Part 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Saya minta maaf. Saya tak sengaja terlanggar awak. Saya tak nampak awak. Awak kecil sangat. Maaf ye. Esok saya jumpa awak depan kedai runcit tu.

Surat itu aku lipat kembali dan masukkan semula ke dalam sampul. Surat pertama Daniel. Aku pandang sepi ke arah surat itu lalu masukkannya ke dalam plastik sampah. Dah tiba masanya aku buang semua barang yang berkaitan dengan Daniel. Aku ingatkan dah buang habis. Ternyata masih ada lagi.

Aku tunduk pula tengok ke bawah katil. Ada kotak kasut dekat situ. Aku ambil dan buka. Bila tengok isi dalam, aku ketap bibir. Aku capai beberapa keping gambar aku dengan Daniel itu lalu campakkannya ke dalam plastik sampah tadi.

Aku ambil pula beberapa keping surat di dalam kotak kasut tersebut. Dengan tangan terketar-ketar aku buka dan membaca isinya semula.

Hai Afiqah. Boleh kita jumpa? Tempat biasa. Esok. Jangan marahkan Pakcik Mad tau? Sebab dia dah jadi posmen tak berbayar saya. Hehe. Saya jumpa awak esok depan kedai runcit ni tau. Bye.

Tidak semena-mena air mataku mula mengalir ke pipi. Pantas semua isi kotak itu aku buangkannya ke dalam plastik sampah tadi. Semua barang yang berkaitan aku kautkannya dan buang ke dalam plastik sampah. Aku tarik nafas dalam-dalam dan seka air mata yang mengalir.

Selamat tinggal. Daniel. Hati aku dah lama mati untuk kau. Aku harap kau takkan cari aku lagi. Selamat tinggal Daniel.

Cepat-cepat aku ikat plastik sampah tadi dan berlalu ke luar rumah. Aku menuju ke belakang rumah sambil bawa plastik sampah tadi. Bila dah sampai di tempat pembuangan sampah, aku buang plastik tadi di situ. Bye bye kenangan.

Bila dah rasa lega, barulah aku toleh semula ke belakang untuk masuk ke dalam rumah. Tapi, alangkah terkejutnya aku bila seseorang berdiri tepat di depan aku saat ini. Aku urut dada gara-gara terkejut ya amat.

" Hey! Kalau ye pun bagila salam. Nak saya mati katak ke apa?" Bebelku geram.

Tapi dia? Setia dengan muka beku dia tu. Sabar je la hati.

" Kau buang apa tadi?"

Aku hanya menjongketkan bahu dan berlalu meninggalkan dia. Ikutkan, selepas aku discharged tadi, aku terus balik ke rumah bersama dengan Zara. Tapi mamat beku ni yang beria-ria nak hantar aku balik sampai Zara pun disuruh balik. Jadi, sebab itu dia ada depan mata aku sekarang ni. Mak ayah aku pun satu. Siap jemput makan tengah hari lagi dekat sini. Haih. Sabar je la.

" Semenjak bila kau pekak dan bisu ni?"

Gara-gara kata dia tu aku terus hentikan langkah dan terus toleh ke arah dia dengan renungan tajam. Sesedap hati je kata dekat aku macam tu. Tangan ni rasa macam nak lempang je muka beku dia tu. Ish!

" Saya tak pekak dan bisu. Cuma saya malas nak jawab. Buang masa dan air liur je. Huh!"

Kali ni aku tak berlengah lagi lantas berlalu masuk ke dalam rumah. Sakit hati betul. Cepat-cepat la pergi. Boleh pula orang kaya macam dia tahan duduk rumah kampung ni. Tak geli ke?

" Iqa."

Mak memanggil saat aku masuk ke dalam rumah. Mak hanya tersenyum melihat aku.

" Ya mak."

Aku mendekati mak dan turut memberikan senyuman.

" Mak dah kemaskan bilik tamu. Suruh kawan kamu solat dulu sementara kita makan. Dah masuk waktu Zuhur ni."

Aku terdiam. Tapi terlepas juga keluhan bila kena berdepan dengan dia sekali lagi.

" Suruh adik panggil boleh tak?" Soalku bila nampak kedua-dua adik aku masuk ke dapur.

Dua orang hero aku ni baru balik dari sekolah. Seorang tingkatan 1. Seorang lagi darjah 6. Tapi dah macam kembar. Muka mirip sangat. Copy paste. Cuma aku je terlebih tua. 20 tahun. Haha.

" Mak suruh akak. Bukan adik." Jawab Arif iaitu abang kepada Aidil iaitu yang bongsu.

Aku mencebik. Menjawab pandai.

" Pergila. Dia masuk tu." Mak memujuk aku lembut.

Aku dengan malasnya hanya menghembuskan nafas kecil.

" Awak." Panggilku lantas mendekati dia.

Dia hanya diam dan tengok aku. Boleh tak sekali kau senyum depan aku macam sebelum ni? Huh!

" Awak pergi la solat dulu. Nanti masuk bilik tamu. Semua dah sedia." Ujarku tanpa tengok ke arah dia. tengok meja lagi menarik dari asyik tatap wajah beku dia tu.

" Okay."

Terus dia berlalu selepas jawab okay. But, okay je? What? Argh!

" Akak."

Dengan letihnya aku toleh ke belakang. Aidil tersengih sambil mengenyitkan matanya ke arah aku. Aku terlopong dengan perbuatan dia. Means?

" Jangan putus asa. Caiyok!"

Eh! Poyo la adik aku ni. Haih.

**

" Iqa. Pergi panggil Syamel. Kita makan sama-sama."

Sebenarnya aku baru je duduk. Baru juga nak cedok nasi. Tapi dah dapat arahan. Kalau arahan simple tak apa. ni kena panggil mamat tu pula. Aiyok! Ni yang paling malas ni. Kalau tak panggil boleh tak?

" Arif. Pergi panggil boleh tak?" Soalku dengan sengihan kecil.

" Tak nak."

Tapi itu yang di jawab. Aish! Tak boleh diharap langsung.

" Iqa."

" Yala."

Malas gila. Dengan malas jugalah aku menuju ke bilik tamu. Baru je aku nak ketuk pintu bilik, aku terdengar suara orang mengaji. Hati aku tersentak kecil. Gara-gara ingin tahu, aku tolak sikit pintu bilik yang tidak tertutup rapat tu. dan aku dapat lihat Syamel tengah mengalunkan surah dengan merdu. Dia masih ditikar sejadah.

Entah mengapa saat ini bibir aku sudah menarik senyuman kecil. Dengar dia mengalunkan surah Yasin itu membuatkan hati aku jadi tenang serta-merta. Suara dia pula sedap. Ya Allah. Aku terpegun seketika.

" Akak!"

Astagifirullah! Aku tersedar saat dengar jeritan itu. Cepat-cepat aku ketuk pintu agar dia tak perasan.

" Awak. mak panggil makan."

Tanpa berlengah, aku terus berura-ura melangkah. Tapi tak sempat bila dia tiba-tiba memanggilku.

" Tak baik usya anak teruna orang."

Aku yang dengar dia kata macam tu terus terkedu. Takkan dia sedar? Aku tengok dia sampai dia betul-betul hilang daripada pandangan aku. What the?

" Akak! Makan!"

" Ya!"

Ish! Apa aku melalut ni. Lantak dia la.

**

Dari jauh aku melihat dia yang tengah bermain dengan adik-adik aku di halaman rumah. Terdetik juga di hati ni saat melihat kemesraan dia dengan adik-adik aku. cepat juga mesra. Ke dia ni jenis suka budak-budak? Dengan budak-budak boleh pula senyum. Dengan aku jangan harap.

Aku kerling jam tangan. Dah nak masuk waktu asar. Dia ni tak reti nak balik rumah ke? Aku kerling pula skrin telefon aku. Aku ambil dan buka app whatsupp aku. Ada chat masuk. Tapi, Warda?

Assalamualaikum akak. Akak. Abang ada dengan akak tak?

Aku kerling sekilas ke arah dia lantas balas chat Warda.

Ada dik. Kenapa?

Tolong cakap dekat abang suruh tengok phone dia sekarang. Ada masalah.

Aku terdiam. Aku juga yang kena? Adeh!

Yela. Nanti akak cakap.

Aku letak phone di atas lantai. mahu tak mahu aku gagahkan diri panggil dia dari atas rumah. Tak kuasa nak turun dan berdepan dengan dia.

" Syamel!" Panggilku tak terlalu kuat.

Seketika dia berhenti bermain dan menoleh ke arah aku. senyuman dia pun dah hilang. Memang sengaja kan?

" Warda suruh tengok phone sekarang. Ada hal katanya." Maklumku sepintas lalu.

Barulah dia keluarkan phone dia dari poket seluar. Tapi lepas tu dia tepuk dahi. Eh! Asal pula tu? dan tak fasal-fasal laju je dia jalan ke arah aku.

" Pinjam phone. Phone aku bateri habis." Dengan wajah beku dan tak ada tanda minta pertolongan pun dia cakap. Macam arahan sebenarnya.

Tak mahu cari gaduh aku beri juga phone aku dekat dia. Barulah dia jauhkan diri daripada aku. Haih Warda. Kenapa abang awak ni pelik sangat? Tak faham akak.

Agak 10 minit jugalah baru dia serahkan semula phone aku.

" Aku balik dulu. esok aku datang lagi."

Huh? Datang lagi? Jangan harap!

" Tak payah. Saya dah sihat pun. Kenapa perlu datang lagi?" Cepat-cepat aku menjawab sebelum dia masuk ke dalam kereta.

Aku pun dah bangun dan turun daripada atas pangkin rumah.

" Suka hati aku la. Tak kacau kau kan?"

" Eh! Of course kacau sebab awak asyik datang jumpa saya."

" No excuses!"

Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi. Kalau ikutkan hati ni, nak je aku menjerit. Sabar lama dah ni. Huargh!

" Akak."

Datang adik bongsu ke arah aku. Tiba-tiba juga dia serahkan sebatang bunga kecil. Aku ambil dengan kerutan di dahi.

" Asal bagi akak? Bunga ambil mana ni?"

Sempat juga aku cium harumannya. Aku tak tahu nama bunga ni. Yang pasti wangi. Haha.

" Bukan Aidil yang petik untuk akak. Tapi abang tadi. Dia suruh Aidil bagi dekat akak. Dia juga suruh pesan dekat akak jangan selalu bermasam muka. Tak cantik."

Okay. Kali ni aku terus tampar pipi aku gara-gara tak percaya plus geram.

" Syamel!!!"

**

Other's POV

Matanya tertarik pada bunga kecil yang ada di depannya saat itu. Cepat saja tangannya memetik bunga itu dan menarik senyuman kecil. Sempat juga dikerling ke belakang di mana Iqa berada. Terpamer senyuman sinis pada bibirnya dan menuju ke arah Aidil.

" Aidil."

Aidil mendekati Syamel dengan tanda tanya.

" Tolong abang boleh?"

" Tolong apa bang?"

Syamel serahkan bunga tadi pada Aidil. Aidil yang tak tahu apa-apa hanya sambut dengan kerutan di dahi.

" Nanti bila abang dah balik. Tolong bagi bunga ni dekat akak. Cakap dekat dia, jangan asyik bermasam muka. Nanti tak cantik. Tau?"

Aidil tersengih saja saat menerima arahan itu.

" Okay bang."

Syamel tergelak kecil saat teringat perbuatan dia tadi. Alahai. Kau ni dah gila gamaknya Mel. Ada pula suruh budak kecik. Adik dia pula tu. Alahai. Cari nahas kau Mel.

" Abang?"

Syamel tersentak daripada lamunan panjang. Cepat-cepat dia berdehem dan memandang ke arah Warda. Warda dah tengok dia pelik.

" Why?" Soal Syamel apabila Warda masih merenung pelik ke arah dia.

" You're smiling."

Syamel terkedu. Erk! Aku senyum ke tadi? Alamak!

" Mana ada."

Warda menggelengkan kepalanya.

" Betul. Warda tak tipu. Abang senyum tadi. Abang teringatkan siapa?"

Syamel terdiam. Kantoi arh macam ni. Tak! Tak boleh.

" Merepek la kau ni. Mana ada aku senyum. Dah la sambung kerja kau."

Warda masih memandang pelik ke arah abangnya tu. Sampai naik rimas Si Syamel jadinya.

" Warda. Tadi kau beria-ria suruh abang balik sebab nak abang tolong siapkan dokumen kerja ni. Tapi bila abang ada depan mata kau. Kau tengok abang macam ni. Kau nak aku tolong ke tak?"

Syamel dah mula geram. Barulah Warda tertawa kecil melihat reaksi Syamel.

" Dah abang berahsia sangat."

Syamel hanya diam. Tolonglah. Lepas ni control sikit boleh tak Mel? Haish.

" Abang. Kak Iqa tu macam mana?"

" Macam mana apa?"

" Abang tak suka dia ke? Kak Iqa tu baik. Comel. Kelakar."

Syamel tersenyum sinis. Sempat lagi adik aku ni menilik Iqa sampai macam tu?

" Dah tu?" Soal SYamel acuh tak acuh.

" Boleh tak dia jadi kak ipar Warda?"

Terus terhenti kerja Syamel yang tengah menyelak dokumen kerja itu. Terdiam terus dia jadinya. Hanya mendengar kata-kata Warda yang seterusnya.

" Kalau dia jadi kak ipar Warda kan best. Abang bila nak kahwin? Kalau nak suruh Warda cari calon. Warda pilih kak Iqa. Muktamad!" Tekad Warda dengan yakin sekali.

Syamel tersengih sinis. Kepala Warda jadi mangsa tolakkannya.

" Jangan campur urusan orang lain. Tak baik. Buat kerja kau tu dari melalut je."

Warda hanya mencebik. Nak mengelak la tu. Ingat kita tak tahu kot dia dah suka dekat kak Iqa tu. Pirahhh!

Tiba-tiba telefon Syamel berbunyi menandakan ada chat daripada Whatsupp masuk. Dengan malasnya Syamel buka juga chat tu.

Awak ni memang suka cari fasal dengan saya kan?

Baca je chat tu, geli hati pula jadinya.

Cari fasal apa pula kau ni?

Suka hati je kata muka masam. Sepatutnya tuju pada awak. Mamat beku!

Eh! Suka hati aku la. Mulut aku kan?

Annoying!

Suka hati ;)

Syamel rasa nak tergelak baca message tadi semula. Memang boleh jadi kerja sungguh kau ni Mel. Aduhai.

" Abang. Ni dokumen terakhir. Lepas tu Warda dah boleh serahkan pada papa. Baca tau. Warda nak ke tandas jap."

" Hmm." Hanya itu sahutan Syamel sampai Warda keluar daripada bilik.

Syamel teruskan kembali kerja dia. Tapi dia pelik. Sebab chat dia tak berbalas. Hanya bagi bluetick. Still online kot. Dah kenapa? Dah dekat lima minit dia tak balas. Ke tengah fikir ayat yang sesuai?

Baru tangan Syamel nak menaip. Iqa dah reply terlebih dahulu. Tapi bukan daripada Iqa. Daripada Arif.

Abang Syamel. Tolong. Akak saya tiba-tiba pengsan. Saya Arif.

" What?"

Wajahnya diraup perlahan. Apa pula kena dengan kau ni Iqa? Tadi sebelum aku balik sini kau okay je. Ke kau berpura-pura okay sedangkan kau masih sakit? Argh! Apa perlu aku buat ni?

Call ambulance. Nanti abang terus ke hospital.

Okay bang.

Tanpa berlengah, dia bergegas keluar daripada bilik kerja Warda. Dia perlu cepat. Tapi dia selisih pula dengan Warda dan mama dia.

" Mel? Kenapa ni?" Soal Datin Syiha. Aneh bila riak wajah Syamel nampak gelisah.

" Mel keluar kejap. Warda. Nanti abang balik abang tolong. Abang ada hal kejap. Bye ma. Bye dik."

Belum sempat mereka berdua nak bersuara, Syamel lebih pantas keluar daripada rumah. Apa kena dengan Syamel ni? Datin Syiha yang melihat hanya mengeluh kecil. Tak faham sungguh.

End Other's POV

**

Semua mata memandang ke arah aku. Seorang dengan reaksi serius. Seorang dengan reaksi risau. Lagi dua orang pula hanya kelihatan bersahaja. Aku? Cuma diam dan tak mampu nak cakap apa-apa. Sebab nanti kena bebel.

" Iqa. Lain kali cakap. Jangan diam. Nasib baik ayah kamu ada dekat rumah. Kalau tidak?"

Aku tunduk pandang katil. Aku tahu aku salah. Tapi aku mana tahu masa tu nak jadi. Selama ini okay je. Dah time tu baru rasa sakit. Kepala ni pun satu. Maybe kesan daripada pukulan tu kot.

" Sikit je mak." Aku cuba membela diri.

" Sikit apa sampai pengsan?"

Aku ketap bibir. Alamak. Mak dah marah. Aku cuba kerling ke arah mak dengan senyuman kecil. baru nak buka mulut. Tiba-tiba dengar orang panggil nama aku.

" Afiqah!"

Kami semua terus tertumpu pada pintu bilik rawatan aku. Dan aku terpegun saat melihat insan yang memanggil nama aku tadi. Dia? Buat apa dekat sini?

" Oh. Maaf. Nanti saya masuk balik."

Aku tutup mulut. Tahan ketawa. Mesti dia malu. Tau sergah je kerja dia. Haha.

" Eh tak apa Mel. Kami nak keluar dah. Jom kita keluar."

Aku mencebik saat semua orang keluar dan dia pun berlalu masuk. Tak nak tengok muka dia yang beku tu. So aku setia tengok ke luar tingkap.

" Kenapa kau selalu macam ni?"

Jelas dahiku berkerut saat dia berkata demikian. Apa maksud dia?

" Kenapa kau suka buat orang risau?"

Aku? Selalu buat orang risau? Yeke? Tapi yang pasti bukan dia kan?

" Kenapa Iqa? Kenapa?"

Tersentak aku jadinya bila dia tiba-tiba meninggikan suara. Takut-takut aku toleh ke arah dia. dan aku terkedu bila wajah dia menjadi tegang. Tiada senyuman dan tiada wajah beku dia dah. Aku jadi takut. Kenapa dia jadi macam ni?

" Kenapa kau tak cakap yang kau sakit? Kenapa mesti kau simpan seorang diri?"

" Masalahnya saya tak simpan pun. Mana nak tahu dah tiba-tiba sakit. Saya manusia bukan Tuhan." Balasku dengan geram. Sesedap hati je cakap dekat aku macam tu. Huh!

Dia menarik senyuman sinis. Bibirnya diketap. Tajam renungan dia saat ini.

" Kau tahu tak kau buat jantung aku ni macam nak terkeluar bila adik kau kata kau pengsan?"

Aku terdiam. Ya Allah. Kenapa mesti dia rasa macam tu?

" Aku pun bodoh sangat. Kenapa layan perasaan ni pun aku tak tahu."

Aku tunduk dengan rasa bersalah. Aku banyak susahkan dia ke? Aku tak tahu.

" Aku ingat kau... arh!"

Hati aku jadi sebak bila tengok dia sudah membelakangi aku. Aku salah sebab selalu susahkan orang. Sepatutnya tiada sesiapa pun tahu keadaan aku. Baik aku pergi je.

" Maafkan saya. Saya tahu saya salah. Saya tak patut libatkan awak dari awal lagi. saya juga tak patut kenal awak sepatutnya. Salah saya juga sebab selalu rasa nak lindungi awak. salah saya sebab Daniel awak terlibat. Salah saya. Jadi, lepas ni saya takkan kaitkan awak lagi."

Entah kenapa, aku menangis juga di situ. Tak mahu dia perasan aku tengah mengalirkan air mata, aku cepat-cepat turun daripada katil dan menuju ke luar bilik. Mujur semua family aku dah balik. kaki aku dibawa menuju ke taman hospital. Aku cari tempat persembunyian dan di situlah aku hamburkan semua tangisan aku.

Ya Allah. Aku salah ke? Aku terlalu menyusahkan ke? Maafkan aku Ya Allah. Maafkan saya Syamel. Maaf. Saya patut pergi. Dan..

Maaf sebab saya dah mula sayangkan awak Syamel.

#Sorry. Sis tak tahu apa yang sis melalut dekat part ni. Haha.#

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro