chapter 46

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aiman!" Panggil Firzana.

Aiman menoleh. "Kau nak apa lagi perempuan?"

"Bagi saya peluang untuk membuktikan saya ialah orang yang awak cinta bukan Sarah. Seminggu, hanya seminggu lepastu kalau saya tak dapat tolong awak jugak, tu maknanya awak dan saya tak ada jodoh." Kata Firzana.

"Apa yang aku dapat kalau aku bagi kau peluang and kalau aku tak ingat juga kau siapa macam mana?" Tanya Aiman seperti berminat dengan tawaran Firzana.

"Saya sendiri yang akan minta putus tunang dengan awak."  

"Deal, aku tunggu hari kau minta putus tu." Kata Aiman sebelum tersenyum sinis pada Firzana dan berlalu pergi.

Aiman masuk kedalam kereta. Dia menyandarkan badannya pada seat kereta kemudian dia mengeluh. Tangannya naik menyentuh dadanya.

"Kenapa ni?" Aiman menggosok dadanya.

🌶🌶🌶🌶🌶🌶🌶

Keesokkan harinya,

Ding donggg

"Assalamualaikum Umi!" Firzana dengan cerianya memberi salam kepada Datin Qamariah.

"Ya, Waalaikumussalam, Firzanaaaaa, ya Allah rindunya Umi pada kamu." Kata Datin Qamariah dengan gembira.

"Datang sini nak jumpa Aiman eh?" Tanya Datin Qamariah.

"Tak lah, Firzana datang sini nak jumpa Umi lah." Kata Firzana.

"Sebenarnya Firzana nak ajak umi pergi mall, saja jalan jalan, dah lama kita tak keluarkan umi?" Sambung Firzana.

"Alamak, Firzana kenapa bagitau umi sekarang, kejap lagi Umi nak pergi keluar dengan kawan kawan umi. Okeyh lah macam ni, apakata Firzana keluar je dengan Aiman harini. Harini Aiman cuti tak de lah dia terperakk je dalam rumah kalau dia keluar dengan kamu." Kata Datin Qamariah lagi.

"Aeh umi tak pe lah Fir...." Datin Qamariah terus mencelah.

"Kejap umi panggil dia." Kata Datin Qamariah lalu dengan sepantas kilat dia pergi mendapatkan anak teruna seorangnya itu.

"Man, bukak pintu ni sayang." Panggil Datin Qamariah sambil mengetuk bilik Aiman.

"Kenapa umi?" Aiman menggosok matanya seperti baru bangun tidur.

"Man boleh tak tolong umi?"

"Tolong apa umi?" Tanya Aiman dengan suara yang serak.

"Teman Firzana pergi shopping."

"Kenapa pulak Man yang kena teman perempuan tu pergi shopping, umi je lah pergi, Man nak sambung tido balik." Kata Aiman sambil menguap.

"Umi tak kira, walau macam mana sekali pun Aiman kena pergi teman Firzana shopping." Kata Uminya dengan nada yang tegas.

"Kejap lagi Man nak pergi dating dengan Sarah lah." Kata Aiman sambil menggeliat.

"Nope, umi tak bagi Aiman keluar dengan betina tu, sekarang ni pergi teman Firzana. Kalau tak Umi tak nak cakap dengan Man seminggu." Ugut Datin Qamariah.

"Ishhh penting sangat ke perempuan tu?"

"Bagi Umi penting, cepat pergi mandi." Kata Datin Qamariah menolak Man masuk kedalam bilik air.

"Ish ye lah ye lah, umi jangan lah tolak tolak."

----------------------------

Firzana duduk disofa dengan perasaan yang gemuruh. Ingat nak ajak bakal mak mertua keluar tup tup keluar dengan bakal suami, aehh tak taulah bakal ke ex bakal. Alahai

"Firzana duduk sini kejap ya, Aiman tengah bersiap, Umi nak pergi hidangkan air." Muncul Datin Qamariah yang baru pulang dari biliknya.

"Aeh tak pa susah susah ja." Kata Firzana.

"Tak susahpun, lagipun si Aiman tu kalau bersiap kalah perempuan." Kata Datin Qamariah sambil ke ruangan dapur.

"Biar Firzana tolong." Kata Firzana lagi, takkan dia nak duduk rumah orang senang senang begitu aja.

"Aeh firzana duduk sini, nanti kang Aiman turun tak nampak Firzana nanti dia naik balik bilik dia."kata Datin Qamariah.

Firzana hanya mengangguk sahaja.

Selepas Datin Qamariah meloloskan diri ke dapur, tiba tiba terdengar bunyi tapak kaki dari tangga. Firzana mengalihkan pandangannya ke arah tangga.

Dengan seluar jeans, baju t shirt berlengan pendek dan cermin mata hitam di wajah. Terserlah ketampanan seorang Aiman yang kacak lagi menawan. Lah tibeh

"Kau tengok apa?" Tegur Aiman apabila Firzana merenungnya seperti dia membuat salah.

Firzana tersedar.

"Tak tengok apa pun." Aiman senyum senget. Ingat aku tak tau kau usha aku, tau lah aku hesmes.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro