Part 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[hyoEun PoV]

Hai guys, aku hyoeun. Harini hari pertama sekolah bermula semenjak cuti semesta lepas. Tak sabar rasanya nak jumpa kawan - kawan dekat sekolah ku, Jenguk High School. Tak sabar nak jumpa kawan baik aku, minyoung. Tapi, yang aku paling malas tentang pergi sekolah ni kan, aku mesti berjumpa si tua buaya . Nama dia Byun BaekHyun. Aaarrrr!!! Aku memang tak boleh lah berjumpa dengan dia. Kalau jumpa, kami ibaratkan jaesuk dengan jongkok. Wait? Apasal aku cerita pasal si tua muka kedut tu?? Baik aku pergi sekolah, dah pukul 7:15 ni.

Di sekolah.

Aku menjejaki kaki ke sekolah setelah lama bercuti. Sebaik sahaja melangkah masuk melalui pagai sekolah. Aku melebarkan tangan ku dan menghayati suasana sekolah semula seperti cerita Pinnochio. Aku ni memang gila sikit kalau pagi-pagi. Opss hahaha

"waahh segarnya pagi ni" kata ku sambil menutup mata dan melebarkan tangan ku di tengah jalan dekat pagar.

Aku hanya membiarkan pelajar-pelajar lain melihat aku dengan aneh. Semua org disitu memandang aku pelik. Terserah aku lah, hidup aku, sekolah pun kepunyaan atuk aku so what??

Semasa aku sedang menghayati suasana. Tiba-tiba ada orang menolak ku dari belakang.

"Woi, kau gila ke lebarkan tangan tengah-tengah jalan ni!??" Marah lelaki itu.

Aku berasa bengang dan menoleh ke belakang. Best je dia ganggu aku punya drama!

"Yah baekhyun! Kau ni tak boleh tengok aku tenang sedikit ke? Menyusahkan betul" marah ku pada baekhyun, Si tua buaya.

" ada aku kesah? Lagipun kau duduk tengah jalan ni kenapa? Cikgu nak memandu pun kene pandu ke tepi sedikit" kata baekhyun sambil bercekik pinggang.

" aku tahulah kau tu ketua pengawas. Tapi, sekolah atuk aku punya so what?" Balas aku dengan yakin. Aku pasti dia tak ada jawapan lain! Hahahaha

" yeap sekolah ni atuk tua kau punya tapi aku menjalankan perintah atuk kau. So thats means atuk kau pun suruh ikut peraturan aku" balas baekhyun dengan tegas setegasnya.

Tiba - tiba jam sekolah berbunyi .Krrringggg.

" kau dengar dengan tu bunyi apa?" Tany baekhyun memerli.

" bunyi taik hidung kau " jawap aku selamba

Aku rasa aku dah buat lucu tapi baekhyun langsung tidak memberikan respons. Malah, dia mengeluarkan nota denda pengawas dan pen dari poket seluarnya. Aku hairan

"Kau lambat. Aku tulis nama kau" kata baekhyun sambil mencatat nama ku didalam buku dendanya.

" apasal pula!! Aku kan dah kat sekolah ni!?" Marah aku

" tengok garisan sekolah kat kaki kau. Kau tak melintasi pun garisan sempadan sekolah . So thats means kau tak masuk kawasan sekolah lagi" balas baekhyun sambil menunjukkan garisan itu.

Wah wah wah!! Aku rasa nak lenyek je dia ni dengan kereta cikgu yg lalu lalang!! Geram aku tercabar. Aku hanya menunjukkan aku kedua tapak tangan ku di muka baekhyun tandanya aku geram dengan tindakan dia!!. Dia ni kalau sehari tidak petah berkata-kata tak boleh ke!!??

-------
Di dalam kelas,

Aku berjalan dengan geramnya ke meja ku. Aku duduk di sebelah kawan baik ku, kim minyoung! Sahabat sejati ku sejak tadika lagi. Hehe. Sudah lama tidak berjumpa dia, rinduunyaaa.

Semasa nampak dia di sebelah mejaku, aku terus memeluknya. Maklum BFF tidak boleh dipisahkan. Hehehe

" rindu kau minyoung!!" Jerit ku dalan dakapannya.

"Arrhh rindu kau juga! Lama tak jumpa!" Teriak minyoung pula.

Kami pun melepaskan pelukan dan duduk di tempat masing-masing. Kami berborak sakan selepas itu.

"Kau dah makin cantik ah hyo. Jeles aku" kata minyoung.

" eh mana ada lah Min, kau lebih cantik. Muka aku berjerawatan" nafi aku pula. Sebenarnya aku suka dia kata aku cantik. Rasa macam fe feeling kawai sekejap. Hahaha

Semasa kami sedang berborak mesra. Datang lah pula si Tua Buaya ni. Alahai.. Aku dan dia memang sekelas. Meja dia berada di belakang meja aku. Kenapalah aku mesti berjumpa dengan dia lagi?

Baekhyun pun duduk dimejanya dan mengeliat luas. "Ahhh". Dia membetulkan sendi-sendinya sehingga berbunyi 'krik'. Tu memang dia punya tabiat pagi-pagi. Aku pun tak tahu.

(Hyo extra : dia ni playboy sebab tu aku panggil dia si Tua Buaya 😌)

"Cehh..." Keluh ku. Lalu aku pun mengeluarkan telefon ku dan menyumbatkan earphone ke dalam telinga ku sambil mendengar lagu 'love me right-exo'

"dengar lagu lagi best dari dengar bebelan dia..." keluh aku lagi lalu terlelap.

Baru sahaja Aku hendak terlelap, Baekhyun menbuang earphone dari telinganya dan membuatkan aku terjaga

" kau ni apasal?" Marah Aku sambil cuba merampas earphone di tangan baekhyun.

" peraturan sekolah 39, Dilarang tidur didalam kelas. Peraturan sekolah 22, Dilarang mendengar lagu di dalam kelas" kata baekhyun sambil mengangkat earphone milik ku.

" kyyaa!! Seriusly baek...dalam banyak2 pengawas kat sekolah ni, tak pernah pun ada pengawas macam kau!!" kata ku pada baekhyun lagi sambil menompat-ii mencapai earphone ku.

"Sebab aku ketua pengawas" baekhyun menjawap

Haish budak baekhyun ni. Tahap kesabaran aku dah melebihi tahap dah ni!!! Dengan pantas aku menedang kaki baekhyun dengan kuat.

"Aduuhhh!!!" Jerit baekhyun sambil memegang kakinya

Dengan cepat aku pun terus mengambil earphone ku kembali dan meletakkannya di dalam beg sekolah.

Tanpa aku sangka baekhyun pun menarik rambut ku yang cantik ini.

"Sakit lah!!" Rintih ku sambil memegang rambut ku yang ditarik oleh baek.

" kau tendang kaki aku apasal?? Ni lah balasannya!" Jawap baekhyun.

Tiba-tiba sesorang membuka pintu dengan cemas dan berpusu-pusu masuk kedalam kelas kami.

"Cikgu datang cikgu datang!!!" Kata salah seorang pelajar kepada kita

Aku dan baekhyun saling berpandangan, lalu aku dan baekhyun pun dengan cepat berlumba ke tempat duduk masing - masing.

" Anneyeong haseyo murid-ii. Maafkan sir kerana lambat masuk kelas. Sekarang saya hendak kamu semua keluarkan muku nota yang kamus semua salin sebelum cuti dulu. Saya hendak semak" kata sir Kris sebaik sahaja masuk ke kelas. Sir Kris ni memang straight to the point.

"Nae" sahut pelajar kelas aku kecuali aku yang belum siap nota sebelum cuti dulu.

"Kim HyoEun, awak belum siap ke?" Tanya sir Kris tegas selepas melihat aku agak sedikiy gelisah

"Err..err.. Belum" jawap ku agak gagap.

" KIM HYOEUN! Nanti jumpa saya dekat pejabat semasa rehat!" Suruh Sir Kris.

"Nae" aku hanya menjawap perlahan

"Wuuu... Ada org kene nk dendaaa...bestt" bunyi mulut baekhyun bercakap menyindir ku kepada chanyeol yg berada di sebelahnya.

"Kau ni apahal ha!?" Aku meninggikan suara

"KIM HYOEUN! AWAK NI DAH KENAPA? BERDIRI DI LUAR SEHINGGA HABIS MASA SAYA! SEKARANG" Arah Sir Kris sekarang.

Aku hanya berjalan keluar sambil menundukkan muka ku kerana malu. Aku disuruh mengangkat kaki ku sebelah dan mengangkat tangan ke atas. Nampak macam aku ni superwomen bodoh di lorong sekolah wtf

I HATE YOU BYUN BAEKHYUN!!

_______________________________________

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro