Part 35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Other's POV

" Abang?"

Syamel yang tengah bersiap untuk keluar menoleh sekilas ke arah Warda. Jam dikerling sekilas. Sempat lagi. Tak pukul 10 pagi lagi. Sempat nak pergi cari. Lagipun mana ada kedai buka awal sangat. Kan?

" Apa?"

Warda mengerutkan dahi melihat saat melihat pakaian abangnya itu. Nampak kemas dan smart. Haih. Semalam gesa aku suruh ikut dia sampai ke sini sebab kerja. Urgent katanya. Tapi pagi ni aku tengok tak macam nak ke tempat kerja pun. Macam nak pergi ke lain bukan jumpa client.

" Apa motif abang datang Johor? Siap bawa Warda lagi ni. Kenapa abangku yang tersayang?"

Perilaku Syamel nak perkemaskan rambutnya terhenti dan menarik sengihan kecil. Dia berdehem kecil dan sambung siapkan rambutnya. Dah selesai dan puas hati dengan penampilan diri barulah dia toleh sepenuhnya ke arah Warda.

" Nak pergi pujuk kesayangan abang la."

Warda menjongketkan keningnya. Kesayangan?

" Who?"

" Somebody. Dah abang pergi dulu. Bye. Kalau Warda nak keluar, contact abang. Abang akan balik lepas hal abang selesai."

Usai saja dia memberikan khidmat pesanan ringkas pada Warda, dia pun keluar daripada hotel tersebut dan menuju ke kereta syarikat. Gila apa nak datang ke sini naik kereta. Memang tak la. Letih. Baik naik flight. Mujur ada syarikat papa dekat sini. Cawangan dia. Kalau tak tak tahu nak naik kereta apa.

Dia masuk ke dalam kereta dan tengok Iphonenya. Ingin memberitahu rakannya itu supaya tidak perlu tunggu untuk hantar pesanan lagi pada Iqa. Sebab hari ini biar dia yang jalankan tanggungjawabnya tu. But, tak berdepan la. Still belum tiba masanya lagi.

Bro. Kau tak perlu buat kerja kau hari ni. Sebab aku ada dekat sini.

Serius? Sejak bila kau datang? Amboi. Buah hati sakit terus datang.

Haha. Semalam. Aku naik flight. Aku datang dengan adik aku. Well.

Okay. Goodluck. Haha.

Syamel hanya mampu tersenyum membaca pesanan ringkas tersebut. Okay. Jom kita pergi cari barang-barang yang nak dihadiahkan pada Iqa dulu. Let's go!

End Other's POV

**

" Syira. Bangun. Syira."

Aku tersedar bila namaku dipanggil berulang-ulang kali. Aku mula bangun duduk dengan perlahan-lahan. Lepas tu aku gosok kecil mata aku dan tengok Yasmin yang tengah bersiap itu. Maybe nak ke tempat kerja.

" Dah pukul berapa?" Soalku.

" 10 pagi. Kau rehatlah. Aku nak gerak ke tempat kerja dulu. Ingat. Jangan lupa makan ubat. Makanan nanti aku balik rehat aku bagi. Ha lagi satu. Ada bungkusan untuk kau. Pak guard suruh aku bagi dekat kau. Nasib baik aku terniat nak turun ke bawah tadi ambil angin."

Aku rasa nak tersenyum. Mesti lelaki misteri tu yang bagi.

" Mana?"

Saat Yasmin menghulurkan aku bungkusan itu, aku terkejut besar. Kali ni bukan satu tapi dua yang aku dapat. Dua dalam satu la. Satu buah. Satu lagi bunga. Bunga Melur weh! Bunga Melur ni pula terletak elok je dalam plastik putih. Ada banyak kuntum jugala even kecil je bunganya.Cantik dan of course wangi. Ya Allah. Dekat manalah dia pergi cari benda-benda ni. Pagi-pagi macam ni pula tu. And, ada kad terselit dekat bunga melur tu.

Get well soon. Don't be naughty and be careful. Don't walk until your leg is fine! Okay?

Aku tersengih. Alahai. Marah ke amaran ke arahan? Haha. Cute. Dan dari mana dia dapatkan bunga Melur berwarna putih ni. Dekat bandar ni susah kot nak cari bunga macam ni. Sabar je la.

" Haih. Senyum lebar nampak. Pakwe bagi erk?"

Teguran Yasmin aku tidak hiraukan. Malah hanya menggelengkan kepala. Tak kuasa nak layan soalan merepek dia tu. Haha.

" Anyway, semalam Adam ada message aku. Dia kata dia nak jumpa kau. Nak minta maaf but tak sampai hati."

Kali ni aku terkedu. Aku tengok Yasmin. Yasmin dah menarik senyuman kecil.

" Aku tahu dia betul-betul menyesal. Maafkan dia ye Syira?"

" Aku dah lama maafkan dia dan tak pernah nak salahkan dia pun Min. Cuma kenapa dia boleh berubah sampai macam ni sekali Min?"

Yasmin menjongketkan bahunya. Dia sendiri pun tiada jawapan apatah lagi aku.

" Aku pergi dulu. Kau rehatlah."

Hilang saja kelibat Yasmin, telefon aku pula berbunyi menandakan ada message masuk. Ternyata lelaki misteri tu.

So how? Do you like it?

Aku tersengih. Gila aku tak suka? Suka kot. Sangat!

Banyak sangatlah buah yang awak bagi ni. Bunga ni pula banyak juga. But thanks. I like that.

Bagi cepat sembuh sikit. Sebab tu kena makan buah banyak-banyak. Bunga tu just untuk hiburkan hati awak. Bunga dari kampung kan? Susah ooh nak dapatkan.

Aku tertawa kecil. La. Mengaku juga susah nak cari. Tapi dia tetap cari? Okay. Terharu.

Thanks. I cant describe in words.

No problem. Small matter. Most importantly, you must be fine as usual. Got it?

Gotcha!

**

Other's POV

Suasana di sekelilingnya itu diperhati dengan penuh rileks. Senyuman pula tidak pernah lekang semenjak tadi. Orang senang hati la katakan. Sebab semua perkara yang merisaukan dia semalam dah selesai pun hari ini. Barulah dia dapat menarik nafas lega.

Tapi orang di sebelahnya pula yang masih tidak faham dengan perlakuan aneh abangnya itu semenjak semalam. Nak kata demam, sihat je. Nak kata putus cinta, mana pernah abang bercinta selain daripada kak Iqa. But, kak Iqa pun abang tak pernah pergi cari. Aku makin pelik dengan abang aku ni.

" Abang. Kenapa bawa Warda datang sini?" Suara Warda akhirnya. Tak tahan asyik berdiam dengan persoalan.

Syamel tersenyum. Dah agak dah Warda akan bersuara juga. Dia tahu Warda orang yang paling ingin tahu apa dia buat dekat sini.

" Warda rasa?"

" Ala. Suruh Warda teka pula. Mana nak tahu. Tak dapat teka. Cepatlah cakap."

Syamel memaut bahu adiknya itu dengan erat. Pandangan masih dihalakan pada suasana tenang tasik di sekitar situ. Petang-petang datang sini memang best.

" Kan abang ada cakap pagi tadi. Abang nak pujuk kesayangan abang."

Warda memuncung. Menyampah dengan jawapan ringkas abangnya tu. Tak pernah cukup dengan penjelasan.

" Siapa pula kesayangan abang tu? Semenjak bila abang bercinta?"

" Dah lama. Cuma abang buat dia tertunggu-tunggu. Sampai abang rasa dah tiba masanya abang kembalikan cinta hati abang tu."

Warda terdiam. Kenapa hatinya kuat mengatakan kesayangan yang abangnya maksudkan itu ialah Kak Iqa?

" Abang rasa apa yang terjadi sebelum ni ada hikmahnya Warda."

Warda mula menarik senyuman kecil. Rasanya dia dah dapat tangkap masuk Syamel.

" Maybe ini ujian buat abang supaya lebih tahu menghargai orang yang berada di sekeliling abang."

Syamel menarik nafas dalam. Terasa lapang dada bila luahkan perasaan bersama Warda. Satu-satunya adik yang dia ada.

" You still love her abang?"

Syamel terdiam. Tak sangka akan keluar soalan itu daripada mulut Warda. Adakah Warda dah tahu siapa yang dia maksudkan? Syamel tunduk tengok adiknya itu dengan kerutan di dahi.

" Maksud Warda?"

Warda tersengih sinis. Dia tolak tangan abangnya ke bawah. Rimas asyik kena paut. Dia mula memeluk tubuh dan memandang ke hadapan semula.

" Abang cintakan kak Iqa. Itu fakta yang tak boleh diubah. Am I right?"

Syamel terkedu tapi tidak lama bila dia mula melebarkan senyumannya. Kepala Warda diusapnya kasar. Sampai tak jadi bentuk dah tudung Warda tu. Memang naik geramlah adiknya tu jadinya.

" Abang!"

Syamel tergelak. Dia kembali memandang ke hadapan.

" Yes. I love her so much Warda. And I wont let her go again. My mistake because I forget about her. But now, I will get her back. I will try my best to persuade her. That's why we here."

Warda terlopong. Jadi ini bermakna kak Iqa ada dekat sini?

" Serius abang?"

Syamel mengangguk dengan senyuman kecil.

" Jangan risau. Abang akan tunaikan permintaan Warda tu. Nak dia ada dekat majlis pernikahan Warda kan?"

Warda tersenyum dan mula rasa sebak. Terharu sangat. Tak sangka dalam diam abangnya mencari dan ambil tahu fasal kak Iqa. Kak Iqa. Tolong jangan tolak abang bila abang muncul nanti.

" She knows?"

" No. She don't know and never know who I am. Dia Cuma tahu abang lelaki misteri yang selalu bagi hadiah pada dia setiap hari. Abang tahu dia rindu abang but abang tak nak terlalu cepat mengaku atau dia lari daripada abang. Abang tahu dia dah banyak terluka sebab abang."

Warda mengusap lembut bahu Syamel. Dia dapat lihat Syamel sekarang jauh berbeza dengan Syamel yang dulu. Sebelum Syamel kemalangan. Jauh berbeza sangat. Dan dia suka abangnya yang kini. Dia tahu abangnya kuat.

" So, goodluck. I am sure she will accept you in her life. Well. She love you right?"

Syamel tersengih.

" Yes. InsyaAllah."

End Other's POV

**

Tarik. Turun. Tarik. Turun. Okay. Dah kurang rasa sakit. Ni pun baru lepas kena urut tadi. Kalau tidak sampai bila-bila bengkak macam ni. Terima kasih dengan Tiana dan Yasmin. Dorang dah banyak tolong aku. Ala. Esok lusa sembuh la kaki ni. Huhu.

Hari pun dah larut petang. Aku pun dah bosan asyik terperap dalam bilik tu. Ni pun gagah turun ke bawah. Tapi tak keseorangan la. Mestila dengan cik Min ni. Kalau dia tak ada? Haram aku boleh turun seorang. Haha.

" Syira."

" Yap."

" Kau tak nak jumpa dengan Adam ke?"

Aku tersentak. Tiba-tiba Yasmin mention nama Adam.

" Kenapa? Dia cari kau ke?"

Yasmin tersenyum nipis.

" Dia message aku. Dia takut nak jumpa kau. Tapi dia takkan tenang selagi tak dapatkan kemaafan dari kau."

Aku terdiam. Adam. Kalau kau tak salah kenapa kau takut? Aku bukannya nak tuduh kau pun. Lagipun memang bukan salah kau. Aku je bertindak tak fikir orang lain.

" Aku okay je beb."

" Then, meet him."

Tersentak aku bila Yasmin memanggil Adam supaya menuju ke arah kami. Sejak bila Adam duduk situ? Kenapa aku tak perasan? Haish. Rupanya ini pelan Yasmin.

" But...."

" No. Aku rasa saat ini masa yang sesuai untuk kau berbaik dengan dia semula. Aku tak nak lah persahabatan korang terputus macam tu saja. Sayang kau tahu tak? Lagipun dia dah sedar salah dia. Kau pun kata kau okay je kan kalau nak jumpa dia?"

Aku pula terdiam. Maybe betul apa kata si Yasmin ni. Lagipun sampai bila dia dengan aku nak bermusuh. Erk? Bermusuh? Semenjak bila aku dengan dia bermusuh. Hok aloh.

Yasmin sudah menghilang entah ke mana. Tinggal aku dengan si Adam. Adam macam mahu tak mahu tengok aku. Maybe takut aku marahkan dia or serba salah? Entahlah nak.

" Syira."

Dia Cuma berdiri tak jauh daripada aku. Aku pula Cuma mampu mengerling dari belakang. Tunggu je masa dia nak cakap. Aku malas nak buka suara. Biar je. Nanti jadi kot lain. Biar dia sendiri mengaku salah dia.

" Aku nak minta maaf. Aku serba salah buat kau macam tu. Aku lelaki yang tak guna. Maafkan aku."

Suara dia kedengaran gentar. Aku pula rasa terkedu terdengar suara dia begitu. Patut ke aku bersuara? Biar dulu.

" Aku tahu aku terlalu ikutkan sangat perasaan. Aku tahu. Tapi aku tak tahu kenapa aku susah sangat nak kawal perasaan aku. Im so sorry."

Tiba-tiba dia menoleh melihat ke arah aku. Aku pula Cuma terdia menunggu jawapan dia. Tapi makin lama aku lihat dia makin merah pula mata dia. Jangan cakap dia tengah menangis atau lebih senang cakap dia baru lepas menangis.

" I'm so sorry Syira."

Aku gigit bibir. Walau apa pun yang terjadi dia pernah menjadi sahabat aku dan pernah susah dan senang bersama-sama aku. Aku terasa sebak.

" Dah Adam. Kau jangan cakap apa-apa lagi. Dah takdir. Aku dah lama maafkan kau. Lagipun bukan salah kau. Chill okay."

Aku cuba meriahkan suasana dengan ketawa kecil. Tapi nampak sangat hambar la. Dia pun tak gelak. Tengok aku tajam lagi adala. Alahai. Aku nak cuba tolak perasaan ni.

" Adam. Serius aku cakap aku suka kau. Tapi sebagai kawan. Sebagai abang dan sebagai cikgu aku. Aku harap kau akan tetap kekal begitu. Please?"

Terdengar keluhan kecil daripada bibirnya. Tak lama selepas itu dia menarik senyuman kecil. Rasa sejuk la sikit hati ni bila tengok dia senyum macam tu.

" Okay. Kita kawan erk? Sampai bila-bila."

" Yes. Kawan sampai bila-bila."

Barulah hati terasa tenang sikit lepas perkara ini selesai. Sekarang ni aku Cuma perlu fikir ke depan dan habiskan study. And Mel. Awak dekat mana? Saya rindu awak. Boleh tak saya nak jumpa awak sekali.

" Dah. Pergi balik bilik. Kau tu belum sembuh."

" Baik bos."

**

Other's POV

Langit malam yang begitu indah diperhatinya dengan penuh ketenangan. Langsung tak tergugat dengan keadaan persekitaran. Yang pasti hatinya saat ini rasa sedikit lega bila dapat tahu keadaan orang kesayangannya dalam keadaan baik sahaja.

Dia tunduk tengok phone sekilas lalu. Tiba-tiba ada pesanan ringkas daripada orang yang dia memang nanti-nantikan itu. Bibirnya terus mengoyak senyuman manis.

Assalamualaikum. Terima kasih sekali lagi atas hadiah ni.

Waalaikumussalam. Sama-sama. Semoga cepat sembuh. Jangan nakal-nakal selagi tak sembuh. Faham?

Insya-Allah.

By the way, can I ask you something?

Sure. What?

Syamel jadi ragu-ragu nak tanya. Tapi hati dia kuat nak tahu. So, beranikan diri ye Mel.

Awak dah ada buah hati ke belum? Takut salah mengurat orang.

Seminit berlalu. Namun respon still tiada. Syamel mula resah. Takkan dia tak nak jawab? Janganlah.

Saya tak tahu. Saya tidur dulu.

Syamel rasa makin risau. Adakah dia benar-benar terluka dengan sikap aku selama ini? Don't worry Iqa. Aku akan tebus kesalahan aku. Maafkan aku Iqa. Maafkan aku. Aku Cuma terlalu cintakan kau.

#Sorry guys. Terlalu pendek. Jadilah lepaskan rindu untuk korang#

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro