chapter 29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kahwin dengan saya." Firzana yang baru sahaja menghirup air chocolate itu terus menyemburkan air itu ke muka Aiman.

"Awak dah gila ke Aiman?!" Suara Firzana sedikit kuat namun dikawal supaya tidak menarik perhatian pelanggan di cafe itu.

Aiman hanya diam sambil memandang muka Firzana dengan serius.

"Saya rasa awak dah kena demam gila tau tak.. tetiba ajak saya kahwin.." kata Firzana lagi sambil mengerutkan keningnya. Ofcos lah aku tak nak kahwin dengan malaun ni walaupun dia ex crush aku.. ehh? Ex ke?

"Saya tak kesah awak nak panggil saya gila or what tapi you must kahwin dengan saya." Kata Aiman. Mukanya menunjukkan yang dia serius dengan kata katanya.

"Kita datang sini nak discuss tentang design rumah awak kan? Tiba tiba bukak topik ni asal?" Tanya Firzana... aku rela datang sini sebab kerja.. bukan sebab benda yang nonsense like this.

"Kahwin dengan saya." Ulang Aiman.

"No!" Tolak Firzana. Tak faham bahasa betul.

"Kenapa tak nak kahwin dengan saya?" Tanya Aiman sambil mengangkat kening sebelah.

"Kenapa nak kahwin dengan saya?" Tanya Firzana bagi menjawab soalan Aiman. Aiman mengeluh pelahan.

"Awak sukakan saya dulu kan?" Tanya Aiman lagi.

"Sejak bila?" Nafi Firzana. Haihh soalan dijawab soalan.. bila nak habis ni?

"Sejak sekolah, i know.." kata Aiman sambil menongkatkan dagunya diatas meja menggunakan tangannya.

"No!" Nafi Firzana lagi. Ishh sapa bagitau dia pulak ni.. mana ada aku bagitau sesiapa pun.

"I dont care you like me or not.. you must marry me." Kata Aiman lagi. Firzana mengeluh kasar.. yang duk ulang pasal kahwin ni dah kenapa..

"Yang nak paksa paksa saya ni kenapa? Hidup saya, suka hati saya lah nak buat apa pun. My answer is no! Awak tanyalah saya sejuta kali pun.. saya akan tolak." Kata Firzana lalu dia bangun dari kerusi dan menampak keluar dari cafe itu.

Aiman hanya melihat Firzana keluar dari cafe itu dan menghilangkan diri. Kemudian Aiman mengeluh besar.

"Aku tak nak sesiapa rampas kau dari aku Firzana." Gumam Aiman. Dia mengimbas kembali pertemuan dia bersama dengan Izhan kelmarin.

Flashback

"Jangan ganggu girlfriend aku." Kata Izhan tanpa nada. Aiman mengerutkan keningnya. Lalu dia tersenyum sinis.

"Kau datang offis aku sebab benda ni je? Aku rasa baik kau cermin diri kau...tanya diri sendiri, siapa yang patut jauhi Firzana." Kata Aiman sambil menolak bahu Izhan dengan jari telunjuknya.

"Kurang ajar kau aeh.." kata Izhan sambil tersenyum sinis. Main kasar dia ni.

"Kau tak kenal aku siapa lagi. Aku sanggup buat apa sahaja asalkan aku dapat Firzana... dengan apa cara sekali pun.. walaupun cara kotor." Ayat terakhir dibisik agar tidak didengari oleh orang lain.

Aiman mengetap rahangnya menahan geram... nasib dalam pejabat aku ni. Kalau tak memang dah lama muka kau jadi punching bag aku.

"Kau ingat aku takut ke dengan ugutan kau. Huh!" Mimik muka sinis dilemparkan kepada Izhan yang turut tersenyum sinis.

"Sebelum muka kau lebam lebam dekat sini baik kau keluar dari pejabat aku."kata Aiman menunjuk pintu keluar dari pejabatnya dengan jari telunjuknya.

"Okay.. memang aku nak keluar dah pun. Tapu kau ingat aeh.  Firzana is mine. And always be mine." Kata Izhan lalu dia senyum gila dan keluar dari pejabat Aiman. Aiman mengetap rahangnya lagi dan mengenggam tangannya menjadi penumbuk.

ENDFLASHBACK

Aiman mengeluh lagi. Macam mana dia nak lindungi Firzana dari orang gila tu kalau tak kahwin dengan Firzana. Dia nak lindungi Firzana dari orang gila tu. Dan orang gila tu tak boleh rampas Firzana dari dia. Firzana hanya untuk dia.

Satu je cara nak lindungi dia dengan lebih mudah iaitu kahwin! Tapi Firzana tak nak kahwin dengan dia.. apa dia boleh buat?

Tiba tiba telefon dia berbunyi. Skrin dilihat sebentar lalu panggilan diangkat.

"Assalamualaikum umi, kenapa call Aiman ni?" Tanya Aiman.

"Waalaikumussalam, Aiman... Aiman boleh tak balik rumah sekarang ni?" Tanya puan Qamariah.

"Kenapa?" Tanya Aiman.

"Ada masalah."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro