BR 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

Flashback

Mia yang dibawa ke biliknya itu berusaha untuk meloloskan diri daripada cengkaman lelaki yang di panggil Pedo itu.

"Lepaskan akulah. Lelaki jahat."

Tubuh kecil itu dicampak ke atas katil.

"Aku jahat. Hahaha aku memang jahat tapi bapak kau lagi jahat. Sebab tu kau jadi makanan aku."

Pedo yang telah pun menindih tubuh kecil Mia, mencarikkan baju sekolah Mia sehingga menampakkan baju alasnya. Tangan Pedo mula meliar pada bahagian atas tubuh Mia yang terdedah. Dia dengan rakus membuka zip seluarnya. Sekaligus menyingkap kain sekolah Mia ke atas.

Melihat perilaku aneh si Pedo terhadapnya semakin tidak terkawal membuatkan Mia menjerit ketakutan. Meminta bantuan.

"Papaaa! Selamatkan Mia! Selamatkan Mia mama. Orang jahat!" Mia menjerit sekuat hatinya. Cuba melawan dengan kudrat yang tidak seberapa. Namun teriakan itu mati apabila Mia ditampar oleh Pedo.

"Bodoh! Aku nak berseronok pun tak dapat. Diam!" Bentak Pedo.

Mendengar jeritan Mia, Hisham tidak dapat bersabar lagi. Membayangkan perilaku tidak senonoh yang bakal dilakukan oleh Pedo terhadap Mia membuatkan Hisham bertindak gila.

Hisham mencapai sebuah pasu bunga yang terdapat di sisinya lalu menghayunkannya ke kepala lelaki yang sedang memegangnya. Terbaring lelaki itu dengan darah yang mengalir deras dari bahagian kanan kepala. Hisham terus meluru ke arah Zeke dan cuba merampas pistol. Logan yang terleka seketika itu segera menyerang Hisham kembali apabila melihat rakannya telah tumpas seorang. Berlaku pergelutan antara mereka bertiga sementara seorang lagi masih mengunci pergerakkan isterinya dan Naim.

Bang

Bang

Setelah puas mencium wajah dan leher Mia, Pedo mengangkangkan kaki Mia untuk memudahkan dia melampiaskan nafsu syaitannya. Hasratnya terbantut bila bunyi tembak dilepaskan.

Siapa yang kena?

"Pedo turun. Kita kene bla." Merah padam muka Zeke bila dia tersilap percaturan. Bergelut dengan Hisham menyebabkan dia melepaskan tembakkan sebelum waktunya.

"Settle-kan kerja kau Log, pastu kita bla." sambungnya lagi.

"Abang!" Air matanya deras mengalir menuruni pipi yang semakin merah padam. Menahan segala rasa yang ada. Masa bagaikan terasa terhenti seketika apabila melihat suami tercinta jatuh terkulai. Darah merah mula mewarnai baju kemeja biru Hisham.

Logan terus ke bahagian dapur lalu membakar kain. Kain yang terbakar itu dicampakkan pula ke kawasan yang dipenuhi minyak tanah. Api mulai marak mengikuti kawasan yang disimbah minyak.

"Zeke, jom."

Yakin dengan hasil kerja Logan, Zeke mengarahkan konco-konconya untuk keluar dari rumah. Pintu gerigi rumah Hisham itu dikunci dengan mangga yang dibawa oleh Zeke.

"Mampus kau!" Zeke tersenyum puas melihat wajah-wajah orang yang terkurung di dalam rumah itu. Dia membakar puting rokoknya lalu membalingnya ke arah ruang tamu rumah.

Zeke dan koncunya melarikan diri menaiki kereta mereka yang diletakkan tidak jauh dari situ.

Mama berlari mendapatkan papa yang sudah tidak bergerak.

"Abang... Bangunlah. Apa saya nak buat ni bang?" rintih mama yang sudah hilang semangat untuk berbuat apa-apa. Kepala suaminya dipangku.

Api semakin marak di sekeliling ruang tamu dan bahagian dapur. Tiada jalan keluar.

"Bawaaa a-anak kelu-ar ikut...... a-atas." Susah payah Hisham mengeluarkan suaranya. Rasa perih di bahagian dadanya tidak terkata.

"Saya takkan tinggalkan abang."

"......"

"Papa... Papa..." Naim mengongcang-gongcang tubuh papa.

"Abang! Bangun abang jangan tinggalkan saya!" luluh hati mama. Mama mendakap erat tubuh papa yang sudah tidak bernyawa.

"Mama... ka-kak." kata-kata Naim menyedarkan mama bahawa dia masih mempunyai tanggungjawab.

Pesanan akhir suaminya memberi kekuatan untuk mama. Mama menarik Naim ke atas untuk mendapatkan Mia.

"Kakak!"

"Allah.... Mia!" pedihnya hati seorang ibu melihatkan anak perempuannya tidak sedarkan diri dengan keadaan yang begitu menyedihkan. Mama menbetulkan pakaian Mia yang compang-camping itu.

'Bagaimana lagi Engkau hendak menguji aku?'

Segala kekuatan tetap dikumpulkan demi anak-anak yang berada di hadapan mata. Demi keselamatan mereka. Rasa sedih yang menjalar diabaikan.

"Mia sayang, bangun sayang." Mama menepuk-nepuk lembut wajah Mia.

Mia membuka mata. Tangan lantas memegang pipi yang terasa menyengat. Minda aktif memikirkan situasi yang berlaku.

"Mama.... Mama tolong Mia. Orang jahat." Ingatan Mia yang kembali sedar membuatkan Mia memeluk erat mamanya. Takut akan perkara yang terjadi pada dirinya.

"Tak apa sayang orang jahat tu dah lari." Mama berusaha menenangkan Mia walaupun jiwa dia sendiri kacau.

"Mama macam mana kita nak lari?" rengek Mia pula.

Mama memandang setiap genap rumahnya. Tiada lagi jalan keluar untuk mereka bertiga. Api semakin memenuhi tingkat bawah. Bilik di tingkat atas juga telah di makan api sebahagiannya termasuk tingkap.

"Ma kita terjun kolam." kata-kata Mia memberi petunjuk kepada mama untuk menyelamatkan diri mereka.

Mama berlari ke bilik utama. Tingkapnya telah pun dijilat api.  Lantas dia berlari ke bilik air untuk mendapatkan air namun tiada setitis air pun yang keluar.

Pengunci air telah ditutup kemas dan dirosakkan.

Mama berlari ke ruang bilik memerhati sekeliling untuk mencari barang yang boleh digunakan. Kerusi meja solek itu dicapai dan dihumban sekuat hati ke arah tingkap.

Pang

Kaca tingkap retak seribu namun masih tidak berderai. Mama mengangkat kerusi itu sekali lagi dan menghentam tingkap berkali-kali sehingga berderai. Sisa kaca yang bertaburan itu dialaskan dengan cadar katil yang masih terselamat. Langsir yang terbakar itu disingkap ke tepi.

"Huk huk! Huk!" Mia dan Naim mula terbatuk-batuk. Tanda ruang pernafasan mereka dipenuhi dengan asap kebakaran. Kedua-duanya terduduk lemah dibelakang mama. Berpelukkan erat.

"Mia cepat sayang. Huk!" Mama semakin kalut apabila api juga telah marak dalam bilik itu. Lekas dia menarik Mia bangun dan membantunya memanjat tingkap.

"Maa Mia takut." Mia ragu-ragu untuk melangkah ke atas atap itu.

Bunyi siren bomba melegakan mama. Memberi sinar harapan yang hampir terpadam.

"Bomba! Tak apa sayang nanti bomba datang selamatkan kita. Mia duduk je dekat situ nanti kita terjun sama-sama."

Selepas berjaya melepaskan Mia ke atas atap, Naim pula diangkat.

Tang

"Arghh!" Mama dan Mia menjerit apabila palang langsir itu tiba-tiba terjatuh dan menghalang laluan untuk keluar daripada tingkap.

Mama mengerang kesakitan. Sebahagian lengannya berdarah melecur akibat palang yang jatuh itu. Palang yang terbakar itu mulai merebakkan api pada cadar tilam itu pula. Mama tetap gagahkan diri mencari akal untuk melalui tingkap itu kerana itu sahaja jalan yang mereka ada.

"Maa..." Mia kelu untuk terus berkata-kata. Jarinya menunjukkan sesuatu.

Mama menoleh ke belakang. Terkejutnya bukan kepalang. Sebuah tong gas berada di dalam bilik mereka. Bukan itu sahaja, terdapat kain terbakar yang mengikat penutup kepala tong gas itu.

Pada masa yang sama, bomba tiba dihadapan rumah mereka.

"Ada sesiapa tak?!" laung suara garau salah seorang lelaki berpakaian lengkap penyelamat bertanya.

"Pak cik bomba! Sini! Sini! Selamatkan mama dengan Naim."

Mendengar suara meminta tolong Mia, bergegas beberapa anggota bomba mengesan kedudukkan mereka.

"Naim tepi sayang." Mama semakin hilang arah apabila penutup tong gas itu mulai mencair. Mama menanggalkan seluarnya untuk digunakan memadam api di sekitar tingkap dan lantai.

"Pak cik bomba cepat!!" jerit Mia pada anggota bomba yang sedang memanjat tangga. Mia juga semakin tidak keruan memandang mama dan Naim yang masih terperangkap di dalam rumah.

"Kakak... Selamatkan Naim... Mama." rayu Naim. Kaki mama dipeluk kemas.

"Tak pak cik, selamatkan mama dengan Naim dulu! Selamatkan mereka." rayu Mia tanpa henti apabila dia didukung oleh anggota bomba. Tangannya menepuk-nepuk anggota bomba itu agar menyelamatkan mama dan Naim dahulu.

"Ya, kawan pak cik selamatkan. Jangan risau." Melihat seorang lagi anggota bomba di situ yang sedang membantu Naim untuk keluar membuatkan Mia tenang seketika.

"Kakak."

Mata Mia tidak lepas memandang wajah adik dan mama yang terjengul di tingkap.

Boom

"Naim!"

"Kakak!"

Gelombang api menyemarak keseluruh ruang bilik tidur itu sehingga menghembus keluar tingkap. Hasil daripada letupan tong gas itu juga menyebabkan Mia dan dua anggota bomba itu tercampak ke dalam kolam renang di bawah mereka.

End of Flashback

•••

"Mama Mia dengan adik dia terkorban dalam letupan tu. Papa dia pun mati ditembak dan rentung dalam kebakaran tu." Bella mengelap air mata yang meleleh ke pipinya.

"Hanya Mia yang terselamat. Masa family aku sampai pun rumah tu habis dijilat api dan Mia dah dibawa ke hospital. Sejak tu papa dengan mama aku ambil Mia jadi anak angkat sebab mama memang kawan baik mama Mia sejak kecil."

Mereka yang mendengar berasa hiba dengan derita kehilangan yang dialami Mia.

"Patutlah Mia tak pernah buka mulut pasal family dia. Tentu dia terseksa sangat." ujar Humaira perlahan menahan sebak.

"Itu ke sebab Mia menangis hari tu?" soal Syahira.

"Yes tapi Mia bukan tak nak cerita tapi dia sendiri tak ingat."

"Tak ingat maksud kau?" celah Syukri setelah sekian lama berdiam.

"Hbis macam mana kau tahu cerita pasal kebakaran tu kalau Mia pun tak ingat?"

"....."

"Bell..." Kaira cuba memujuk lagi.

"Berdasarkan rakaman yang polis dapat daripada rakaman CCTV perumahan dan CCTV rumah yang tersimpan dalam telefon bimbit Pak Cik Hisham yang polis jumpa dalam kereta. Mia pun pernah cerita masa aku teman dia jumpa pakar psikologi dulu. Tapi sekarang aku rasa dia masih tak ingat lepas dia terlibat dalam satu lagi insiden besar. Insiden tu menyebabkan Mia lupa ingatan atau lebih spesifik Selective Amnesia. Doktor cakap itu mungkin cara Mia untuk menyelamatkan diri dia daripada terus terseksa dengan memori pahit yang dialami." Bella mengeluh.

"Baru aku paham kenapa Mia selalu menangis dalam tidur." Sebagai rakan bilik Syahira sering tertanya-tanya mengapa Mia kerap menangis dalam tidurnya. Kini persoalannya terjawab.

"Boleh Maira tahu apa insiden besar yang menyebabkan Mia hilang ingatan?"

"Kalau yang itu korang boleh try Google pasal kemalangan yang terjadi di Paya Bunga Square Terengganu."

Memahami niat Bella yang tidak mahu bercerita lebih lanjut, mereka tidak lagi bertanya soalan.

"....."

"Memandangkan keadaan dah tenang ni, apa kata kita masuk tidur. Esok nak snorkeling pula kan. Perlukan tenaga." cadang Bella bila tiada lagi yang bersuara.

"Betul juga tu. Dah lewat ni. Jomlah tidur rehat." sokong Maleeq.

"Oh sebelum aku terlupa, esok jangan cakap apa-apa pasal malam ni dengan cerita yang korang dengar daripada aku. Aku tak nak Mia tahu. Berlagak macam tak ada apa-apa berlaku okey!" pinta Bella

"Jangan risaulah. Kita orang zip mulut kita orang." Kata Huzir.

Yang lain turut mengangguk tanda setuju. Mereka faham dan tidak mungkin mereka berani untuk membuka duka lama Mia yang masih berdarah itu.

"Bell... Aku tak sangka Mia hilang family dia macam tu sekali. Dahlah kecil masa tu. Kalau aku pun mahu meroyan. Kuatnya Mia. Patutlah kau sentiasa je dekat dengan Mia." gerun Humaira membayangkan kebakaran itu.

"Ish, tidurlah Maira! Karang terbangun pulak Mia tu." sergah Kaira disebelah.

Lampu bilik ditutup oleh Syahira yang baru keluar dari tandas. Dia tidur di katil bujang yang masih kosong. Suasana bertukar sunyi. Hanya dengkuran halus kedengaran berlawan sesama mereka.

Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro