To Cheer You Up!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Taufan: Hwaarghh~!! Haih... Penatnya kena tolong angkat barang tadi. Rasa macam nak tercabut tulang belakang pun ada ni....

Taufan, Si Pengendali element angin mula menguap seraya merenggangkan badannya sambil berjalan menuju ke arah rumah yang didiami olehnya bersama saudara elementnya yang lain dan Tok Aba serta robot kuning bernama Ochobot. Nampaknya hanya Taufan seorang sahaja yang akan pulang ke rumah itu manakala saudaranya bersama Tok Aba dan Ochobot kecuali Gempa sedang berada di Koko Tiam iaitu kedai Tok Aba berniaga.

Dengan posisi yang membongkok Taufan mendekati pintu rumah lalu mencapai tombol pintu rumah tersebut. Dipulas tombol pintu dan menarik muka pintu agar ia terbuka untuk dirinya masuk ke dalam rumah.

Taufan berjalan masuk ke dalam rumah sebelum dia mula membukakan kasut yang dipakainya lalu disimpankan di dalam rak kasut. Sambil menguap, Taufan meneruskan perjalanannya untuk menuju ke ruang tamu.

Hajat utamanya ingin menuju ke arah sofa dan baring untuk merehatkan dirinya namun ia segera terbantut apabila dia tiba-tiba terdengar isak tangisan seseorang. Taufan cuba mengenalpasti bunyi tersebut dan cuba mengingat kembali siapa lagi yang berada di dalam rumah tersebut selainnya.

Seketika kemudian terbelalak matanya apabila dia terus teringatkan seorang saudaranya yang sangat terkenal dengan kemanisan dan kepolosannya. Gempa. Dengan pantas Taufan cuba mencari bunyi asal suara tersebut sebelum hatinya terdetik untuk mula mencari di kawasan dapur yang tidak jauh jaraknya dari tempat Taufan berada.

Dengan langkah kaki yang cepat Taufan berjalan menuju ke arah dapur. Sebaik sahaja dia tiba di ambang muka dapur, dia terus mencari kelibat Gempa yang dia pastinya suara tangisan itu berasal dari dapur tersebut. Apabila dia cuba untuk fokus pada suara tadi, dia semakin yakin bahawa punca suara tersebut berasal dari dapur apabila dia dapat mendengar isak tangisan begitu jelas sekali di dalamnya.

Taufan: Gempa? Kau ada kat sini?

Dan serta-merta suara isakan tadi tiba-tiba berhenti. Hening. Taufan terus berjalan masuk ke dalam kawasan dapur untuk mencari kelibat Gempa sebelum dia ternampak susuk tubuh seseorang sedang duduk berlutut sambil memeluk lututnya. Terkaku mereka berdua apabila iris masing-masing bertemu.

Taufan: G-Gempa? Kenapa kau... Menangis?

Gempa: Taufan?! Ah, m-maaf!! Aku tak sengaja!!

Dengan pantas Gempa mengelap air matanya dengan kedua belah lengan bajunya. Taufan tanpa membuang masa terus menerpa ke arah Gempa dan melihat keadaan Gempa. Dengan pandangan risau Taufan memandang ke arah Gempa yang masih sedang cuba mengelap air matanya yang tidak henti-henti mengalir.

Taufan: Gem, ceritakan pada aku. Kau ada masalah ke? Ada yang terluka? Kau ok? Apa dah jadi?

Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Taufan. Jelas sekali dia cukup risau dengan keadaan Gempa. Namun Gempa hanya sekadar menggeleng dan cuba tertawa kecil walaupun bunyinya seperti paksaan semata-mata.

Gempa: Urkh... T-takde apa-apa. Aku ok... Sniff...

Taufan: Kau jangan nak tipu aku lah, Gem. Kau nangis sampai... Mata kau bengkak kot. Ceritalah pada aku, Gem. Kau ada kecewakan sesuatu ke?

Gempa terdiam apabila Taufan menyoalkan soalan tadi. Dengan sekali imbasan Taufan dapat tahu bahawa tekaannya tadi betul. Walaupun rasa lega kerana tekaannya betul, namun perasaan bersalah mula muncul apabila dia rasakan bahawa dia tidak patut bertanya sedemikian.

Taufan: Maaf sebab tanya tadi, Gem. Tapi aku betul-betul nak tahu... Kenapa kau menangis ni? Jangan sembunyikannya Gem. Aku risau. Kau tu dah lah tak selalu bercerita tentang masalah kau.

Gempa: Nnh... Aku ok je. Takde apa-apa masalah besar pun. Cuma penat je.

Taufan mula mendengus kesal.

Taufan: Haih... Suka hati kaulah. Kau tau, Gem? Aku... Agak kecewa bila kau selalu saja sorokkan masalah kau.

Gempa terus tersontak apabila mendengar luahan Taufan. Dan tidak semena-mena air matanya mula mengalir keluar semula. Dan hal itu membuatkan Taufan panik.

Taufan: G-Gempa?!! Kau ok?! Aahh!! Sorry sebab cakap macam tu!! Maafkan aku Gem!!

Gempa: Isk.. Hiks... T-Taufan... A-aku.. Isk... Teruk sangat... Kan? Isk...

Taufan: Tak!! Kau tak teruk pun!! Maaf sebab cakap macam tu!

Gempa: Aku... Selalu kecewakan korang kan? Aku.. Isk selalu buat korang kecewa. Isk.. Isk... Aku ni teruk...! Isk... Hwaaaaa....!!

Semakin menjadi-jadi tangisan Gempa. Taufan pula semakin bertambah panik jadinya. Dan dengan keadaan kalut Taufan terus memeluk Gempa sambil berharap agar saudara kesayangannya itu dapat berhenti menangis.

Taufan: S-sudahlah tu Gem.. Maafkan aku. Aku tak sengaja nak cakap macam tu.

Gempa membenamkan wajahnya pada dada bidang Taufan. Baju Taufan dicengkam seraya dia terus melepaskan tangisannya. Taufan pun mengusap belakang badan Gempa dan akhirnya dia membiarkan sahaja Gempa menangis dan membasahi bajunya.

Lebih kurang 5 minit diperlukan untuk Gempa kembali tenang. Dan kini, hanya isak tangisan sahaja yang menemani Taufan dan Gempa di dalam ruang dapur tersebut.

Taufan: Dah? Kau rasa macam mana sekarang? Dah ok?

Taufan melepaskan pelukan mereka berdua. Wajah Gempa ditatapnya. Sungguh bengkak dan merah sekali mata Gempa. Pipi tembam Gempa habis kebasahan kerana tangisannya. Taufan sedikit terkekeh-kekeh melihat wajah Gempa yang baginya kelakar tapi pada masa yang sama comel.

Taufan: Hahaha! Kau patut tengok muka kau ni. Habis bengkak tau!

Gempa sedikit mengetap bibirnya geram. Bahu Taufan sedikit dipukulnya manja.

Gempa: K-kejam..! Isk! Orang tengah sedih ni...

Taufan: Hehehe! Yelah.. Yelah. Sorry. So? Kau nak cerita ke tak masalah kau ni?

Gempa sedikit menundukkan wajahnya. Dia diam seketika sebelum dia memandang ke arah Taufan semula.

Gempa: Kau.. Isk! N-nak dengar ke..?

Taufan mengukirkan senyumannya ke arah Gempa. Wajah Gempa dibelainya lembut sambil mengangguk.

Taufan: Sudah tentulah. Kalau tak, memang takkan aku biarkan kau basahkan baju aku ni.

Gempa mengembungkan pipinya geram. Wajahnya terus disandarkan semula pada dada bidang Taufan yang bajunya telah basah kerana air mata Gempa tadi.
Gempa: Sniff... Sorry...

Taufan menepuk-nepuk belakang Gempa sambil tertawa kecil.

Taufan: Hehehe! Gurau je. Ceritalah dekat aku, Gem. Aku betul-betul nak tahu.

Gempa kembali menatap ke arah Taufan. Wajah masamnya terus mengukirkan senyuman manis. Dia mengangguk setuju.

Gempa: Uhm! Baik. Aku akan ceritakannya.

Selepas itu, Gempa mula bercerita segala masalannya yang disimpan di dalam dadanya seorang diri selama ini kepada Taufan. Segala luahan diluahnya sehingga dia ada menangis semula untuk beberapa kali. Namun Taufan tetap setia menemani Gempa dan mengelap air mata Gempa sembari cuba menghiburkan Gempa semula. Dan hal itu sedikit-sebanyak membantu mengurangkan kesedihan Gempa.

Gempa: Jadi... Sebab itulah aku rasa aku ni teruk. Taufan, aku ni terukkan? Selalu lemah. Aku tak dapat berdepan dengan masalah aku dengan baik. Selepas satu masalah hilang... Masalah lain mula muncul. Aku penat sangat sebab... Kena hadapi semua masalah tu. Aku banyak kecewakan beberapa pihak. Kecewakan korang pun aku pernah. Aku... Aku ni sangat teruk, kan?

Gempa membenamkan wajahnya pada tangannya yang sedari tadi lagi memeluk lututnya. Jelas sekali tatapan mata Gempa begitu terpancar kesedihan dan kekecewaan. Bukan kepada orang lain. Tetapi kepada dirinya sendiri.

Taufan dengan pantas menggelengkan kepalanya seraya menepuk kepala Gempa yang berlapikkan topi dinonya dengan kuat.

Taufan: Mana ada! Aku rasa kau lah paling hebat, Gempa! Kau terima banyak cabaran dan ujian dalam hidup kau! Tapi tengok! Kau masih lagi dapat bertahan dan berdiri dengan gagah! Kau memang hebat, Gem!

Taufan berkata-kata sambil memuji-muji Gempa dengan yakin sekali. Siap diangkatnya kedua belah tangannya sambil mengibas-ngibas kedua belah tangannya di udara untuk membuktikan keterujaannya kepada Gempa.

Gempa memandang Taufan dengan pandangan kagum. Dan dengan perlahan, sebaris senyuman manis terukir di bibir Gempa.

Gempa: Heheh! Terima kasih, Taufan. Aku rasa lega selepas bercakap dengan kau.

Taufan membalas senyuman Gempa dengan ikut tersenyum. Badan Gempa ditariknya lalu dipeluknya erat.

Taufan: Anything for my beloved Gemgem~

Gempa terus ketawa dengan kata-kata Taufan. Mereka berdua kekal begitu sehinggalah Gempa terdengar bunyi perut seseorang.

Taufan: Erk! Aiseh... Hehehe... Malunya.

Taufan melepaskan pelukan mereka lalu menggaru-garu wajahnya yang tidak gatal untuk menutup malunya kerana perutnya yang tiba-tiba berbunyi tadi. Gempa tertawa terkekeh-kekeh dengan hal itu lalu wajah Taufan disentuhnya lembut.

Gempa: Taufan, aku terfikir untuk buat kek. Nak join aku buat kek tak?

Taufan dengan pantas menganggukkan kepalanya. Jelas bersinar wajahnya apabila menerima tawaran daripada Gempa. Jarang sekali sebenarnya untuk Gempa membelawa sesiapa untuk bersamanya memasak. Dan apabila peluang dibuka ni, takkan Taufan mahu lepaskannya?

Taufan: Nak!! Aku nak tolong kau Gem!! Everything for you!!

Sekali lagi Gempa tertawa terkekeh-kekeh dengan tingkah laku Taufan. Dia kemudian bangun dan menarik Taufan untuk bangun bersamanya.

Gempa: Ok. Jom kita mula baking!

Taufan: Jom!!

Maka bermulalah aktiviti memasak kek bersama Gempa Dan Taufan berdua. Mereka berdua bersama menyediakan bahan dan mula membuat kek bersama-sama. Sepanjang aktiviti itu hanya dipenuhi dengan gelak tawa mereka berdua. Kadang-kadang Taufan akan mencalit adunan ke muka Gempa. Gempa juga tidak kalah meleset tepung gandum pada wajah Taufan. Wajah mereka habis comot dan kotor dengan bahan adunan dan tepung gandum.

Masa semakin pantas berlalu. Tidak sedar sudah 2 jam mereka berada di dapur dan membuat kek bersama. Dan akhirnya beberapa buah kek berjaya dihasilkan dengan gaya masakan yang simple. Taufan dan Gempa melihat hasil mereka berdua dengan kagum dan bangga.

Taufan: Waahh~!! Tak sangka sekejap je kita berdua dapat buat kek dan biskut ni semua bersama. Thanks Gempa sebab sudi ajak aku join kau baking!

Gempa: Eheheh! Aku sebenarnya dah lama nak ajak kau baking sama-sama dengan aku. Dan nampaknya nasib menyebelahi aku. Thanks untuk kau juga Taufan sebab sudi terima ajakan aku.

Taufan menggaru-garu pipinya malu. Dia tersenyum malu apabila melihat senyuman manis dari Gempa. Dan tanpa Taufan sedar, dia tiba-tiba menerima sebuah kucupan dari Gempa di pipinya.

Gempa: Itu sebagai sudi baking bersama aku.

Gempa tersenyum. Manakala Taufan pula sudah kaku dan kemerahan apabila menerima kucupan tiba-tiba itu. Namun cepat-cepat dia sedarkan dirinya dan memegang kedua belah bahu Gempa dengan erat.

Taufan: G-Gempa! A-aku ada permintaan!!

Gempa sedikit terpinga-pinga dengan tindakan tiba-tiba Taufan. Namun dia tanpa ragu-ragu hanya mengangguk sahaja.

Gempa: U-uhm! A-apa dia?

Taufan: A-aku nak... K-kau c-cium aku..!

Gempa: E-eh? Tadi kan... A-aku sudah cium?

Taufan pantas menggelengkan kepalanya.

Taufan: Bukan di pipi! A-aku nak di...

Taufan mula mengetap bibirnya seolah-olah mahu memberikan isyarat kepada Gempa. Wajahnya semakin kemerahan apabila dia tidak dapat mengungkapkan kata-katanya. Gempa yang pada awalnya blank akhirnya dapat menangkap maksud Taufan. Wajahnya juga tidak kalah kemerahan.

Gempa: K-kau pasti... Taufan..?

Taufan tanpa ragu-ragu menganggukkan kepalanya.

Gempa: B-baiklah..!

Taufan: Eh?!

Chu~

Kucupan mula hinggap di bibir Taufan. Taufan terkaku seketika apabila dia menerima kucupan tersebut. Manakala Gempa sudah memejamkan matanya untuk menyembunyikan rasa malunya. Dan Taufan tanpa membuang masa terus membalas ciuman Gempa.

Taufan mula menjilat bibir Gempa dan ciuman biasa mereka mula bertukar menjadi ciuman yang hangat. Gempa membukakan mulutnya untuk Taufan dan Taufan mula memasuki ruang mulut Gempa.

Ciuman mereka terus berakhir dan jarak wajah mereka mula tercipta. Benang saliva mula terhasil di bibir mereka berdua. Taufan dan Gempa saling membalas tatapan iris mereka berdua.

Gempa: Hhaa.. Haa... I-itu... Untuk... Taufan sebab sudi... Temankan Gempa tadi. Hehe!

Taufan mengukirkan senyuman gembiranya kepada Gempa. Badan kecil Gempa terus dipeluknya dengan erat.

Taufan: Thanks, Gem.

Gempa terus membalas pelukan Taufan dengan senang hati.

Gempa: Uhmm... Sama-sama.


















END

Jangan lupa vote dan komen.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro