chapter 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"So apa yang encik Aiman nak bincangkan sangat dengan saya." Firzana menekankan perkataan Bincang. Sudah merugikan masanya. Dah lah kat ofis tu berlambak kerja dia yang belum siap.

"Awak ada Boyfriend?" Tanya Aiman. Walaupun dia tahu Firzana tak ada boyfriend, dia mahu menanya Firzana.

Ha sudah.. apa punya soalan malaun ni bagi. Aku nak jawab apa aehh.

"Saya tak ada boyfriend..." Aiman tersenyum. "Tapi saya ada buah hati." Sambung Firzana dengan riak tenang. Bukan benda sama ja ka? Riak muka Aiman pula yang muram.

"Buah hati?" Tanya Aiman lagi bagi memastikan dia tidak salah dengar. Zawaf bagi aku salah information ka? Kata Firzana tak ada Boyfriend, kalau boyfriend gak ada bah kan suami lagi lah tak ada. Tapi ni ada buah hati.

Firzana mengangguk. Dia malas nak panjanglan cerita ni dia terus menanya Aiman. "Apa yang perkara penting yang Encik Aiman nak bincang dengan saya? Saya tau saya tak sesibuk Encik Aiman tapi saya masih ada tanggungjawab saya dekat pejabat saya." Kata Firzana.

"Kahwin dengan saya." Kata Aiman membuatkan mata Firzana membeliak. Gila ka apa malaun ni?! Firzana mengerutkan mukanya. Silap hari boleh berkedut mukanya.

"Apa yang Encik Aiman cakap ni? Encik Aiman demam ka? Ka tak betul?" Aku malas dah nak cakap elok elok. Dia dah melalut teruk dah ni.

"Tak.. saya serius." Kata Aiman. Takkan dia nak lepaskan gadis idamannya ini. Tak kesahlah dia milik orang atau tak. Firzana hanya milik dia seorang. Dah macam persis orang psiko pulak aku ni. Tapi memang dia nak Firzana hanya untuk dia.

"Encik gila? Encik baru ja tanya saya tadi saya ada boyfriend ke tak dan saya ulang balik. Saya ada buah hati saya." Kata Firzana. Dia tipu sunat ja nak keluarkan dia dari situasi ni.

"Ya memang saya gila. Saya gila kan awak Firzana." Kata Aiman pula. Perghh memang macam psiko sudah.

"Dan saya tau awak bohong tentang buah hati awak. I know every inch about you. Dont you dare to cheat on me." Kata Aiman pula. Aik yang nak marah marah ni asal. Aip aip ni buat aku geram ni.

"You spy on me?" Tanya Firzana.

Aiman tidak menjawab. Dia sudah keterlanjuran cakap.

"Fine. Now I asking you, what you want from me?" Tanya Firzana dengan menahan rasa marah dalam hati.

"Remember me and marry me, that all I want from you." Kata Aiman lagi.

Firzana mengerutkan dahinya. Ingat dia? Memang sebelum ni aku pernah jumpa dia? Lagi serabut otaknya begini.

"What are you talking about?" Tanya Firzana.

"Remember me carefully, maybe that will change your decision." Kata Aiman lagi.

"I dont know you Aiman. Celah mananya saya nak ingat awak. If you want me to remember you that badly so give me a clue. Jangan buat saya tertanya tanya." Kata Firzana.

"Jom balik ofis awak." Kata Aiman lalu keluar dari cafe itu. Firzana mengurut dahinya. What the hell is going on?

⛰⛰⛰⛰⛰⛰⛰

"Can you just tell me who you are? Kalau awak hanya diam macam ni mungkin saya malas nak ingat awak. I dont want to waste my time at something useless like this." Kata Firzana sambil melihat Aiman yang sedang memandu. Aiman pula tahan marah dalam hati. Useless thing huh??

Aiman memberhentikan keretanya ditepi jalan.

"Firzana, awak memang tak perasan apa apa ka? Awak tak ingat siapa saya? Awak tak ingat nama saya ka?" Firzana mengingat kembali nama Aiman.

"Aiman mustaqim?" Kata Firzana polos. Aiman meraut mukanya. Ishh kadang kadang minah ni blur jugak.

"Aiman mustaqim? Firzana tak ingat? Its me, Aimam mustaqim b. Tan Sri Muhammad." Tan Sri Muhammad? Firzana memerah otaknya. Aiman mustaqim?? Aiman?!!! Firzana melihat muka Aiman sekali lagi.

"You remember me??" Tanya Aiman bila dia melihat muka Firzana yang terkejut itu. Boleh mengagak yang Firzana sudah mengingatinya.

"Aiman?" Aiman mengangguk. Marah dihatinya lega bila Firzana mengingatinya lagi. Yelah kenal pun tak sehari cakap pun tak sampai 2 jam, mana mungkin boleh ingat. Kecualilah dia tu penting dalam hidup Firzana. Penting ka?

"Hantar saya balik." Kata Firzana lalu dia membuangkan pandangannya ke luar tingkap. Aiman pelik. Dia tak happy ka jumpa aku? Tak happy ingat aku?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro