BR 27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

Kawasan padang UMT ini sememangnya sentiasa menjadi pilihan para pelajar untuk menghabiskan masa tidak kira siang atau malam kecuali waktu kuliah. Rata-rata mengisi masa senggang mereka dengan beriadah seperti berjoging dan latihan atau aktiviti kelab. Tidak ketinggalan juga menjadi tempat untuk para pelajar mengadakan perjumpaan mahupun mahupun aktiviti makan-makan.

Syukri sampai sepuluh minit lebih awal untuk mencari kawasan perjumpaan. Lampu tinggi yang teguh berdiri di tengah padang itu memudahkan lagi Syuk memilih kawasan yang selesa dan jauh daripada keriuhan kumpulan pelajar lain.

"Cepat-cepat." Syukri mengarah rakan-rakannya agar menghampirinya dengan pantas. Jam pada telefon bimbit diperiksa.

8.35 p.m

'Dah pesan jangan lambat pun masih ada yang tidak menepati masa. Janji Melayu betul' bebel Syukri dalam hati.

Setelah menunggu beberapa minit lagi, "Assalamulaikum dan selamat malam semua. Terima kasih sebab hadir. Aku malas nak ambil masa banyak. Jadi sebelum kita mula bincang, aku nak korang semua duduk mengikut ajk yang ada dalam list yang aku baru update dalam WhatsApp group. Tak banyak berubah pun. Sama sahaja macam yang korang isi petang tadi."

Arahan yang dikeluarkan oleh Syukri menggerakkan beberapa orang rakannya untuk mengubah posisi mereka agar berada dalam kumpulan.

"Okey, untuk pertama sekali kita berkenalan dahulu. Cam-cam muka, senang nak cari nanti. Kenalkan diri sorang-sorang dengan nama panggilan sahaja."

"Hai, kawan satu course takkan tak kenal lagi." gurau Zamirul.

"Hahaha.. Memang satu course tapi tengoklah berapa ramai." Syukri malu sendiri dengan kelemahan dirinya.

Zamirul hanya mengelengkan kepalanya sahaja. Macam-macam.

"Okey, aku Syukri selaku pengerusi Program Orentasi untuk Tahun Satu Biodiversiti tahun ini dan sebelah aku adalah penasihat kita tahun tiga Zamirul."

"Penolong aku Auni... Mana?" Mata Syukri meliar mencari seraut wajah. Dapat mencari wajah yang diseru, Syukri meneruskan lagi agendanya.

Setiap ajk yang hadir memperkenalkan diri mereka bila Syukri menyeru kumpulan ajk mereka. Mata setiap orang sentiasa mengekor insan yang memperkenalkan diri mereka tanpa jemu untuk mengingati kumpulan ajk tersebut. Ini untuk memudahkan mereka berurusan ketika melaksanakan program kelak.

"Seterusnya ajk media kita ada dua orang. Siapa?" soal Syukri biarpun dia sedang memeriksa senarai nama ajk.

"Dekat sini... I. Raisya." Mata semua ajk menghala ke belakang.

"Sorang lagi?"

"Emir." balas Emir sambil mengangkat tangannya.

"Okey. Rasanya itu sahaja ajk program kita. Seterusnya, aku nak bincang sedikit pasal program kita ini. Basically, aku rasa korang tahu kot program ni macam mana sebab kita pun dah lalui tahun lepas. Jadi yang penting sekarang aku nak tahu okey atau tidak kita buat program hari Sabtu. Pagi dan petang sebab tengah hari kita rehatlah macam biasa."

"Tak nak buat minggu depan ke?" soal Katijah.

"Haa itu satu hal. Sebenarnya kita dah kena push dengan lecturer untuk buat program itu minggu ini juga. Sebabnya kita semua sekarang makin sibuk dan untuk elak daripada clash dengan program lain. Jadi mahu atau tidak kena buat hari Sabtu ini jugak. Lagipun aku dah tanya dengan first year, dia orang cakap Sabtu ini sahaja dia orang free. Minggu depan busy."

"Kalau begitu, on sahajalah."

Rata-rata ajk yang lain hanya bersetuju dengan Auni. Mereka tiada pilihan lagi. Setuju jelah!

"Okey kalau semua setuju. Kita tamatkan meeting kita untuk malam ini."

Eh!?

"Itu je meeting." luah Syahira yang seakan tidak percaya.

"Haahlah. Tapi sebelum itu, kita akan buat meeting lagi dua hari untuk update progress korang. Senang nak bincang apa-apa berkaitan dengan program. Satu lagi kalau ada apa-apa masalah terus bagitahu dalam wassup. Jangan buat diam pulak eh. Nanti makin serabut kalau ada masalah tak settle."

"Baik!" jawap semua ajk.

"Bagus kalau takda apa-apa kita boleh bersurai. Hah! Jangan lupa meeting Selasa ini jam dan tempat yang sama ya. Sekian, terima kasih. Selamat malam. Assalamualaikum."

Setiap ajk mula beransur-ansur bersurai sambil ada yang berbincang sesama mereka mengenai idea kasar mereka.

•••

"Korang... Korang ada meeting tak lepas lab ni?"

"Haa itulah nak bagitau kau ni. Kita orang tak balik tengah hari ini sebab ada meeting untuk ajk aktiviti."

"Oh, samalah. Kita orang pun nak bincang pasal hadiah apa nak sediakan."

"Nak aku hantar korang tak ke tempat meeting?" pelawa Kaira.

"Tak yahlah. Kita orang meeting dekat-dekat sini je." Bella menolak.

"Okeylah. Kalau macam itu aku dengan Maira gerak dululah sebab kita orang meeting dekat library."

Syahira, Bella dan Mia melambai-lambai kepada Kaira dan Humaira yang semakin hilang daripada pandangan mereka.

"Dah-dah jom. Bone dengan Thinesh dah tunggu tu." Sedari tadi Mia mencari-cari kelibat dua orang itu.

"Hai, korang." sapa Bella mesra.

"Hai."

"Lapar tak?"

"Sikitlah."

"Nah. Aku ada beli roti untuk satu sorang alas perut dulu."

"Perghh! Terbaiklah Bone." Syahira segera memilih roti Gargenia yang dihulurkan oleh Bone atau nama sebenar Firdaus.

"Eh, korang meeting dekat sini je ke?" Syukri memerhati sekitarnya. Kawasan lapang yang rakan-rakannya duduk itu agak teduh kerana dikelilingi bangunan tinggi.

"Yup. Malas nak jalan jauh-jauh. Lagipun tak ramai dekat sini." balas Bone.

"Aku nak join jugaklah. Alang-alang takde benda nak buat. Emir, aku cancel-lah breakfast. Aku nak join dia orang bincang pasal aktiviti program." Syukri mengambil tempat sebelah Bone.

"Okey. Jom mula-" Bone memandang pelik ke arah sisinya. Begitu juga yang lain.

"Emir, you wanna join our discussion too?" tegur Thinesh.

"Can I?"

"Up to you. But you need to share your idea too."

Emir tersenyum mengangguk.

Matanya curi-curi memandang Mia. Syahira yang tika itu memerhati tindak-tanduk Emir menahan lucu yang mengeletek tangkai hatinya.

"Hah apa lagi bentangkan idea cepat." Syukri memberi arahan ala-ala seorang diraktor.

"Okey. Kalau idea aku ada banyak je tapi bukan idea ori lah. Semua game yang aku nak cadangkan aku ambil daripada Running Man." Kata Syahira sambil tersengeh-sengeh.

"Oh, me too. I got from Youtube and Running Man. Hahaha."

"Baguslah kalau banyak. Kita boleh pilih-pilih mana yang okey. Pastu kita ubah suai sikit supaya game tu berilmiah sikit. Kaitkan dengan bio-d." cadang Bone selaku ketua ajk aktiviti.

Perbincangan mereka berselang-seli dengan ketawa dan reaksi serius. Sedar tak sedar, masa berlalu dengan pantas bila masing-masing kusyuk berbincang dengan pelbagai curahan idea dan pembetulan yang dilaksanakan.

"Baiklah setakat yang kita setuju sekarang, kita ada sepuluh checkpoint dengan sepuluh game. Untuk tempat pula, kita akan bincang dengan ajk tempat. Kita cari tempat yang free dan tidak menganggu orang lain punya aktiviti. Lepas itu, kita ajk aktiviti ada lima orang sahaja. Jadi kita akan minta bantuan ajk-ajk lain yang takda apa-apa tugas masa hari program untuk jaga checkpoint. Okey tak?" Bone meringkaskan perbincangan mereka.

Mereka yang mendengar hanya bersetuju. Tiada bangkangan.

"Kalau takda apa-apa nak tambah lagi, kita bersurai dululah setakat ini. Aku pun dah lapar ni. Hehe." Patut tidak sabar sangat gayanya hendak menamatkan perbincangan.

"Okeylah tu kot. Malam ni kita bincang lagi mana-mana yang kurang."

"Cantik! Okey, jom makan sama-sama." Thinesh mempelawa.

"Boleh juga. Mana? Kafe sana?" soal Bella.

"Boleh juga. Malas nak jalan jauh-jauh dah panas gini." Syukri memandang langit yang kian terik dek matahari yang tidak jemu menyinari bumi Terengganu.

Haba panas yang semakin terasa bahangnya, mempercepatkan lagi pergerakan mengemas beg mereka sebelum berangkat ke kafe. Meja yang terletak betul-betul di bawah kipas menjadi pilihan mereka. Apa-apa kenalah cop tempat dulu sebelum beratur membeli makanan.

Makanan berlauk yang beraneka rupa menguatkan lagi bunyi perut yang sememangnya minta diisi.

"Uish lapar sangat ni!" seloroh Syukri bila Emir memotong barisannya.

"Hoo, takpe dik. Kawan mu tolong baya doh." kata penjaga kaunter. Huluran duit mereka satu persatu ditolak.

Sekembali ke meja, "Eh, kau bayarkan ke Emir?"

Emir menggangguk.

"Oh, belanjalah ni." soal Syukri sekali lagi untuk kepastian.

Emir mengangguk.

"Terima kasih Emir." ucap mereka yang dibelanja Emir.

Bukan selalu orang hendak belanja. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari.

Suara yang riuh seketika tadi senyap kerana mulut penuh dengan makanan. Berselera masing-masing menikmati makanan tengah hari mereka. Mengisi tenaga untuk kuliah petang pula.

Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro