Part 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seminggu dah berlalu. Ini juga bermakna dah seminggu mamat malaun dan mamat beku tu tak datang kacau aku dekat kedai bunga ni. Jangan kata message call pun dah tak pernah. Aman dunia aku sepanjang seminggu ni. Dapat la buat kerja dengan tenang dan damai sikit.

Kalau tak asyik diganggu je. Rimas kot. Tapi, kenapa kepala aku ni asyik terbayang senyuman manis si mamat beku tu. Wuargh. Parah aku ni. Nak tidur pun teringat. Nak naik moto pun teringat. Bahaya gila aku ni! Tak dapat dikawal dah ni. Huhu.

" Iqa. Tolong layan pelanggan tu kejap. Aku kena confirmkan sesuatu dengan akak aku."

Tersentak aku jadinya bila ditegur Zara yang tengah semak satu dokumen tu. Langsung tak tengok aku dan terus menonong masuk ke pejabat akak dia. haih. Sabar je la dengan minah ni.

" Ye cik? Ada apa yang boleh saya bantu?" Suaraku saat berdiri belakang seorang customer wanita.

" Boleh saya dapatkan 100 kuntum bunga mawar merah?"

Aku tersentak. 100? Pergh. Banyaknya.

" Boleh. Cik nak bila?"

Dia tengok sekeliling. Bila dah puas baru la dia tengok ke arah aku. Tapi, saat kami bertentang mata, kami sama-sama terkedu. Dan sekali gus membawa kami ke satu kenangan silam yang sukar untuk dilupakan.

" Cik..cik nak bila?" Gagap aku menyoal. Arh! Jangan ingat benda tu. Sekarang kau tengah kerja Iqa.

" Esok. Boleh?" Dia pun nampaknya tergamam saat terima soalan aku.

Aku terus tarik senyuman even nampak terpaksa.

" Okay InsyaAllah. Kami akan usahakan. Tinggalkan nama, nombor telefon dan alamat cik dekat sini."

Aku serahkan dia sekeping kertas dan sebatang pen buat dia tulis apa yang perlu. Bila dia sambut, aku gerak ke meja kaunter. Nak tengok senarai bunga yang akan sampai esok.

" Iqa.."

Aku menoleh saat namaku dipanggil. Bila tengok dia hulurkan kertas tadi semula, aku sambut dan letakkan atas meja.

" Terima kasih. Esok kami akan hubungi cik."

Terus aku toleh semula ke arah kertas tadi. Buat-buat semak, padahal tak nak bersemuka dengan wanita tadi. Rasa macam susah. Rasa macam nak jerit. Huh!

" Iqa. Boleh kita bincang sekejap?"

Ingatkan dia dah balik. Rupanya belum. Dengan keluhan kasar aku menoleh ke arahnya.

" Bincang apa lagi?"

" Please. Banyak benda yang perlu kau tahu."

Melihatkan kesungguhan dia, aku akhirnya membuat anggukan kecil. Dan serentak itu juga Zara muncul.

" Zara. Aku keluar kejap?"

Zara tengok aku dengan wanita tadi silih berganti.

" Yala."

Aku tersenyum saat Zara memberikan izin. Then, barulah aku keluar dan dia ikut daripada belakang. Maybe hari ni akan menjelaskan segala-galanya persoalan yang tak pernah terjawab sebelum ni.

**

Suasana menjadi sunyi sepi semenjak 5 minit yang lalu. Dia diam. Aku diam. So inilah jadinya. Tapi mengingatkan yang aku masih bekerja, aku terus keluarkan suara.

" Cakaplah apa yang kau nak cakap. Aku ada kerja lagi ni." Soalku senada. Tiada perasaan. Kosong.

Dia menarik senyuman hambar.

" Aku nak minta maaf atas apa yang terjadi sebelum ni. Aku menyesal buat kau dan Daniel macam tu."

Aku terdiam. Dah setahun berlalu. Aku pun malas nak ingat benda tu lagi.

" Sebenarnya kau perlu tahu sesuatu."

Tiba-tiba tangan aku digenggamnya. Tajam dia merenung aku. Selepas itu dia melepaskan keluhan kecil. Bersama dengan senyuman pahit.

" Apa yang aku perlu tahu?" Soalku acuh tak acuh. Sememangnya aku dah malas nak ungkit benda ni lagi.

" Aku sebenarnya tak cintakan dia pun. Aku diupah mama dia untuk buat semua ni."

Aku tersenyum sinis. Aku dah dapat agak hal tu. Mama dia memang dari dulu tak sukakan aku. Sebab darjat terus bencikan aku.

" Aku tahu."

" Dan kau juga perlu tahu yang Daniel pun terpaksa buat semua tu. Dia keliru antara kau dengan mama dia."

" Of course la dia pilih mama dia Hana. Mama dia kot. Takkan nak pilih aku. Lagipun dia sendiri yang cakap yang dia takkan pilih aku sebab aku miskin. Kau dah lupa ke apa yang dia katakan malam tu?"

Hana tersenyum hambar.

" Tapi kau tahu ke apa jadi selepas kau pergi malam tu?"

Aku tersentak. Wajah sugul Hana membuatkan aku terdiam.

" Itu yang aku nak cerita pada kau. Aku harap lepas aku cerita kau dapat maafkan Daniel. Sebab bukan salah Daniel sepenuhnya. Even dia ego dan sombong sebab harta. Tapi dia memang sayangkan kau."

Aku raup wajahku perlahan. Sayang? Aku langsung tak percaya.

" Just straight to the point please. Aku dah penat la asyik ungkit benda yang lalu. Lagipun Daniel sekarang bukan Daniel yang dulu. Dia dah lain sangat Hana. Aku rasa menyesal kenal dia."

" Sebab mama dia , dia berubah Iqa. Aku tahu dia memang banyak berubah. Semuanya sebab tekanan dari mama dia."

Aku terkedu.

" Maksud kau?"

Hana tersenyum lantas menoleh ke arah tingkap.

" Malam tu.."

Setahun yang lalu

Other's POV

" Daniel. Kenapa awak bawa saya ke rumah awak?"

Daniel diam. Langsung tak keluarkan suara. Hanya beri arahan pada Iqa melalui renungan saja supaya ikut saja langkah dia ke dalam rumah. Bukan kereta Daniel saja yang ada masa tu. Ada lagi dua buah kereta milik mama Daniel dengan seseorang yang Iqa langsung tidak kenal.

" Hello."

Iqa tersentak saat melihat mama Daniel dan seorang perempuan duduk di sofa. Daniel pula dah ambil tempat duduk bertentangan dengan mereka. Mahu tak mahu Iqa hanya berdiri di sisi sofa. Tak berani nak duduk bila dapat jelingan mama Daniel.

" Okay Daniel. Mama rasa Daniel dah boleh straight to the point je. Tak perlu kot tunggu lama dengan perempuan kampung ni."

Iqa tersenyum pahit. Dia memang dah jangka yang mama Daniel langsung tidak suka akan kehadirannya. Dah tak suka kenapa Daniel bawa aku ke sini. Nak sakitkan hati aku ke? Kau dah cukup sakitkan hati aku bila kau asyik menghilang. Then, asyik mengelak setiap kali aku tanya khabar kau. Call kau. Tapi kau buat tak hairan. Aku terluka. Tapi kali ni? Aku rasa aku akan lebih terluka.

" Iqa."

Daniel masih macam tadi. Serius dan diam. Hanya mama dia tetap bersuara. Iqa beranikan diri pandang ke arah mama Daniel. Kecut perut dia jadinya.

" Kau kenal perempuan sebelah aku ni?"

Iqa terdiam. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

" Perempuan sebelah aku ni bakal menantu aku. Hana, perkenalkan diri awak."

Hana terus bangun dengan senyuman bangganya. Perlahan-lahan dia mendekati Iqa yang kelihatan tergamam itu.

" Hai. Aku Hana Lyna. Boleh panggil Hana. Bakal isteri Daniel."

Iqa tunduk tengok tangan Hana dengan rasa perit. Ya Allah. Apa maksud semua ni? Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Daniel yang masih mendiamkan diri. Macam betul saja apa yang mama dia katakan tu.

" Da..Daniel. apa ni?" Soal Iqa dengan hati yang terluka teruk. Matanya juga mula berkaca-kaca. Tak percaya dengan semua ni.

Hana undurkan diri dan ambil semula tempat dia. Dari jauh dia dapat lihat mereka berdua. Sebenarnya jauh di sudut hatinya langsung tak berniat nak hancurkan hubungan mereka berdua. Tapi, sebab dia memang perlukan duit demi pengajiannya. Terpaksa berlakon. Arh! Kenapa kau kejam sangat Hana?

Daniel masih tunduk. Tak berganjak daripada tadi. Tapi Iqa dapat dengar dengan jelas keluhan kecil Daniel itu.

" Betullah apa yang Hana kata tu. Awak nak saya cakap apa lagi?"

Mama Daniel yang dengar kata-kata Daniel itu tersenyum puas. Bahagia bila anak kesayangannya itu ikut saja kata-kata dia. Atau anak dia sendiri akan rugi.

" A..apa maksud awak Daniel?"

Iqa masih sukar untuk percaya apa yang dia dengar tadi. Terketar-ketar tangan dia melihat Daniel. Dia perlukan kekuatan.

Terdengar rengusan kasar Daniel. Terus dia bangun dan berdepan dengan Daniel. Jelas sekali pandangan Daniel itu menggerunkan hati Iqa sekali gus menghancurkan kepercayaan Iqa.

" Aku dengan dia nak kahwin! Kau faham tak? Aku dah tak cintakan kau. Langsung tak sayang kau! Aku baru sedar kau tak layak bergandingan dengan orang macam aku ni. Bagai langit dengan bumi. Baik aku lepaskan kau je."

Bagai kaca yang terhempap saat mendengar dengan jelas kata-kata lantang Daniel itu. Serentak itu air mata Iqa mengalir ke pipi. Dia tidak percaya apa yang Daniel katakan tadi. Daniel macam bukan diri dia. Iqa masih menggelengkan kepalanya. Tanda tak nak percaya semua itu.

" Tipu! saya tak percaya! Tolong katakan yang awak Cuma nak uji saya. Daniel. Apa yang merasuk awak ni? Awak cakap takkan lepaskan saya. Cintakan saya. Apa ni?"

Luluh hati Hana melihat Iqa. Makcik. Kenapa buat mereka macam ni?

" Cinta? Persetankan semua tu!Cinta tak boleh bawa bahagia! Duit yang bawa bahagia. Kau tak faham ke?!"

Jerkahan itu membuatkan Iqa tersentap. Terundur dia ke belakang selangkah saat melihat wajah Daniel yang bengis itu. Bila Iqa mula menangis, Daniel terus membelakangi Iqa. Wajahnya diraup kasar.

" Maaf Iqa. Kau berhak dapat yang lebih baik dari aku. Aku rasa kau bukan wanita sempurna buat aku. Tengoklah diri kau dengan aku. Jauh beza gila. Aku cintakan Hana. Bukan kau."

Terjatuh Iqa saat dengar pengakuan lantang Daniel itu. Hatinya meraung sedih. Daniel! Sampai hati kau buat aku macam ni! Aku cintakan kau. Aku percayakan kau. Tapi ini yang aku dapat? Ya Allah!

" Kau dengar kan apa yang anak aku cakap tu? So, tunggu apa lagi. Blah lah!" Suara mama Daniel dengan berang.

Iqa kuatkan semangat dia dengan bangun berdiri semula. Dia membuat anggukan perlahan lantas menyeka air matanya perlahan.

" Baik. Jika ini yang awak mahukan Daniel. Saya minta maaf kalau saya banyak sakitkan hati awak. semoga awak berbahagia. Tapi jangan ingat sebab duit awak boleh bahagia. Dan jangan sesekali hina orang yang berada di bawah awak sebab Allah Maha Adil. Saya balik dulu. Assalamualaikum."

Terus Iqa keluar daripada rumah itu dengan hati yang rabak. Hancur berkecai. Daniel! Aku benci kau! Benci sangat!

Sebaik saja Iqa keluar daripada rumah itu, Daniel kembali toleh ke belakang semula. Mencari kelibat Iqa. Bila dah sedar Iqa benar-benar pergi. Dia jatuh melutut. Air matanya pula mengalir turun ke pipi.

" Iqa. Maafkan saya. Saya tak bermaksud. I'm so sorry."

Teresak-esak Daniel meluahkan perasaan kesalnya yang Iqa langsung tak tahu. Hana yang melihat tahan sebak. Ya. Itu barulah Daniel. Daniel yang dia kenal bukan seorang yang kasar dan agresif tapi lembut dan sangat memahami. Tapi sebab orang di sebelahnya ini, Daniel berubah sangat.

" Hey! Apa yang nak kesalkan sangat lepaskan perempuan tu Daniel? Kau sedar tak yang kau lebih tinggi dari dia. Dia tak ada apa-apa pun!"

Dengan mata yang merah dan tajam dia merenung mama dia dengan perasaan amarah dan benci yang meluap-luap.

" Puas hati mama kan?! Puas la buat Daniel macam ni? Daniel baru rasa nak bahagia tapi ini yang Daniel dapat? Manusia jenis apa mama ni?"

Mama Daniel kelihatan tersentak tapi tidak lama bila dia turut rasa marah.

" Sebab perempuan tu kau nak marah mama? Tinggikan suara dekat mama?"

" Yes! I'm! Sebab dia jauh lebih baik dan berhati mulia daripada mama! Patutlah papa dah muak dengan sikap mama. Patutlah papa selalu balik lewat sebab sikap mama ni!"

Pang!

Hana tekup mulut gara-gara terkejut saat pipi Daniel ditampar. Ya Allah!

" Watch your mouth!"

Daniel tertawa sinis. Pipinya diusap lembut. Cuba sabarkan hati.

" Mama dengar baik-baik ye. Sekali je Daniel cakap. Mama takkan jumpa Daniel yang dulu lagi! dan mama tak berhak tentukan hidup Daniel lagi. I will love her forever! Jangan harap Daniel akan kahwin dengan pilihan mama. Never!"

Belum sempat mama Daniel nak buka mulut, kaki Daniel laju melangkah ke luar rumah. Dia perlukan ketenangan. Atau dia akan bunuh juga orang malam tu.

" Bertuah punya anak. Sebab perempuan tu kau lawan mama?"

Hana yang melihat dah terdiam seribu bahasa. Tak sangka Daniel boleh jadi macam tu. Itulah kuasa cinta. Iqa. Maafkan aku. Aku harap kau boleh cari kebahagiaan kau di luar sana. Lupakan Daniel. Aku janji akan cari kau satu hari nanti untuk jelaskan perkara yang sebenar.

End Other's POV

**

" Tolong maafkan dia. Aku tahu sekarang dia masih cari kau dan nakkan kau. Aku juga tahu kau memang dah buang dia dari hidup kau. Tapi tolong maafkan dia."

Arh! Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dari dulu? Kalau terpaksa sekali pun dia patut cari aku balik selepas kejadian tu. Bukan diam dan lari dari masalah. Tak salah kalau berjuang kan? Tapi dia? Kata-kata dia memang benar-benar buatkan hati aku berkecai seratus peratus.

Hana pun dah berubah. Jika dulu dia freehair. Tapi sekarang dia bertudung. Kuasa Allah. Tapi Daniel. Kenapa dia masih tak boleh nak terima hakikat yang kami berdua tiada jodoh. Kenapa susah sangat?

Aku raup wajahku perlahan. Aku tunduk tengok skrin telefon. Tiba-tiba rasa nak face to face dengan Daniel dan suruh dia mengaku semuanya. Kalau boleh aku nak dengar dari mulut dia sendiri. Tapi, aku tak kuat. Aku tak sanggup tengok wajah dia yang derita tu. Aku tak nak tunjuk simpati depan dia. walaupun aku dah tak ada rasa apa-apa pada dia. Sikap belas kasihan sesama manusia tu tetap ada.

" Miss me?"

" Ya Allah!"

Tersentak aku apabila tiba-tiba terdengar suara garau betul-betul depan mata aku. Dengan muka kereknya tu lagi. Memang boleh buat aku terkena serangan jantung betul. Eh! Dari mana pula dia muncul ni?

" Kenapa terkejut sangat?"

Aku pandang dia dengan kerutan di dahi. Dah kenapa mamat beku ni datang sini? Zara mana Zara?

" Kau tak rindu aku ke? Dah seminggu kita tak jumpa kan?"

Aku buat muka kering. Perlu ke aku rindu? Perlu ke dia tanya soalan macam tu? Perlu?

" Perlu sebab aku yang rindu kau."

Aku tertawa sinis. Eh! Poyonya! Tolonglah!

" Kau menungkan apa tadi? Nampak serius. Dan sedih?"

Hati aku tersentak saat mendapat renungan redup dia tu. Mahu tak mahu aku terus toleh ke arah lain dengan debaran hebat. Argh! Kenapa mesti rasa perasaan ni?

" Tak kacau awak pun."

Terus aku bangun dan keluar daripada meja kaunter. Niat di hati nak keluar dari kedai. Tapi dia menghalang jalan aku. ni yang buat aku bengang ni.

" Ikut aku."

Dengan wajah tak bersalahnya tu terus ajak aku. Kedua-dua tangan dia dimasukkan ke dalam kocek seluar. Muka memang beku macam biasa. Rambut pula disikat rapi. Bolehlah dikatakan macho. Berbaju kemeja putih dan berseluar slack hitam. Dari tempat kerja ke?

" Tak nak."

Aku peluk tubuh lantas tengok ke arah lain.

" okay. Tapi aku akan peluk kau kalau kau tak setuju."

What?! Aku tengok tangan dia yang berura-ura nak peluk aku. Terus aku undurkan diri ke belakang.

" Awak ni gila ke apa?!" Jeritku geram. Biarlah Zara nak dengar pun. Bahaya gila mamat ni.

" Jawab dulu."

Argh! Kenapa aku perlu jumpa lagi dengan mamat ni?!

" Fine!"

Barulah dia masukkan semula tangan dia ke dalam kocek seluarnya bersama dengan senyuman sinisnya tu. Huh! Sabar Iqa sabar.

" Good girl. Let's go."

" Saya naik moto saya." Tegasku. Tak kuasa nak naik kereta dengan dia.

" Ke kau nak aku pe..."

" Fine! Fine!"

Terpaksa setuju bila dia berura-ura nak peluk aku lagi. mak! Tolong! Ada mamat gila dekat sini. Huh! Dan akhirnya aku dapat tawa sinis dia. sabar!

**

" Dah sampai."

Aku terdiam saat melihat suasana sekeliling. Pada masa yang sama aku tak tahu apa tujuan dia bawa aku ke sini. aku kerling ke arah dia yang sudah matikan enjin kereta.

" Kenapa kita datang sini?" Polos aku bertanya.

Dia masih diam. Tanpa reaksi. Tak jawab lagi soalan aku dia keluar je dari kereta. Tinggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga. Dengan tak puas hatinya aku ikut je langkah dia.

" Sini.."

Langkah kami terhenti. Aku tengok belakang dia dengan kerutan di dahi.

" Saja."

Adakah itu jawapan pada persoalan aku tadi? Aku buat muka toya. Sabar. Tapi takkan saja. Ini tanah perkuburan kot. Ke... Okay! Aku terdiam terus bila dah dapat tangkap makna sebenar. Dia nak lawat kubur arwah kekasih dia.

" Kau tunggu sini je la. Aku masuk dalam."

Belum sempat aku nak bertanya lebih lanjut, dia menonong masuk ke dalam. Terhambur juga keluhan kecil daripada mulut aku. Kalau macam ni baik tak payah ajak aku. Baik suruh aku tunggu dalam kereta. Cuma, aku benar-benar nak tahu tentang arwah kekasihnya even Doktor Hanim dah cerita sikit.

So, aku ikut langkah dia dari jauh. Bila dia dah sampai, aku berdiri tidak jauh daripada dia. selang satu kubur. Aku perhati dia dari awal sampai habis dia baca surah Yasin. Aku turut duduk dan dengar doa-doa dia. yang pasti doa-doa dia buatkan hati aku sebak.

" Nisa. Mel datang."

Aku tersenyum hambar. Nama wanita tu Nisa rupanya.

" Maaf sebab dah lama Mel tak datang. Mel keliru Nisa. Dan Mel rasa teruk sangat. Kenapa Nisa pergi dari hidup Mel? Mel rasa tak tentu arah. Mel rindukan Nisa."

Aku ketap bibir. Suara dia sayu sangat aku dengar. Mesti wanita bernama Nisa tu wanita yang dia sangat-sangat cintai kan?

" Nisa.. Mel rasa..."

Arh! Tak baik dengar kata-kata dia. biar dia bersendirian. Baik aku pergi tunggu dekat kereta.

**

Syamel POV

" Nisa. Mel rasa Mel dah mula sukakan dia. Tapi, Mel tak nak dia terseksa sebab Mel. Mel tak patut suka dia. Mel jahat. Mel suka menyusahkan orang. Apa patut Mel buat Nisa?"

Batu nisan yang tertulis nama Nisa aku sentuh perlahan. Aku tersenyum kecil.

" Nisa. Mel balik dulu. Nanti Mel datang lagi. Assalamualaikum."

Aku bangun dan mula melangkah ke arah kereta semula. Dari jauh aku dapat lihat Iqa sedang bersendirian sambil tengok keliling. Aku tersenyum dalam diam.

" Dah. jom balik." Ajakku bila dah sampai.

" Erk. Awak pergi kubur siapa tadi?"

Aku kerling dia sekilas. Tanpa hiraukan pertanyaan dia, aku terus masuk ke dalam kereta. Start enjin dan pakai tali pinggang. Bila dia masuk dan buat perkara yang sama, barulah aku bersedia jawab pertanyaan dia.

" Kawan."

" Kawan? Siapa?"

" Jangan sibuk."

" Nak tahu je."

" Tak payah."

" Haish. Kalau tak payah baik tak usah bawa saya ke sini! Spoil betul!"

Aku kerling dia sekilas then kembali tengok ke arah kanan aku. Tersenyum aku tengok reaksi geram dia. Tak boleh senyum depan dia. Nanti dia perasan susah.

" Suka hati aku la. Duduk diam-diam. Aku nak drift."

" What?!"

Aku mula tekan pedal minyak sampai orang sebelah mula menjerit kecil. Aku tersengih kecil.

" Argh! Woi! Saya tak kahwin lagi la! Jangan buat saya macam ni!! Nak mati tu mati lah sorang-sorang. Jangan libatkan saya la!"

Tertawa juga aku jadinya bila tengok dia mula kecut perut. Aku kembali memandu dalam separa laju. Means dalam keadaan selamat. Aku pun tak nak mati awal. Berdosa namanya tu. macam kira bunuh diri tadi.

" Penakut!"

" Awak kejam!"

Nisa. Serius. Saya betul-betul suka dia.

#Maaf sebab banyak kekurangan. Harap boleh tinggalkan komen. :)#

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro