Bab 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mina berjalan di sesuatu tempat yang tidak dikenalinya.

"Tempat apa ni?" Ujar Mina sambil melihat sekeliling.

Muncul satu cahaya yang menyilau di matanya. Mina cuba melihat siapakah yang muncul di sebalik cahaya itu.

"Ibu... Ayah!!" Kata Mina. Ibu dan ayahnya berada di depan mata. Sudah lama dia tidak melihat mereka sejak mereka meninggal dibunuh evil.

Mata Mina bergenang. Dia terlalu merindukan kedua orang tuanya itu.

Mina meluru ke arah mereka dan dipeluk erat.

Ayahnya mengusap kepala Mina dengan lembut.

"Mina.. Sudah tiba masanya kamu mendapatkan kuasa magis yang mutlak." Kata ayahnya sambil tersenyum.

"Kuasa magis mutlak?" Mina tercengang. Dia tidak mengerti.

Kemudian ibunya pula sambung berbicara.

"Iya sayang.. Kuasa magis mutlak yang membolehkan kamu menumpaskan kuasa evil."

"Tapi macam mana ibu? Ayah? Myoui sekarang di bawah pengaruh evil. Mina tak mungkin kuasa ini sendirian tanpa Myoui.." Ujar Mina.

"Jangan risau Mina.. Inilah caranya untuk kamu membebaskan Myoui dari pengaruh evil." Ayahnya berkata.

"Gunakanlah kuasa magis mutlak ini sebaik mungkin.. Bertarunglah dengan Myoui. Kamu akan menemui jawapannya nanti." Kata-kata terakhir ibunya lalu bersama ayah perlahan-lahan menjauh darinya.

"Tapi... Ibu! Ayah!" Mina menjerit. Rupanya dia mimpikan mereka. Mina terbangun dari tidur. Dia meraup mukanya dengan tapak tangan. Kemudian dia mengingatkan kata-kata yang telah diucapkan oleh ibunya dan ayahnya. Kuasa magis mutlak. Magis yang akan menjadikannya dan Myoui pengimbang kuasa.

Ya! Dia harus bertarung dengan Myoui sekarang.

*****************************

Myoui menghirup darah yang tercela itu dengan rakus. Begitu menyelerakan sekali darah manusia segar ini. Setelah kering darah itu disedutnya dia mencampakkan manusia itu ke dalam longkang.

"Ah.. Kenyang.. Hahahahaha" Myoui tersenyum ngeri. Begitulah dirinya yang tidak sedar akan dirinya yang sebenar. Dulu dia hanyalah demon biasa tetapi sekarang dia demon penghisap darah.

Tiba-tiba senyum hilang dari wahnya. Dia buntu memikirkan bagaimana mahu membunuh gadis bernama Mina itu.

Namun untuk seketika dia berasa hairan mengapakah dia harus membunuh Mina? Apakah kaitan gadis itu dengan evil.

Tidak! Aku tak boleh berfikir begini. Aku perlu membunuhnya. Evil sudah mengarah aku melakukannya. Fikir Myoui.

"Kau fikirkan aku, Myoui!" Suara Mina dari belakang membuatkan Myoui tersentak.

Wajahnya membengis tatkala melihat Mina. Setelah itu dia ketawa mengejek.

"Manusia! Kenapa kau datang ke sini apabila aku tidak mencari kau. Adakah kau sengaja menempah maut!" Myoui bersuara keras.

Mina menggelengkan kepalanya.

"Myoui.. Sedarlah! Yang kau sebenarnya hanya di bawah pengaruh kuasa evil. Dia hanya mempergunakan kau untuk membunuh aku. Setelah kau bunuh aku, dia akan membunuh kau jugak. Akhirnya, dia akan merampas kuasa magis kita.." Kata Mina. Dia tidak mahu mengalah lagi. Kali ini dia harus menggunakan kekuatannya jua.

"Hahahahahaha.. Aku tak percaya dengan kata-kata kau!!" Balas Myoui. Matanya tidak lepas memandang Mina. Lagaknya seperti memandang mangsa untuk diterkam.

"Baiklah.. Kalau begitu marilah kita bertarung. Dan aku akan buktikan yang fikiran kau telah diracuni oleh makhluk jahat bernama evil itu!" Mina juga bersuara lantang.

Next:)





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro