6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI ini ialah hari pertama Medina sebagai pengurus Alpha. Seram. Takut. Rasa menyesal mula menyelubungi diri tapi dah terlanjur kata, apakan daya?

Medina setuju pun sebab terpaksa, kalau tak memang tak dia nak jadi pengurus bad boys tu. Kerja gila namanya!

Medina perlahan-lahan menaiki tangga.

Agak-agak Alpha dah sampai ke belum?

Medina menarik nafas lalu hembus. Saat Medina ingin masuk ke kelas 5 Diamond, tiba-tiba begnya ditarik dari belakang menyebabkan di terdorong ke belakang.

"Arghhh!!!" jerit Medina tapi jeritannya itu mati saat ada satu tangan menekup mulutnya.

"Ermppphh ermmphhh!!!" Medina meronta-ronta minta dilepaskan.

"Medina," panggil satu suara. Macam kenal tapi siapa? Yang dia pasti itu bukan suara Alpha atau kawan-kawannya.

Medina menoleh saat dirinya dilepaskan. Terbuntang luas biji mata Medina melihat gerangan yang menariknya sebentar tadi.

Syed Firman.

"Kau nak apa, hah?!" soal Medina kasar.

"Aku nak minta maaf pasal hari tu, hina kau. Aku tak tahu pun itu kau," ucap Firman.

Medina tersenyum sinis.

"Mudahnya kau ungkapkan kata-kata maaf. Kalau perempuan yang Daniel peluk tu pun bukan aku, kau masih nak hina dia juga kan? Betul tak?" balas Medina.

"I'm sorry"

"Get lost!"

"Medina..."

"Apa lagi?!"

"Jauhkan diri kau dari Alpha," kata Firman.

Medina tersentak lalu tersenyum nipis.

"Why? Kau siapa nak arahkan aku?"

"Just keep away from Alpha, Medina. Diorang bahaya, diorang banyak buat hal kat sekolah ni. So please..." kata Firman lagi.

"Alpha bahaya ke tak, aku mangsa Alpha ke apa. It's none of your business! Alpha tu tak adalah jahat mana! Kau tu cubalah berbaik dengan Alpha! Kau ni Ketua Pengawas tapi entahlah aku rasa kau tak layak!" tutur Medina kasar.

"Medina, jangan benci aku. Kau akan menyesal sebab tak jauhkan diri kau dari Alpha," kata Firman.

"Brothers aku pun tak halang aku rapat dengan bad boys itu. Kau pula gedik nak halang kenapa? Kenapa Alpha tu perogol bersiri ke? Atau pembunuh? Diorang tu just bad boys jelah." Medina berkata tanpa rasa ragu-ragu. Entah kenapa, Medina rasa ingin membela Alpha saat ini sedangkan dia benci Alpha.

Firman mengeluh.

"Medina..." Firman cuba memegang tangan Medina tetapi ada satu tangan menepis tangannya.

"Jangan sentuh dia." Dingin suara Daniel.

Medina terkejut. Medina ternampak ahli Alpha yang lain seronok bersandar di dinding manakala Daniel berada di sisinya.

Diorang dah lama ke kat situ?

"Kau tu jangan sentuh dia!" balas Firman.

"Kau jangan jadikan Medina mangsa kau! Aku dah lama sabar dengan kau, ke kau nak aku report kat guru disiplin?" kata Firman lagi.

"Reportlah."

"Huh! Medina jom!" Firman cuba menarik tangan Medina. Kemudian, tangan Medina lagi satu ditarik oleh Daniel.

"Ikut aku, Medina!" kata Firman mendatar.

"Ikut aku!" Daniel menarik tangan Medina kuat. Medina terdorong ke Daniel.

"She must follow me!" Dingin suara Firman.

"She's mine!" balas Daniel.

Medina sudah pening. Kedua-dua tangannya rasa sakit sangat sebab diorang bukan pegang dah tapi cengkam.

"Ahhhh lepaskan aku lah!" jerit Medina.

Alpha dan Firman memandang Medina. Medina menarik tangan kanannya iaitu cengkaman dari Firman.

"Aku ikut Alpha. So please, jangan sentuh aku kalau kau tak nak aku jadi monster kat sini!" Ujar Medina kasar lalu menjeling Firman. Daniel senyum sinis pada Firman.

"Tapi Medina...." kata-kata Firman dipintas.

"Jom Alpha, masuk kelas! Kau orang tak masuk kelas, aku tendang nanti!" kata Medina seperti komander.

Medina menarik tangan Daniel untuk masuk ke kelas manakala ahli Alpha yang lain terkocoh-kocoh mengejar Medina dan Daniel yang meninggalkan Firman.

Masuk sahaja kelas 5 Diamond, Medina melepaskan pegangannya. Medina terus duduk di tempatnya.

"Kau okey tak, Dee?" soal Mia.

"Tak okey!"

Mia, Tasha dan Alisya terkejut lalu mendiamkan diri.

Tiba-tiba kerusinya ditendang dari belakang. Tak lain tak bukan kerja Daniel.

"Ish kau nak apa hah?!"

Daniel senyum sinis lalu menendang kerusi Medina berkali-kali. Tiba-tiba nak kacau Medina.

"Tengku Izz Daniel!" laung Medina kuat. Serta merta kelas 5 Diamond sunyi akibat terkejut.

"Jangan kacau aku la! Aku hempuk kau kang!" Marah Medina lalu duduk kembali.

Kemudian, Puan Syahirah masuk ke kelas 5 Diamond.

"Bermula minggu depan, sekolah kita akan mula kokurikulum. Sekarang cikgu nak ubah tempat duduk kamu memandangkan awal Januari kamu sendiri memilih tempat duduk kamu. Cikgu dah siapkan pelan kedudukan kelas kamu." Ujar Puan Syahirah.

Pelbagai rungutan didengari. Medina tidak kisah asalkan jangan si Alpha duduk sebelahnya.

"Mia tukar tempat duduk kamu dengan Daniel."

"Mia kamu duduk sebelah Khairul, manakala Harriz duduk tempat Natasha."

"Natasha kamu duduk sebelah Raihan."

Dan Puan Syahirah sambung melakukan pertukaran tempat duduk.

Sekarang kedudukan diorang macam ni, di hadapan Medina ialah Harriz dan Alisya manakala di belakang Medina ialah Tasha dan Raihan. Di sebelah duduk tempat Raihan dan Tasha ialah Khairul dengan Mia.

Faham?

Medina memandang Daniel di sebelahnya. Aduhhh kenapa ramai-ramai ahli Alpha, dia juga yang duduk sebelah aku?

"Kau jangan masuk kawasan aku!" Medina beri amaran.

"Ada aku kisah?"

"Ish jangan masuk kawasan aku!" kata Medina lagi lalu mencubit lengan Daniel.

"Ahhh sakitlah! Ya ya kau pun jangan masuk kawasan aku!"

Medina menjeling tajam. Tak guna!

"Tasha, kenapa aku rasa perang dunia ketiga akan berlaku?" bisik Raihan kepada Tasha. Tasha tersengih.

"Entah. Ha kau jangan buli aku!"

Raihan mencebik lalu membisik sesuatu.

"Kalau nak buli hati kau?"

"Gila!"

Raihan ketawa. Tasha tersenyum, malang nasib aku duduk sebelah bad boy.















***








TASHA seronok bermain telefonnya semasa rehat. Medina dan Mia makan tanpa henti. Lapar.

Tiba-tiba sahaja ada orang hempas pinggan ke atas meja. Medina tercekik kerana terkejut. Mia cepat-cepat hulurkan air kepada Medina.

"Kau kenapa, Alisya?" soal Tasha.

"Harriz la!" Alisya menghempaskan punggungnya kasar.

"Relax... cuba cerita kenapa?" soal Mia pula.

"Stress aku duduk sebelah dia tu. Asyik kacau aku jer! Pastu menyanyi, suara tu memang lah merdu tapi tak payah lah sampai gendang meja bagai. Stress aku!" omel Alisya.

"Kau tak tahu si Raihan tu pula, buat ayat geli-geli dia kat aku. Pastu main tolak-tolak meja aku. Tak cukup tu, buku aku dia conteng. Dia kata dia bosan! Kau rasa?!" kata Tasha.

"Aku pula, si Khairul tu jenis tak suka kacau orang sangat tapi dia tu cakap ganas gila pastu bila nak tengok buku aku main tarik jer. Nak jer aku hempuk dia kuat-kuat!" ujar Mia dengan nada geram.

Medina menggeleng kepalanya perlahan.

"Ha kau pula, Dee? Mesti lagi teruk kan? Duduk sebelah ketua Alpha pula tu," tanya Tasha prihatin.

"Hmm aku rasa dah nak perang dengan Daniel. Teruk jugalah dia tu. Haih... rasa nak belasah dia pun ada," omel Medina.

"Sabar... sabar..."

"Hmm kau orang," panggil Medina.

"Yes?"

"Aku... aku... aku dah jadi manager Alpha," tutur Medina perlahan.

"What?! Seriously?!" Terkejut Mia.

Medina mengangguk.

"Serious la? Kau tahu tak selama ni mana pernah Alpha nak ambil manager!" ujar Alisya pula.

"Hebat ar Dee! Chaiyokkk!"

Medina senyum kelat.

"Kau mesti takut kan?" soal Mia.

"Takut la... tapi nak buat macam mana. Hmm kau orang rahsiakan benda ni tau. Sebab ramai sangat fans Alpha... kalau diorang tahu mahu aku kena pukul!" kata Medina.

"Alright!" Serentak kawan-kawannya membalas.



































To be continued..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro