BK-2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

JARI-JEMARINYA menyentuh setiap buku yang tersusun cantik di rak buku. Wajah seorang gadis berkaca mata terbaring di atas katil sambil membaca buku terbayang di mata Sarah. Gambar mereka sedang memeluk satu sama lain terhias di bingkai. Wajah gadis yang memeluknya disentuh dengan hujung jarinya.

Sarah mengambil tempat duduk di atas kerusi di meja solek yang sudah lama tidak terusik. Gincu merah yang terjatuh diangkatnya. Penutupnya dibuka. Gincu yang sentiasa menjadi minat adiknya. Warna merah darah ini sering menjadi pilihan adiknya untuk mewarnai bibirnya apabila dia keluar.

"Aina... kakak rindukan kau twinnie." Mata Sarah mulai berkaca apabila kenangan bersama kembarnya itu hadir di kotak memorinya.

Dia dan Aina adalah kembar seiras. Wajah mereka dan juga ketinggian mereka adalah sama. Selain itu, tiada persamaan antara mereka berdua. Aina lebih bersifat kewanitaan dan cantik. Oleh kerana itulah adiknya itu sering mengambil bahagian di dalam pertandingan ratu cantik. Selalunya adiknya itu akan mendapat tempat kedua atau ketiga.

"Kau sanggup buat pembedahan menyantikkan bibir demi nak memenangi pertandingan tu... walau kakak tegah, bukan?" Dia bertanya dengan gambar adiknya.

Dia masih teringat enam bulan lalu, semasa penemuan mayat yang disumbat ke dalam beg itu dipaparkan di dada televisyen.

Flashback.

"Penemuan tiga buah beg yang berisi mayat wanita yang dipotong telah menggemparkan penduduk bandaraya Ipoh," kata wartawan yang sedang berada di kawasan kejadian.

Sarah yang sedang mencetak iklan tentang kehilangan adiknya itu terus berdiri tegak. Butang suara alat kawalan televisyen itu ditekan. Dia mahu mendengar setiap butir kata wartawan itu dengan jelas.

"Seorang kanak-kanak dilaporkan lemas semasa sedang bermandi-manda bersama kawan-kawannya di tasik di belakang saya." Wartawan itu menunjukkan tasik di belakangnya.

"Mayat kanak-kanak itu ditemui tidak jauh dari tempat dia dilaporkan lemas. Namun, seperti yang anda lihat di belakang saya, para penyelam sedang mengeluarkan beberapa beg dari dasar tasik ini."

Sewaktu itu, imej sebuah beg hitam ditunjukkan di kaca skrin televisyen. Sarah terus terduduk. Entah mengapa hatinya berdegup kencang apabila pandangannya jatuh kepada beg hitam itu. Dia terasa bagaikan punyai kaitan dengan beg tersebut. Nama Aina terus terdetik di hatinya. Dia menggeleng laju.

Mimpi yang menghantuinya selama enam bulan lalu kembali ke kotak ingatannya. Mimpi yang mana Aina sedang lemas dan meminta tolong darinya.

Setiap malam dia akan bermimpi tentang Aina. Malahan, kini dia punyai perasaan pelik apabila melihat beg hitam itu. Hatinya terus berdoa agar Aina masih hidup. Bukan mayat Aina di dalam salah satu beg tersebu.

Bukan Aina... dia cuba menidakkan bisikan hatinya. Namun lebih kuat dia menafikannya, lebih kuat hatinya mengatakan bahawa mayat yang disumbat di dalam beg itu adalah Aina.

Flashback tamat.

"Sepatutnya kakak sudah tahu yang kamu..." ketukan di pintu bilik menyebabkan Sarah menoleh. Perlahan ibunya memasuki bilik yang dahulunya milik Aina.

"Sarah... kita kena kemas bilik adik. Tiada gunanya kita menyimpan kenangan dia sekiranya itu boleh melukakan kita."

"Sarah tak mahu ibu... biar la bilik Aina begini." Lirih sahaja suara Sarah. Dia tidak mahu mengosongkan bilik adiknya walaupun dia tahu Aina tidak mungkin akan kembali. Sekurang-kurangnya jika dia rindukan Aina, bilik ini boleh dikunjungi.

"Kakak tak boleh terus begini... pembunuh adik pun su..."

Jeritan Sarah mengunci terus mulut ibunya.

"Tidak!"

"Cuba ibu lihat dinding bilik Aina ni." Jari Sarah menunjukkan gambar Aina di dinding.

Rina, ibu Sarah mengambil nafas panjang. Sarah masih tidak boleh menerima pemergian adik kembarnya itu. Dia merasakan bahawa pembunuh adiknya itu masih bebas.

Dinding bilik itu dipenuhi dengan gambar Aina dan juga nota hasil daripada pemerhatian Sarah semenjak adiknya hilang setahun yang lalu. Gambar Aina mengambil trofi Ratu Kebaya juga terlekat di dinding.

"Sampai bila kakak nak seksa diri kakak begini," bentak Rina. Hanya tinggal Sarah sahaja anaknya kini. Sebagai ibu, dia juga turut sedih dengan pemergian Aina. Namun, hidup harus diteruskan. Dia masih mempunyai Sarah. Jika dia terus membiarkan dirinya lemas di dalam lautan kesedihan, siapa yang akan menjaga keluarganya nanti?

"Sampai pembunuh adik ditemui." Sarah merenung gambar adiknya yang terlekat di dinding.

"Kamu bukan polis Sarah. Mereka pastinya sudah lakukan tugas mereka..." Rina memegang bahu anaknya.

"Kamu perlu teruskan hidup kamu tanpa Aina, Sarah," Nasihat Rina lembut. Dia sudah penat menasihati Sarah. Dia mahu anaknya itu kembali seperti dahulu, menjadi Sarah yang walau pendiam tetap suka mengukir senyum.

"Ibu rindukan senyum anak ibu, Sarah." Rina cuba mengukir senyum.

"Aina yang tak benarkan Sarah terus hidup ibu... setiap malam dia datang meminta tolong. Sekarang pun... Sarah boleh lihat dia di balik langsir... meminta Sarah mencarinya." Tekak Sarah sudah terasa berpasir. Hubungan dia dan kembarnya itu agak rapat.

"Bagaimana Sarah mahu senyum jika setiap kali Aina datang mencari Sarah... dia menangis memohon simpati." Bibir Sarah sudah bergetar, cuba menahan tangisnya. Gelak tawa Aina sering menghantui siangnya. Jeritan Sarah meminta tolong tetap terdengar di telinganya sewaktu siang.

Siang dan malam sama sahaja bagi Sarah. Malam, Aina datang di dalam mimpi. Siang pula Aina akan bermain dengan kenangannya. Aina tetap di mana-mana! Sepanjang masa! Jadi bagaimana harus dia teruskan hidup?

Mungkin inilah yang dikatakan misteri hubungan pasangan kembar. Talian antara mereka tetap wujud walau salah seorang antara mereka sudah tidak lagi bernyawa. Walaupun mereka kembar, mereka tetap punyai perbezaan. Dia dan Aina tidak seperti pasangan kembar seiras yang lain.

Berbeza dengan Aina, Sarah berkulit gelap dan seorang yang agak pendiam. Oleh itu, bilangan kawan Sarah hanya boleh dibilang dengan jari. Malahan, dia juga sering diejek dengan panggilan the ugly duckling. Sarah lebih selesa menghabiskan masanya dengan membaca, manakala Aina pula suka membuat tutorial merias diri di You Tube.

"Ibu pun tahu bukan yang Sarah tak punyai ramai kawan. Ainalah kawan Sarah yang paling rapat. Sarah bukan hanya kehilangan seorang adik, ibu..." Dia mengesat air matanya yang hampir jatuh. Pandangannya mulai berkaca. Gambar tanda soal di tengah dinding itu direnung.

"Alangkah bagusnya jika adik tak memenangi pertandingan tu... jika kakak boleh larang..." Sarah menelan air lirnya. Tekaknya terasa pahit. Entahlah mengapa... dia merasakan bahawa adiknya dibunuh kerana memenangi pertandingan itu.

"Semua itu sudah takdir Sarah." Rina mengusap lembut pipi anaknya. Sebak di hatinya cuba ditahan. Dia juga sudah melarang Aina dari membuat pembedahan. Anaknya itu terlalu degil. Dia begitu ingin sekali memegang trofi wanita tercantik itu.

Aina mahu memenangi pertandingan itu kerana dia merasakan bahawa itu boleh dijadikan sebagai batu loncatan. Gelaran yang dimenangi itu boleh membawa dia ke dunia glamour hiburan.

"Ini surat panggilan temuduga kamu." Rina serahkan sepucuk surat kepada Sarah.

Dahi Sarah sudah berkerut. Dia tidak memohon kerja di mana-mana, jadi bagaima pula dia mendapat panggilan temuduga?

"Ibu yang hantar..." jawab Rina apabila melihat wajah anaknya yang berkerut itu.

"Sarah tak..."

"Ibu mahu kamu pergi... keluar dari rumah ni, nak. Ibu tak mampu lihat kamu begini. Seorang anak ibu sudah dibunuh... ibu tak mahu seorang lagi anak ibu mati walau masih bernyawa... ibu tidak sekuat itu," luah Rina. Tangis kecil terlepas dari sepasang bibirnya. Dia tewas jua akhirnya.

Sarah menyeka air mata yang jatuh di pipi ibunya itu.

"Ibu akan keseorangan nanti..."

"Ibu ada ayah kamu... dan... kenangan Aina." Rina melangkah menuruni tangga.

Sarah membuka surat di tangannya. Ia adalah panggilan temuduga di sebuah syarikat yang terletak di Alor setar. Jauhnya ibu mahu menghantar dia. Sarah memandang gambar Aina. Gambar Aina bersama dua lagi pemenang dan juga gambar Aina bersama perserta yang lain.

"Kakak tetap akan cari pembunuh kamu adik... kamu tak akan dilupakan," tekad Aina.


Dah buka prehoder.

Meh msg Kak Min.

017 3975646

Nak kombo dengan Ainul Mardhiyah pun boleh tau.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro