52

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MIA menarik Alisya masuk ke dalam tandas. Sempat dia memeriksa bahawa tiada sesiapa di dalam tandas kecuali mereka berdua sahaja.

"Ada apa kau tarik aku sampai ke sini? Pukul 2 nanti aku ada kelas la," rungut Alisya apabila matanya menilik jam di pergelangan tangan sudah menunjukkam jam 1:30 petang.

"Bagitahu aku. Kau ada masalah ke?" tanya Mia dengan nada serius. Sebenarnya, bukan itu yang dia mahu tanyakan tetapi tentang Erin. Sebentar tadi Erin mengikuti mereka makan bersama-sama. Hanya Alisya sahaja mengunci mulut membuatkan dirinya berasa ada sesuatu tidak kena.

"Masalah apa? Aku okey jela," dalih Alisya. Fikirannya masih serabut tentang apa yang dia lihat semalam. Kemunculan dua orang yang dia tidak sangka. Argh!

Mia koyak sengihan dengan sinis, "Kau boleh tipu orang lain tapi bukan aku. Aku kenal kau dah lama tau. Kita kawan dah bertahun-tahun. Kenapa kau tak suka dengan si Erin tu?"

Alisya menghembus nafas, "Tak ada apalah. Aku ter'emo' semalam."

"Emo sebab apa?"

Alisya terdiam. Patut atau tidak dia beritahu Mia perkara yang sebenar? Tetapi... dia tidak mahu keadaan menjadi huru hara. Lebih baik dia sembunyikan buat sementara waktu. Sekarang ni, ramai fikir dia bencikan Erin sedangkan semalam dia terlalu mengikut emosi dan mahu melindungi kawan-kawannya saja.

"Isya."

"Takde apa. Aku period. By the way, pasal Erin tu memang takde apa-apa. Aku cuma takde mood nak kenal dengan budak baru. Kau cakaplah kat dia kalau dia sentap ke apa dengan aku, aku minta maaf." Dia tidak mahu kawan-kawannya mempunyai salah faham antara dia dengan Erin.

Mia memincing mata ke arah Alisya. Dia tahu ada sesuatu yang kawannya itu sembunyikan tapi dia tidak mahu memaksa kerana dia pasti Alisya akan beritahu juga kelak.

"Dah tak payah nak pandang aku macam tu. Jom, blah." Alisya membuka langkah diikuti dengan Mia.

Setibanya mereka di sebuah meja yang menjadi tempat berkumpul kawan-kawannya, Alisya terus duduk tanpa menghiraukan pandangan Harriz. Mia turut duduk di sebelah Khairul dengan senyuman lebar.

"Hai Erin," sapa Alisya mendatar. Dia benar-benar tiada mood tetapi untuk memastikan bahawa dia okey saja dia menyapa Erin yang menempel di sebelah Tasha.

"Hai, Isya." Erin tersenyum lebar apabila akhirnya Alisya menegurnya. Ah, dia benar-benar memerlukan kawan di universiti ini. Tidak peduli dengan siapa, dia cuma mahu berkawan saja.

Medina hanya menyimpul senyum bila melihat mood Alisya sudah baik. Medina mencuit pipi Daniel dengan manja. "I love you," Medina. Daniel ketawa halus. Mereka berdua cuba mengawal perasaan masing-masing.

"Mula dah orang tu nak ber'sweet' depan kita. Malas aku tengok," omel Khairul.

"Hormat orang SINGLE please," sampuk Raihan. Tasha di sebelahnya menjeling tajam. Single? Ini yang dia geram ni. Single sangaaaaaat!

Pantas Tasha mencubit paha Raihan di bawah meja dengan kuat. Geram. Raihan yang ketawa mengekek terus menjerit kesakitan mengejutkan semua yang berada disitu. Mereka semua ketawa mengejek ke arah Raihan kecuali Erin yang tidak tahu apa-apa.

"Sorry, sayang," pujuk Raihan dengan mata cuba dikerdipkan berkali-kali memohon maaf.

Tasha menolak wajah Raihan yang memenuhi kornea matanya. "Eh kenapa minta maaf? Tadi kata single." Daniel ketawa mengekek, "Padan muka. Rasain lo!" Medina yang turut ketawa menepuk perlahan bahu suaminya. Bongoklah masing-masing.

"Korang memang rapat eh?" tanya Erin tiba-tiba.

"Yes! Tasha is my cute crush. Kan my cutiepie kan?" Apa yang Raihan dapat hanya jelingan Tasha.

"Khai ni bae aku tau, Erin. Bae." Khairul senyum lalu memeluk Mia. Erat.

"Tapi paling sweet couple tu Daniel dengan Dee. Haish! Geram. Tahulah dah..." Kata-kata Raihan terputus apabila Tasha menampar mulut Raihan dengan sengaja. Perkahwinan Medina dengan Daniel dirahsiakan lagi. Mereka pun masih tidak mahu menghebohkan tentang status mereka maka Erim juga tidak boleh tahu.

"Dah apa?" tanya Erin polos.

"Takde apa. Hehehe."

Erin memandang Alisya pula, "So Isya dengan Harriz jelah single sekarang ni?" Erin bertanya lembut sambil memandang bersilih ganti ke arah Alisya dan Harriz.

Harriz menggeleng, "Nope. She is mine." Serentak dengan itu Alisya memandang ke arah Harriz yang beku itu. Ah, dia rindu Harriz!

"I think the one single here is you, Erin. Tak ada boyfriend ke?" tanya Khairul.

"Tak ada. My parents suruh saya fokus belajar dulu. Saya pun tak nak ada apa-apa hubungan serius dengan lelaki," jawab Erin.

Tasha memaut bahu Erin, "Good girl! Best la macam ni ada budak baik dalam geng kita. Bukan macam jejaka jejaka yang acah malaya tu. Geeez!" Sempat Tasha menjeling Alpha.

Alisya senyum sinis, "Aku risau kau yang pengaruh Erin jadi bad girl. Kau ni bukan boleh percaya, ada jee pengaruh bukan-bukan tu." Mia dan Medina mengangguk setuju. Tasha sejenis yang boleh mempengaruhi sesiapa sahaja dengan cepat kalau tidak dia akan mendesak.

Tasha memuncung, "Aku dah insaf la."

"Whatever."

Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata memerhatikan mereka semua. Bibir itu menyungging satu senyuman.

***

TANGANNYA memeluk tutorial yang diberi oleh pensyarahnya untuk beri kepada rakan-rakan sekelasnya yang lain. Terkedek-kedek dia berjalan kerana tubuhnya yang kecil sukar untuk angkat benda berat.

Tutorial dan beberapa fail miliknya terjatuh apabila dia terlanggar seseorang. "Aduh!"

Terbeliak mata Erin melihat kertas-kertas tutorial bersepah dan failnya terjatuh. Kelam kabut dia mengutip semuanya sambil mulut tidak lepas memohon maaf kepada orang yang dilanggarnya tanpa sengaja.

"Saya minta maaf. Saya tak sengaja..." Akhirnya, Erin mendongak memandang lelaki itu setelah selesai mengutip semua barang-barangnya.

"Erin?"

"Daniel..."

Daniel mengerling tutorial dalam pelukan gadis itu. "Do you need help?"

Pantas Erin menggeleng, "Tak apa, susahkan awak je. Lagipun tak berat pun."

Daniel sengih sedikit. "Well, muka awak yang berkerut tu macam lain je. Are you sure that you don't need my help?" tanya Daniel sekali lagi.

Belum sempat Erin menjawab, Daniel terlebih dahulu mengambil kesemua tutorial dari tangan Erin. "Late."

Erin terkaku memandang Daniel. He is Alpha's Leader. And... she can't fall in love with him, right?

Daniel sudah berjalan menuju ke arah bilik 24 iaitu kelas mereka yang akan berlangsung lagi sepuluh minit. Erin mengekori Daniel dari arah belakang dengan perlahan-lahan.

"Awak... tak berat ke? Biarlah saya yang bawa."

"I'm a man, Erin. Let me be a gentleman for a while since i have a good mood today." Mana pernah Daniel baik hati hulur bantuan kepada orang yang dia tidak rapat. Memandangkan mood dia baik hari ini, terlebih baik pula hulur tangan dengan bantu Erin.

"Thank you."

"Most welcome."

Erin tersenyum senang memandang Daniel dari belakang. Lelaki itu tidaklah sejahat mana seperti orang katakan. Walaupun kadangkala dia kelihatan dingin namun Daniel... baik.

Setibanya, mereka tiba dalam kelas. Erin mula mengedarkan tutorial seperti yang diarah oleh Sir Hairi tadi.

"Erin," panggil Harriz.

"Ya?"

"Dah ada group untuk subjek Engineering Drawing?" Disebabkan semalam Sir Hairi meminta mereka bentuk kumpulan untuk assignment pertama yang akan mula diberi pada minggu depan.

Erin geleng kepala. Perlahan. "Belum. Saya tengah cari lagi. Kenapa?"

"Then, join us. Aku dengan Daniel je ni. Lagipun Sir Hairi cakap minimun tiga orang dalam satu kumpulan. Kalau kau nak la."

"Betul ni? Saya okey je." Erin cuba kawal reaksinya.

Harriz angguk kepala dengan yakin. Erin tersenyum lebar lalu meletakkan begnya di sebelah Harriz. "Awak tak kisah? Daniel?"

Daniel mengerling Erin sekilas, "Nah, i don't care at all."

"See. Chill, okay? Lagipun... kau rapat dengan girls kitaorang. So, tak apalah."

"Thank you!" Dalam diam Erin mengukir senyuman kegirangan. Rapat dengan Alpha bukanlah sukar sangat seperti yang dia sangkakan.

***

JARINYA menggesek ikon hijau.

"So, macam mana setakat ni?" tanya seseorang.

"Well, everything going smoothly," jawab lelaki itu.

"Kau kena pastikan, semua berjalan dengan lancar. Aku tak nak ada sedikit pun kesilapan. Remember, you get what you want and i will get what's mine."

Lelaki itu ketawa kecil, "Of course. By the way, bila kau akan balik sini? Tak nak tengok apa akan jadi nanti?"

"Should i?" tanya seseorang itu.

"Yes."

"Okay then. Soon. I will be back sooner."

Lelaki itu hanya tersenyum. Dia tidak sabar melihat rancangannya berjalan seperti yang dirancang. Dia harus dapatkan apa yang sepatut menjadi miliknya.






Before you read next chapter, do;
100 votes | 40 comments

Read.
I'm gonna DOUBLE UPDATE today. You may scroll down to read next chapter. But for sure, please drop some comments about this chapter.

I would love to read every single your comments.

Thank You!










To be continued...












Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro