BAB 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kereta Honda City diparkir di halaman sebuah rumah kampung. Dia keluar dari tempat duduk pemandu. Spek mata hitam ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Matanya liar memerhatikan kawasan rumah itu.

''Macam tak ada orang je?'' getus hatinya.

''Kamu ni siapa? Apa hajat kamu datang ke mari?'' tanya satu suara dari arah belakang.

Dia memusingkan badannya menghala ke arah pemilik suara itu. Kelihatan seorang wanita sebaya mamanya sedang menjinjit beberapa beg plastik.

''Assalamualaikum. Mak cik ni mak Aisyah ke?'' tanya lelaki itu.

Raut wajah Mak Temah terus berubah tatkala mendengar satu nama itu.

''Aku tak kenal siapa dia. Kau ni dah salah rumah. Pergilah balik. Orang yang kau cari tak ada kat di sini,'' halau Mak Temah.

Dompet kecil berisi duit dan kunci rumah dikeluarkan dari poket baju kurung. Tangannya ligat membuka kunci kepada rumah. Dia tidak mahu ada kaitan lagi pemilik sebaris nama tersebut.

''Puan, maafkan saya kalau kedatangan saya ni tak diundang tapi ada sesuatu yang perlu saya jelaskan kepada puan. Dan perkara yang saya nak jelaskan ni ada kaitan dengan Aisyah.'' Lelaki itu cuba menjelaskan niatnya datang ke sini.

Walaupun dia tak dapat berjumpa dengan Aisyah tapi dia berharap dia dapat menjelaskan perkara sebenar yang telah berlaku pada 3 tahun yang lalu.

Langkah Mak Temah untuk masuk ke dalam rumah terhenti. Dia berpaling semula memandang lelaki itu.


Syafiq melangkah longlai masuk ke dalam kereta. ''Maafkan aku, Aisyah. Disebabkan sikap aku yang pentingkan diri ni, kau pulak yang menjadi mangsa. Izinkan aku untuk membetulkan semula apa yang dah berlaku. Bantu aku untuk cari Aisyah, Ya Allah,'' monolog hatinya.

Setelah kereta Syafiq meluncur keluar dari halaman rumahnya, Mak Temah terduduk. Kebenaran dah pun terbongkar. Dia bagaikan terhenyak sendiri apabila kebenaran sudah terungkap. Anaknya tak bersalah.

''Ya Allah, Aisyah tak bersalah. Ampunkan aku, Ya Allah," rintih Mak Temah.

Di saat anaknya diuji, dia sebagai ibu tiada di sisi. Ibu jenis apa dia? Sanggup dia menghalau Aisyah tatkala gadis itu merayu kepadanya. Air mata yang turun lebat membasahi pipi.

''Maafkan Mah abang. Mah tak dapat nak jaga amanah yang abang titipkan dengan baik. Maafkan Mah,'' lirih Mak Temah.

Dan petang itu menyaksikan betapa dia merindukan anaknya tatkala kebenaran yang selama ini terkubur telah terbongkar.

Malam itu, usai solat Isyak dia duduk berteleku di atas sejadah. Tenang di situ. Bibir dibasahkan dengan zikir-zikir. Air mata masih lagi setia mengalir.

Teringat dia akan kata-kata Syafiq petang tadi.

''Saya yang bersalah puan. Kalau tak disebabkan sikap penting diri saya ni, mesti Aisyah takkan masuk ke sekolah tu. Kalaulah saya buat keputusan yang tepat waktu tu, mesti Aisyah takkan tanggung semua kesalahan tu. Saya berharap puan izinkan saya untuk cari Aisyah dan betulkan semula keadaan,'' separuh merayu Syafiq meminta.

''Syafiq, tolong kembalikan Aisyah pada saya. Saya izinkan kamu cari Aisyah dan betulkan semuanya. Bila semuanya dah selesai, tolong suruh dia balik rumah. Dan tolong pujuk dia untuk maafkan saya. Saya tak layak pun untuk jadi ibu dia. Masa dia kat dalam, sekalipun saya tak melawat dia di sana. Bila dia dah balik sini, saya yang halau dia keluar dari kampung ni. Maafkan ibu nak,'' rintih Mak Temah.

Mak Temah menyeka lembut air mata yang masih lagi setia mengalir. Kedua-dua tangganya diangkat dan doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Moga ada secebis kemaafan dari Aisyah buatnya dan dia berharap anaknya itu dilindungi dari sebarang kejahatan dunia di luar sana. Amin.

#wah nampaknya dah ada watak baru.
#siapa syafiq? Apa kebenaran yang terbongkar tu? Jeng jeng jeng...
#jangan lupa vote dan komen...  😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro