembali kepadanya.

"Yes?"

"Apa maksud Abang Ayyan tadi? Kenapa Dee terlalu berharga? Ada sesuatu ke?"

Rayyan terkelu. Ah, tidak mungkin dia akan beritahu rahsia ini kepada adik iparnya. Tapi...

"Nothing. One fine day, kami akan beritahu juga kepada Dee. Kami pun tak mampu menyimpan rahsia ni selama-lamanya." Ya, Medina berhak tahu rahsia mereka.

Daniel yang mahu menyoal Rayyan lagi terganggu dek panggilan daripada Raihan. "Apa?"

"Sinilah! Ganti aku. Rindu suara kau!"

"Malaslah... Aku tengah bakar ni kan."

Rayyan di sebelah menyiku pinggang Daniel lalu memberi isyarat mata. "Take this chance for Dee. She love to hear you singing for her," bisik Rayyan. Satu kenyitan diberi kepada Daniel apabila lelaki itu memandangnya dengan laju.

Peluang? Ya, Medina pernah menjadi manager Alpha Band dan dia terlalu gemar mendengar nyanyian mereka lagi-lagi suara Daniel. Lovestruck!

"Okey." Daniel berjalan mendekati mereka yang lain bersama sorakan Raihan dan Tasha. Yang lain hanya menepuk tangan kecuali Medina pura-pura tidak melihat Daniel yang sudah mengambil tempat bertentangan dengannya.

Harriz bersedia dengan gitarnya kemudian Raihan menyerahkan botol air kepada Daniel. "Your microphone, bro." Khairul di sebelah mahu sahaja menghempuk kepala Raihan namun dia tahankan saja niatnya. Raihan dan loyar buruk berpisah tiada.

Bisakah ku tanpamu
Bisakah ku tanpamu
Hatiku mulai rapuh
Hatiku mulai sepi
Bisakah ku tanpamu

Semua penonton disitu terpaku mendengar suara Daniel yang sememangnya merdu. Ah, suara Daniel adalah suara emas yang hanya tertentu sahaja dapat dengar! Jikalau dulu Stars Highschool selalu dapat mendengar nyanyian Daniel ketika ada majlis atau konsert sahaja. Alpha Band juga mempunyai youtube channel sendiri namun mereka tidak banyak upload video yang mereka menyanyi.

Bila aku jatuh cinta
'Kan ku sebut namamu
'Kan ku tulis lagumu
Akan kukatakan kata-kata indah hanya untukmu

Medina yang sedang mengunyah terhenti. Kunyahan itu ditelan dengan paksa sebelum telinganya dipasang untuk mendengar suara sang suami. Ah, jujur sudah lama Daniel tidak menyanyi. Dia rindukan suara lelaki itu walaupun baru beberapa jam mereka tidak berbual.

Memang patut Alpha mempunyai ramai peminat lagi-lagi Daniel kerana lelaki itu ada keunikan suaranya tersendiri sehinggakan pelajar lelaki di sekolah lain mencemburui suara lunak Daniel yang sering menjadi perhatian golongan pelajar perempuan.

Relakah ku tanpamu
Relakah ku tanpamu

Bila aku jatuh cinta
'Kan ku sebut namamu
'Kan ku tulis lagumu
Akan kukatakan kata-kata indah

Namun, Medina terus berdiri masuk ke dalam Villa. Dia tidak mampu menahan air matanya dari mengalir. Kolam matanya sudah panas sejak tadi membuatkan dia melarikan diri dari terus mendengar bait-bait lirik yang dinyanyikan oleh Daniel.

Dia mahu Daniel terus menerus pujuknya tanpa henti. Dia mahu Daniel tidak berputus asa memujuknya. Huwargh, sekarang dia terlalu rindukan suaminya. Malu nak ungkapkan rasa rindu ini maka dia tahan sahaja sehingga Daniel datang memujuk.

Ah, tadi berapa kali Daniel pujuk tetapi dia buat endah tidak endah sahaja. Sekarang siapa yang sakit menanggung rindu? Dia juga! Bencinya dengan perasaan ini. Kenapa dia terlalu cintakan Daniel?

"Baby dah tak suka dengar sayang nyanyi ke?" Satu suara menegur dari arah belakang menyebabkan Medina terkejut.

Daniel memandang tepat ke arah Medina yang sedang membelakanginya. Hatinya agak terasa apabila isterinya melarikan diri ketika dia sedang menyanyi, sudahlah lagu itu dia tujukan buat Medina.

"No, i'm just tired. I need to rest," balas Medina lalu menaiki anak tangga menuju ke bilik mereka. Dia mahu Danuel mengejarnya, dia mahu Daniel terus memujuknya dan dia mahu Daniel mengungkap cinta. Tapi... dia ego.

Baru dia mahu melangkah ke arah bilik air yang berada di dalam biliknya, lengannya ditarik dari arah belakang sehingga tubuhnya jatuh ke dalam dakapan Daniel. Dadanya bertemu dengan dada bidang lelaki itu.

"Apa ni..." Belum sempat Medina menghabiskan ayatnya, tubuhnya sudah diangkat ke atas bahu Daniel. Medina menjerit kecil kemudian menampar-nampar belakang tubuh suaminya berkali-kali.

"Lepas! Lepassss!" Tanpa mempedulikan rontaan Medina, Daniel berjalan ke arah katil kemudian menurunkan tubuh isterinya dengan berhati-hati. Bahu Medina ditolak kasar sehingga terbaring.

"Ish! Apa..." Bibir mungil Medina diragut dengan seulas bibir Daniel. Pada awalnya, Medina meronta sambil menolak tubuh lelaki itu namun apalah sangat kudratnya untuk melawan Daniel.

Apabila kedua tangan Medina melingkar pada leher suaminya, Daniel terus mendalamkan ciuman sambil tangannya meraba dan menyelusup masuk ke dalam baju Medina. Apabila sudah jumpa yang dicari, dia tidak lepaskan malah meramas dengan kuat.

Sepuluh minit berlalu... Daniel menjarakkan bibirnya lalu merenung tepat ke arah sepasang mata biru milik Medina. Sepasang mata biru itulah yang menarik perhatiannya setiap kali berada dengan isterinya itu. "Baby..."

"Hmmm... sayang..." Daniel benar-benar membuat nafsunya menggelodak dan jiwanya meraung walaupun sebentar. Tangan Medina yang memeluk batang leher Daniel menarik kepala suaminya agar meneruskan adegan mereka sebentar tadi. Namun, Daniel menahan.

"I'm sorry for hurting you. I..."

"Shh... I love you, sayang." Terus Medina menarik kepala Daniel dan bibirnya bertemu kembali dengan bibir Daniel. Malam itu, mereka berdua sudah hanyut ke dalam syurga ciptaan mereka.






To unlock next chapter;
100 votes | 40 comments

Hai there, i'm sorru sebab tak dapat update hari sabtu and ahad yang lepas. I memang tak janji tapi i cuba. But i cant since tiba-tiba assignments i datanh secara tiba-tiba.

Lagipun i macam serabut sikit last week sebab banyak benda i kena hadap. And apa yang i hadap kat Wattpad last week is someone plagiarised one of my story.

That story i tak complete and i already unpub chapters. This case is so complicated and i dah tahu lama cuma last week hati i terbakar gila once i know dia nak jadikan ebook.

I'm sorry okay?

Btw, maybe i will try to update one more chapter this week. InsyaAllah, i tak janji. I cuba sebab i pun dah malas nak tangguhkan story ni. Then i akan final tak lama lagi. So yeah, you fahamkam jadual i padat dengan class and business.

Apa-apa you boleh dm i on my instagram which is @theaisywa . You nak followback just dm me.

I love you.
-Aisywa

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro