54

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MEDINA terus duduk sebelah Daniel yang sedang berbual dengan Harriz. Kepalanya diletakkan ke permukaan meja. Sungguh dia penat sangat hari ini. Mia dan Khairul juga duduk bersama lalu minum air.

"Haih... penat semacam nampak." Harriz menegur.

"Hmm... penat sikit," balas Khairul lalu meneguk air mineral sehingga separuh.

Daniel mengerling Medina di sebelah. Tidur ke? Senyap semacam isterinya hari ini. Silap, bukan hari bahkan sejak kebelakangan ini dia perasan perubahan Medina. Semakin hari semakin menyepi.

"Sayang," bisik Daniel.

Sepi.

"Dee need some rest. Dia baru habis dua presentation hari ni." Mia berkata, apabila melihat Daniel seperti mahu mengejut Medina. Dia tak mahu Daniel jadi mangsa lepaskan amarah kawannya kerana hari ini pembentangan kurang memuaskan. Ada kesilapan.

"Oh ya ke?" Daniel membalas. Kemudian, dia mengusap belakang tubuh isterinya dengan perlahan dan lembut.

Suara Tasha dan Alisya bertengkar dari jauh kedengaran. "Eh, kau ni kenapa Isya?"

"Apa? Kenapa?"

"Yang kau emo sangat ni kenapa? It's just a group project! Kau ni langsung tak chill." Tasha bengang.

Alisya mencekak pinggang. "Oh yea, it's just a group project. So? Tak apalah kalau part kau tak siap? Kau okeylah hang-out dengan Erin tapi kerja? Tak siap? Tak pasal kena maki dengan lecturer tadi tahu tak?"

Tasha terdiam.

Raihan yang menyaksikan perbalahan dua gadis itu hanya senyap. Takut nak masuk campur, risau melayang beg dan kasut ke arahnya kelak.

Alisya menjeling Tasha tajam lalu berjalan menuju ke arah Medina. Kerusi di sebelah Medina dia henyakkan punggungnya dengan kasar. Beg dicampak ke atas lantai.

"Kenapa ni?" Mia menyoal. Seram melihat Alisya mengamuk.

Tasha duduk sebelah Mia. "Kawan kau tu emo sangat. Benda kecil, nak besarkan."

Alisya memincing mata ke arah Tasha. "Ha'ah benda kecil sangat la bila kena marah dengan lecturer sebab report tak siap! Memang kena maki tu sedap je rasa. Kan? Eh, aku tak kisah sebenarnya nak kena maki sampai berdarah telinga aku... tapi aku tak puas hati sebab kau. Kalau kau siapkan bahagian kau... takdenya kena marah free depan student yang lain! Eh, bahagian kau tu sikit dan senang je tau. Kau fikir bila part kau senang kau boleh tangguhkan dan berfoya-foya la?" Tempelak Alisya.

Tasha menunduk. Ya, memang semuanya salah dia.

"Tapi kau emo sangat kenapa?"

"Kau tak faham bahasa lagi ke, Tasha?" Kali ini suara Alisya agak kuat. Marah.

Medina angkat kepalanya. Dia memandang Alisya dan Tasha secara bergilir.

"Okey girls, stop it." Harriz menyampuk.

"Shut up!" Alisya jeling Harriz.

Tasha masih mahu membela diri. "Aku terlupa due date. Kau... tak remind aku pun."

Semakin berasap Alisya mendengar. "Kau cakap baik sikit, eh! Aku dah berjuta kali ingatkan kau. Raihan pun tahu pasal ni. Aku whatsapp kau, call kau. Kau bluetick dan tak jawab. Sebab apa? Sebab kau keluar dengan si Erin tu!"

"Kenapa kau nak babitkan Erin pula?" Tasha membalas.

Alisya gigit bibir. Dia cuba menahan sabar.

Medina berdiri. Begnya digalas. Beg Alisya dia juga ambil lalu serah kepada Alisya. "Jom."

"Dee... kau sabar jap. Aku tak habis lagi basuh otak minah ni." Alisya menolak tangan Medina, lembut.

Medina hela nafas lalu menarik pergelangan Alisya dengan kuat. "Jom blah dari sini." Alisya ekori Medina.

"Dee! Isya!" Mia menjerit.

Hilang saja kelibat Medina dan Tasha, semua menghela nafas.

Mia menjeling Tasha di sebelah. "Apa ni, Tasha?"

"What?"

"Kau tahu Isya tu macam mana kan? Yang kau cari pasal dengan dia kenapa? Kau tahu tak..." Mia mengetap bibir. Sabar.

"Tahu apa?"

"Nothing."

Tasha tidak berpuas hati. "Tahu apa? Kau cakap sekarang." Alpha setia mendengar. Mereka juga ingin tahu apa yang Mia mahu katakan.

"I said... nothing! Kau perlu selesaikan semua ni. Aku tak nak kau gaduh dengan Isya berlarutan." Mia berdiri dan membuka langkah.

"Mia, kau nak pergi mana?"

"Cari Dee dengan Isya. Kau tak payah ikut. Nanti bergaduh lagi." Usai berkata, Mia sambung melangkah.

***

BEKAS aiskrim dikeluarkan freezer. Sudu diambil. Kemudian, dia bawa ke hadapan televisyen dan menonton Netflix sambil makan aiskrim.

Daniel baru lepas group discussion melaui Zoom, duduk sebelah isterinya. Sekali sekala dia mengerling Medina. Kelihatan isterinya itu seperti tidak sedar kehadirannya bahkan makan aiskrim pun senyap je.

"Sayang." Tangan Medina, dia sentuh.

Medina tersentak. Kemudian, dia menarik tangannya dan sambung makan aiskrim.

"Are you okay?"

Medina menggumam.

"Sure? Sejak kebelakangan ni sayang senyap je. Stress dengan assignment ke? Presentation okey?" Daniel bertanya.

Medina hanya membisu. Malas mahu menjawab. Sebelum ini ada Daniel ambil tahu? Langsung tidak. Sibuk dengan Erin. Yalah, group assignment bersama kan?

"Jangan la senyap macam ni. Kalau senyap macam ni, baik sambung video call dengan Erin dan..."

Medina mencampak bekas aiskrim ke atas meja. Satu jelingan dihadiahkan buat suaminya.

"Hei! Kenapa ni? What's wrong with you, Dee?" Daniel turut bangun sepert Medina.

"You should ask yourself. What's wrong with you!"

Daniel tidak faham. "What? Yang sayang nak marah ni kenapa? Emo? Macam Isya? Kalau stress sekalipun tak payah nak macam ni. You are so rude." Bengang Daniel.

"Oh really? I'm rude? Okay, i won't apologise to you." Medina berjalan lalu melanggar bahu Daniel dengan kasar.

Daniel tidak puas hati lalu tangkas menangkap pergelangan tangan Medina. "Apa masalah Dee ni? Kenapa kurang ajar sangat? I'm asking you if you are okay or not but you are so childish! Emo semacam! Ikut sangat la perangai si Isya tu. Mengamuk."

Medina menarik tangannya kasar. "Oh yea? Rude, emo, childish? Thanks for your compliment."

Medina menaiki anak tangga. Sampai anak tangga terakhir... dia berhenti. "Tonight i will sleep in another room."

Daniel di bawah merenung tajam figura isterinya. Bekas aiskrim di atas meja, dia capai. Namun, tidak lama kemudian... dia turut mencampak ke arah dinding.

***

MEDINA, Mia dan Alisya berjalan seiring ke kafeteria. Memandangkan mereka sengaja datang awal jadi mahu sarapan bersama-sama. Tasha pula, katanya dia akan sampai lewat sedikit.

"Kau nak order apa?" tanya Mia kepada Medina.

Medina menggumam sebelum berkata, "Nasi lemak dengan milo panas jela. Kau belikan eh?" Sengaja dia berkerlip mata.

Mia reda dan sambut duit yang dihulur Medina. Alisya pula sudah beratur.

Medina bermain dengan telefonnya. Kemudian, dia teringat pertengkaran kecil antara dia dengan Daniel malam semalam. Disebabkan dia masih sakit hati dengan suaminya, dia mengajak kawan-kawannya ke universiti dengan lebih awal.

Satu keluhan panjang dilepaskan. Badannya disandarkan pada kerusi. Kemudian, dia menebarkan pandangan ke sekeliling sehinggalah terpaku ke suatu arah. Badannya kembali duduk tegak, mata dipicingkan.

"Oi, nah nasi kau." Mia meletakkan dulang ke atas meja.

Medina tersentak lalu memandang Mia dengan Alisya bersilih ganti. Kemudian, dia memandang semula ke suatu arah. Keningnya bertaut, dahinya berlapis.

"Kau tengok apa?" tanya Alisya. Pelik, melihat Medina seperti mencari sesuatu.

"Aku nampak..."

Mia yang sudah mula menjamah sarapan bertanya, "Nampak apa?"

Medina kembali memandang kawan-kawannya. Dia menggeleng. "Tak ada apa. Mungkin aku salah tengok kut."

Mia hanya senyap dan meneruskan suapan. Alisya pula masih merenung Medina. Dia pasti, Medina nampak sesuatu.

"Morning, girls!" Tasha menjerit keriangan lalu mengambil tempat di sebelah Mia.

"Morning abah kau!"

Tasha memuncung kemudian dia jeling Alisya yang duduk bertentangan dengannya. "Isya... kau marah aku lagi ke?"

Alisya buat tidak endah.

"Isya..." Sengaja Tasha meleretkan.

Medina dan Mia sudah memandang Alisya. Mereka tahu marah macam mana pun Alisya, dia tetap cepat sejuk.

"Diam la kau. Pergi makan sana."

Tasha melorek senyuman lebar. Dia berdiri dan menuju ke Alisya lalu memeluk Alisya dari belakang. "Sayang kauuuuuu! Muah sikit!" Sengaja Tasha mengucup pipi Alisya sekilas.

"Eee... Tasha!" Alisya mengesat pipinya. Geli!

Tasha ketawa girang sebelum berlari ke kaunter untuk memesan makanan.

"Senyum la sikit, Isya." Mia tegur.

Alisya tarik senyum. Nampak sangat secara paksa. Medina ketawa. "Aku bukannya marah sangat dengan Tasha tu." Tiba-tiba Alisya membuka mulut.

Medina dan Mia memandang Alisya. Tidak mengerti. "Habis tu? Kau marah teruk sangat tau semalam."

"Hmm... tu sebab aku bengang dengan si Erin. Ada ke dia ajak Tasha keluar tiap-tiap malam? Tak study ke apa? Tak ada common sense langsung, tak boleh fikir ke kalau Tasha ada kerja ke nak study ke apa?" luah Alisya.

Mia senyum pahit. "Kau pun macam tak tahu perangai si Tasha tu macam mana. Pantang orang ajak keluar shopping ke apa, laju je dia nak keluar."

Alisya mengeluh.

"Tapi... aku kenal Tasha tu dah lama. Selagi ada kerja tak siap, selagi tu dia takkan berjoli sakan. Sekarang?"

Mia terdiam. Ada benar juga kata-kata Alisya. Tasha mempunyai prinsipnya tersendiri.

"Semalam aku gaduh dengan Daniel," ujar Medina tiba-tiba.

"Why?" soal Mia. Alisya sudah meletakkan sudu dan garpunya. Beri tumpuan sepenuhnya kepada Medina. "Kau gaduh kenapa?"

Medina mengetap bibir. "Entahlah, Isya. Aku..."

"Bagitahu je."

"Aku tak tahu kenapa sekarang ni aku tak boleh dengar nama Erin lagi-lagi dari mulut Daniel sendiri. Semalam... haih... aku tak suka. Semuanya Erin je. Aku ni tak ada perasaan ke? Isya? Mia?" luah Medina, sebak.

Alisya menggosok belakang tubuh Medina. Lembut. "Kau tak nak tegur Erin ke, Dee? Kau ada hak tau."

"Memang aku ada hak. Tapi, nanti apa dia fikir? Dia bukannya tahu aku dengan Daniel dah kahwin. Lepas tu nanti dia kata aku ni over jadi girlfriend Daniel. Macam mana?"

Mia mengangguk setuju dengan kata-kata Medina. "Yes. Tapi... kau tetap ada hak. Kau ada hati dan perasaan Dee. Kau patut bersuara, tak kisahlah kau girlfriend ke tunang ke Daniel sekalipun. Kau ada hak. Daniel milik kau."

"Absolutely, yes! Aku sokong Mia. Look Dee... jangan biarkan orang lain masuk dalam hubungan kau dengan Daniel. Sekali kau bagi dia peluang untuk masuk... dia takkan keluar."

Lama Medina diam. "Fight for my own happiness? Love?"

Alisya dan Mia mengangguk laju dengan yakin. Bibir Medina melorek satu senyuman indah.

Tasha menghampiri mereka bertiga. "Borak apa?"

"Tak ada apa."

Tasha muncung, "Apa ni rahsiakan dari aku ni. Kata kawan..."

"Makanlah kau. Banyak bunyi pula," kata Alisya.

"Hai," sapa seseorang. Tasha senyum lebar. "Eh, Erin! Hai! Awalnya datang."

Muka Medina dan Alisya sudah berubah ketat. Tegang. Mia yang sedar akan perubahan dua orang kawannya itu cuba berwajah manis dengan Erin.

"Awalnya datang Erin."

"Nak pinjam buku kat perpustakaan. Sepatutnya sampai awal lagi tadi, tapi tu la tayar kereta Grab pancit pula."

"Oh ya ke? Habistu macam mana datang sini? Naik teksi?" soal Tasha.

Erin menyimpul senyuman. "Tak. Daniel tumpangkan tadi. Hehehe."

Tasha menelan liur yang agak kesat. Senyuman paksa dipamerkan. Mengaoa dia rasa tak sedap hati? Wajah Erin terlalu bercahaya kegembiraan.

Medina menggigit bibirnya. Kuat. Alisya mengenggam tangan Medina di bawah meja untuk menyalurkan kekuatan dan agar bersabar. Mia pula, dia sudah rasa tak tentu arah bila seakan melihat aura dingin Medina.

"Tak apa kan saya tumpang Daniel, Dee? Yalah, saya takut awak cemburu pula. Tadi pun dia naik superbike. Susah saya nak naik sebab pakai kain." Erin berkata lalu mengerling ke arah Medina.

Splashhhh!






120 VOTES | 60 COMMENTS

Yes, dah update! HHAHAAHHAHA
Okey cuba teka apa jadi?
Apa sebenarnya berlaku?
Apa perasaan awak bila baca chapter ni?

TELL MEEEEE! 😎🤧




To be continued...



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro