Bab 2 : Salahkah aku?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

10 tahun yang lalu

Aku benci.

Benci dengan semua yang langsung tidak pernah memahami diriku.

Di rumah atau di sekolah, semuanya sama saja. Bagaikan neraka!

"Eomma hantar kamu ke sekolah untuk belajar, bukan bergaduh! Nak tumbuk orang sana sini tu dah kenapa? Gila? Nak budak tu mati dulu baru kamu puas?"

"Masalahnya bukan saya yang mula dulu! Dia ejek saya. Dia ejek eomma juga. Dia kata kita busuk macam sampah sebab eomma kerja kutip sampah. Mestilah saya marah!"

Waktu itu, aku bergaduh dengan eomma. Puncanya kerana rakan sekelas aku yang suka melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati pada aku. Jadi, eomma dipanggil ke sekolah kerana aku bertumbuk dengan budak tersebut.

Eomma marah sangat. Aku tahu dia kecewa dengan aku tapi aku rasa puas sebab dapat belasah muka budak tu.

"Jangan pedulikan kata-kata orang. Diam je. Jangan balas." itu saja yang eomma pesan pada aku.

"Tapi dia ejek eomma! Saya tak boleh dengar orang kata macam-macam pada orang tua saya!" aku cuba pertahankan diri namun tak dilayan.

Aku tanya diri aku. Salah ke tindakan aku itu? Salah ke kalau aku cuba pertahankan orang yang aku sayang daripada dijadikan bahan mainan?

Salah aku ke?

─── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ────

- to be continue <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro