02 | Surat Layang

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jam di tangan Diyana menunjukkan pukul 11.20 minit pagi. Rombongan pihak lelaki dah 20 minit lambat! Nasib baik duduk tunggu dalam kereta. Ada juga penghawa dingin untuk sejukkan hati aku yang dah panas ni!

"Kakak, ada kereta sampai..." Diyana yang duduk di sebelah Nazliyana, membuat pengumuman. Matanya menghala ke arah sebuah kereta Mazda sport berwarna biru gelap.

Diyana ialah adik Nazliyana, merangkap anak bongsu keluarga mereka.

Dalam kereta Mazda RX8 pula...

"Apa bro? Bini kau tak nampak muka pun." Aizanky... si sepupu merangkap bakal pengapit pengantin lelaki, merungut.

"BAKAL-bini." Afiq membetulkan. Masam mencuka wajahnya.

"Akmal..." Aizanky memanggil.

"Apa?" Akmal menoleh ke tempat duduk belakang sisi kanan, menyoal Aizanky yang menyerunya sebentar tadi.

"Kau pernah tengok Nazliyana, kan?" Aizanky menyoal.

"Pernah. Sekali. Tapi, tak ada berbual pun. Rasanya, dia tak kenal aku pun. Dan rasanya lagi, Naz kenal Wani seorang je." Akmal, yang lebih terkenal dengan nama jolokan 'Mat Nerd' menjawab. Cermin mata bulat bersama rambut elok tersikat belah tepi menghiasi wajahnya.

Syuk, pemandu kereta yang juga merangkap sepupu Afiq, hanya diam. Dah penat sesat tadi. Taubat aku nak drive Penang-Kedah lagi nanti! Aku dah cakap, duduk homestay area rumah pengantin je... tak nak! Gedik betul si Wani! Nak sangat bercuti dekat Penang! Haa! Kan dah sesat merata-rata tadi! Dahlah semua tulen Kuala Lumpurian! Mana tahu jalan dekat utara ni!

"Lawa tak?" Aizanky menyoal.
"Siapa?" Akmal menyoal semula.
"Bakal bini abang kaulah!"

"Dia? Owh... dia... comel..." Akmal menjawab, agak lesu jawapannya. Nazliyana... Naz... Yana...

Aizanky jungkit kening dua saat. Kenapa Akmal jawab... macam nak tak nak je?

"Fiq, kau memang betul tak tahu cemana rupa dia ke... ke kau sebenarnya kecewa dengan rupa bakal bini kau ni?" Aizanky menyoal, tak percaya. Tinggal beberapa minit je lagi nak akad nikah. Aku masih tak percaya yang sampai sekarang, dia 'tak tahu' pun cemana muka bakal isteri dia!

"Aku dah bagitahu kau, kan? Kalau setakat salinan gambar IC dia waktu umur 12 tahun dulu, fine... aku dah tengok. Tapi gambar dia yang sekarang, yang 18 tahun punya, aku memang tak pernah tengok. Kalau kau nak tengok sangat rupa dia cemana, turun jelah. Tu, dekat je. Pergi. Go." Afiq cuba mengawal marah. Aku dahlah tertekan, takut, cuak nak kahwin! Sibuk je dia tanya aku macam-macam soalan!

Kereta akhirnya siap diparkir Syuk. Syuk menutup suis enjin kereta, lantas melepas nafas lega. Alhamdulillah. Sampai juga!

"Kau betul tak kisah ni? Aku tengok muka bakal bini kau dulu... sebelum kau. Betul? Tak kisah?" Aizanky menolak pintu kereta, separuh terbuka.

Afiq tersenyum kelat bersama keluh, "Akmal tengok dia, sebelum kita berdua. Kau... faham tak?" Afiq bagi sengih maut pada Aizanky. Tak pasal, ada juga yang kena cepuk dengan aku kejap lagi ni!

Aizan tersenyum sebaris. "Okay, got it. Gotta go now. Gonna see your bride to be." Aizanky pantas melangkah keluar.

Afiq perhati Aizanky dari tingkap kereta. Terlihat di kejauhan sana, seorang gadis yang berpakaian kebaya labuh songket berwarna hijau turquoise (teal) baru keluar dari dalam kereta. Malang, kerana sedalam manapun Afiq cuba fokus, matanya gagal melihat wajah bakal isterinya. Dia menggeleng kepala.

Afiq kembali mengimbau akan kejadian yang berlaku minggu lepas, di rumah ibu...

Berdebar hati Afiq melihat sampul surat yang dikatakan berisi gambar bakal isterinya. Elok sampul itu diletak di atas rak. Afiq lantas melabuhkan duduk di pinggir katil setelah sampul gambar itu dicapai. Terketar tangannya ingin membuka sampul tersebut. Dan...

Terkejut bukan kepalang apabila dia melihat isi sampul tersebut.

Orangnya agak tinggi. Hurmm... rambut warna hitam. Rambut pendek je. Matanya tajam. Hensem.

Diselak pula gambar-gambar seterusnya. Masih lagi hensem... dan hensem. Comel pun ada.

Dan... terkejut lagi Afiq. Rambut warna ungu pun ada! Melampau betul budak ni!

Semuanya adalah gambar watak dari siri kartun Dragon Ball. Ada Goku, Vegita, Gohan, Goten, dan Trunk.

Kemudian, diikuti pula oleh sekeping kertas 4R yang tercoret tulisan tangan.

Afiq campak gambar 'bakal isteri-isterinya' yang hensem belaka ke atas katil. 'Surat layang' yang masih di tangan, ditatap sekali lagi.

Tersangat jelas! Budak ni punya gaya pemikiran, memang macam budak-budak! Cemana ibu dengan abah boleh terfikir nak kahwinkan aku yang umur 29 tahun dengan budak 18 tahun? Can not brain!

Jelas terang lagi bersuluh... Afiq bergegas ke ruang tamu rumah, dan laporkan hal tersebut kepada ibubapanya.

Puan Wahidah dan Encik Zuhairi tertawa besar setelah melihat gambar-gambar kiriman bakal menantu mereka.

"Angah jangan risau... in shaa Allah, sempurna fizikal dan mental Naz tuu. Ibu dah sembang dengan dia. Baik budaknya. Jangan risaulah." Puan Wahidah menenangkan anaknya, bersama sengihan. Nakal juga bakal menantu aku seorang ni...

"Ibu... seriusly? Hantar gambar Dragon Ball? Afiq tak nampak dekat mana 'sempurna mental' budak ni sekarang..." Bidas Afiq.

"Afiq... jangan risau. Comel budak tuu, manis je dipandang..." Tambah Encik Zuhairi pula.

"Ayah... macam ni comel?" Afiq menyoal sambil menunjuk gambar watak Dragon Ball. Lebih tepatnya, gambar si Goten.

Sekali lagi, Puan Wahidah dan Encik Zuhairi tertawa.

Rancangan kedua Afiq untuk pergi ke utara, berjumpa Nazliyana secara berdepan pun, tidak menjadi juga. Dugaan... cobaan...

Afiq menggeleng kepala. Sekarang... seminggu sudah berlalu. Aku dah pun sampai di hadapan sebuah masjid, di Kedah... untuk majlis pernikahan aku sendiri... dengan gadis yang aku tak pernah kenali. Tapi... betul ke teori aku pasal budak Nazliyana tu? Teori tentang...

"Akmal." Afiq memanggil adiknya, lalu dia tersengih sinis. It's experiment time...

(P/s:- Cara pronounce nama Aizanky ialah Aizan-(huruf K)... That is Aizan-K... 。◕‿◕。)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro