s a t u

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KRINGG !

Bunyi loceng sekolah berbunyi menandakan sudah masuk waktu rehat di Sekolah Menengah Tinggi Daegu . Kim Sunoo , seorang pelajar cemerlang yang diminati ramai berjalan keluar dari kelasnya menuju ke kantin sekolah bersama kawan baiknya , Yang Jungwon . Dia juga merupakan antara pelajar terbaik juga di sekolah ini .

Seperti biasa , tatkala dia tiba di kantin sekolah pastinya pelajar-pelajar yang lain akan menjerit teruja . Tambah - tambah lagi dengan senyuman manisnya yang tak lekang di bibir mulutnya itu . Pergh ! Caiyaq boh !

Selesai mengambil makanan , dia berjalan menuju ke sebuah meja kosong . 

" Eh ! Sunoo , marilah duduk dengan kami ! " Ajak Lee Yaera . Tak tahu malu betul , Sunoo pun bukannya kenal kau pun . Hmph ! *author jeles tahap taik hidung manis

Dia menggeleng lembut . Punggungnya dilabuhkan di kerusi lalu tangan kanannya mula mencapai pengepitnya . Dia mengepit nasi dan kimchi di dalam dulang makanannya lalu dimasukkan ke dalam mulutnya . " Erm.. sedap , "

" Sunbae ! Nah , saya buatkan ni untuk awak.. a-ambillah ! " Gadis itu menghulurkan satu kotak kecik kepadanya . Dah biasa dah , peminat bagi hadiah . Hehe .

" Wah ! Thank you ! Apa nama awak ? " Kotak itu bertukar tangan .

" Bang Suyaa ! " Senyuman bahagia terukir indah di bibir mulutnya . Hatinya , lagilah berbunga - bunga sekarang ini ! Crush tanya nama weh ! Wah , membahang pipinya .

" Nice name ! Thank you again Suyaa ! "  Antara sebab ramai orang sukakannya ialah kerana sifatnya yang peramah dan tidak sombong .

Suyaa mengangguk lalu beredar dari situ . Kang meletop dia kat situ ha macam mana ?

Sunoo sambung menikmati makanannya .


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro